Salam min.
Aku ada banyak stories nak share ni. Tapi aku nak share yang ni dulu. Minta tolong hide nama aku ok. Yang aku nak story ni aib sikit. Aku cerita ni long story short. Maaflah aku tak pandai nak tulis karangan. Ni pun dah seminggu aku ulang2 baca, baru ada keberanian nk share. Harap korg fahamlah dengan cara penyampaian tulisan aku ni.
OK… Ni story pasal ex-wife aku. Masa first kitorg kenal, dia ni agak pemalu sikit. Pastu mak dia yang try aku sebab aku ni budak sekolah agama. Mak dia bagi fon number anak dia pe semua. So, aku berkenalan la dgn dia. Mula2 tu ok je. Sampai la 1 masa tu aku tengah on call dengan dia 1 hari tu, tiba2 dia meracau dalam fon. Marah2 & jerit2. Aku pn pelik dah kenapa minah ni. Lepas tu terus dia letak fon. And then dia msg aku “ko jangan ganggu aku” padahal tadi sembang borak2 elok je.. Haishhh. Fast forward, aku pun jumpa la dengan dia sebab sebelum ni kitorg banyak contact by phone je sebab aku dok asrama.
Masa jumpa dia tu boleh pulak dia kerasukan, aku panik. Terus aku bawak pergi hospital hahaha. And Then aku pun contact la mak dia utk inform pasal tu. Aku tengok mak dia relax je. And pastu mak dia pn ambil la dia bwk balik, aku x follow. Katanya nak bawak pergi berubat. Fast foward lagi. Sampai masa kitorg kahwin. Dh kahwin tu baru la tau cerita yg sebenarnya. Rupanya family dia ada bela saka. Cuma dorg x mengaku. Yela, Siapa je nak mengaku ada bela saka kan? Yang aku boleh tau tu sebab hampir setiap malam jumaat dia akan meracau.
Sampai aku tak sanggup tengok dia sakit & meracau, aku pun buat perjanjian syaitan dengan dia. Aku cakap aku sanggup terima belaan dia tu. Yela sbb sayangkan dia & tak nak dia sengsara/sakit. Saka harimau berantai. Yg bila mana bawak pergi berubat ruqyah, akan keluar sekor2 tapi tak habis2. Silih berganti. Tula maksudnya harimau berantai. Ni pun aku tau sebab aku yang pergi sendiri berubat. Lama2 aku pun tak tahan. Aku bagi balik kat dia. Hahaha.
Pastu bila dapat kat dia balik,keadaan bertambah lagi teruk. Sampai tak sedarkan diri pegang pisau nk bunuh diri. Semata2 tak nak kitorg bersama. Pernah sekali tu dia mengamuk gila tak tau sebab apa pun, bising2 1 rumah. Last2 dia lari laju2 langgar dinding rumah. Pastu dia pengsan,aku dah cuak dah. Aku pun ambil air baca2 selawat apa semua,sapu kt muka dia. Alhamdulillah dia sedar. Cuma bila dia sedar tu dia cakap kenapa aku hantuk kepala dia kt dinding.
Wehhh aku tergamam wehhh tak tau nk cakap pe. Aku cakap la bukan aku yg hantukkan kepala dia ke dinding. Ko yg lari sendiri ke dinding. Gila wehh. Aku dah takut dah. Mau ke dibuat report tak pasal2 aku yang kena. Cakap aku dera bini pulak. Hidup kitorg mmg tak tenteram. Kerja jadi susah naik tangan. Duit tak melekat. End of the day, kitorg berpisah sebab tak tahan selalu gaduh. Malam gaduh, siang ok.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit