“Talent” Kembar Aku

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera pembaca FS sekalian,

Ini merupakan kali kedua aku cuba ceritakan cerita yang nak aku sampaikan ni, masa first time menulis haritu kena reject oleh FS, mungkin banyak sangat bahasa pasar. Okay, kali ni, aku try menulis dengan lebih berhemah, semoga cerita ini akan dipublish.

Okay ceritanya begini, aku ada kembar dan kembar aku ni, senang sangat “Nampak” atau diganggu makhluk2 halus ni. Nasib lah “talent” dia ni tak mendapat ke aku juga sebab nya dia selalu rilek je, aku yang penakut. Aku ingat lagi first time dia kena kacau, bila kami berdua baru balik daripada kem yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Salah dia jugak lah, aku balik daripada kem tu terus mandi dan tidur, dia balik balik terus tidur dan malam tu first time dia kena himpit. Dan malam tu juga mak cik aku sekeluarga tidur rumah aku. Mak cik aku mimpi, ada budak kecik yang ikut kembar aku balik rumah, puas dia halau budak tu tapi budak tu still tak nak balik.

Sejak daripada haritu, kena himpit tu dah biasa dah dengan kembar aku, sampai dia dah tak takut, dia rasa benda tu biasa. Tapi semakin dewasa dia dah tak kena himpit dah. Sekarang aku nak share beberapa cerita yang pernah dia alami.

Peristiwa satu,
Sebenarnye banyak je cerita dia tapi yang ini aku ingat sebab ini antara yang terawal jadi. Masa tu pukul 2 pagi kalau tak silap aku, rumah kami baru sahaja selesai renovate (jadi mungkin ada tempat unfamiliar yang dah dijadikan kawasan rumah), aku tengah tengok tv di ruang tamu, dan kembar aku tengah main PS dekat kawasan gaming. Kawasan gaming tu di bawah tangga, kiranya kalau kau daripada tingkat atas rumah aku, kau turun je tangga tu kau jumpa lah kawasan gaming tu.

Aku tengok kembar aku baru je buka PS tu, lepastu tak sampai lima minit tiba2 dia datang dan baring sbelah aku. Aku pelik lah, eh budak ni, tadi main game asal tiba tiba berhenti. Dia baring dekat gila dengan aku, itu yang buat aku pelik, hati dah tak sedap, aku tanya lah “weh asal? Nak tidur dah ke?”. Dia cakap “tak lah, bosan ah main game. Baring sini lah kejap”. Aku pun macam ahh sukahati dialah kan.

Esok nya baru dia cerita, rupanya masa dia tengah elok main game, kan kalau kita main PS, loading screen dia hitam kan. Masa loading screen tu, ade perempuan rambut panjang menunduk berbaju putih dalam screen tu. Jadi kiranya kat belakang dia lah, kat bawah tangga tu. Itu sebabnya dia terus tutup PS dan duduk kat aku. Aduh, kalau aku yang kena mungkin tak cukup tanah dah lari.

Peristiwa Dua,
Aku dengan kembar aku ni, kembar sepasang, Jadi bila dah cukup umur, kiteorg dah tak sebilik. Jadi sekarang dia sebilik dengan abang aku dan aku bilik sorang. Abang aku jarang ada dirumah, yelah dah masuk university, jadi kembar aku selalu tidur sorang. Dekat bilik tu lah dia selalu kena himpit. Setiap kali nak kena himpit tu dia akan mimpi, tak kisah lah mimpi apa, mimpi tu akan berakhir dengan orang ketawa dan akhirnya ketawa tu jadi macam mengilai dan terus dia kena himpit.

Tapi satu malam tu, kembar aku ni tidur lambat dan malam tu dia rasa macam panas sangat walaupun bilik dia ada aircond. Dia dalam keadaan mamai, bangun dan baring di katil abang aku dan terus terlelap semula. Dalam kira kira pukul 2 pagi dia terjaga dan terkejut sebab ada lelaki tua yang duduk di katil dia. Dia tak kenal lelaki tu dan lelaki tu duduk membelakangi dia. Dia pun keluar bilik dan buka lampu satu rumah tu, terus tak tidur dah sampai lepas subuh. Hahaha

Peristiwa Tiga,
Sebenarnye banyak lagi kisah daripada kembar aku, tapi harini aku cerita 3 cerita dulu. Kalau ada masa nanti aku cerita lagi. Okay cerita yang last ni yang paling aku ingat sebab cerita ni cerita paling latest kembar aku alami.

Kembar aku ni ada girlfriend, dan biasalah kalau orang bercinta ni, kalau boleh setiap masa nak bergayut, tak bercakap pun takpa, janji dengar nafas. (Aku sebagai seorang sendu can’t relate). Hahaha.

Okay ada satu malam tu, di rumah cuma ada kembar aku dan mak aku. Aku ke Melaka haritu jadi aku balik lambat. Mak aku jenis tidur awal, lepas isyak tidur dah. Jadi tinggal kembar aku bergayut bersama GF dia. Masa aku balik rumah, dalam pukul 12.30 malam mcm tu, aku make sure yang takda siapa nak balik dah supaya aku boleh mangga gate rumah aku. Jadi bila dah sure memang aku orang terakhir yang masuk, aku pun kunci semua gate dan pintu. Aku masuk rumah tengok bilik kembar aku dah gelap, dah tidur agaknya. Jadi aku pun naik tidur (bilik aku tingkat atas, jadi kat tingkat bawah, kembar aku sorang).

Esok nya, kembar aku tanya “kau ade masuk bilik aku semalam?’. “Eh, mana ada, kau tidur awalkan? Lagi pun kunci bilik kau” aku jawab. Pagi tu GF dia call cakap abang aku ada balik semalam, aku dan kembar aku dah pelik, mana ada abang aku balik, kalau dia balik mesti dia call kami sebab dia takda kunci rumah.

Rupa rupanya, semalam masa diorang oncall, kembar aku tertidur dan pada jam lebih kurang pukul 3, GF dia dengar ada orang masuk bilik kembar aku dan cakap “Eh kau ni cakap dalam telefon je keje” dan suara itu garau seperti seorang lelaki. Jadi GF kembar aku pun mematikan talian sebab kembar aku dah tidur. Dan lagi pelik sebab kembar aku tak ingat pun benda ni jadi, seingat dia, dia tak on call pun dengan GF dia semalam. Yang dia ingat, dia layan youtube dan tertido. Tapi bila tgok call log memang diorg on call sampai pukul 5.

Meremang bulu roma aku dengar cerita ni, siapa pula yang masuk dan tegur dia. Aku rasa mesti sebab kawasan bilik dia dulu bukan kawasan rumah aku, lepas renovate baru bilik itu dijadikan bilik dia. Mungkin memang dah ade makhluk makhluk yang lalu disitu.
Sampai sini dulu entry kali ini. Aku cuba ingat cerita lain dulu. Nanti cerita lagi.

Hatar kisah anda : fisyenshasha.com/submit

B

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.