Peritnya Didampingi Saka

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia. Nama pena Saya Ato. Kisah kali ini adalah berkaitan dengan kisah kawan saya ditempat kerja sekarang. Dalam kisah ini, saya akan menggunakan kata ganti nama diri ‘aku’ sebagai mewakili kawan saya. Ikuti kisah kawan saya di bawah ini….

Aku adalah anak ke 4 dalam 10 orang adik beradik dengan 4 orang adik beradik perempuan. Ayahku bekerja sebagai nelayan dan ibu sebagai surirumah sepenuh masa. Ibubapaku berasal dari pulau dan kami adik-beradik semuanya telah membesar di tanah besar. Kekadang dapat juga balik kampung jika ada cuti sekolah.

Aku lahir dari keluarga yang ada keturunan saka sama ada sebelah bapa mahupun sebelah ibu. Ibu aku pewaris saka turun temurun sehingga 7 keturunan. bapa aku pulak tidak mewarisi saka kerana dia adalah adik bungsu dalam adik beradiknya.

Walaupun bapa aku tidak mewarisi saka, namun beliau pernah hilang beberapa bulan kerana tersesat ke alam bunian. Kehilangan beliau telah menyebabkan ahli keluarga berputus asa untuk meneruskan pencarian. Seluruh pelusuk kampung dan kampung-kampung tang berhampiran telah digeledah namun tidak menjumpai sebarang jejak bapaku. Menurut bapaku, semasa berada di alam bunian, bapa aku telah dinikahkan dengan puteri bunian dan dikurniakan seorang anak perempuan.(puteri bunian sering melawatinya pada setiap bulan purnama dan telah memberitahu bapa aku bahawa dia telah mengandung. Selepas melahirkan anak, puteri bunian kemudiannya mengkhabarkan kepada bapaku.) Kisah ini agak kurang masuk akal, namun itulah hakikatnya.

Semasa bapa aku balik ke rumah, beliau berasa hairan kerana semua ahli keluarga memeluknya erat-erat sambil menangis teresak-esak. Bapaku blur dan kemudian bertanya apa yang telah terjadi. Pada mulanya bapaku menyangka ada perkara yang berlaku dikalangan ahli keluarganya. Tetapi setelah dirterangkan oleh atuk aku, barulah bapa aku faham akan keadaan sebenar. Menurut bapaku, dia hanya berada selama 3 hari sahaja di satu perkampungan yang dia tidak pernah lihat dan kemudian dihantar pulang setelah bersetuju untuk berkahwin dengan puteri ketua kampung tersebut. Mungkin itulah syarat utama yang dikenakan kepada bapaku.

Selepas kejadian tersebut, bilik bapa aku sentiasa kemas dan bersih serta tersusun rapi. Bapa aku tahu bahawa puteri bunianlah yang mengemas bilik tersebut. Jika ada sesiapa yang tidur di bilik bapa aku, pasti akan demam dan sakit dan terpaksa meminta maaf bagi meredakan demam. Pada hari-hari biasa, puteri tidak pernah menjelmakan diri kecuali pada setiap bulan purnama sahaja.

Oleh kerana menyedari akan sukarnya mempunyai isteri yang berlaianan alam, maka bapaku telah meminta izin dari puteri bunian untuk bernikah dengan manusia biasa. Ketika itu, bapaku telah jatuh hati dengan ibuku. Dia gelar ibuku sebagai ‘Gadis Borneo’ mungkin kerana wajah ibuku persis wajah orang-orang tanah besar borneo ketika itu.

Selepas bapaku berkahwin dengan ibu, puteri Bunian tidak lagi melawati bapaku sehinggalah kami dewasa dan mempunyai keluarga sendiri. Demikian serba sedikit tentang kisah bapaku.

Kisah aku mulai didampingi saka ketika aku masih belajar di salah satu maktab di Sabah pada tahun 2001. Kisah permulaan bermula ketika aku sedang santai-santai minum petang bersama kawan-kawan di kantin maktab. Semasa santai-santai tu, tiba-tiba aku rasa semacam. Badan mulai rasa dingin dan sekali sekala aku tidak dapat mendengar perbualan kawan-kawan. Disebalik satu pokok di sisi belakan kantin, aku terlihat seorang lelaki tua bertongkat sambil merenung tajam ke arah kami namun lirikan matanya tertumpu pada aku.

Aku beritahu kawan-kawan dan bertanya kalau-kalau mereka kenal lelaki tersebut. Namun apa yang menghairankan, tiada sorang pun dikalangan mereka yang melihat lelaki tua tersebut. Ketika ini diri aku semakin lemah. Lelaki tua tersebut pula mula melambai-lambai aku sambil tersengeh tetapi mulut punyalah main besar. Tidak lama selepas itu aku dah mula tidak sedarkan diri.

Menurut kawan, semasa aku tidak sedarkan diri, aku hampir terhempas ke lantai tetapi tindakan kawan-kawan berjaya menghalang aku dari terhempas. kemudian mereka memapah aku tetapi aku mula meronta-ronta sehingga mereka terpaksa baringkan aku. menurut mereka, tenaga aku diluar batas insan biasa. sangat kuat dan mereka terpaksa meminta bantuan kaan-kawan yang lain. Salah sorang kawan pulak bergegas mendapatkan pensyarah sorang ustaz yang tinggal berhampiran.

Menurut kawan, keadaan aku ketika itu seperti hendak melarikan diri dengan mata terbeliak ke atas. Apabila ustaz datang, dia mula membacakan ayat-ayat suci al-Quran. Aku pulak mula mendengus-dengus marah dan akhirnya pelan-pelan beransur pulih.

Setelah aku sedarkan diri, aku melihat sekeliling ramai kawan-kawan yang datang mengelilingi aku. Selepas itu, aku dipapah dan dibawa berehat seketika di kantin sebelum balik ke bilik dorm. Menurut ustaz yang merawati aku, aku telah dirasuki jin. Kemudia ustaz memberikan beberapa ayat-ayat al-Quran untuk aku amalkan bagi menjauhkan dan menghindari dari gangguan jin.

Mulai saat itu, aku mulai jadikan amalan ayat-ayat al-Quran yang diberikan oleh ustaz. Malah setiap hari aku akan membaca surah Ya-sin. Namun apa yang menjadi masalah, jin akan mula bertandang apabila aku terleka. Setiap kali aku lupa membaca surah Ya-sin, maka pada hari itulah aku akan kerasukan.

Oleh kerana sudah seringkali kerasukan, lama kelamaan, aku mula dapat merasakan apabila jin hendak datang merasuki aku. Aku akan segera mengambil surah Ya-sin dan membacanya. Kekadang, aku sempat membaca, dan pernah juga dua tiga kali aku sempat dirasuki pada permulaan bacaan Ya-sin.

Setiap kali kerasukan, ustaz akan menghalau jin tersebut. tetapi masalahnya jin tersebut hanya pergi buat sementara waktu. dia akan datang kembali selepas dua atau 3 bulan akan datang. Badan aku pun mula menyusut bukan kerana kurang makan tetapi kerana gangguan-gangguan yang aku dapat. bukan sekadar merasuki aku, malah kekadang membisiki aku.

Keadaan aku tidak berubah sehinggalah tamat pengajian aku di maktab berkenaan. Kemudian aku mendapat surat penempatan di sebuah pulau. Mujurlah di pulau berkenaan, bapa saudara aku bertugas di sana. Aku tinggal dengan dia. Untuk pergi ke sekolah tempat aku bertugas, aku telah menyewa bulanan kereta orang kampung yang ulang-alik menghantar pelajar sekolah menengah dari kampung tersebut.

Suatu hari, pemandu kereta menyatakan bahawa dia tidak dapat mengambil aku kerana ada masalah di kampung. Maka aku meminta hantar dengan bapa saudara aku. Perjalanan ke kampung tempat aku mengajar mengambil masa sejam lebih. Setelah sejam selepas bapa saudara aku balik, Aku telah kerasukan. Murid-murid bertempiaran lari dan memberitahu Guru Besar.

Aku terdduduk menyandar di dinding sekolah kemudian terbaring dan menghempas-hempaskan diri. Guru besar kemudiannya meminta tolong orang kampung untuk membawa aku ke hopital. Semasa perjalanan ke hospital. salah sorang telah singgah ke tempat kerja bapa saudara aku dan memberitahu akan keadaan aku.

Bapa saudara aku bergegas ke hospital. menurut bapa saudara aku, seramai 6 orang dewasa terpaksa memegang aku semasa perjalanan ke hospital. Mujur masa tu guna kereta pikup. Semasa di hospital, Pegawai yang bertugas merupakan kawan sekolah bapa saudara aku. Kemudian aku diberi suntikan untuk tenangkan aku, namun tidak berkesan. Malah aku terus meronta-rona dan menggigit tangan orang yang memegang aku. Kemudian bapa saudara aku marahkan aku dan menepuk-nepuk kaki aku. dengan serta merta aku sedarkan diri. Jin tu takut bapa saudara aku kot.

Selepas itu, aku meminta bapa saudara aku surah ya-sin yang ada dalam beg aku. hari tu aku terlupa membaca surah ya-sin selepas solat subuh sebab tergesa-gesa hendak kerja kerana terlambat bangun. selesai solat aku terus mandi dan bersiap-siap. kemudian meminta bapa saudara aku menghantar ke tempat kerja aku. Semasa sampai di tempat kerja aku pula, tiada masa untuk membaca Ya-sin kerana aku ada masa awal.

semasa aku membaca ya-sin, aku lihat bapa saudara aku bercerita dengan pegawai hospital yang bertugas. Pegawai Hospitl berkenaan meminta bapa saudara aku supaya membawa aku berubat dengan orang yang mahir kerana menuurtu beliau, penyakit yang aku alami diluar bidang kemahiran hospital. mungkin dia tahu aku kerasukan. Kemudian aku telah dikeluarkan dari kecemasan dan bapa saudara aku mebawa aku pulang ke rumah. Ketika ini, aku telah diberikan cuti 3 hari kerana keadaan aku lemah. Biasanya selepas kerasukan, aku akan cergas seperti biasa namun tidak ketika berada di pulau.

Pada satu maghrib, Aku terlambat bangun kerana tertidur selepas solat isyak. Menurut isteri bapa saudara aku, dia naik ke bhilik untuk mengejutkan aku kerana dahmasuk waktu solat maghrib dan azan pun dah habis. Semasa dia datang mengejutkan aku, dia amat terperanjat kerana ketika itu mata aku terbeliak ke atas dan tiada respon apa-apa. kemudian dia panggil bapa saudara aku untuk melihat keadaan aku.

bapa saudara aku bergegas mendapatkan bantuan sorang bomoh yang berada di pekan. Sementara ibu, isterinya pulak menemani aku di bilik. Perkara diluar dugaan isteri bapa saudara aku berlaku. aku mula hempas-hempaskan diri. Untuk mengelakkan aku terjatuh dari katil. dia kemudiannya cuba mengawal aku namun tidak terdaya. Jalan terakhir dia ambil terus memeluk aku dan kekadang kepala dia terhantuk ke dinding simen kerana cuba menghalang aku dari meronta-ronta.

dalam setengah jam selepas itu, bapa saudara aku dengan bomoh datang. Belum sempat bomoh merawati aku, dia terus memberitahu bapa saudara aku bahawa jin yang merasuki aku kuat dan dia tidak mampu merawat. Katanya dia hanya mampu menenangkan sahaja seketika.

Semasa aku dalam keadaan tenang dan mula sedarkan diri, mereka kemudiannya memapah aku turun ke bawah dan letakkan aku di ruang tamu. Selepas bomoh balik, sekali lagi aku dirasuki. Bapa saudara aku meminta tolong dengan sorang tukang kebun ditempat kerjanya.

Apabila tukang kebun sampai ke rumah. Beliau mula meramas-ramaskan sesuatu kepada aku sehingga aku tenang semula dan tersedar. Aku meminta bapa saudara aku mengambilkan Ya-sin aku. Sebelum tu, aku bertanyakan kepada pakcik tukang kebun tersebut tentang benda yang diramas-ramaskan ke tubuh aku. Menurut tukang kebun itu adalah sejenis pokok untuk menghalau jin. Nama pokok tu pulak aku dah lupa.

Dalam minggu tu, aku memang sengsara sangat sehingga tenaga aku banyak yang kurang dan badan rasa lemah sangat. Keadaan inilah yang menyebabkan jin senang-senang merasuki aku. Bapa aku pulak terpaksa masuk ke pulau untuk menjaga aku manakala ibu aku di tanah besar mengurus adik-adik aku yang masih bersekolah.

Kerasukan kali yang ketiga pada minggu tu pada hari Jumaat awal pagi. Bapa saudara aku terpaksa membawa aku ke hospital. Pada hari itu, ngam-ngam ada doktor yang bertugas. Setelah melihat keadaan aku, doktor mengesyaki aku terkena sawan namun suntilkan sawan tidak berkesan langsung. Kemudia doktor mengarahkan aku untuk dihantar ke hospital di tanah besar.

Perjalanan ke hospital besar memakan masa sejam dengan menaiki bot laju kepunyaan hospital pulau. Situasi diluar jangka belaku semasa berada ditengah-tengah laut. Aku mula kerasukan dan bapa aku memeluk aku erat-erat risau aku terjatuh dari bot. Berdasarkan cerita bapa aku, tenaga aku memang kuat namun bapa aku tidak pernah mengalah walaupun kekadang kepala terhentak ke dinding-dinding bot sehinggalah sampai ke tanah besar.

