Rumah Company

Salam para pembaca . Saya nak share satu cerita seram yang x berapa seram tapi bagi saya sangat seram disebabkan baru pertama kali mengalaminya. Ok, nama saya Wawa . Saya dan suami baru je mendirikan rumahtangga dan dikurniakan seorang baby gegirl. Masa tu kami menetap kat kampung .

Ok kisahnya bermula apabila pakcik kepada suami saya menawarkan pekerjaan kepada suami saya kat sebuah company yang terletak kat W.P (tempat dirahsiakan). So suami pun terus bersetuju memandangkan gaji yang ditawarkan amatlah lumayan. Kami membuat keputusan untuk bersama-sama menetap di tempat kerja suami kerana company tersebut ada menyediakan kemudahan rumah untuk para pekerjanya.

Kami bertolak dari kampung pada awal pagi sekitar jam 7 dan sampai sekitar jam2 petang. Memandangkan kami baru berpindah, so kami kenalah kemas2 apa yang patut. Masa tu saya pregnant 4 bulan anak sulung. Suami x benarkan saya lakukan kerja yang berat2. So, saya cuma sapu2 lantai je. Kerja yang x berat kan hahaa. Lepas je menyapu, saya ambil keputusan untuk duduk dan berehat kat beranda. Angin sepoi2 membuatkan saya terlena tanpa mimpi. Hahaa penat kot.

Suami saya kejutkan saya sambil membebel sebab tido time maghrib. Saya pun sengeh2 je la. Saya bergegas nak mandi risau kemalaman, tapi belum sempat lagi saya nak mandi, jiran sebelah datang ajak makan malam. So, saya tundakan je la niat nak pergi mandi sebab jiran dah dok tercongok tunggu kat depan rumah. Lepas siap makan dan borak2 kejap, kami pun minta diri nak balik, nak bersihkan diri.

Sampai je rumah, saya pun mandi. Dah siap mandi saya x terus msuk bilik, sebab tetiba je rasa meremang semacam. So, saya pun tunggulah suami siap mandi baru sesama masuk bilik. Bilik mandi pula kat dapur. Bila suami dah siap mandi, kami pun masuk bilik nak terus tido, penat kot. Dah lah perjalanan dari kampung ke sini jauh, dah tu sesampai je terus sambung kemas2 rumah.

Dalam bersiap-siap nak tido tu, saya terdengar suara perempuan bagi salam. Tapi sekali je. Tengok jam dah jam 9 malam. Saya pun kejutkan suami. Suami tanya lah kenapa, saya bagitau la ada orang bagi salam tadi. Suami pun pergilah cek jam then pergi ambil surah Yassin dan letak sebelah saya. Saya pun terpinga-pinga dan tanya suami kenapa x pergi cek sape kat luar rumah. Suami suruh tido je dan abaikan suara tu.

Dalam gelap2 samar tu, saya nampak seorang perempuan berdiri depan pintu bilik. Dan bodohnya saya, boleh pulak saya pandang dia lama². Bila otak saya dah dapat tafsir apa benda kat depan saya tu, saya pun terus kejutkan suami. Tapi sayangnya suami dah tido mati. Bila pandang balek dah xda dah perempuan tu. Saya pun paksalah mata saya tido dan saya pun tertido. Dalam syok2 tido tu, saya dikejutkan dengan suara baby menangis. Tapi saya set kat mind maybe anak jiran kot. So, saya pun try tido balek. Dalam usaha nak tido balek tu, boleh pula benda tu men acah2 keluarksn kepala je dekat tepi almari. Saya dah menggigil dah. Saya selimutkan seluruh badan sambil baca2 ayat2 yang saya ingat. Saya pun x sedar jam berape saya tertido.

Esoknya, jiran saya datang hantar buah bubur kacang. Sedap wehh bubur kacang dia. Hahaa. Then saya tetiba nak cite kan kejadian semalam kat jiran saya. Lepas saya cite dari A – Z pada jiran saya tu, jiran saya pun buka cite la yang dulunya rumah kami tu pernah dihuni oleh sepasang suami isteri. Dan mereka mempunyai seorang cahaya mata lelaki namun anak mereka meninggal pada usia 3 hari. Jiran juga ada memberitahu bahawa baby mereka x nak susu dan x tido. Hanya menangis je.

Lepas je baby diorang meninggal, isteri dia pula dah macam x betul. Lepas maghrib je mesti dok bertenggek kat pokok mangga depan rumah. Sorang pun x berani nak lawat isteri dia sebabnya bila ada orang datang melawat, confirm kena baling dengan barang2 yang tajam. Dari mna dia dapat diorang pn x tau. Dah macam2 dah orang datang mengubat tapi sorang je yang berjaya tapi tu pun x lama. Suami dia dah give up dan call mak ayah dia nak minta tolong bawa isteri dia balek kampung sebabnya kalau suami dia sorang je takut dia meracau pula. Suami dia pun berhenti kerja dan menetap kat kampung diorang je.

Dengar berita isteri dia dah ok, isteri dia tu disampuk kak ponti. Dan sebelah rumah kami ni adalah laluan ke alam bunian. Tu kata orang yang mengubat isteri dia la. Dan yang terjadi kat baby dia pula masih menjadi misteri. Tapi apa pun yang terjadi, tu semua sudah menjadi ketentuan-Nya. Pasti ada hikmah dari apa yang berlaku. Ok sampai kat sini jela . Dah panjang dah ni. Bye bye. Assalamualaikum.

-wawa-

Loading...

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *