Rumah Sewa Di Seremban 2

Akhir tahun 2001, di semester akhir aku terpaksa berpindah kolej ke seremban 2.. ni sebab kolej aku blajar tu nak buat pengabungan 5 cawangan kolej yang akan menjadi 1 main kolej di seremban 2.. semester baru bermula pada disember 2001, selepas habis exam bulan September tu kami budak kolej berlumba2 mencari rumah sewa di sekitar seremban 2.. maklumlah bulan oktober dah nak pose, November plak nak raya.. semua takde masa nak cari rumah sewa selepas raya nanti

Sepatutnya semua student dari cawangan aku duduk hostel, tapi disebabkan hostel penuh dan pihak kolej target hostel untuk pelajar-pelajar bagi kemasukan disember maka kami budak-budak senior di suruh mencari rumah sewa berdekatan dengan kolej..

Aku, Wan dan Man bepakat menyewa rumah teres di taman garden homes seremban 2 sebab ada bas dari perumahan ke kolej waktu tu.. lagipun waktu tu perumahan tu kosong dah takde orang macam skng ni, cari rumah sewa melalui internet, selepas penat call sana sini akhirnya kitorang dapat rumah teres 3 bilik, 2 bilik air di end lot.. tepi jalan dan senang nak tunggu bas sebab bejalan 20 langkah dah sampai bus stop.. tapi kitorang pelik sebab rumah end lot yang besar sikit dari rumah teres di bahagian mid tu lebih murah, logiknye mana ada rumah end lot atau corner lot lagi murah kan.. kitorang dapat harga rm220, konon2nya rebet student, huhuhu.

Jadi selepas dah confirm dengan uncle cina tu, habis exam dan selepas dah kemas semua barang sebab nak balik kampung cuti semester sebulan setengah.. kitorang masukan barang pada bulan September tu gak, tapi sewa berjalan mulai bulan November..

Wah bertuah betul time tu, sume duk puji-puji uncle tu.. pas sembahyang jumaat, kitorang tinggalkan kolej dan daerah yang aku duduk selama lebih 2 tahun berhijrah ke seremban 2, kitorang menyewa sebuah van untuk angkut barang-barang time tu.. caj ok la dalam rm50, jauh gak time tu adala dalam 60km campur ngan jalan pusing2 kat bukit tu.

Lupa nak crite, kitorang tak pernah pon tengok rumah tu lagi, sebab dah ajak uncle tu nak tengok-tengok rumah tu tp dia kate sume rumah sama saja.. waktu tu kitorang jumpa dia di 7-e sebelah terminal 1 tu, ntah skng ada lagi ke takde.. sekarang dah ada petronas rasanye.. lepas bayar 1+1 sewa + deposit letrik air kitorang pon dapat la kunci rumah tu, tanpa dapat nengok rumah tu pon, ye la time tu kitorang dah terdesak sangat sebab nak balik kolej cepat sebab esok nak exam lagi.. huhuhu..

Balik cerita tadi, sampai kat perumahan garden homes tu, kitorang pon pening cari alamat rumah uncle tu.. selepas tanya kat jaga (time tu perumahan tu kosong lagi, jadi jaga pon ada) baru jumpa rumah tu, wah betul2 tepi jalan la.. betuah betul kitorang masa tu.. tapi masa nak buka pagar rumah tu kitorang dah terkejut sebab banyak bekas colok2 cina kene bakar, duit kertas yang kene bakar, pastu kat sliding window tu di gantung kain merah..

Pakcik van tu pon cakap rumah apa korang sewa ni, ni macam bekas tokong diorang je.. aku ngan member2 pon senyap je takde nak cakap lebih-lebih. Jadi kitorang pon angkat barang letakan kat dalam rumah, lagi la tekejut tengok dalam bilik-bilik tu berselerak dengan kain merah kuning yang ada kesan di bakar.. sebab time tu dah petang, kitorang berpakat nanti lepas raya kita kemas sebab flight aku nak balik kg nun ni Malaysia timur dah nak dekat, aku tolak jam 7.30pm, time tu dah jam 4.00pm.. tak pasal-pasal kang tertingal flight lak kang..

Sebagai keselamatan, kitorang pasang lampu rumah 1, dan lampu di luar 1 dan semua pintu bilik kitorang buka dan sandarkan dengan batu bata yg bnyk kat halaman kitorang tu.. masa dah nak balik tu, tugas aku la tutup sliding window ngan grill tu, sebab time tu kunci 1 je dan akulah yang pegang sebab aku pemegang syer terbanyak, huhu.. secara automatiknya aku duduk kat main bedroom yang ada bilik air..

Masa nak tutup grill tu aku perasan ada bayang-bayang kanak-kanak kecik menekap muka kat sliding window tu, aku terperanjat sampai tejatuh kunci.. masa nak kutip tu aku perhatikan lagi sekali, takde apa-apa pula.. lega hati aku, dalam tekejut dan risau aku pujuk hati aku yang aku nampak tu mungkin bayang-bayng aku yang tengah tutup grill.. ye lah kan, sliding window tu besar 3 pintu, takde letak langsir lagi jadi otak aku positif mengatakan yang tu bayang-bayng aku tak pun kawan-kawan aku.. time tu aku tak nak kecoh-kecoh, kang tak pasal-pasal kawan aku tak jadi lak duk rumah tu, lagi pun tak sahih lagi apa yang aku nampak tu..

Semua dah masuk van, tingal aku je lagi sebab nak kunci pintu pagar luar rumah lak, sekali lagi aku nampak ada bayang-bayang kat umah tu, kan terang sebab langsir takde dan lampu plak pasang, aku dah rasa tak sedap hati, bayang-bayang tu macam berlegar legar kat kotak-kotak kitorang letak tu, bayang-bayang budak-budak kecik.. kotak-kotak tu takde apa2 pon kecuali buku-buku dan barang kitorang yang berat dan malas nak bawak balik rumah.. masuk ke dalam van je.. Wan senyap je tak becakap ape, aku tak tau la knape dengan die.. si Man lak sibuk borak dengan pakcik van tu, cerita lak pasal camner nak bersihkan dan samak rumah tu.. sebab pakcik tu syak yang tu bekas tokong cina dan bukannya rumah cina yang kitorang pikir mula-mula..

Sempat jumpa jaga kejap, suruh die tengokan rumah tu, lepas tu ajak pakcik van makan kat restoren yaznie sebelum hantar kawan-kawan aku ke terminal 1 dan aku ke KLIA.. aduh panjang tul aku nak type, nanti aku sambung.. panjang ni jangan lak marah kat aku ek, sabar. kang malam aku sambung.. ***

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

4 thoughts on “Rumah Sewa Di Seremban 2”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.