Resort Di Cherating Berpenghuni

Assalamualaikum , hi guys. ni frst time aku post kt sini .

Kisah ni berlaku pada tahun lepas . Aku masa tu form 5 , dan aku sertai satu kem belajar di sebuah resort kat Cherating, Pahang slama 2h1m je. Ala resort warna biru tu eheee. Masa sampai dekat resort tu dalam jam 12 tghari, aku perasan ada beberapa buah kereta je yg parking dan ada satu warung makan dekat luar ada pakcik makcik yqng memerhati aku dan kwan yng lain sampai. Lepas ada taklimat sekejap, cikgu² aku dh bahagikan 10 orang dalam satu bilik.

Selepas siap taklimat , aku dan kawan yangg lain 9 orang naik ke bilik kami untuk bersiap² solat, mandi sebelum kelas start jam 3.30ptg. No bilik kitaorang duduk 2202. Masa masuk bilik tu , kawan aku nisa, alin & lia (bukan nama sbenar) masuk tanpa beri salam dan berlari buka sliding door dan selfie di beranda resort dan dekat beranda bilik aku, ada satu pokok rendang. Aku tak sempat nak beri salam dulu sebab kena angkut beg masuk. Dan kawan aku sorang ni , kitaorg lantik dia sebagai leader sebab dia garang sikit dia cadang nak tidur dekat ruang tamu memandangkan kitaorg ramai dan tnpa apa² izin dia alihkan sofa susun tepi meja untk kasi luas dekat bahagian ruang tv. Aku mula terfikir, kata² mak aku yang kita perlu mintk izin dlu sebab kita nak tumpang. tapi aku terlambat.

Lepas aku dan kawan semua siap kemas dan letak bag , kitaorg gerak ke bilik kem dibangunan sebelah. Sampai je dekat bilik kem, rakan sekelas aku Abdul dengan muka pucat datang dekat aku cerita yang dia tadi sesat sewaktu nak check in bilik. katanya dia seakan tidak sedar dia naik di satu blok bangunan yng sebelah blok kami semua duduk. Dia kata, setelah dia smpai di tingkat pertama dia tersedar yang dia brseorangan & pandang sekeliling gelap dan sunyi padahal waktu siang. Dia terus turun tangga dan pergi ke arah lobi. Aku dah rasa lain setelah Abdul cerita dekat aku.

Setelah kelas tamat dalam jam 5 petang. Cikgu arahkan kami smua ke cafe resort tu untuk minum petang. Resort dalam keadaan sunyi, dan aku rasa aku dan kawan² je yang duduk di situ . Pekerja resort sini pun boleh bilang dengan jari . Dalam 5-6 orang sahaja. Lepas je maghrib, kitaorg turun makan malam di cafe sebelum class start jam 830malam. Masa ni lah aku dan budak bilik aku dah start kena usik. Siap je makan, nak geram bilik kem . Kawan aku tetiba tertingal barang dekat bilik. So nisa dan athirah ni balik ke bilik . Aku , ila dan kawan aku 3org lagi tunggu dekat cafe. Dalam 15min diorg tak turun² . Aku dah rasa lain, try call diorg. Malangnya fon diorg dlm bag aku. Aku dan kawan ni brjalan dri cafe nak ke bilik kem lalu dekat kolam. berhenti kejap pstu perasan ada playground seberang kolam. Dan buaian bergerak laju seakan ada orang main. Aku dan kawan saling pndang terus jalan cepat pergi bilik kem smpai tak ingt dah nisa dan athirah. Sampai bilik kem, nisa & Athirah dah ada sana. -_-

