Rahasia

Assalamualaikum semua. Baru-baru ni aku masuk umur yang ke 22 tahun (awal tahun ni). Sekarang ni aku masih study. Macam biasa setiap tahun hari jadi aku. Kita orang satu keluarga pergi makan ramai-ramai. Tapi kali ni raya ke-22 pelik pula. Kita orang tak buat acara makan-makan. Tapi kali ni ayah dengan mak aku suruh aku balik kampung jumpa atuk dengan nenek aku. Aku pun pergilah. Ayah aku hantar. Mak ayah aku pesan dengar apa yang atuk nenek aku cakap. Kami sebenarnya memang lama dah tak balik kampung. Jadi malam tu tepat pukul 12 malam genap umur aku 22 tahun.

Sebelum tu waktu siang atuk aku suruh aku mandi bunga lah campur dengan akar kayu menda entah. Aku mula2 taknak lepastu bau bunga tu dengan akar tu sedap. Aku pun lantak lah terus mandi. Guna air perigi. Bila dah siap semua. Tepat pukul 12. Atuk aku panggil dia baru balik dengan kawan dia. Tepat pukul 12 ni. Tok ki nama kawan dia tu. Dia ajak aku borak. Ada lah dia buat gelak2. Waktu ni kami borak dekat bangsal luar rumah. Tengah sedap borak ni. Tiba2 aku rasa macam ada suara perempuan lembut je panggil aku. Tok ki ni teruk panggil nama aku kuat2 tersentak aku. Dia suruh aku masuk dalam.

Lepastu entah apa nenek atuk dgn tok ki bual. Aku tak dengar. Malam tu memang lambat sangat waktu berjalan. Aku duduk dalam bilik tak boleh tidur. Aku musykil ada apa ni. Memang aku dah fikir benda mistik. Telefon pula haram tak ada line. Tengah sedap baring aku rasa ada kepala orang atas tangan aku. Macam nak tercabut jantung aku. Aku nak pandang je ada macam rambut panjang lalu depan muka aku bau wangi. Dia siap panggil nama aku. Aku apa lagi terkejut keluar terus pergi dapur.

Tengok atuk dengan nenek aku belum tidur. Dia ajak aku berbual lepas aku tanya. Mula lah nenek aku cerita. Waktu aku baru lahir, ada saka lama keluarga aku datang cari waris. Katanya dah lama saka ni. Warisnya pula lelaki dari keturunan ketujuh yang lahir pada sekian-sekian tarikh (tarikh harijadi akulah). Aku ingat mengarut. Sekali bila diorang terang salasilah keluarga aku, memang tepat aku ni yang ketujuh. Jadi bila benda tu nak melekat dekat aku tok ki ni halang. Tapi semua ingat dia dah hilang memang dah buang jauh. Tapi katanya tok ki ni dia dapat macam mimpi gitu. Katanya genap umur aku yang ke – 22 dia akan kembali.

Waktu tu dah meremang bulu roma aku. Jadi atuk aku pernah tanya selalu tak aku terserempak gadis ke wanita waktu senja baru-baru ni. Aku cakap tak pernah pula. Jadi dah 3 hari dekat kampung aku balik kampus. Tapi kali ni lah benda tu baru betul nak cuba damping aku. Aku dekat kampus selalu mimpi. Mimpi sesat dekat hutan. Dan terjumpa sungai. Tapi setiap kali sesat mesti ada perempuan ni. Memang lawa. Sangat lawa sampai aku jatuh cinta. Keluarga aku ada cakap kalau ada apa2 kasi tahu. Tapi tak, aku simpan rahasia. Bagi aku dia ni baik dan tak kacau aku. (Mungkin sebab aku jatuh cinta?)

Bukan aku forever alone sebenarnya. Sebelum ni pun aku pernah ada relationship. Tapi entahlah, bagi aku benda ni; nama dia “Misa” macam gadis idaman aku. Aku pernah upah orang untuk lukis rupa dia. Tapi sayang, tak serupa langsung. Bagi aku misa ni dia ada aura mature woman. Tapi kadang2 aku rasa aku ni gila. Aku siap catat dalam diari mimpi apa haritu. Tapi aku “jumpa” misa bukan setakat dalam mimpi. Kadang2 aku tengah duduk sorang. Aku rasa ada tangan sejuk. Haruman dia. Btw aku pernah consult doktor pakar. Aku cakap dengan dia aku ni jatuh cinta dengan benda yang bukan konkrit dan tak wujud secara fizikal. Doktor tu kasi ada sleeping pills kau tahu? Aku tak ada masalah tidur. Aku lagi suka tidur.

