Est. 2015 Fiksyen Shasha Kisah Benar

Penunggu Bilik Nasyid

Kisah ini bermula pada zaman persekolahan aku, hampir 7 tahun aku tamat zaman persekolahan tetapi kisah ini masih terngiang sehingga sekarang. Sebelum meneruskan kisah ini, nama saya zack (bukan nama sebenar).

Aku merupakan salah seorang atlet sekolah, yang mewakili pelbagai sukan. Salah satunya adalah sukan pingpong. Lokasi latihan kami terletak di block lama, berhampiran parking basikal dan bersebelahan bilik nasyid. Setiap kali kami mempunyai latihan, selalu kami dengar pasukan nasyid sedang menjalani latihan mereka. Nak dijadikan cerita, banyak kisah mistik yang dikongsikan oleh pasukan nasyid tentang bilik latihan mereka.

Pada suatu hari, semasa kami menjalani latihan seperti biasa, latihan kami sering dilakukan pada tengah hari sehingga petang. Aku dan juga emah (bukan nama sebenar) sedang berlatih Bersama untuk persediaan mssd akan datang. Kami memang sering mengadakan perlawanan antara lelaki dan perempuan bagi mempersiap mental ahli pasukan perempuan apabila menentang lawan yang lebih kuat.

baik aku teruskan, semasa aku dan emah berlatih, pada awalnya tiada apa-apa berlaku dan kami hanya berlatih dan gelak tawa bersama. Secara tak sengaja sambil kami sedang focus berlatih, tiba-tiba emah tanya soalan dekat aku,

Emah : eh zack, kau tau tak cerita bilik nasyid tu?
Aku : ha tahu la , aku kan selalu masuk bilik tu ambik barang, asal?
Emah : ouh tak de la kan tingkap bilik tu kan kitab oleh intai dari sini, kalua tengok dekat-dekat boleh Nampak kat dalam tu ada apa
Aku : ouh memang la tapi kau jangan la sibuk-sibuk tengok pula ,karang haa
Emah : hehehe tak de la, aku kan tanya je

jadi kami pun teruskan berlatih, tiba-tiba secara tak sengaja, bola pingpong kami terpelanting betul-betul kea rah bilik nasyid dan di bawah tingkap bilik tersebut. Emah tanpa fikir apa-apa terus lari dan ambik bola tu. Tapi masa dia ambik bola tu, dia tak sengaja tengok dalam bilik tu. Dan di situ la kejadian nya berlaku.
Emah tiba-tiba terduduk macam orang yang sedang lemah longlai sambal bersandar, aku yang sedang perhatikan dia , terus lari ke arah Emah. Kawan-kawan aku yang sedang berlatih turut lari tengok keadaan Emah.

Semasa kami sibuk tanya Emah terduduk, banyak persoalan yang datang dari kawan-kawan yang lain. Ehh kau kenapaa nii? Jawab laa!! Kenapa kau senyapp jee, kenapa kau nangis je!!

Aku yang rasa tak sedap hati, cuba intai apa dalam bilik tu, dan, alangkah terkejutnya bila aku Nampak, tubuh nenek tua sedang menghadap kea rah aku. Bulu roma ku meremang sehingga aku tiba-tiba mengamok dan tendang pintu bilik tu sebagai tanda marah kat nenek tu.

Kami dalam keadaan takt ahu apa nak buat, sebab tiada cikgu bersama kami ketika itu. Salah seorang dari kami Cuma mencari cikgu yang berhampiran untuk minta tolong. Selang berapa minit kami ternampak cikgu azman sedang menuju ke blok pentadbiran. Terjerit-jerit kitorang panggil cikgu azman, dan selepas dia terdengar, dia pun datang dan tanya kenapa, kami pun ceritakan, dan nak tahu apa respond cikgu azman? “ ha sakit perut je tu biarkan je” terus dia jalan macam tu je, macam tak ambik kisah pun apa yang tengah jadi.

Lepas tu, aku pun cuba la baca apa yang terlintas kat kepala otak aku time tu, sambil pegang kepala emah, lepas habis je baca 3 qul, terus dia menjerit dan terus lari pergi dekat blok kelas. Aku dan kawan aku aiman (bukan nama sebenar) terus kejar dia, emah tak tinggi, dia pendek, dan bukan budak yang suka lari-lari ni, tapi yelah dah benda lain dalam badan dia, aku dengan aiman yang top sprinter dekat sekolah pun kejar emah macam separuh mati, sampai je dekat tangga blok kelas, aku dengan aiman sampai sama dengan emah sampai dekat tangga, tapi, bila kitorang nak naik tangga tu, kitorang Nampak emah dah sampai tingkat 3, bayangkan, macam mana, bagaimana, sedangkan kitorang bertiga sama kat bawah tangga, tiba-tiba dia dah naik dulu.

Aku dengan aiman buat tak enda dulu, sambung pecut naik tangga, kitorang sampai je tingkat 3, tengok ramai dah jerit-jerit sebab dia pergi cekik salah sorang budak dalam kelas tu. Masa tu memang terpaksa tolak tepi halal haram, kena pegang juga dia sebab budak yang dia cekik tu dah separuh nyawa, budak lain semua tak larat nak haling dia, aku dengan aiman je budak laki yang ada masa tu.

