Percutian ‘Indah’

Azri sekeluarga tujuh beranak telah bercadang menghabiskan cuti mereka di salah sebuah pusat pelancongan di negeri Perak. Perjalanan bermula agak lewat sekitar jam 8 malam. Pada asalnya, percutian ini tidak mempunyai arah tujuan. Azri hanya memandu kereta proton saganya membelah kepekatan malam. Selang masa beberapa jam, tibalah sekeluarga ini di tempat yang dirasakan bersesuaian.

Jam menunjukkan hampir 11 malam. Dari pandangan mata mereka, keadaan sekeliling sudah pun sunyi sepi dan chalet-chalet sudah pun dipenuhi dengan pengunjung yang juga datang bercuti ke situ.
Oleh kerana hari sudah pun menjengah ke tengah malam, tiada pilihan lain, Yanti, isteri Azri memberi keputusan untuk menginap di salah sebuah resort yang masih beroperasi pada waktu itu. Dengan harga yang agak mahal berbanding tempat lain, memandangkan tinggal satu-satunya resort untuk diinap, dan disebabkan waktu sudah lewat malam, Azri bersetuju untuk menginap di situ.
Setelah kunci bilik bertukar tangan, maka bermulalah pengembaraan sekeluarga tersebut untuk meneroka keadaan resort. Terdapat sebuah bilik di dalam resort itu yang dipisahkan dengan pintu gelongsor kaca dengan ruang tamunya yang sederhana besar. Ruang tamunya disediakan 2 buah sofa, sebuah televisyen dan meja kopi. Manakala di dalam bilik disediakan sebuah katil ‘king’, almari dan sebuah meja sisi.

Kedudukan bilik yang agak jauh daripada lobi, memaksa Azri untuk memandu proton saganya yang ditinggalkan di lobi tadi untuk di parkir berdekatan dengan resort. Semasa berjalan, dari ekor mata Azri, dia seperti melihat seseorang nun jauh di hadapannya seperti menunduk memandang ke arahnya. Azri berpendapat kemungkinan itu adalah salah seorang penginap ataupun pekerja di situ. Apa yang menghairankan, seseorang yang dilihatnya tadi hilang sekelip mata semasa dia semakin hampir ke arah tersebut. Azri mengandaikan itu hanyalah mainan minda dan matanya kesan daripada kepenatan memandu.

…………………………

Setelah berkemas, Yanti pun berehat sambil menidurkan anak kecilnya, Riz yang ketika itu berusia hanya beberapa bulan di dalam bilik. Azri pula setelah selesai memarkir kereta dan membersihkan diri, terus merebahkan badan bersebelahan Riz. Ida, anak kedua mereka yang berada di ruang tamu asyik menonton televisyen. Manakala, si kakak yang sulung (Zila), anak ketiga (Syuk) dan anak keempat (Lina) sedang bergembira keluar masuk bilik dan menuju ke pantai yang dipisahkan dengan pagar dan pokok-pokok besar.
Pada suatu waktu, setelah 3 beradik itu keluar, terdengar ketukan halus di pintu masuk dari luar. Ida bangun dan melihat melalui lubang pintu. Tidak terlihat sesiapa, hanya mendengar hentak kaki 3 beradik itu berlari meninggalkan pintu bilik. Ida membuka pintu dan terlihat mereka ketawa riang tidak jauh dari resort mereka. Ida malas hendak malayan mereka maka keadaan itu dibiarkan begitu sahaja dan Ida menyambung semula menonton televisyen.

Beberapa detik kemudian, kedengaran lagi ketukan di pintu dan kali ini Ida bertindak untuk membuka terus pintu tanpa melihat melalui lubang pintu. Ida mengandaikan mesti adik-beradiknya itu yang mengusiknya.

Krik, krik, krik.

Kelam, suram dan sunyi tanpa ada sesiapa di luar resort. Ida menjengukkan kepalanya ke luar resort namun hampa. Memang tidak ada seorang manusia pun di luar. Dia kemudiannya masuk ke dalam bilik dan menceritakan kejadian itu kepada ibunya Yanti. Kejadian yang berlaku itu juga disedari oleh Yanti memandangkan keadaan resort yang tidak besar dan pintu gelongsor kaca tidak ditutup. Mereka pun mengabaikan kejadian itu dan menyambung semula aktiviti masing-masing.

…………………………

Zila, Syuk dan Lina sengaja mengetuk pintu resort dengan niat untuk mengusik Ida. Ketawa kegirangan mereka setelah melihat reaksi Ida yang kebingungan. Sekali ketukan dan mereka pun menuju ke arah pantai. Terdapat sekumpulan remaja sedang berlumba motorsikal di atas jalan tar iaitu jalan yang mereka lalui untuk merentas pokok-pokok besar menuju ke pantai. Setelah beberapa minit mengambil udara malam di tepi pantai, Zila, Syuk dan Lina pun berpatah balik semula ke arah resort. Tanpa disangka, serentak mata mereka tertancap pada beberapa batang pokok sebesar sepemeluk dewasa itu. Kelihatan seolah-olah ramai yang mengendap mereka di balik pokok-pokok itu.

