#RRDoters: Hantu Guthrie

Assalamualaikum, Salam Sejahtera warga FS dan hakak aku yang peminat tegar FS,

Thank you FS sebab sudi post cerita aku ni. Kejadian ni betul-betul tau berlaku dekat aku yang suka balik lewat malam sebab nak dating punya pasal. Maklum lah aku dengan dia LDR gitchew 3 tahun weh kat tempat orang bila balik jumpa dia pun 2 3 hari je dalam setahun; bila dah ada kat Malaysia ni kitaorang macam jakun nak dating hari-hari kalau boleh. hahhahha Aku duduk Kajang and boyfriend aku duduk kat Shah Alam dengan family dia lah kan. So dah jadi kebiasaan every weekend kitaorang akan jumpa sama ada dia datang Kajang atau aku pergi Shah Alam. Gilir-gilir lah takkan dia je nak pergi dekat aku kan. Be fair and square. Dah jadi kebiasaan aku je yang kena kacau rezeki lah kot, dia? Hantu pun takut dekat dia rasanya!

Okay, jom start!

Boyfriend aku ni duduk dekat kawasan highway Guthrie alah yang Sime Darby punya residential area tu (kalau korang selalu lalu korang tahu lah kot tempat ni dekat mana, hehehe) sebelum masuk kawasan perumahan dia kena bayar tol tau takpayah pun takpe tapi malas nak hadap traffic light so balun je lah bayar. Lepas tol tu kawasan jalan dia akan gelap tau depan sikit baru ada lampu. Depan sikit mende, 2-5km jugak baru ada lampu! Gelap dia sampai aku drive balik taknak tengok cermin belakang and tepi, kau bayangkan kereta aku je yang lalu kawasan tu tengah malam tak kau rasa seram?

Kejadian pertama jadi aku drive hantar dia balik, masa tu awal lagi around jam 1030pm aku seperti biasa takkan mengantuk kalau driving ini hakikat ye kalau aku mengantuk pun aku drive terus tak mengantuk. Lepas tu dah masuk kawasan perumahan dia yang banyak round-about tu; tetiba aku nampak macam ada orang tepi jalan bawah pokok- dia macam pakai seluar pendek warna coklat nude colour tu and aku tak sure yang dia pakai tu baju or darah satu badan. oh ye, dekat tangan dia ada helmet merah. Masa aku nampak tu aku macam lek je, tapi bila aku focus tengok benda tu tetiba aku jadi terlelap and tangan aku terlepas dari steering kereta (ini apa yang boyfriend aku cerita). Tak tahu lah nak describe keadaan aku masa tu, dia macam separuh sedar tau. Bila boyfriend aku perasan macam nak terbabas terus dia tanya aku okay ke tak; automatically aku macam tersedar dari lamunan weh! Esoknya aku bagitahu dia penampakan tu, dia cakap kat kawasan tu banyak motosikal accidents; maybe dia tak tenteram seperti dalam movie skrip 999 yang abang dia bagi hint yang jari dia tertinggal kat motor tu. Hahahha tetiba!

Yang kedua ni jadi masa lalu dekat kawasan jalan yang gelap tu time tu dalam jam 11lebih jugaklah. Ini towards kl lah ye bukan towards ipoh. So aku drive macam biasa dekat situ aku akan pecut sebab macam kalau boleh nak keluar dari kawasan gelap tu cepat. Macam aku cakap tadi aku takkan tengok cermin belakang or side, entah macam mana malam tu mata ni gatal nak tengok side mirror belah kiri aku takut ada motosikal ke apa kan. Alih-alih aku ternampak yang macam sekumpulan orang hitam; dorang ni macam bayang-bayang kau tahu. Aku macam pelik masa mula-mula sebab gelap kan kenapa boleh nampak benda macam tu pulak kalau putih make sense lah jugak mungkin dari cahaya lampu kereta aku kot kena tempias masuk akal ke? Lepas tu aku tengok lagi sekali laju weh dorang macam nak lumba dengan aku! Lagi laju aku bawak lagi laju dorang kau tahu? Alah macam kau main kejar-kejar, kau mesti lari laju kan bila orang dah nak dekat dengan kau. Ha macam tu lah jugak aku, makin aku tekan minyak makin lah laju dorang and makin ramai! Cemas weh! Hmm, maybe masa tu dorang ni ada hari sukan kot. Dah dekat kawasan lampu, aku dah taknampak dorang semua tu. Mungkin dorang taknak bayar tol. hahha

Ini yang baru-baru ni aku kena, pergh! Tapi ni before viral perempuan kebaya merah tu lah. Hahaha, okay macam ni. Rumah dia ni dekat macam dah hujung taman dah, kiranya 2 3 biji rumah lagi dah hujung taman dah. Depan dia ada rumah 2 3 biji jugak, alah standard lah susunan rumah dalam taman. Korang boleh bayangkan tak? Lepas tu kalau nak keluar dari jalan rumah dia kena uturn dari rumah hujung tu. Waktu tu hujan gerimis, yang halus je air hujan dia tapi kalau kena sakit kepala weh! Time tu dia nak check apa ntah kat kereta aku tu, so dah buat u-turn siap-siap terus park dalam rumah dia. Masa mula-mula ingat kan next week je buat tu yang siap u-turn bagai, tapi ntah rasa macam baik buat hari tu je kot. So takpayah pening kepala dah. Okay, rumah depan dia yang paling hujung tu entah aku pun tak sure ada orang duduk or just buat rumah persinggahan je. Sebab gelap je aku tengok selalu. Kereta parking dalam tapi menghadap rumah- rumah depan tu. Ha, reverse parking eh orang panggil? Nak dijadikan cerita, perempuan tak tahu apa-apa pasal kereta kan, jadi assitant je lah ambik-ambik barang bukak pintu tutup pintu. Ada satu kali tu, aku ambik barang dalam kereta bila nak keluar dari kereta tu aku macam nampak perempuan pakai kebaya kuning rambut dia macam ikat bawak kedepan dekat koridor air-cond rumah yang aku ckp macam takde oranng duduk tu. Mula-mula aku macam susah nak hadam, bila aku focus. YaAllah! Benaran dong, perempuan pakai kebaya kuning dengan kain batik muka takde hitam gelap! tengah berdiri tegak je dekat situ. Aku macam terkebil jap, 2 kali kebil hilang! Ilekkkkk!! Mana dia pergi? So aku macam ouh dah hilang eh. Okay, mungkin salam perkenalan untuk dia ke aku. Mungkin! Taknak tunjuk takut, kang benda tu boleh sense mati aku dia menumpang balik kereta. Hahha so aku buat bodoh and teruskan jadi assitant. Tapi masa nak balik aku cakap dekat boyfriend aku, nak otp sepanjang jalan takut. Baru rasa takut weh! Bila aku cakap dekat dia pasal benda ni esok harinya, dia boleh cakap “ha’a semalam memang lain macam sebab lepas you balik anjing taknak berhenti pulak menyalak”. Hmmm maybe orang kampung subang belakang tu tengah mencuba ilmu atau mungkin tu penunggu/penjaga rumah tu. Wallahu’alam.

Okay tu je. Actually banyak lagi. Tapi aku ambik mana yang memberi kesan keseraman dekat aku sampai sekarang je. Maaf lah ye kalau tak seram, saja nak share. Sini je platform untuk share pengalaman seram kan. Nanti aku share masa teman dia pergi pancing pulak. Itu hujung-hujung mata tapi bulu naik macam sehelai-helai nak lari ketakutan.

Thank you. #rrdoters

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Nurul
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

39 comments

    1. Astaghfirullah.. ko dh knp sbnrnyer..? Ke ko ada mslh jiwa..? Klau ko tk nk hormat diri ko sndiri, itu trplng la kat ko.. tp hormat ckit kat org lain.. ko org Islam kn..? Ke ko nk aku panggil ko BINATANG..? Kurang ajar la ko ni..

          1. Pergi mampus dengan ko punya santau…aku duk lenggeng…
            hahahahahahaha..satgi pendamping aku yg cri ko dulu..hahahahaha

      1. Manusia ni, bila dh hlng rs malu, mcm tu la prangai dia.. bg dia, nafsu lh tuhan.. bkn Allah.. tkper la.. dia dh buat pilihan.. pndai2 la dia jwb kat pdng mahsyar nanti.. ko.. ko.. aku.. aku…

        1. Hahaha..ok..geng..saja nk main emosi korang je..asyik komen membawang je..boring jugak..dh lama xde org buat kecoh nk sini..hehe ok peace..

  1. Dating waktu siang je la dik..tak manis anak dara dating sampai lewat malam ni..tak pun nikah je lah terus..ni mcm sendiri cari penyakit pulak lalu kawasan ada penunggu

    1. taw xpe..mcm xleh hadam plak aku ngn citer dia ni..dah berkali2 kena kacau pon still x serik2..yg bf ko pon 1..serius x gentle..dah taw awek kena kacau tiap kali dtg area umah ko..ko mcm x kisah..alahai..mcm xde siang nk dating..mmg elok la hantu tu kacau korang..sbb dia ingt korang ni geng dia kot..hahahah..kbai

      1. Tu la pasal. Kajang – Shah Alam kot. Kata sekali sekala. Lelaki la pegi jumpa kt ppuan sana. Ntah pape. Menda tu dah bagi hint sbb asyk keluar smpai memalam. Tak elok. Siang kn ade.

  2. Aku cukup x setuju dengan bf dia. X kan dating sampai malam. Pastu dah tau anak dara sibuk nak ajak balik lewat. Kawen jela terus. Senang. Bawa balik terus tido. X yah nak u turn2 bagai nak balik rumah. Lagipon dating ni x elok. Boleh datangkan zina

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *