Saka Harimau

Assalamualaikum. Aku PS. Kisah aku ni pendek je (kot) tapi kalau FS approve thanks la ea. Benda pelik ni jadi area tahun 2012. Zaman matrik yang mana bermulalah episode kenal dunia lagi satu. Aku ingat lagi, masa tu hari khamis malam jumaat. Tengah malam. Ye aku tahu cliche. Haha. Mana aku tengah malam tu sebab jam dinding memang depan mata je pun masa tu, lepak sorang depan tv dekat rumah nenek aku. Cuti sem matrik masa tu, adalah dalam dua minggu cuti.

Tengah syok tengok tv. Aku dengar kat tepi telinga ni bunyi macam kucing berdengus? Ke? Bunyi kucing la yang penting haha, dia dengus manja. ‘Grr. Grr’. Gitu. Haha. Aku toleh la sebab bunyi tu betul betul sebelah aku. Kot kucing datang melepak tepi then tak sedar ke apa kan. Tengok tengok takde benda pun. So macam okay lah perasaan kot. Then, tetiba start dari kaki, aku rasa sakit gila. Macam ngilu. Dia menular sampai la satu badan. Start malam tu aku tak boleh tidur. Langsung tak boleh tidur. Paling sakit dua belah tangan aku. Rasa masa tu kalau boleh nak tanggalkan tangan ni letak tepi sebab sakit plus ngilu. Ah pandai lah korang imagine. Hahaha.

Masa ni takde lah fikir mistik apa semua. Tapi disebabkan sakit tak hilang, then tak boleh tidur dari malam khamis tu. Hari kedua tu ibu bawak pergi hospital. Yang aku ingat aku mintak tanggalkan tangan aku hahaha then dengan noob nya tanya ibu aku kenapa nangis. Dah anak dia sakit then mintak pepelik mana tak nya nangis hahaha. Then aku kena warded. Masuk air sampai 6 bag. Lepas injection baru dapat tidur. Aku dekat 2 hari tu aku balas dendam tidur. Bila bangun, nurse tu perli kot. Hahaha. Dr conclude sebab stress sakit tangan tu. Aku macam okay. Mungkin ke? Entah. Tak boleh nak brain lagi masa ni.

Then, masa ni dah terlebih cuti. Budak matrik dah start kelas. Aku masuk lambat dalam keadaan yang macam tak cecah tanah. 6 bag air masuk badan weh, Kau rasa? Memang rasa terawang je. Serious macam jasad je pergi kelas balik kelas. Tidur dan tidur. Sepanjang balik tu tiap hari tepat pukul 3 pagi aku terbangun. Hari hari. Genap seminggu lepas tu aku kena balik. Haha. Then aku tak ingat ending dia apa dan macam mana boleh reda. Haha sorry.

Benda ni terungkai bila saudara perempuan pangkat makcik tapi lagi muda dari aku kena rasuk. Keluar suara lelaki. Ni aku dengar dari ibu. Then, saudara lelaki pangkat pakcik jadi tak siuman secara tiba tiba. Bila dah pelik sangat, aku tak sure la siapa yang cerita dekat ibu pasal benda ni. Ibu cakap, moyang lelaki aku ada saka harimau. Cumanya saka ni ada orang dah ambil then macam orang yang ambil ni dah meninggal. So saka ni cari balik keturunan asal. Macam selalu clichenya dia akan cari cucu perempuan sulung macam aku, saudara aku.

Tapi kenapa pakcik aku siuman tu confuse pulak kenapa hahaha. Kiranya, kitorang ni tak nak la saka tu so benda tu beralih dari sorang ke sorang. Obvious gila kot. Hahaha masa tu aku macam haha jela tak percaya sangat tapi macam nak percaya sebab rasa benda tu jadi kat diri. Tapi aku takde nampak penampakan pelik pelik so macam mana tu? Hahaha. Lepas tu senyap, aku tak tahu mana saka tu pergi. Orang ambil dah ke or dah kena buang. Aku tak tahu. Tapi sampai sekarang takde dah gangguan suara kucing tanpa jasad tu.

Lepas kejadian tu, macam macam lagi jadi. Adik aku ada sixth sense tetiba. Dah lama sebenarnya tapi family kitorang baru tahu. Aku rasa masa tu macam family aku dah tak betul. Yelah, kan sebelum ni belajar benda yang solid fakta semua tu. Tiba tiba datang benda yang takde penjelasan kukuh. Aku paling lambat terima kenyataan keluarga aku ada kaitan dengan dunia lagi satu sampai lah ada yang ‘jaga’ aku. Rupa dia macam min ho adik aku cakap. Sebab dia boleh nampak. Hahaha. Serious tak tahu nak percaya ke tak. Tak percaya kan macam tak support adik. So macam yelah percaya la tapi tak 100%.

Bila dah masuk u. Dapat kawan yang boleh nampak. Dia perasan ada susuk tubuh lelaki duduk static depan bilik ktorg. Bilik kitorang tingkat 2 menghadap cafe. Depan tu ada la tempat duduk batu. Masalah kawan aku ni dia kadang tak dapat beza manusia ke bukan. Hahaha. So after tiga hari berturut lelaki tu ada depan tu. Dia tanya la aku perasan tak kewujudan lelaki tu. Aku macam tak perasan la, memang tak perasan even study tepi tingkap usyar orang selalu. Haha. Lepas dia tanya aku tu, dia cakap lepas tu dia dah tak nampak dah orang tu kat situ.

Makin lama aku makin percaya la ada ‘guardian’. Masa tu rasa wow. Handsome pulak tu. Haha. Tapi aku tak boleh nampak so kecewa la. Haha. Sebab tu kot aku suka lone ranger dulu, rasa ada kawan dah. Then rasa selamat even jalan sorang. Sepanjang tu takde pulak rasa menyimpang, bagi jamu ayam kampung pulut ke apa segala bagai. Takde. Semua normal. So aku rasa macam ‘dia’ baik lah. Bila dekat rumah sewa, pintu bilik tu tutup buka sendiri tapi sebab aku tahu tu ‘dia’ so entah tak rasa takut pun. Macam bengong bila ingat balik. Aku tak pasti lah jahat ke tidak tapi sebab dia macam takde buat apa apa so macam takpe kot masa tu. Ada orang kata nanti jodoh lambat tapi aku baru 20an jadi tak sure la dia akan effect ke tak kat jodoh tu. Haha.

Sekarang dia takde dah. Sebab aku tak nak. Sebab apa aku tak nak tu sebab orang kata tak elok jadi macam bye. Sebab aku jenis ikut logik. Sah dua dunia berbeza. Cari nahas ke apa berkawan. Haha. Sebelum jadi apa apa yang pelik better aku undur diri kot. Oh ye, sepanjang tu aku ada mimpi pelik pelik. Then ada yang jadi reality. Macam Deja Vu je rasa masa tu. Haha. Ada jugak mimpi amaran jangan berkawan dengan sekian sekian tapi mimpi tu tak macam mimpi sampai aku confuse sementara mimpi ke bukan. Dengan noob nya aku ikut je tak berkawan dengan orang tu. Haihh.

Penat dah ni taip. Haha. Konklusinya, start dari saka harimau tu jadi pelik pelik. Tak seram la kot cerita ni tapi peduli apa, aku nak cerita sebab bosan gila cuti sem. Tu jela kot, adik aku tu still nampak tapi dia malas nak layan. Dulu time tengah hot cerita ni, adik aku ada lah ubatkan orang jugak. Just dengan bacaan ayatul kursi je pun. Dia membebel yang manusia yang datang ni walhal lagi alim dan serba tahu tapi tetap nak cari dia. Keyakinan tu penting dia kata. Masa baca apa apa surah, ayat tu. Kena yakin. Baru berkesan. Eh aku dah melalut. Haha. Ok lah tu je. Thanks min kalau approve. Kalau tak, min baca jela sendiri. Haha. Doakan aku kuat lah hadap bendalah tak berkesudahan lagi ni dengan dibagi kefahaman apakah ini semua. Hahahaha kbai.

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 2]

6 thoughts on “Saka Harimau”

  1. U mana kau masuk ni ,, malang dekan ada pelajar macam kau ..
    taip x de isi buang masa aku baca 20 minit x de fakta !

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.