Rumah Tok Wan

Assalamualaikum

Aku nak cerita pasal aku menumpang di rumah Tok Wan aku.
Maaf kalau tak seram. Cuma nak kongsi.

Cerita bermula bila aku dapat kerja di sebuah syarikat di sebuah daerah jauh daripada rumah aku. Kebetulan rumah Tok Wan aku dalam 40 minit dari tempat kerja. So aku decide untuk tumpang di rumah Tok Wan aku untuk menjimatkan kos sewa rumah dan makan. Iyelah baru nak bekerja memang kena jimat sikit and takde duit sangat. Rumah Tok Wan aku ni di kawasan perkampungan la juga. Rumah besar, ada 4 bilik. Tapi Tok Wan aku cuma tinggal dengan Makcik bongsu aku sahaja. So lagi dua bilik tu memang kosong. Cuma bila cuti sekolah dan hari raya sahaja baru ramai orang bila sedara aku balik bercuti.

Nak dijadikan cerita, aku pon tinggal la di rumah Tok Wan aku dan stay di bilik belakang memandangkan aku cuma ada dua pilihan bilik sahaja. Aku tak nak tidur di bilik lagi satu sebab bilik tu macam panas sangat. So bilik yang aku duduk ni ada dua tingkap, satu menghadap tepi rumah, satu lagi menghadap belakang rumah. Aku ni memang sumpah manusia yang paling penakut. haha. Tapi sebab nak tumpang rumah punya pasal, aku pon berani kan lah diri walaupon semua orang memang dah tahu aku memang penakut. Aku akan sentiasa bukak lampu dan sentiasa tutup langsir bilik, taknak nampak langsung luar tingkap.

Mula-mula bekerja tu memang penat sangat. Ye la setiap hari aku bangun awal pagi untuk drive 40 minit ke tempat kerja. Kerja pulak selalu kena pergi ‘Site Visit’ dan balik pulak terpaksa merempuh jem. Perjalanan 40 minit boleh jadi sampai 2jam.

So back to the story pasal rumah Tok aku, bulan pertama aku di rumah Tok Wan, tak ada apa-apa yang berlaku. Masuk bulan kedua atau ketiga (aku tak ingat sangat), aku mula rasa tak selesa. Aku selalu dengar macam-macam bunyi. Macam orang ketuk-ketuk grill tingkap dan macam-macam bunyi lagi la. Tapi aku pelik, grill tingkap kat bahagain dalam bilik. Ok abaikan. Tapi mula-mula tu aku buat bodoh dan cuba abaikan perasaan aku yang mudah takut ni.

Owh satu lagi yang aku selalu dengar malam-malam ialah bunyi binatang. Tapi aku serius tak pasti binatang apa. Sebab Tok aku tak ada pelihara apa-apa binatang. Tapi aku cuma fikir mungkin jiran sebelah agaknya yang pelihara. Tapi kan, serius bunyi binatang tu selalu rasa macam dekat je dengan bilik aku. Macam kat bahagian belakang rumah Tok Wan aku ni. Tapi aku malas nak fikir lagi sebab nanti aku akan jadi lagi takut. So aku suruh otak aku stop berfikir pasal hal tu.

Okay, lepas tu, sebab aku ni selalu balik kerja rasa penat nak sangat. Rasa macam kerja kontrak je. Selalu lepas solat isyak aku akan terus tido sampai esok pagi. Tapi ada hari yang aku extra penat dan akan tertido selepas solat maghrib dan selalu akan terjaga pukul 12malam utk solat isyak. Pada satu hari ni, macam biasa aku tertido lepas solat maghrib dan tiba-tiba tersedar dalam pukul 12 lebih. Aku terus ambil wuduk dan solat isyak. Lepas solat isyak mcm biasa dah lewat sangat so aku macam takut-takut sikit, terus aku bukak al-quran dan mengaji. Biasanya aku akan mengaji atas sejadah tapi sebab malam tu aku macam takut sikit so aku mengaji atas katil.

Tengah sedap mengaji ni tiba-tiba aku nampak hujung katil, tempat aku letak bag aku tu bergerak. Oh, aku suka letak barang aku kat hujung katil. katil besar sangat so aku letak barang-barang kasi penuh sikit atas katil. Ok then, aku serius terkejut beruk terus jantung aku berdegup extra kencang. Aku pon buat-buat berani dan cek hujung katil tu dan tengok ada ape. Maybe cicak or lipas ke kan. Tapi aku terkejut gila bila nampak ada air jatuh dari siling bilik aku. Dan sekali lagi depan mata aku air tu jatuh dari siling dan aku perasan kelopak air atas tilam tu. Tapi aku yakin atas bilik aku ni tak ada sambungan paip air atau yang seangkatan dengannya. Nak cakap air hujan, hari tak hujan masa tu dan rumah Tok Wan aku ni bukan pakai zink pon. Serius pelik gila. Terus aku capai bantal lari masuk bilik makcik aku.

Esok paginya aku cerita dengan makcik aku sebab dia terkejut aku masuk bilik dia. Lepas tu dia pon cek la atas bilik aku kot-kot ade air ke apa. Tapi dia cek memang tak ada apa-apa. Pheww masa tu memang aku da cuak nak tido kat bilik tu. Beberapa minggu jugak la aku tido dengan makcik aku. Lepas rasa dah ok sikit, aku masuk balik bilik aku dan tido kat situ. Tiba-tiba satu hari, macam biasa aku tido awal dan terjaga dalam pukul 1 lebih pagi. Masa tu aku dalam keadaan sedar tak sedar. Aku rasa macam mimpi tapi kejadian tu berlaku sebijik macam real, keadaan semua keadaan yang sama masa tu.

Yang aku ingat, lepas terjaga tu aku tido balik then tiba-tiba aku dengar ada orang mandi kat bilik air sebelah bilik aku. Aku syak Tok Wan aku yang mandi sebab kadang-kadang memang Tok Wan aku guna bilik air tu. Tapi lepas tu aku perasan macam Tok Wan aku bukak pintu bilik aku dan panggil nama aku. Masa tu aku tido berselubung dan membelakangkan pintu. Sejurus tu aku cuba nak buka selimut aku dan toleh ke pintu. Tapi sumpah aku rasa aku tak boleh bergerak langsung aku rasa badan aku keras macam kena hempap pon ada. Aku cuba baca macam-macam dan jerit-jerit panggil Tok Wan aku tapi suara aku macam tak keluar. Last-last aku cuba azan kuat-kuat dan jerit-jerit panggil Tok Wan aku. Dah lama-lama baru aku boleh gerak. Masa tu memang peluh dah merecik-recik la.

Lepas tu aku terus terjaga dan istighfar dan cuba untuk tido semula. Tapi masa aku nak tido semula tu aku rasa macam aku takut sangat dan terus keluar bilik untuk cari Tok Wan aku. Bila aku keluar bilik aku rasa macam Tok Wan aku ada kat ruang tamu, tapi keadaan gelap tak buka lampu, tak tahu kenapa. Aku pon panggil Tok Wan aku banyak kali. Tiba-tiba…… aku dengar suara orang menyahut “Ye..”

Masa tu aku memang da berdebar gila. Sebab suara tu bukan dari ruang tamu. Tapi dari bilik aku. Terus aku tengok balik dalam bilik dan nampak sesuatu tengah berselubung dalam selimut aku sambil tengok aku dan tersengih. Terus aku meracau-racau dan tak semena aku terjaga dari tido lagi. Terus aku lari pecut masuk bilik makcik aku lagi.

Mesti korang pelik kan cerita aku ni. Tapi ni lah hakikatnya. Aku rasa macam aku dah tido dan terjaga tapi sebenarnya aku hanya mimpi tapi mimpi tu serius real. Adakah itu mimpi atau sememangnya Real? Aku confuse.

Lepas tu, ada lagi. masa malam-malam aku tengah nak tido, aku dengar bunyi macam guli jatuh. Sekali dengar aku buat bodoh. Dua kali dengar memang aku terus tak sedap hati sebab bunyi dia serius kuat gila. Maka aku lari lagi dari bilik aku masuk bilik makcik aku. Kalau masuk acara sukan mesti aku boleh menang. Esoknya baru aku search pasal bunyi tu. And orang cakap bunyi tu memang sesuatu sangat. So tepat la keputusan aku malam tu untuk lari meninggalkan bilik aku. Phewww.

Siapa ada pengalaman macam cerita aku ni tolong la bagi tahu. Aku cuma nak tahu sebab aku alami benda ni je. Aku dah buntu tak tahu nak buat macam mana. Dah cuba Tanya ustaz tapi tak ada perubahan apa-apa. dan Tok Wan aku pulak dah kecik hati. Dia ingat aku tuduh dia bela something kat rumah tu. hahhaha. Tolong lah ye.

.

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

7 comments

  1. pada pendapat aku, memandangkan kau seorang penakut… aku rasa kau terbawa-bawa rasa takut kau tu sampai masuk dalam mimpi, kau terdengar macam-macam.. Bukan aku tak percaya benda ghaib ni sebab hijab aku pun pernah terbuka lebih 4 tahun.

    tapi yang part guli tu, mungkin kau dah rujuk kat ustaz yang sama dalam cerita kau dan tak ada perubahan. kalau tetap jugak berlaku dan kerap, kau kena rujuk ustaz lain mungkin. Kalau satu malam tu je kau dengar, aku rasa tak payah la layan rasa takut kau lagi. perasaan kau je kot. sorry la ye.. bukan x percaya cerita kau ni..

  2. Sebelum tido mengaji la dik hari2..then pagar bilik tido dgn ayat kursi 4 penjuru bilik..means tiap penjuru bilik adik berdiri dan baca qursi..masa nak tido pasang rukyah sampai subuh..ambik wuduk sebelum tido..

  3. Tabur garam kasar keliling bilik pun boleh..atau renjis air yassin keliling bilik arah lawan jam..semua cara diatas saya penah buat masa ada gangguan dirumah saya dulu..

  4. Aku tak rse tu prasaan kau jea.. Sbb aku pun bkn seorg yg pnakut sngt tp mcm biasa2 jea lah slalu jgk kena kacau kt blik sndiri sbb aku tak ddk bilik tu. Aku rse sblum kau msuk blik tu mst blik tu dh kena tggal lama so dsbbkn itu ada pnghuni lain yg dh mnetap dlu.. Sbb aku pun slalu jgk kena mcm kau.. Ada bnyi guli kt siling, bunyi siling kena ketuk, bunyi prabot bralih (sbb atas syiling blik aku ni ibu abh jdikn tmpat letak brg yg tak guna), pastu klau tdur stu mst mmpi yg bkn2 trutama skali mmpi hntu, and mcm takbleh kluar dri mmpi.. Means mcm kita dh mmpi, then ssh sngt nk bgun even dlm mmpi tu hti dh trdetik nk bgun.. Lgipun dlu tapak rmh aku ni bekas ladang klapa sawit.. Sbb prumahan ni prumahan bru.. So dpd seorg yg tak pnakut, aku brubh mnjdi pnakut sdikit demi sdikit.. Haha dlu wktu skolah mnengah aku tak tdur blik tu sbb ddk asrama kan. Tdur skali skala jea.. Sbb tu lah mcm2 pnghuni ada kt stu.. Slalu jgk nmpk kelibat.. Ni dh brapa thun hbis skolah aku study jauh dri fmily pun still tak slalu tdur stu sbb blik kdg2 jea.. Tp klau aku nk tdur stu, aku akn psang ayat2 ruqyah.. Mmg takda lah gngguan.. Cuba psang ayat ruqyah tiap mlm.. Insha Allah bnde tu hilang..

  5. Paling penting!!! Tapi yg ni slalu kita lupa…
    Kita slalu xtakut kt Allah SWT, tp kita dok takut kt benda2 ntahpape nie…
    Setau aku yg ilmu cetek ni, bende2 tu n makhluk Allah SWT yg 1 ni die mmg suka gurau, maksudnya kalau kite takut kt die, lagila die suke acah2 dgn kita…
    Ingatlah ini kerana perkara ini boleh membawa kps murtad kecil di mana kita lebih takut kpd makhluk Allah SWT drpd Allah SWT Tuhan Sekalian Alam… Ingat bahawa powernye Allah SWT tu sampai level kalau Allah SWT xizinkan kita utk ada perasaan takut, maka tiadalah perasaan takut tue… Ini baru 1 contoh, dan contoh ini boleh guna utk apa2 sekalipon. Sama jgkla kalau Allah SWT xizinkan aku utk berpesan begini, macamana aku nk type nie…

  6. Buang takut tu..kuatkan semangat..atas siling mmg tmpt mkhluk halus suka sbb kotor dan gelap..ambil garam kasar dan lada hitam secukupnya,letak dlm bekas asing2 dlu pastu baca ya qahhar atau ya jabbar atau baca kduanya skali pd garam dan lada hitam tersebut sebanyak 555x…kejap je xlama pn..15min dh blh siap..stiap kali smpai pd bcaan ke 100,hembuskn sambil gaul2kan dgn senduk pd kdua bhn tu..dh siap 555x,ambil lada hitam tabur kt tepi2 dinding dan jgn sapu..biar je kt situ smpai bila2..utk bhgian atas siling,ambik lada hitam dgn garam,campur dan gaulkan dgn lebihkan jumlah garam dari lada hitam,tabur atas siling..klau xblh panjat ikhtiar mntk tlg sesape tlg taburkan..ok,dlm bilik pn sama..gaul/campurkan kdua bahan tu dan taburkan dlm bilik air…strusnya kt luar rumah jgk sama,gaulkan kdua bahan td secukupnya,tabur keliling rumah..sebaiknya proses ni dibuat 3x…selagi ada gngguan selagi tu buat..jgn kita manusia ni kalah dgn makhluk halus..lawan dia..tp biasanya klau dh lps 3x buat tu gngguan dh xde dh..klau ada jgk buat je jgn peduli kt dia..keraskan hati dan semangat utk lawan dia..Allah dan tentukan kelemahan diorg dgn bahan2 tu dan Allah berfirman dlm Al-Quran “Sesungguhnya tipudaya syaitan itu lemah”. So,xde sbb kita nk takut kt makhluk halus..kan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.