Pontianak Sorok Gayung

Abim. Itulah nama panggilanku. Keseronokan duduk di asrama Sekolah Agama Menengah Hulu Langat, membuatkan aku menjadi gila-gila. Ya, jauh dari family, tidak terkongkong dan ramai kawan. Malam itu, memang seronok. Aku dimekapkan oleh kawan2 aku sehingga berbentuk seekor pocong. Habis cadar tilam asrama jadi mangsa. Mukaku dibedak. Putih. Setelah di ‘make up’, aku try tengok di cermin.. “Wow…seram..”, hehe. Kawan2 yang lain sudah tidak sabar beraktiviti. Lalu kita orang pun bergerak senyap2.

“…Nak start kat Blok A dulu ke, atau Blok B dulu..?”, kata Zikri kepadaku. “..Kita start blok A ni je dulu. Start kat dorm sebelah..”, jawabku.

Lalu kami bergerak hingga ke bilik dorm sebelah. Aku mengintai. ‘Semua tidur..,’ getus hatiku. Aku memberi isyarat kepada Zikri supaya terus ke dorm yang hujung. Zikri pun menunduk berjalan di koridor asrama, sampailah di dorm yang paling hujung. Aku pula berjalan mengensot dan sekejap terlompat-lompat sebab dah diikat serupa pocong.

Aku pun sampai belakang Zikri. Zikri tengok ke dalam dorm. “Ok..,” bisiknya, sambil bagi isyarat kat aku boleh mulakan tugas. Haha.

Aku pun menoncit-noncit.. perlahan-lahan. Gaya pocong lompat yang pasif. Lampu bilik dorm gelap. Dua orang pelajar sedang tidur di tilam yang dihamparkan di lantai. Aku menuju ke katil di mana ada seorang adik junior yang sedang tidur nyenyak. Aku pun meloncat perlahan-lahan dan duduk di sebelahnya. Mukaku menenungnya.

Aku singgungkan lututku yang berbalut kepocongan, ke peha adik junior tu. Dua tiga kali aku singgung, dia mula mengiringkan sedikit badan menghadapku dan membuka sedikit mata…lalu..

Aku senyum kat dia. Senyuman yang paling ngeri yang baru aku praktis di cermin masa make up tadi…

“..Mmmppphh… Mmmmpphh…
~Hhhh~….~Hhhhhhhhhmpphh…~Hmmpffsssss…”, juniorku merengus macam orang yang sesak nafas tahap sakit jantung peringkat serius sambil pegang dada macam nak kejang. Dalam hati aku nak terkekek tapi aku tetap kontrol kengerianku. Aku lihat Zikri di balik dinding koridor luar dah menahan kekek kelawakan.

Aku pun bangun pelan2 dari katil meninggalkan juniorku yang sesak nafas mencungap kengerian. Aku landing pula di bawah sebelahnya, iaitu di junior2 yang tidur nyenyak di tipam lantai.

Pinggulku tepat kududuk di tepi bahu junior yang yang tidur di lantai. Sedap dia berdengkur aku lihat.

“Hussss..husss…”, aku mendegus lembut ke arahnya sambil menyentuh bahunya dengan pinggulku. Selang kemudian, dia pun membuka mata …lalu terkejut.. dan.. dia pun azan sekuat hati! Zikri di luar dah terkekek berguling-guling. Aku pulak terkedu. Terasa seperti aku ni betul2 seekor hantu. Hahah. Kesudahannya, junior ni menyumpah-nyumpah sebab dia dah ternampak Zikri gelak terkekek-kekek di luar. Dan aku pun tersengih kekantoian. Huhuh.

Aku dan Zik pun balik ke dorm semula, sambil gelak dan tersengih. Misi gurau seram malam tu kira menjadi. Hahah.

Malam esoknya aku balik ke dorm aku di blok B. Nama dorm aku B5, terletak di tengah-tengah. Entah macam mana aku tak boleh nak tidur, aku pun ke dorm sebelah iaitu dorm B6 untuk berjumpa dengan kawan baikku, Erwan Sahran. Aku tengok dia belum tidur lagi walaupun lampu dorm semua dah dipadamkan. Dia nampak aku dan tegur aku “..Woi Bim.. meh lepak..” Aku pun masuk dorm B6, tutup pintu dan dengan lajunya duduk kat atas katil dia sambil tersengih. Kami pun berborak bergosip. Borak punya borak sampailah tiba-tiba dua-dua tersenyap. 4 saat..”..Malaikat lalu..”, kata Erwan sambil menyengih kat aku. Aku pun buat muka toya dan kami sama2 alihkan pandangan ke tingkap koridor berlampu secara spontan. Tak semena-mena, satu lembaga putih bergerak perlahan dari arah kanan melintasi tingkap yang kami pandang. Perlahan. Kelubung putih. Sedikit terapung sambil menyeret.

Otak lojik aku berkalkulasi “..Siut sapa yg nak main menyamar-menyamar hantu pulak ni..”, bisik aku dalam hati.

