Gangguan malam itu

Assalamualaikum semua… Aku Mail .. Kisah yang aku nak kongsikan untuk pertama kali ini adalah gangguan aku semasa bekerja di sebuah restoran 24 jam. Kejadian ini berlaku pada tahun 2019, tak silap dalam bulan april. Sekarang aku dah tak bekerja dekat sana, sebab bermulanya PKP tu susah sikit dah nak buka restoran, dan sekarang pun restoran tu buka start jam 7 pagi sampai jam 6 petang saja. Rasanya tak perlulah aku nak bagi tahu mana lokasi restoran ni. Takut-takut tiada pula pelanggan nanti.. Hahaha.. Tanpa membuang masa Jom kita mulakan..

Aku bekerja sebagai tukang masak dan aku bekerja untuk shift malam. Bukan apa aku suka kerja shift malam ni sebab kerjanya santai, pelanggan tak berapa ramai. Jadi tak berapa nak penat sangat. Dipendekkan cerita, pagi tu dalam pukul 2 pagi takdaa satu pun pelanggan . Jadi kerja pun tak berapa banyak nak dibuat lepas dah kemas-kemas bolehlah rehat kejap. ..

Sedang aku rehat di belakang sambil menghisap rokok yang tiada jaminan keselamatan, aku terperasan seseorang melintas masuk ke dalam restoran. Jadi aku fikir ada orang nak datang, jadi aku standby masuk untuk melakukan kerja. Manalah tahu dia order makanan, jadi aku siap-siap terus buat kerja. Sekali aku masuk takda pula orang yang masuk, aku tanya kawan aku ‘ Man ‘ …

Aku : Man tadi ada orang masuk kan ?
Man : Erk… takda pula aku nampak.. perasaan kau kot…
Aku : Mungkin juga lah…

Aku terus keluar kembali untuk sambung hisap rokok. Memang aku yakin sangat aku nampak ada orang yang masuk dalam restoran ni, bisik hati ku waktu tu. Mustahil pula aku salah tengok. Tapi untuk menyenangkan hati sendiri dan hati member, taknak lah panjangkan cerita tu, takut-takut jadi seram pula pagi tu.

Selesai aku hisap rokok, aku terus masuk. Dalam masa lima minit begitu, aku lihat dihujung meja entah nombor berapa aku tak ingat dah. Seseorang melambai untuk pesan order, dalam hati aku ” arh… ada pun orang tu “… Aku panggil Man yang tengah asingkan sayur-sayur untuk menu sarapan pagi nanti…

Aku : Man.. tu ada orang nak pesan order tu ?
Man : ok.. ok..

Berapa saat begitu, man terus dekat dengan aku… untuk pengetahuan semua, malam tu hanya kami saja berdua yang bekerja, sebab satu pekerja lagi ambil cuti.

Man : Oiii kau biar betul… mana ada orang yang datang … aku tak nampak pula orang yang duduk kat meja dalam restoran kita ni.. kau baik sikit… kalau nak bergurau bukan sekarang…
Aku : Aik… takkan lah aku nsk bergurau, betul lah tadi ada orang tau…

Aku terkejut sedikit dengan apa yang man bebelkan waktu tu.. Man terus duduk kembali buat kerja dia… Aku yang tak senang waktu tu, terus rasa takut…

Dipendekkan cerita… bebarapa minit berlalu, Man tiba-tiba dekat dengan aku dan bagi tahu suruh pasang surah apa saja dalam hanphone aku… dan jangan keluar dari restoran ni… Aku yang rasa seram sejuk malam tu, terus pasang surah dalm hanphone aku. Aku tanya Man..

Aku : Kenapa Man…
Man : Takda apa juga lah… kita sambung kerja kita macam biasa saja…

Aku yang seakan perasan sesuatu, terus mendiamkan diri.. Sampailah matahari nak keluar, aku rasa selamat sedikit hari tu..sebab pekerja shift lain tak lama sampai dah…

Esoknya kami bertiga dah dalam restoran tu.. Awal malam tu jam 8 begitu baru Man cerita dengan aku kejadian semalam tu.

Aku dan Iskandar diam dan terus mendengar cerita yang Man nak cerita.

Cerita Man…

Malam semalam tu, lepas yang aku bagitahu Man ada orang nak order tu, Man dah memang tak sedap hati dah lepas dia buat kerja dia balik tu.

Man kata lepas dia duduk tu, tiba-tiba dia nampak seorang perempuan duduk hujung meja tu, tapi yang buat dia seram tu… Dia nampak perempuan tu takda kaki.. Tu yang dia terus dekat dengan aku bagi tahu pasang surah dalam handphone.

Lepas dari kejadian tu, kalau berdua saja dengan Man atau Iskandar yang kerja, memang aku tak turun kerja dan suruh boss tutup kedai. Tak pun suruh shift pagi ambil double pay.

Alhamdulillah lama kerja sana takda apa juga yang berlaku cuma gangguan malam tu saja.. Sekian..

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 4]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.