Aku kemudiannya dirujuk kepada doktor pakar di bandar. Oleh kerana keadaan kesihatan aku yang tidak mengizinkan aku untuk bertugas di pulau, kemudiannya doktor pakar membuat surat perakuan untuk memudahkan aku berpindah ke tanah besar. Dalam bulan tu juga aku urus dan mendapat tempat bertugas baru di tanah besar di daerah aku sendiri.

Semasa bertugas di tanah besar, pelbagai cara aku telah buat untuk berubat dan aku telah berubat dengan beberapa orang ustaz namun keadaan aku tetap seperti itu. Cuma semasa berada di tanah besar, aku jarang dirasuki seperti mana semasa berada di pulau.

keadaan aku terus didampingi saka sehinggalah aku berkahwin dan dikurniakan 2 cahaya mata. Namun aku tidak pernah putus asa untuk berubat. Saka yang ada pada aku hanya berjaya dihalau untuk beberapa bulan sahaja dan akan kembali semula. Saya belum terjumpa perawat yang boleh menghilangkan saka yag ada.

Pada satu malam di hujung minggu, aku kerasukan. Pada masa itu, bapa saudara aku ada di rumah kerana jalan-jalan ke bandar untuk shopping joran. ketika ini juga bapa dan ibu aku ada di rumah ikut dengan bapa saudara aku. Isteri aku memanggil bapa saudara aku naik ke bilik untuk mengawal aku kerana risau aku akan meronta-ronta.

Selepas aku tenang seketika, Kemudian bapa saudara aku membawa aku berubat dengan seorang ustaz yang agak terkenal pada malam tu juga. Aku dipapah naik ke kereta. Sesampainya di depan rumah perawat, aku mula rasa panas yang amat sangat. Aku turun kereta dan terus melarikan diri. Puas bapa dan bapa saudara aku memanggil namun aku tidak hirau. aku tidak tahan dengan panas yang aku hadapi apabila mendengar alunan-au=yat-ayat suci al-Quran dari perawat dan pembantunya.

Kawasan rumah perawat tu kawasan perumahan teres. Kemudia beberapa ekor anjing menggonggong aku. oleh kerana takut akan anjing. aku berpatah balik. Kemudian bapa aku memeluk aku dan membawa aku naik ke kereta semual. Semasa berada di dalam kereta, aku meminta isteri aku untuk cepat-cepat pulang rumah. Pada mulanya dia enggan. aku rebut kunci namun tidak dapat. Setelah bapa, bapa saudara dan isteri aku berbincang, mereka akhirnya membawa aku pulang tanpa sempat dirawat.

Semasa perjalanan pulang, aku pula tiba-tiba teringin untuk berubat dan meminta isteri aku untuk patah balik. Tetapi bapa saudara aku tidak setuju. Katanya jin hanya permainkan kami. Dia risau, aku terjun dari kereta apabila patah balik. Malam tu bapa saudara aku bacakan ya-sin dan akhirnya keadaan aku pulih.

Selepas beberapa tahun mengajar di sekolah, kemudian aku ditempatkan di pejabat. Bigbos aku pula adalah bekas guru aku semasa sekolah dulu. Maka hubungan kami agak erat. Bigbos aku ni sebenarnya telah menjadi abang angkat aku sehingga aku digelar anak emas dipejabat tempat aku bertugas. Walaupun bergelar anak emas, aku tidak pernah mengabaikan semua kerja-kerja aku. Bigbos sayangkan aku kerana aku tidak pernah tertinggal kerja dan selalu membantu apa yang bigbos perlukan tidak kira siang atau malam.

Semasa bekerja di bawah Bigbos aku inilah aku mendapatkan rawatan membuang saka dari sorang ustaz yang Bigbos aku kenal. Sehingga aku berkongsi kisah ini dan meminta kawan aku untuk menulis cerita ini, aku masih dalam rawatan namun keadaan aku sudah beransur pulih dan tidak lagi dirasuki Saka. Kalau ada pun hanya gangguan-gangguan kecil namun dapat aku atasi sendiri.

Sekian dan terima kasih kerana sudi membaca kisah benar yang aku lakarkan melalui penulisan kawan aku.

Demikianlah kisah yang kawan telah dia kongsikan dengan saya. Mungkin ada cerita yang tertinggal kerana terlupa. Namun jalan cerita adalah seperti yang dia telah ceritakan kepada saya. Wallahu’alam.

Ato

Kongsi kisah anda di sini : fiksyenshasha.com/submit

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.