Benda kelubung tu lalu smpai depan pintu, dan pintu pun berkuak. Aku terkejut. Aku perati elok-elok. Tak ada pulak benda tu melintas pintu yang dah terkuak. Tak ada pulak dengar bunyi tapak kaki.

Laju aku bertanya pada Erwan, “Kau nampak tak?” ..”Nampak..”, balas Erwan. Apa lagi masing dengan turbonya mencapai bantal dan tidur. Berhimpit. Bila dah hilang rasa cuak baru aku bangun dan tutup pintu. Tapi rasa seram-seram. Cepat-cepat aku sambung tidur sebelah Erwan.

Esoknya aku terfikir ini balasannya sebab bergurau jadi pocong hari tu kot. Huhuh. Tapi aku kental. Kuatkan hati apa nak takut. Biasa lah hantu setan ni kan memang ada.

Aku pun meneruskan hari-hari di asrama seperti biasa. Balik dari solat asar, minum2 petang di dewan makan. Kemudian naik ke bilik dorm salin baju sukan sebab nak main bola petang-petang.

Jam dah tunjuk pukul 5:45 petang. Aku santai-santai je siap lenggang-lenggang. Jam 6:00 petang. Aduh sakit perut pulak. Berak lah dulu. Time-time star bola nak beraksi ni pulak la time tu nak sakit perut.

Aku pun mengensot ke tandas blok B hujung. Masuk je tandas, amik tandas yang paling hujung second last. Tandas favourite sebab ade paip getah yang panjang dan mencapai ukuran untuk membasuh secara tepat. Hahah.

Aku pun bercangkung. Tiba-tiba macam rasa sunyi aje. Aku rasa seperti semua suara dan bunyi tak ada. Suara bersorak main bola di padang seperti biasa pun tak ada. Yang ada hanya bunyi gema-gema dalam tandas. Bunyi air menitik. Bunyi ensot seliparku masa cangkung. “…Aii.. budak-budak ni tak turun main bola ke..Senyap je padang?”, getusku di dalam hati. Tiba-tiba rasa suram pulak dalam tandas ni. Jam 6:00 petang memang suram kalau tak bukak lampu dalam tandas.

Aku meneruskan perberakan dengan rasa yang pelik. Badan aku rasa macam sejuk je. “..Ahh..takde pulak ke budak-budak ni nak ke tandas. Selalu penuh je tandas ni..,” ngomel lagi dalam hatiku, tanda-tanda cuak mula bersarang. Entah apa yang nak diucuakkan.

Telinga aku masih menangkap bunyi-bunyi manalah tahu ada budak-budak dorm berlari ke tandas nak berak, lega sikit ada peneman. Huhuh.

Kemudian tiba-tiba aku rasa macam ada budak-budak ni nak skodeng aku tengah berak. Ya lah, budak asrama putera zaman aku ni (SPM 1998) memang perangainya boleh tahan. Jadi, aku pun dongak ke atas ke dinding tepi yang bersambung ke tandas sebelah. Telinga pulak meningkatkan aura macam rasa konon-konon boleh tembus. Aku pun membayangkan… “..Tak ada orang sebelah ni.. so tak perlu risau kene skodeng..” Apa yang bestnya, aku renung syiling. Aku berasa haru biru kejap apabila melihat syiling di atas terkopak separuh bulat. Gelap je dalam syiling tu aku tengok..macam seram. Ada gayung warna biru pulak tu kat atas syiling tu. Tah sapa lah yang kurang akal letak kat situ. Nampak separuh aje. Aku dah rasa seram, sebab tiba-tiba otak aku membayangkan muka pontianak keluar dari celah syiling pecah tu sambil senyum kat aku. Memang aku sumpah seranah la dia kalau dia keluar.

Aku kuatkan mental. Tunduk main air jap sambil tenang-tenangkan hati.

“..Ada muka pontianak.. ada muka pontianak..”, sahut kata hatiku berterusan suruh aku pandang syiling yang pecah tu.

Siut betul la. Aku tingkatkan kekuatan mental aku tahap ekstrem. “Pontianak ke tak pontianak ke apa nak takut, gi mampos lah.. Mana boleh takut dengan setan,” aku pun melawan kesiulan kata hatiku itu dengan mendongak ke atas syiling, bajet cool.

Ada benda pelik… Gayung yang separuh tadi dah hilang.

Aku bukak paip tahap pili bomba. Basuh laju2. Bukak pintu jamban dan menurbo ke dorm. Siap2 dan terus turun main bola.

Seram pun beransur-ansur
hilang..

“..Huh..celaka betul..boleh pulak dia main alih2kan gayung”, getus hatiku, sambil menyumbat gol ke arah gawang.

Kini 2019. Aku rindu nak main bola petang2 sambil rasa nak pijak muka pontianak yang main sorok2 gayung.

  • Al Tamattttt –

#artcalligrafia
#artcalligrafiamohamad

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

6 thoughts on “Pontianak Sorok Gayung”

Leave a Comment