Hi, Assalamualaikum semua. Aku, Aqilah. Terima kasih, aku ucapkan kepada admin dan semua yang membaca.
Kisah ini sudah lama aku lalui, tetapi harini baru terdetik mahu berkongsi.
Aku dan kawan telah menempah satu rumah untuk kami diami selama 4 hari 3 malam atas urusan kerja. Tempatnya aku rahsiakan.
Ketika pertama kali kami tiba di sana, jam sudah menunjukkan jam 4.00 pagi. Ketika itu, akulah yang membuka pintu. Rumahnya semestinya gelap ketika itu, namun ada sesuatu yang aku nampak. Aku terkaku seketika.
Satu susuk yang berada di ruang tamu ketika itu terus lari menuju ke arah tangga naik ke atas. Biarpun gelap, tetapi bayangnya jelas kelihatan. Aku tidak membuka suara atau memberitahu yang lain. Disebabkan aku juga amat letih waktu itu, jadi aku abaikan apa yang terjadi.
‘Aku penat sangat ni’ ngomelku sendirian.
Kami semua masuk ke dalam rumah. Aku menuju ke bilik tidur. Oh ya, untuk pengetahuan semua, ada satu lagi kumpulan yang masih belum tiba, mereka ialah rakan sebilikku.
Jadi aku bersendiri ke bilik itu, manakala yang lain (yang bersamaku) menuju bilik mereka.
Ketika aku membuka pintu bilik aku, aku rasa bulu romaku meremang. Ada satu bilik stor di dalam bilik itu terbuka separuh. Aku rasa seperti seakan ada mata dari bilik itu melihatku. Dengan segera, aku membuka lampu bilik dan terus aku tutup bilik stor itu serapatnya.
Aku menarik nafas. ‘Aku penat.’
Aku terus bersihkan diri secepat yang mungkin dan aku perlu tidur!
Setelah aku bersihkan diri, aku memilih untuk tidur di bahagian hujung berdekatan bilik air, aku rebahkan diri. Mataku sudah ku katupkan. Selang beberapa saat, aku rasa resah. Bagaikan ada sesuatu melihatku lagi!
Kali ini dia ku dapat rasakan berada di atas almari, seperti merenungku. Kerana itu, aku memusingkan badanku, dan memaksa diriku tidur.
….
Hari keesokkannya, kali ini bukan aku yang alami, tetapi dari rakanku pula. waktu itu, sudah malam, kami semua sudah pulang dari tempat kerja dan masing-masing berehat. Rakanku ini apabila sudah bersihkan diri, dia terasa haus.
Dia mengambil keputusan untuk turun ke bawah, menuju ke dapur untuk mendapatkan segelas air.
Ketika dia turun, dia perasan di sofa ada dua orang sedang tidur disitu. Kami semua sedia maklum, bahawa salah seorang suka tidur di luar bilik, jadi rakanku itu pasti itu adalah dia, tetapi yang menjadi musykilnya, siapa yang tidur disampingnya?
rakanku tadi terus ke dapur tanpa peduli, habis urusannya dia terus naik dan tidur.
Esokkanya baru dia bertanya mengenai itu. Dan semua terdiam, kerana kami tiada jawapan.
Malam itu pula, selepas habis kerja, masing-masing tidak terus pulang ke rumah sewa kerana sudah merencana acara kecil untuk semua, kami memanggilnya ‘Teamnight’.
Habis sahaja acara itu, kami semua tiba di rumah, sebaik tiba sahaja dimuka pintu. Semua mendengar dengan jelas bunyi air dipam dari bilik air di atas.
Rakanku yang tidur bersendirian di sofa itu, terus berlari naik ke atas rumah kerana berasa curiga.
Dalam beberapa minit, dia turun dengan muka yang penuh tanda tanya.
“Aku tak jumpa mana logiknya!” Kata rakanku itu.
Semua mata tertoleh padanya, ketika itu semua sudah berada di ruang tamu, ingin memula mesyuarat kecil.
“Sepanjang aku hidup, aku tak pernah nampak air tangki kering dan dia macam baru nak diisi. Tu bilik air lama, bukan yang automatik punya. Padahal seharian kita keluar harini, sepatutnya air dia tak diusik.”
masing-masing cuak.
“Dah, jom review!” ajak satu rakanku memecahkan sunyi dan fokus kepada apa yang perlu.
Maka tamatlah urusan kerja kami disitu, esokkanya kami sudah bertolak pulang ke KL.
Dan baru selepas itu kami perasan, di dalam komen tempat kami menginap itu, ada satu komen berkata.
“Baru sampai dah rasa suram, tak sampai 10 minit kami keluar kerana tak tahan.”
Dan kami terkedu. Kerana sebelum ke sana, komen itu langsung tiada yang perasan. Dan alhamdulillah, urusan sudah pun selesai.
Sekian kisah dari saya. Maaf jika ada kekurangan dalam penyampaian, semua yang baik datangnya dari tuhan, dan yang tak baik datang dari saya sendiri.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit