Rumah Teres

Assalamualaikum dan Hi Fiksyen Shasha readers. Nama aku #Cactus. Selama ini, aku hanya jadi “silent reader” je dekat page ni, dan sekarang rasa nak kongsi kisah seram yang aku pernah alami. Sebelum mulakan, aku nak bagitahu aku tak ada sixth sense atau kelebihan yang membolehkan aku untuk tengok atau rasa makhluk halus. Mari kita mulakan.

Aku tinggal di rumah teres satu tingkat yang terletak di Ipoh, Perak. Rumah aku (sebelum diubahsuai) mempunyai tiga bilik tidur dan kalau dari pintu masuk rumah, dua bilik tidur ini terletak di sebelah kiri manakala satu bilik tidur terletak di hadapan dimana pintunya bilik tersebut menghadap bilik air (dapur dan bilik tidur ketiga bersebelahan). Aku mempunyai seorang kakak yang umurnya hanya selang setahun dariku, jadi kami berdua berkongsi bilik tidur yang kedua iaitu terletak di tengah-tengah antara bilik yang lain.

Pada waktu itu, bilik tidur aku tidak mempunyai kipas angin jadi kami dua beradik akan tidur di ruang tamu dan sekali sekala sahaja tidur di dalam bilik selain bilik itu sangat menyeramkan. Ada beberapa kisah yang aku ingin kongsikan di bilik dan rumah ini.

#Kisah Pertama
Kisah ini berlaku kira-kira sepuluh tahun lalu, iaitu sekitar tahun 2010. Waktu itu aku baru sahaja mulakan persekolahan menengah rendah (so dah boleh agak umur aku berapa).Pada suatu malam, aku dan kakak serta kawanku pergi ke pasar malam di kawasan rumah aku. Kami hanya pergi berjalan kaki dan pulang kemudian kami lepak dihadapan rumah aku. Dihadapan rumah aku dalam 200 meter ada ladang kelapa sawit yang besar dan gelap pada waktu malam (sekarang dah jadi rumah teres lain). Jadi kami ralit bercerita kisah-kisah seram yang berlaku terutama di asrama yang kawan aku duduki sehingga tidak sedar waktu sudahpun menginjak ke jam 12 malam. Kemudian kawan aku pulang ke rumah dan aku serta kakakku duduk didalam bilik kemudian menyambung cerita seram kami sehingga lewat malam. Lebih kurang jam dua pagi, kami tidur di ruang tamu. Cerita ini ada dua pengalaman iaitu belah kakak dan juga aku sndiri.

Cerita aku:
Sebelum mulakan, didapur rumah terdapat satu kabinet kayu dimana pintunya adalah kaca. Aku mula tidur tapi walaupon dah lama cuba untuk tidur, mata masih tidak mahu lelapkan diri. Pada mulanya aku cuma takut teringat kisah seram yang diceritakan mereka. Tiba-tiba aku terdengar ketukan halus di kaca tersebut. Ketukan tersebut ibaratkan kuku yang tajam mengetuk ngetuk halus cermin kaca itu. Aku masih pejamkan mata sebab terlampau takut. Tidak lama selepas tu kucing aku bernama Mey, datang dan tidur disebelah telingaku. (Aku masih tak buka mata, hanya dengar dia mengiau dan berbulu 🤣). Seperti yang semua tahu, kucing tabiat dia mencakar-cakar sofa menggunakan kuku (asah kuku). Aku gunakan kusyen sebagai bantal peluk sebab sejuk. Tiba-tiba kusyen yang aku peluk di cakar-cakar oleh kuku tajam dan aku dapat rasakan kusyen aku ditarik oleh tangan/kuku tersebut, padahal kucing aku berada di sebelah telingaku jadi siapa yang tarik ?. Aku rentap sekuat hati dan boleh rasa macam ada yang tengah pegang kusyen tersebut. Walaupon aku takut, disebabkan perasaan ingin tahu, aku cuba membuka mata sedikit untuk melihat apa yang berlaku (rumah terang sebab lampu jalan betul-betul depan rumah jadi cahaya masuk walaupon dah tutup lampu), aku boleh nampak kain putih sedang berdiri disebelah kabinet tv (ada ruang diantara kabinet dengan dinding) di hujung kaki kananku. Jadi aku terus tutup mata dan tertidur sehingga pagi.

Cerita kakak:
Sebelum tidur kakak aku biasanya akan melihat sekeliling rumah (sambil baring) untuk pastikan tak ada apa-apa yang boleh buatkan dia takut jika terjaga di tengah malam. Macam aku cerita diatas, rumah terang walaupon lampu sudah ditutup, tapi malam itu bila kakak aku tengok ke atas kepala dia (pintu masuk aka sumber cahaya dari luar), dia hanya nmpak gelap segelapnya mcm tutup mata dalam bilik yang tak ada lampu. Mustahil segelap tu sebab ada lampu dari luar dan kakak aku membelakangi arah lampu tu masuk, tapi bila kakak aku duduk dan lihat apa yang menghalangi cahaya itu, tidak ada apa-apa. Jadi dia terus baring dan cuba untuk tidur. Bayangkan, bila kita tutup mata walaupon gelap, kita masih akan nampak bayang-bayang dan rasa ada orang dekat dengan kita. Benda yang atas kepala kakak aku tu ibaratkan tengah bersila, dan setiap kali kakak aku tutup mata, dia akan dekatkan muka dia dengan muka kakak aku. Bila kakak aku bukak mata, benda tu naik semula. Benda tu berulang ulang sehinggalah kakak aku tidur.

Banyak lagi yang berlaku pada malam itu, tapi hanya ini yang aku ingat sebab ia telah pun berlaku 10 tahun lalu.

#Kisah Kedua
Kisah ini berlaku kira-kira tahun 2004. Pada waktu tu aku baru berumur 8 tahun. Ketika ini, ahli keluargaku yang aku gelar “Mak Yang” baru sahaja meninggal dunia akibat kanser payudara. Seminggu sebelum arwah meninggal, kami pergi melawat arwah dihospital. Seperti yang kita semua tahu, sesiapa yang menghidap kanser akan alami masalah keguguran rambut. Pada waktu tu, rambut arwah Mak Yang dah botak. Jadi aku yang waktu itu masih kecil hanya tengok dari jauh sebab takut/tidak kenal. Arwah selalu bercakap dengan Ma yang dia teringin nak datang rumah kami (kami baru pindah rumah teres ni), tapi tidak kesampaian kerana Allah lebih sayangkan arwah.

Dalam beberapa hari selepas arwah meninggal, kami duduk tengok tv di ruang tamu satu keluarga. Semua lampu ditutup kecuali lampu dapur. Aku hendak pergi ke bilik air dan macam aku ceritakan di atas, pintu bilik ketiga adalah berhadapan dengan pintu bilik air. Tabiat aku waktu kecil, aku wee wee atau buang air tak tutup pintu. Jadi aku teruskan hajat aku tanpa tutup pintu. Waktu tengah wee wee, disebabkan cahaya lampu dari dapur, aku boleh nampak ada orang tengah berdiri kat dalam bilik tersebut. Aku fikirkan abangku yang sulung, jadi aku habiskan hajat aku sepantas kilat untuk terkejutkan abang aku. Dari pintu bilik air aku lompat masuk dalam bilik tersebut sambil jerit “ha!!!”, Konon nak terkejutkan orang last-last aku yang terkejut. Dalam bilik tu kosong, takde sapa-sapa dan bayang-bayang tu masih ada. Aku lari sampai la depan tv, bagitahu kat Ma aku ada bayang-bayang dalam bilik tu, dan yang lagi padu, abang aku dua-dua orang ada kat depan tv. Dalam 5 minit lepas tu, kakak aku pulak pergi wee wee, tak sampai beberapa minit dia pon lari dan mengadu dekat Ma kata ada bayang-bayang tu. Aku syak bayang-bayang tu bayangan arwah sebab bayangan tu “botak” :). Wallahualam.

Al- fatihah untuk arwah.

Itu sahaja untuk kali ini, kalau ada masa aku kongsi lagi. Ada banyak lagi yang berlaku dekat rumah ni.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 3]
Erna Nurfazana Nurizan

3 thoughts on “Rumah Teres”

  1. Semua dalam cerita ni sama macam aku (kedudukan rumah,kedudukan bilik n kakak aku pun selang setahun jer dari aku cuma dpn rumah aku takde kelapa sawit tapi apa apapun cerita ni best

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.