Sampai lah lepas beberapa minggu, kali ni aku busy dengan macam-macam hal. Jadi aku terlupa hal “pendamping” jadi aku lalui hari macam biasa. Dan sampailah seminggu cuti. Tapi aku tak balik sebab ada hal. Housemate aku 8 orang. 5 balik lagi 3 termasuk aku tak. Jadi tidur bilik asing. Jadi seminggu tu aku tak tahulah kenapa. Asyik “mimpi basah” terus terang aku cakap dalam hidup aku cuma sekali atau 2 mimpi basah. Ini tidak. Setiap kali aku tertidur aku mimpi basah. Sampai aku lupa apa benda yang aku mimpi. Jadi berlarut benda tu. Sampai 4 hari. Aku punya kemaluan ni jangan cakaplah sakit dan aku check ada kesan calar dengan kuku makin hari makin banyak.

Aku waktu tu takut gila weh. Nak kencing sakit bengkak. Aku jumpa doktor dia kata aku kena batu karang. Dan kasi injection tapi masalahnya tak berkesan. Doktor kasi ubat semua mencecah RM300 – RM400 juga. Tapi still tak okay. Hujung tu aku terpaksa cuti dan balik. Kawan aku housemate aku lecturer semua cakap asal muka aku asyik pucat. Mana kan tidak! Aku tahan sakit. Lepastu dengan bengkak tu kencing tak boleh. Aku balik aku tak kasi tahu terus family aku. Tapi sebab dah sakit aku kasi tahu. Menangis juga lah aku cerita. Mak dgn ayah aku risau. Bawa hospital doktor check. Dia tanya aku ni pernah buat sex melampau ke apa. Mengucap aku waktu tu tapi masih tenang jawab tak pernah langsung.

Jadi ayah dgn mak aku call kampung. Diorang suruh bawa aku balik. Bawa balik ni, nenek aku dia kasi daun apa aku lupa tapi dalam dia ada macam herba-herba suruh balut kemaluan aku tu. Rasa lega sekejap tapi sakit. Sampai lah tok aku tanya. Aku explain lah. Diorang geleng kepala sebab aku berahsia. Aku cakap aku tak ada setuju apa-apa tapi sebab aku melayan dia. Jadi benda tu dia nak “air” tu sebagai bayaran dia. Aduh geleng aku.

Seminggu aku ambil rawatan. Banyak  juga pergi pusat rawatan islam. Aku tak berapa ingat. Sebab banyak tu aku memang jadi lemah. Asyik pengsan je. “Misa” tu taknak keluar. Aku asyik mimpi misa tu maki aku caci aku dan b***h aku. Lepas 3 minggu, alhamdulilah berjaya halang Misa tu. Tapi benda tu aku tak tahu apa jadi. Memang buang habis atau dia akan waris dekat generasi lain akan datang. Sampai sekarang menyesal aku rahsia. Terima kasih membaca. Maaf kalau ada agak lucah sedikit.

Kongsi kisah anda: https://fiksyenshasha.com/submit.

A-
Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 5]

15 comments

  1. 7/10. Lain kali bnda cmni jgn rahsia2 dik.kau nmpk misa tu cantik.hakikatny umur dah berapa kurun.huduh taw x..ko tgok mmg xlalu makan setahun.kalau pmpn sllu mmpi kendong n dukung baby..comel plak tu.klau llaki plak pmpn cntik..sebab tu dia tau kelemahan kita kt mn.so..beware.kuatkn benteng diri.huhu

  2. Rindu plak dgn cerita Imam Hafiz, pak lang, mana la penulisnya, bt la cerita rekaan yg menarik lg, sendu la fs ni dh

  3. Utk perenggan pertama, hakak baca ayat ko mcm apa ntah dik… nasib baik hakak dh slalu baca ayat tunggang langgang ni.. so paham la jugak… hahaha…

  4. Jadi malam tu tepat pukul 12 malam genap umur aku 22 tahun.

    ala x pyh ler beria2 tgu 12 mlm.. kte kira jam berapa yg mak lahirkan. settle. hehe

    btw hantu ni pun nk blsn air la plk.. dh mcm lucah ak rse si misa nih. huhu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.