Pengalaman Jalan Lama Bukit Putus

Pengalaman Jalan Lama Bukit Putus.

Assalamualaikum..semua yang aku ceritakan ini adalah pengalaman aku sendiri. Maaf jika penulisan tidak menarik. Nama samaran digunakan dalam penulisan ini.

Pertengahan tahun 2013 aku berpindah ke Selangor dan pada tahun itu aku aktif join team perubatan. Team kami ini, bukan team berdaftar pun.. dan tak popular pun. Ketua kami aku gelarkan Incik Sifu. Dan dua orang yang lain ada Incik Api dan Incik Harimau. Suatu hari, kami plan untuk ke Negeri Sembilan untuk berubat adik kepada Incik Api yang terkena buatan orang. Aku, Incik Sifu, Incik Api dan Incik Harimau bergerak selepas maghrib. Incik Api memandu, aku duduk di sebelah pemandu sebab aku perempuan dan untuk menjaga batas aurat. Dua yang lain di belakang.

Usai berubat hampir jam 3 pagi, Incik Api mencadangkan kami pulang ikut Bukit Putus untuk test ilmu memandngkan jalan tu adalah jalan lama dan terkenal dengan kisah mistik, aku tak pasti betul ke tak menandangkan itu cuma cerita-cerita sahaja. Cadangan itu dipersetujui ramai kecuali aku yang penakut ni.

Perjalanan dimulakan dengan bismillah dan doa pendinding. Awal perjalanan, kami sudah nampak tanda ada signboard Terima Kasih, ada sesuatu di situ.. Jadi kalau baca, akan jadi Terima KasihI .. Mesti semua dah dapat teka apa yang ada kan? Ya, itu adalah pocong. Walaupun perasan, mereka masih buat bodoh dan teruskan pemanduan. Aku yang penakut ni, ambil kain dan tutup muka dan mata. Aku berharap yang aku tak nampak benda-benda yang sepatutnya walaupun aku tahu sia-sia. Perjalanan diteruskan dengan usikan mereka pada aku. Jalan sangat gelap dan hanya di penuhi hutan di kiri kanan.

Kami sampai di salah satu selekoh, Incik Api yang memandu dah bersuara “Kereta tak nak belok weh!!” Aku terus menarik kain yang menutup mata, dan pandang ke arah Incik Api. Aku nampak sendiri Incik Api memusing stereng kereta sampai habis. Tapi kereta masih jalan lurus. Brek pun tidak dapat berfungsi. Incik Sifu dengan segera bertindak menyuruh kami semua “pasang”, yang bermaksud bersiap sedia dan membaca ayat-ayat perlindungan diri. Alhamdulillah, kereta berhenti dalam jarak kurang dari 2 meter. Kalau terlambat, mungkin kami akan terjatuh ke dalam lembah atau gaung.

Perjalanan diteruskan, kami nak berpatah balik pun sudah separuh jalan.. Jadi alang-alang, kami mengambil risiko untuk teruskan perjalanan. Tiba-tiba kereta menjadi sangat berat. Meter kereta mencecah 80, tapi pergerakan kereta macam free gear. Aku “membuka mata” dan melihat banyak benda bergayut pada kereta kami. Aku maklumkan kepada Incik Sifu dan Incik Harimau. Mereka bertarung di dalam kereta untuk menghalau benda-benda yang bergayut.. Tiba-tiba kereta meluncur laju. Semua berasa pelik dan tanya aku apa yang jadi. Jadi aku terangkan, ada satu makhluk yang sangat besar dan marah dengan kehadiran kami dan menendang kereta kami naiki.

Akhirnya kami dapat keluar ke jalan utama. Sekali lagi kereta menjadi berat. Kenderaan yang di belakang beri lampu tinggi sebelum memotong kami, sama juga dengan kenderaan dari arah yang bertentangan memberi lampu tinggi. Incik Sifu dan Incik Harimau masih bertarung di dalam kereta. Dalam 10-15 minit bertarung, kereta menjadi stabil semula dan aku scan, alhamdulillah.. dah tiada yang mengikut. Kami berhenti rehat di RnR untuk segarkan mata dan badan. Kami bercerita dan membuat kesimpulan apa yang terjadi tadi.
Kami teruskan perjalanan pulang.. Aku orang yang pertama dihantar pulang memandangkan aku perlu berkerja.

Sekian kisah dari pengalaman aku sendiri.

Al-Fatihah untuk Incik Api yang telah kembali kepada penciptanya beberapa tahun dahulu.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Mata Tak Berhijab

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 3.3]

8 thoughts on “Pengalaman Jalan Lama Bukit Putus”

  1. Seram / Tak (2 marks) = 1
    Gaya bahasa (2 marks) = 0
    Penyampaian (2 marks) = 1
    Real / Fake (2 marks) = 1
    Whole story (2 marks) = 1
    Comment : Banyak tengok cerita hantu ni. Mcm bnyk tokok tambah. N kurang real. Btw nice try 🥴. 4/10

    Reply
  2. Nak bercerita pun, biarlah bagi jelas dan nyata supaya pembaca dapat faham. ni lebih kepada nak up diri sendiri… cittt podahhh…

    Reply
  3. Kalau bab pocong kt signboard tuu memang dari dulu orang bercerita,banyak lagi kisah2 kat jalan bukit putus lama tuu..jalan selekoh aku nampak jalan lurus salah satu pengalaman aku, nasib baik member sedar tegur aku kalau tak dah ke gaung 😆😆 jalan tu dah x ramai yang guna sejak ada jalan baru, kalau geng2 paranormal nak buat aktiviti kat situ memang syok..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.