Saka nenek menganggu Angah

Hai, Assalammualaikum. Sebagai pengenalan, nama aku Wani dan kisah yang aku nak cerita ni adalah pengalaman aku sekeluarga. Terlebih dahulu, terima kasih pada admin FS sudi baca dan publish cerita ni. Tak masuk pun aku ucap terima kasih jugak bab baca. ✌

Kalau nak di ikutkan, cerita ni berlaku sejak angah aku lahir ke dunia. Adik beradik aku 5 orang dan aku yang ketiga. Semua perempuan. Kalau diikutkan cerita, angah aku ni lahir dalam keadaan tali pusat membelit seluruh badan. Kuasa Allah, dia lepas dari segala lilitan. Pada awalnya, ayah dan mama aku tak menduga apa-apa tapi mula perasan perkara ni berlaku bila mula berpantang dekat rumah atok abah aku di muar, Johor. Sepanjang tempoh berpantang, hampir setiap hari mama akan diganggu dengan suara esak tangis di luar tingkap bilik. Kadangkala setiap kali tidur, terasa seperti ada orang lain berdiri di tingkap sambil perhati angah aku. Tak tahan dengan gangguan, ayah dan tok abah duduk menunggu di belakang rumah dalam keadaan gelap sambil perhati keadaan sekeliling. Ayah aku ada pengalaman berdepan dengan hantu, jadi dia hanya berdepan dengan hantu macam tu aje.

Dalam gelap, nampak kelibat kain putih duduk tergantung dekat tingkap sebelum terbang ke pokok sukun berdekatan. Ayah aku panggil dia supaya turun ke tanah. Ayah aku tanya akak, “dah kenapa kau ganggu anak dengan bini aku? Aku tak ada kacau engkau pun. Kau ikut aku dari hospital lagi. Kau nak apa?”

Atok abah aku hanya duduk dekat pangkin rumah sambil hisap rokok daun. Masa tu mama, angah dan tok yah (nenek aku) duduk dekat ruang tamu bawah.

Akak tu boleh dok menggilai sambil gegau pokok sukun tu. Lepas tu dia gelak. Dia jawab “aku nak anak kau. Aku nak jadikan dia kawan aku. Hihihii..”

Apa yang jadi lepas dia jawab soalan ayah aku, aku tak tahu sebab cerita tak detail tapi atok abah ada cakap dia merayu nak angah sebab angah istimewa.

Tapi cerita atas hanya permulaan apa yang berlaku pada angah sekarang. Macam yang kita tahu, orang tua dulu-dulu akan membela saka untuk menjaga keturunan, harta benda semua tu. Tapi lain pula bagi arwah nenek aku belah ayah. Dia membela 7 hantu laut sejak dia muda. Ikut kefahaman aku, arwah nenek guna saka2 dia untuk awek muda, kekuatan dengan kecergasan badan. Ni ikut apa yang aku tahu.

Nak dijadikan cerita, angah aku merupakan cucu kesayangan arwah nenek dengan atok.  Ikut pengetahuan aku, beberapa tahun sebelum arwah nenek meninggal, adik beradik ayah aku ada bawak arwah nenek pergi berubat untuk buang saka2 dia semua. Lama jugak untuk ambik masa nak buang sebab saka tu degil nak mati nak keluar dari dalam badan dia. Masa ni angah aku langsung tak takut tengok nenek aku. Dia boleh duduk berkepit bawah ketiak lagi sedangkan masa tu bukan nenek aku tapi saka dia. Yang tak boleh bla angah aku siap cakap dengan ustaz yang rawat nenek aku, “pakcik jangan tekan kuat sangat, sakit la nenek!” hinggakan ayah aku terpaksa tarik angah jauh dari nenek. Masa ni la jadi drama. Saka tu merayu jangan jauhkan angah dari nenek. Ni yang buatkan dorang nekad nak buang saka tu jauh. Lepas buang satu demi satu saka dia, nampak perubahan arwah nenek. Badan mula susut, muka dia mula nampak tua, kesihatan dia terjejas sampai kadang-kadang dia berhalusinasi nampak harimau, orang tua dengan arwah mak dia.

Selang beberapa tahun arwah nenek meninggal, kita orang adik beradik mula dapat mimpi aneh terutama angah. Masa ni angah dah tak ada terikut-ikut lagi dah dengan cara arwah nenek. Aku cuma mimpi jumpa satu orang tua lengkap berbaju dan berserban hijau tapi tak nampak muka. Tapi angah, dia mimpi orang yang sama tapi dekat sebelah kanan ada seekor harimau putih besar setinggi manusia dewasa. Kepalanya selebar sebelah tangan sehinggakan kaki belakang tersembunyi di sebalik badan yang besar. Dekat sebelah kiri pula, ada satu kain berikat warna emas di jinjit di bahu. Dalam mimpi tu, orang tua tu ada bercakap dengan angah tapi aku lupa dia cakap apa. Sambil tu dia hulur bungkusan tu pada angah. Bangun dari tidur, satu badan dia berpeluh. Lepas tu dia terhidu bau wangi satu bilik. Esok pagi, dia telefon ayah (masa ni ayah dan mama aku dah bercerai) dan cerita semuanya. Ayah aku pesan, kalau lagi sekali mimpi, tolak dengan cara baik. Dan angah aku buat apa yang di suruh.

Kami fikirkan, perkara ni dah selesai hinggalah terjadi satu kejadian tahun lepas. Kesihatan angah aku mula terjejas. Dia mula suspek darah tinggi dengan kencing manis pada usia 26 tahun. Mulalah rutin baru dia untuk check up. Dalam masa sama, dia mula nampak bayangan harimau putih dekat rumah dengan tempat kerja. Sampai satu masa, dengan tempat kerja dia ada dapat gangguan, hingga buatkan angah pengsan dan meracau tiba tiba. Kawan-kawan dia selalu cakap, nampak bayangan yang serupa macam angah dekat ofis sedangkan angah cuti masa tu.

Mama aku bila dah dapat cerita macam tu, mula bawak angah berubat. Bila di check, rupa-rupanya salah satu saka arwah nenek dah lama duduk dalam angah cuma orang tak sedar. Dia dah start minta habuan. Jadi, mama aku minta orang yang merawat angah supaya jauhkan saka tu dari kami semua. Masa buat rawatan, aku tak ada dekat situ. Semua ni diceritakan balik oleh adik adik aku. Tapi dia ada cakap, masa dalam rawatan, saka tu ada bagitahu yang angah ni ada kebolehan merawat orang. Sebab tu dia duduk dalam angah konon nak bantulah. Tapi angah taknak. Angah nak pulangkan balik saka tu dekat laut tapi saka tu tak nak. Dia nak duduk dekat lereng bukit. Malam tu jugak mama aku bawak kereta pergi ke lereng bukit yang dalan pendalaman dengan adik aku sambil bawa saka tu.

Masa adik aku letak botol tu dalam tanah yang ayah tiri aku gali tu, dia dapat rasa hembusan angin lalu dekat muka dia. Dia bagitahu mama. Mama baca ayatul kursi sambil niat dalam hati supaya benda tu tak ikut balik then mama hembus dekat adik. Masa tu jam 1.30 pagi, dorang dok gali tanah tepi bukit.

Seminggu lepas kejadian, badan angah mula susut. Tapi, keadaan kembali seperti biasa. Dan angah pun dah selamat bertunang lepas beberapa bulan.

Kan aku ada cerita yang aku pun mimpi orang tua tu kan. Kalau ikut pengamal perubatan yang ayah aku jumpa, orang tua tu nak bagi kat aku bungkusan tu tapi tak sesuai sebab aku ni tak serius. aku tak pernah cerita dengan sesiapa pun yang deria keenam aku dah terbuka sejak aku mimpi orang tua tu. Rumah mama dah banyak kali aku nampak ada nenek tua bertongkat, akak pontianak, abang pocong, kak langsuir dan yang terbaru bola api tapi jauh la. Aku diam je sebab Malas nak panjangkan cerita. Nanti mama aku bawak aku berubat nak tutup deria keenam aku pulak.

Sori ya kalau cerita dekat atas tak seram sebab ni cerita dah lama. Banyak yang ingat-ingat lupa. Jadi, maaf kalau salah dan silap sepanjang cerita sebab masa taip ni tengah berdiri tengah panas tunggu bas. Hahaha..maaf sekali lagi.

Wani
Saka nenek menganggu Angah
4 (40%) 1 vote

9 comments

  1. Assalamualaikum Cik Wani. Saya rasa Cik Wani patut pergi berubat sebab besar kemungkinan Cik Wani dah didekati saka. Sebab tu hijab terbuka. Jangan sebab takut hijab ditutup, Cik Wani tak nak berubat. Mudarat bersaka ni susah nk digambar

  2. Rasanya je ramai je [email protected], indera ke enam terbuka keberangkalian besar sebab ada jin duduk skali…nak nak lagi lepas dapat mimpi saka cari tuan…percaya la, itu cari bala bukannya anugerah…pergilah berubat sebelum terlambat…

    Tapi kalau ko ni memang jenis setiap malam tahajud, 24jam ada wudu’, kaki puasa, baca quran hari-hari, mungkin tu anugerah la…

  3. klo aku pun boleh nampak cepat2 aku minta tutup balik. berubat. supaya aku tak bermasalah akan datang. jangan cari masalah.

  4. macam bangga je ada deria keenam? kita kalau boleh taknak ada deria keenam tu, nak hidup secara normal tanpa gangguan makhluk halus. tapi awak ni lebih kepada bangga dengan kebolehan nampak makhluk makhluk halus tu semua. wallahualam.

  5. Tapi macam mana kalau kadang2 jer nampak?? kira macam rate selalu nampak tu 5/10?? dan boleh tau kalau ada orang nak kena something??

  6. Tutup la hijab tu dik.. Tu bukan anugerah.. Tp jika anda Seorang yg warak, setan hantu iblis sure larikk bila berselisih dgn anda.. Jika amalan biasa2 je baik lah di tutup hijab tu.. Kdg2 sebab ni juga jodoh susah lekat..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.