Housemen

Pengalaman Houseman

Assalamualaikum dan salam sejahtera , namaku ryan dan aku merupakan seorang doctor pelatih atau lebih dikenali sebagai Houseman di sebuah Hospital Kerajaan yang bertempat di ibu negeri Perak , Ipoh .

Sebelum itu , izinkan aku menggunakan perkataan informal bagi kesenangan pembaca untuk memahami cerita yang bakal aku sampai kan ini . Baru sahaja menghabiskan pengajian di sebuah universiti kerajaan kini telah tiba masa nya untuk diri ku menerokai alam latihan dan melakukan sehabis baik agar dapat dinilai dengan bagus insha allah dan selepas itu baru lah boleh diriku ini berkhidmat untuk rakyat dan negara .

Sejak azali lagi aku bercita cita ingin menjadi seorang doktor dan tinggal selangkah lagi , walaupun cabaran menjadi seorang doktor penuh dengan dugaan namun aku tanamkan demi mencapai cita cita ku ini eh jap aduh terintro panjang pula haha maaf lah maklumlah sebab tengah free type kan so memang ada feeling nak share experience okay let’s get started .

Untuk 2 minggu pertama aku bekerja sebagai seorang doktor pelatih ini alhamdullillah semuanya berjalan dengan lancar sehingga lah minggu ke 3 aku menemui seorang pesakit yang berada dibawah jagaan seorang doktor senior yang aku gelarkan sebagai Dr. K .

Aku mengambil files pesakit ini dan mendapati dia diagnosed Meningioma dan Diabetes yang berada pada tahap yang teramat kritikal , untuk pengetahuan umum Meningioma ini adalah sejenis ketumbuhan yang tumbuh dari lapisan tisu yang menutupi tulang belakang dan otak dikenali sebagai meninges. Ia tumbuh pada permukaan otak dan mungkin menekan-nekan saraf dan saluran pada otak. Ia digelar sebagai tidak berbahaya kerana tumbuh dengan perlahan dan tidak berpotensi untuk merebak , namun akibat keadaannya yang agak kritikal dan penularan diabetesnya sehingga ianya mampu membuat seseorang berada dalam keadaan yang kritikal .

Kini dia ditempatkan di Unit Rawatan Rapi ICU , keadaannya yang terlantar di katil wad dan hanya mengantung dengan alat bantuan penafasan amat menyedihkan diri aku dan melihat isterinya disampingnya sambil membaca surah surah al-quran dan menitis air mata buat diri ku lebih pilu namun apakan daya itu lah nasib yang menimpa diri nya .

Setelah seminggu berlalu aku pergi ke wad ICU dan niat ingin menjenguk dia tetapi aku sedari bahawa katil nya kosong dan kemas rapi tiada sesiapa pun dan lalu aku bertanya dengan seorang nurse yang bertugas : ‘ Nurse , dimanakah patient katil 4 tu ye ? ‘ tanya ku . Lalu nurse itu menjawab : ‘ Doktor , patient tu telah meninggal dunia semalam dalam pukul 2 pagi macam tu doktor . ‘ Aku berasa hairan kerana baru kelmarin sahaja aku checked dia bersama dengan Dr. K dan aku perasan condition-nya agak sama namun ajal telah menjemput diri nya .

Pada satu malam , aku baru sahaja habis sesi latihan dan ingin balik tetapi sewaktu perjalanan menuju ke kereta aku , terlihat seakan bayangan atau manusia yang berada di dalam kereta aku . Aku berasa was-was dan perasaan ingin tahu siapa kah di dalam kereta ku tu ini . Dan setelah aku sampai di dalam kereta ku kosong tiada apa apa aku mengucap panjang Astaghfirullah dan bermain di fikiran ku apakah bayangan sebentar itu tadi namun aku hilangkan semua perasaan ingin tahu aku itu kerana aku tahu aku berada di hospital dan perkara sebegitu tidak asing bagi sesiapa sahaja .

Alhamdullillah , aku selamat tiba di rumah . Setelah menunaikan solat isyak aku turun dan berbual bual dengan keluargaku , dan mata ku mulai rasa mengantuk terus ku meminta diri untuk pergi tidur . Malam tu , aku mengalami mimpi yang sangat aneh aku mimpi pesakit yang meninggal tempoh hari, dia datang ke dalam mimpi ku seakan ia meminta pertolongan atau sesuatu yang aku sendiri tidak mengerti . Dalam mimpi tersebut , dia memanggil nama ku dan meminta tolong namun mimpi itu terhenti di situ sahaja bila aku sedari jam telah menunjukkan pukul 6 waktu solat subuh , aku bangun dan solat subuh selepas itu aku bersiap siap untuk ke hospital .

Setibanya di perkarangan hospital aku mencari tempat parkir dan dapati tempat parkir yang selalu aku parkir tu terlihat sosok badan manusia berdiri di tengah tengah tempat parkir tu , aku abaikan sahaja dan terus parkir di sebelah tempat parkir yang terlihat sosok badan manusia tu setelah aku memarkir manusia tu telah hilang dan aku tidak dapat menjejaki kemana dia telah pergi .

Seperti biasa aku memulakan kerja aku dengan mengikuti doktor doktor senior meronda sekitar wad untuk membuat pengawasan terhadap pemulihan patients , setibanya di sesuatu sudut hujung wad ini terdapat katil yang dibaring oleh sosok badan yang aku cam .

Aku menghampiri katil tersebut dan mendapati ianya adalah pesakit itu dengan muka nya yang penuh dengan darah , aku terteriak kuat hingga doktor doktor senior yang lain hairan .. aku menjelaskan perkara tersebut dan doktor senior di sana dapati katil itu kosong tiada pesakit dan mereka menyarankan bahawa aku perlukan sedikit rehat kerana mungkin tekanan yang dialami oleh diri ku .. dan kelibat pesakit tu terhenti disini sahaja .. aku tiada cerita penghujung kerana ianya terhenti di sini sahaja selepas menjelmakan diri nya di tempat ku dengan muka yang ngeri ..

DIA telah berhenti mengganggu aku .. dan aku tidak tahu mungkin ianya akan kembali mencari diri ku. doakan diri ku agar sentiasa dilindungi ketika dalam latihan kerana bukan niat ku untuk mengganggu mereka mereka yang telah mati ..

sekian maaf sekiranya cerita ku ini ibarat fantasy sahaja tetapi ianya reality dan cabaran buat diriku juga dan sedikit perkongsian penyakit di atas tu, sentiasa lah kita menjaga kesihatan serta menjaga diri kita dari makhluk halus sebegini kerana tujuan sebenarnya mereka adalah untuk menyesatkan kita walaupun dengan menyamar seseorang yang kita amat sayangi

Terima Kasih,
Fastabiqul khairat .

Amir Ryan
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

10 comments

  1. Penulis yang _____, satu ayat macam senafas je. Doktor kan selalu belajar dalam BI, mungkin sebab tu BM kurang sikit. Tq share cerita.

    1. Kang kalau doctor ni guna bi nnti takut pembacanya tak fhm nnti haha lagipun ni kan website kongsikan pengalaman misteri anda website bm takkan nak expect suruh penulis guna bi pula adoi haha just cakap ja

  2. Setelah seminggu berlalu aku pergi ke wad icu…
    Padahal kelmarin aku baru cheked dia bersama dr k….🤔🤔🤔
    Camne tu ye…

    1. Ye kat situ pelik sikit.. Tapi aku tak ambil pusing sangat.. Mungkin ada dia checked dari rekod data tapi dia tak jelaskan. Kerja doktor..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.