Penumpang Malam

Assalamualaikum, nama aku sya, cerita yang akan aku sampaikan ini dari pengalaman aku sendiri semasa pulang kerja pada waktu malam.

kejadian berlaku pada tahun 2009, semasa kejadian aku berumur 21 tahun, aku bekerja sebagai jururawat di sebuah klinik swasta berdekatan kediaman aku, klinik tersebut beroperasi pada jam 8 pagi sehingga 11 malam.

Pada hari kejadian nak dijadikan cerita aku bekerja shift petang jadinya waktu balik aku adalah pada jam 11 malam. semasa kami sedang sibuk mengemas dan hendak menutup klinik ada perkara tidak di ingini terjadi, berlakunya kemalangan jalan raya di jalan besar berhadapan klinik kami, mangsa dia bawa ke klinik kami untuk rawatan kecemasan sementara menunggu ketibaan ambulans. terpaksalah kami staff semua menunggu sehingga pesakit dibawa ke hospital.

Disebabkan itu terpaksa la kami pulang lewat, jam menunjukan pukul 11.45 malam baru kami dapat pulang ke rumah. sudahlah aku waktu itu datang bulan, aku agak sedikit takut pulang lewat jika badan tidak bersih. setelah selesai semua aku pun pulang dengan menaiki motorsikal.

Sepanjang perjalanan aku pulang ke rumah keadaan baik-baik sahaja sehinggalah sampai di selekoh tepi tasik untuk masuk ke kawasan rumah aku, tiba-tiba motor yang aku pandu terasa sangat berat, beberapa kenderaan di belakang aku memberi lampu besar, dan ada sebijik motosikal memotong aku dengan memberi isyarat menunjuk ke belakang, aku dengan mara menyuruh dia meneruskan sahaja perjalanan dia, kereta yang memberi lampu besar juga aku menyuruh mereka memotong aku dengan cara aku emberi isyarat menggunakan tangan.

Selepas mereka memotong motorsikal aku,aku meneruskan perjalanan seperti biasa dengan keadaan motor yang terasa berat. Sedangkan aku sudah memulas minyak sehingga habis, tetapi masih juga perlahan,terasa perjalan untuk kerumah begitu jauh, semasa aku membelok ke simpang pertama, aku melihat ke cermin sisi ku dan ternampak kain putih beterbangan dari belakangku, aku membiar kan sahaja kerana menurutku itu adalah tudung putih yang aku pakai. dengan keadaan motor yang berat aku memeruskan juga perjalan sehingga sampai ke rumah.

Sampai sahaja aku di hadapan rumahku, aku melihat makcik aku sedang bercakap didalam telefon bimbitnya. Adik aku yang bongsu memang sejenis tidak boleh terdengar bunyi motor aku, dia akan keluar untuk menyapa aku walaupun masa kejadian itu dia baru berusia 2 tahun. dengan terkedek-kedek dia keluar menyapa aku, ” Eh!! kakak dah balik, bawa kawan… muka dia buruk…rambut tak sikat pulak tu”. macam itu la ayat yang keluar dari mulut adik aku, walaupun dia baru 2 tahun tapi dia memang dah lancar bercakap.

Makcik aku yang dengar adik aku berkata begitu terus lari masuk ke dalam rumah, bukan nya dia nak ambil adik aku sekali, mungkin kerana dia sudah takut sangat dia terus masuk ke dalam rumah. Aku pun menjerit memanggil mak aku untuk membawa adik aku masuk ke dalam. Semasa aku hendak turun dari motorku aku berkata ” Ini rumah aku, bukan rumah kau..pergi kau dari sini,sudah aku tumpangkan kau,jangan kau gangu aku dan keluargaku”. Dalam takut aku,aku beranikan diri juga, dan alhamdulillah malam itu tiada apa gangguan yang berlaku. sejak pada peristiwa itu aku tidak lagi mengambil shift petang jika badan tidak bersih.

-Tamat-

inilah kisah yang terjadi pada diri aku sendiri, in shaa allah lepas ni aku akan kongsi pengalaman lain pula… assalamualaikum

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

syazana

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 24 Average: 4.2]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.