Jam menunjukkan pukul 1030 malam. So waktu balik ke bilik masing². Lepas je masuk bilik, solat isyak apa semua budak bilik aku ajak la makan² maggi, sembang², tengok tv apa semua. Lepas je makan², masing² buat hal sendiri. Ada yang dah masuk bilik diorg. Resort aku stay ni ada dua bilik . Satu master room. Satu bilik biasa. Ada skli dapur, 2 bilik air. Masa tu dah jam 12 . Aku duduk di sofa, ida (leader) tgh iron baju, athirah, ila n nisa main fon. mirah n elya sembang² smbil makan jajan. lagi 3orang dekat bilik. Bilik kitaorg riuh masa tu. Tetiba blackout, dan semua diam. Ida yang tengah iron bju still iron even tahu blackout sebab acah tak cuak. 3 orang kawan aku keluar bilik. dan bincang nak ngadu dekat cikgu. Bila tengah duk bincang tetiba dengan org bukak paip air dekat dapur. Semua pakat diam, dan blari terjah pintu keluar lari dengan pakai selimutnya pergi bilik member yang duk seberang. Pastu ngadu dekat cikgu blik blackout, stengah jam tunggu pkerja dia datang tgkkan suis, dah okay balik.

Lepas semua dah settle, masuk balik bilik kitaorang pastu berkumpul dekat bilik yang dekat dengan pintu. Tutup je pintu, pap! blackout dan masa ni, mirah kawan aku dia seorang yang Allah beri kelebihan boleh nampak sejak dia kecik. Dia cakap dekat kitaorang suruh keluar tidur dekat bilik member seberang sebab dia nmpak seorang perempuan berpakaian kebaya putih, dan muka buruk duduk dekat bucu katil. Kitaorang lari keluar pergi bilik member seberang . Berkumpul situ, baca yassin apa semua sebab ila & athirah dah lemah dan start menangis. Jadi kawan aku yang lain cuba tenangkan. Malam tu kitaorg memang lelap kejap² sebab takut.

Keesokkan pagi, kitaorg msuk bilik terus pack barang siap² awal dan nak turun awal dan Ida sruh adjust balik sofa dan meja yang kitaorg ubah sebab kitaorg trfikir, mungkin dia marah sebab kacau tempat dia. Settle smua, aku duduk depan laci tv, aku buka and aku trnampak satu buku tajuk “The Glory of Al Quran” , aku buka muka surat 1 ada kesan cakaran kuku dekat tengah² dan berlubang² macam orang cakar. Aku terus letak balik dan aku cepat² keluar.

Lepas je cerita kisah ni dekat cikgu aku. Emak member aku dengar dan dia naik ke bilik tu, dia intai² dan masuk dalam bukak sliding door. Dia pun keluar , cakap dekat kitaorang, ada seorang perempuan tunggu atas pokok dekat beranda dan ni tempat dia sebab tu dia marah. Aku dengan member yang lain melopong. Selepas je slesai kem ni. Aku terus search, dn bilik yang aku duduk tu memang ada penghuni iaitu perempuan yng bunuh diri. Cuma no bilik tu dia tukar je buat 4 angka. :’)…

Syukur alhamdulillah tiada apan juga yang berlku dengan kami sepanjang kami berada dekat situ…Sekian sampai disini saja kali ini penceritaan ku… Maaf jika kisah ini kurang menyeramkan..Tapi bagi aku waktu tu dah cukup seram bagi aku

Itu saja guys, maaf kalau ada kesalahan bahasa. Jaga² ada yang memerhati…

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

9 thoughts on “Resort Di Cherating Berpenghuni”

  1. Tahun lepas form 5, maknanya tahun ni STPM. Tapi bahasakan diri aku-kau. Ingat sikit pembaca kat sni bukan semua budak2. Tolong guna bahasa sopan skit.

    Reply
  2. “Aku tak sempat nak beri salam dulu sebab kena angkut beg masuk”. – boleh je bagi salam sambil angkat beg.

    “Aku mula terfikir, kata² mak aku yang kita perlu mintk izin dlu sebab kita nak tumpang. tapi aku terlambat. – tak perlu minta izin pun sebab khurafat, tapi kalau nak minta izin juga boleh je sambil kawan kau alih tu, takde alasan tak sempat.

    Reply
  3. Lain kali nak tulis, praktikkan tatabahasa dan kurangkan short form macam “yg” dalam cerita. Lagi baik kalau adik baca balik sebelum hantar. Rasa tak seronok baca kat laman ni bahasa Melayu tunggang-langgang

    Reply

Leave a Comment