Cuma, semuanya berpakaian putih dan nampak seperti bayang-bayang sahaja. Dengan yakinnya mereka mengandaikan beberapa remaja tadi yang menyakat mereka. Mereka pun berlalu meninggalkan kawasan tersebut dan menyambung pula bermain lif. Gembira bukan kepalang mereka dapat bermain lif. Naik lif kemudian turun semula ke aras bawah yang menempatkan resort mereka. Sampailah suatu ketika, Zila, Syuk dan Lina menunggu lif turun semula dengan penuh sabar.

Ting!

Pintu lif terbuka lama sedangkan tidak ada sesiapa yang menekan butang lif. Lampu yang tadinya elok kini berkelip-kelip seolah memberi amaran kepada mereka. Berbekalkan keberanian yang sedikit, mereka menjengukkan kepala ke dalam lif untuk melihat apa yang berlaku. Nasib menyebelahi mereka. Tiada perkara buruk berlaku dan mereka pun berlalu pergi meninggalkan lif yang berkelip-kelip dengan pintunya yang terbuka luas itu.

…………………………

Jam 2 pagi.

Setelah kepenatan bermain, Zila, Syuk dan Lina berlalu ke dalam bilik untuk tidur dan meninggalkan Ida keseorangan di ruang tamu. Ida masih ralit menonton televisyen. Mana tidaknya, rancangan yang disiarkan memang menarik minat Ida untuk meneruskan tontonan. Mengisahkan kisah mistik yang diolah dari kisah benar dari Singapura. Pintu gelongsor dan lampu sudah pun ditutup untuk memberi suasana seram yang diinginkan sekaligus memberi ‘privacy’ kepada yang lain untuk tidur.

…………………………

Yanti terjaga daripada tidur apabila terasa dirinya dihimpit sesuatu yang sangat berat hingga menyukarkannya untuk bernafas. Seraya membuka mata, dia terlihat suatu lembaga besar berbulu hitam dan lebat sedang menindih dirinya. Menjerit Yanti di kala itu namun suaranya seolah-olah tersekat di kerongkongnya sahaja. Suami dan anak-anaknya yang lain sedang enak dibuai mimpi.

Di saat itu, Yanti dapat melihat bayang-bayang Ida yang asyik menonton televisyen dari balik pintu gelongsor kaca bilik. Lekas-lekas Yanti menjerit memanggil nama Ida namun sia-sia. Suaranya masih tidak terkeluar, hanya nama Allah berulang-ulang kali bermain di bibirnya. Tika itu, Yanti hanya bertawakkal dan menyerahkan segalanya kepada Yang Maha Esa. Sambil memejamkan mata, Yanti membaca surah-surah lazim dan ayat Kursi sehabis kudrat dan dayanya.

Yanti membuka matanya apabila badannya terasa ringan dan tidak dihimpit lagi. Kaget Yanti setelah melihat perlahan-lahan lembaga tersebut membentuk seolah-olah kabus hitam dan menghilang ke dalam labu sayong yang terletak elok di atas meja sisi di sebelahnya. Senafas dua nafas kelegaan dilepaskannya. Dengan kudrat yang tinggal, Yanti bangun dan keluar dari bilik, menghampiri Ida yang duduk di sofa. Yanti berulah seperti tiada apa yang berlaku dan melabuhkan duduknya di sebelah Ida.

”Sayang tengok cerita apa ni tak tidur lagi?”

”Ida tengok cerita ni mama, best. Dia cerita hantu, pasal kisah benar dari Singapura.”

”Oo ye ke, tukar cerita lain la Ida, tak seronok la cerita ni.”

”Ala, mama. Dah nak habis dah ni. Sikit je lagi. Kejap lagi la kita tengok cerita lain.”

Yanti hanya melepaskan lelahnya. Kalau diikutkan hati, mahu malam itu sahaja dia pulang ke rumah. Tetapi memikirkan suaminya yang keletihan dan waktu sudah hampir ke subuh, dia melupakan hasratnya itu. Entah bila dia terlelap pun dia tidak pasti. Dia hanya sedar apabila Azri mengejutkannya untuk solat subuh. Itupun dia tertidur di sofa semasa duduk bersebelahan Ida.

…………………………

Yanti menceritakan segala kejadian yang berlaku kepada Azri semasa mereka bersarapan pagi ringkas. Azri mengekalkan riak tenangnya dan meneruskan sarapan walhal fikirannya menerawang memikirkan kejadian yang dialaminya semalam. Akhirnya, mereka membuat keputusan untuk pulang ke rumah seawal pagi itu juga. Yanti menggesa anak-anaknya untuk berkemas dan bersiap untuk pulang. Kalau boleh, dia mahu gerak lebih awal supaya dapat meninggalkan kawasan itu secepat mungkin.

”Mama, kenapa kita nak balik awal?”

”Nanti mama cerita.”

…………………………

Imbas kembali.

Pintu resort dibuka menyerlahkan pemandangan dari dalam bilik itu. Ruang tamu serta ruangan bilik yang disediakan melegakan mereka sekeluarga setelah penat mengharungi perjalanan berjam-jam lamanya.

Apa yang lebih menarik perhatian Ida adalah sebiji labu sayong yang terletak elok di atas meja sisi di sebelah katil. Naluri kanak-kanak. Berminat sungguh dia membelek labu sayong itu dan membayangkan seolah-olah seperti di dalam filem-filem yang menjadikan labu sayong seperti itu sebagai bekas penyimpanan air untuk diminum. Tidak terfikir pun perkara-perkara yang tidak sepatutnya bakal berlaku.

Penutup labu sayong dibukanya. Serentak dengan itu terasa seperti angin bertiup menjadikan perasaan Yanti mula berasa tidak senang. Sedari tadi dia menegaskan anak-anaknya untuk tidak menyentuh sembarangan. Suasana ketika itu seperti memberi alamat tidak baik kepada Yanti tika memerhatikan anak-anaknya bermain-main dengan labu sayong itu.

Tamat.

*******************

Nota kaki.

1) 90% berdasarkan kisah benar.
2) Penulis hanya berkongsi cerita supaya diambil sebagai iktibar dan dijadikan pengajaran dalam diri kita. ( Bukan untuk dikecam ye )

Assalamualaikum.

#nohatejustlove

63 thoughts on “Percutian ‘Indah’”

  1. Ok seram dirasai. Xlama lg aku ada hari keluarga di melaka. ArapΒ² xde pape. Pertama kali buat hari keluarga ikut keluarga suami.

    Reply
  2. Kenapa mlm2 biarkan anak main area pantai?..nasib xjadi perkara buruk.ape pon,benda ni(kena kacau) paling aku takut time brcuti..haha

    Reply
    • Thanks baca..
      Sbnrnye tmpt tu dah jd mcm rumah kedua pun masa dulu..
      Dlm sebulan 3,4 kali pergi situ…
      So, dah biase sgt dah…
      Hri tu je nasib tak berape nak baik kene gangguan2 tu…
      😊

      Reply
    • Thanks baca…
      Yg last tu just flashback masa mula2 smpai je…
      Sebagai pengajaran yg nak dismpaikan..
      Wallahualam, tak sure punca semua tu jd ade kene mengena dgn labu sayong tu ke tak..
      Die tak kene tp org lain yg kene…

      Reply
  3. Berani sungguh biarkan ank2 main tepi pantai tgh mlm…main kat lif tanpa pengawasan…aduhai..saya bg tips utk bercuti 1) selidik dulu resort/hotel…semak di google baca testimoni..2) pasang surah rukyah sampai pagi terutama yg bwk ank kecil..kalau mengaji sendiri lagi bagus 3) elak tgk movie seram..benda ni memanggil hantu 4) larang ank bermain diluar waktu mlm..mlm ni kegemaran syaitan iblis 5) wanita uzur sila cuci pad yg telah digunakan 6) kurangkan ketawa berdekah2 7) bila masuk je bilik hotel/resort beri salam/azan..saya akn buat seperti diatas bila bercuti…kita x kan tau makhluk apa dlm bilik/resort tu..dan x tau sapa pernah huni disitu…ntah ada org mati..bunuh diri atau berzina sebelum tu…jadi hati2 ya..

    Reply
    • Kisah ni jd masa zaman jahiliah dulu…
      😊
      Lama dah…
      Lgpun dah sllu sgt gi situ..
      Ape2 pun, thanks baca & sharing the tips ye..

      Reply
    • Wallahualam…
      Tp mmg die masuk blk dlm tu…
      Mgkn mmg tmpt die, tp tgn tak diam gi sentuh, die rase tergugat la kot…
      Hehe

      Reply
  4. cte ni ade plk dahhhh dipublish kat depan2 sama. means ni cerita first yg di post, cerita yg kat depan tu mcm dicopy lah.

    admin x alert ke cter yg sama wujud dlm ni? tajuk sy lupa, tp mmg ade. jalan cerita sama sebijik2, nama pun x tukar.

    Reply

Leave a Comment