Lepas je kitorang pegang dia dan Tarik dia ketepi, dia boleh ludah dekat muka kitorang, memang cari gaduh betul hantu ni, nak tumbuk fikir member pula hahaha. Lepas tu dia sempat panjat beranda tingkat 3 tu, nak lompat ke bawah sambil dia mengilai-ngilai. Aku tak fikir Panjang, melainkan kunci dia macam kunci buah silat yang aku belajar. Masa aku buat macam tu, tiba-tiba keluar suarau sebenar dia “zack aku sakit, lepaskan la aku, sakit sangat ni”, masa tu hanya Allah je tahu betapa lemahnya diri aku masa tu, tapi aku masih pegang juga sebab tahu tu bukan emah yang aku kenal.

Lama aku tahan, sampai la ustazah dan ustaz sampai. Masa diorang sampai, ustaz baca-baca sikit dekat emah, dan hembus dekat muka dia. Emah pengsan sekejap, jadi ustaz minta aku dukung dia bawa ke surau, perjalanan nak ke surau tu hampir 500-600 meter. Ya sekolah aku antara terbesar dekat Malaysia,dan murid paling ramai dalam asia, cukup la hint ni.

Sepanjang perjalanan tu, Emah yang kecik pendek kurus, tapi beratnya macam bawa besi 50kg tapi setiap langkah kau, berat tu bertambah-tambah dan tambah. Sampai la kaki aku tak boleh bergerak langsung, ibarat ada yang pegang kaki aku. Masa tu ustaz dah kedepan, aiman pula tengah bawa budak perempuan yang kena cekik tadi, aku sorang-sorang dekat belakang. Aku baca 3 qul dan ayat kursi sambil paksa kaki berjalan. Alhamdulillah, aku dapat sambung perjalanan aku ke surau.

Sampai je surau, ada beberapa pelajar dah siapkan bulatan sambil al quran di hadapan diorang. Ustaz minta aku letakkan emah dekat tengah-tengah bulatan tu. Masa aku letak je Emah, terus dia menjerit,meracau. Masa tu dengar pelajar yang lain baca ayat al quran , sambil ustaz macam baca ayat-ayat ruqyah. Suasana dalam surau menjadi panas, macam kau berjemur bawah matahari.

lepas je ustaz baca ruqyah, emah perlahan-lahan menjadi tenang, dan ustaz minta saya ambilkan telekung dekat belakang untuk dipakaikan dekat emah, tapi bukan aku yang pakaikan ye, aku Cuma ambikkan, sebab emah masa tu tudung entah ke mana semua. Selepas selesai, emah dah sedar dan Nampak keaadan dia lemah, nak jalan pun tak mampu. Jadi ustaz minta aku dan aiman, pergi ke bilik nasyid untuk ambik sesuatu.

Aku pun pelik, apa benda pula, ada orang letak tangkal apa-apa ke, sampai je depan bilik nasyid, bulu roma meremang, aiman tak berani masuk sebab dia kata takut dia pula kena, ceh cakap jelah penakut. Aku bukak je pintu, rasa macam angina panas tiup dari arah dalam bilik tu. Ak uterus kuatkan diri, sambil buka lampu bilik tu.

Lepas je bukak, aku bau satu benda yang busuk sangat, nak kata bangkai pun ya, nak kata naj**s pun ye. Aku pun mencari la mana datang bau ni, puas aku cari setiap sudut tapi tak ada, so aku decide untuk tak yah la cari, cakap jelah tak jumpa. Masa aku nak menghala ke pintu keluar, aku ternampak satu akar pokok tergantung betul-betul atas pintu bilik tu. Aku cuba nak cabut tapi dia diketuk dengan paku. Aku cuba cari penukul tapi takde. Yang aku Nampak Cuma besi patah dari meja pingpong. Aku ambik pastu cabut guna besi. Bila tercabut, aku rasa bau tu makin kuat, dan aku yakin akar ni la punca nya.

Aku pegang akar tu gunakan kain, sebab bila aku pegang tanpa kain, aku rasa panas yang amat. Macam kau pegang iron yang tengah panas, Cuma tak melecur je kat tangan. Jadi aku ambik kain dan bawa terus ke ustaz. Ustaz minta aku bakar akar tu gunakan minyak masak yang ada dekat dapur surau. Aku pun ambik dan sapu minyak kat akar tu, terus aku bakar dekat belakang surau. Sambil ustaz membaca sesuatu. Selepas kejadian tu, Ustaz cakap, ada orang yang gunakan akar ni sebagai pelindung dekat bilik tu, tapi dia silap, akar ni rupanya ada tuannya.

Akhirnya, Emah kembali pulih dan dia tak kan dekat dengan bilik nasyid dah, tapi bilik tu masih lagi ada aura macam kitorang diperhatikan dari dalam, Cuma kami buat tak endah. Itu sahaja.

Zack
Cerita Berkaitan
Ada kisah sendiri?

Kongsi pengalaman seram anda.

Hantar Kisah

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Nak cerita baru kami hantar terus ke Telegram anda? Jom Join 👻 Join Telegram