Saka – Sembilan Ekor Jin

Assalamualaikum to FS reader’s, oky straight to the point je eh. Hmm. Berdasarkan pengalaman sendiri, tentang saka nenek aku. Aku gelarkan diri aku Uchiha jelah ye.

Kejadian ni masa aku Form 5, time tu nenek aku datang duduk dengan family aku, kalau tak sebelum ni dia stay sorang je dekat rumah lama dia tu. Dia tinggal dengan kitorang sebab dia takut nak stay sorang2, dia kata ada benda ganggu malam2.

Okay, rumah aku yang sekarang ni dekat2 je dengan rumah tok belah mak aku. Yang datang tinggal dengan aku tu nenek belah abah aku okay, jangan confuse pulak. *nenek=belah ABAH yg ada SAKA tu, *tok=belah MAK aku, alim sikit tok aku ni. (dua2 perempuan).

Kisah dia bermula masa family aku nak keluar pergi jalan2, nenek aku tak nak ikut, so mak aku pun mintak tolong la tok aku temankan dia, sebab takut kalau2 kitorang balik lewat. Sebab nenek aku ni dah tak berapa nak kuat, kalau tok aku tu still boleh lagi. So tok aku pun datang la rumah aku and kitorang pun dengan bahagianya keluar lah berjalan2.

Dah settle urusan dkt luar, kitorang pun balik. Masa sampai rumah tu dalam 9.30 malam. Time masuk2 dalam rumah tu, tok aku tengah mengaji, tok aku ni memang jenis setiap kali lepas solat, dia akan mengaji. Disebabkan dah malam, mak aku suruh tok aku tidur rumah aku je. Then tok aku pun okay jelah. Haa! Esok paginya tu, masa nak solat Subuh, mak aku pun kejut la tok aku. Nenek aku pulak mak aku tak kejut sebab dia memang jenis tak solat, ni aku bukan nak mengaibkan, sebab korang pun tak tahu siapa aku. Mak aku kata dari muda2 lagi memang dah tak solat. Hmm. Okay, masa mak aku nak kejutkan tok aku tu, rupa2nya tok aku dah bangun, tapi dia tak boleh nak bergerak sebab lidah dia macam kena tarik kebawah oleh something. Then lepas mak aku baca2 ayat Qursi apa semua, baru lah tok aku boleh bergerak. Tapi effect dia sampai 2 hari lebih tok aku tak boleh bercakap! Jangan main2. Haa, tapi time tu kitorang tak tahu lagi sebab apa, kitorang pun tak fikir apa2 sebab tanah tu memang keras pun.

And satu demi satu kejadian pelik berlaku lepas tu, aku ringkaskan jelah eh, contohnya elektrik tiba2 m**i, lepas tu hidup balik, kadang2 tu sampai 3x sehari. Time siang2 dia tak nak m**i, time malam2 je. Hmm, bijak. Then, bila masuk bilik air just saja2 untuk basuh kaki ke apa, pintu akan tertutup sendiri. Dia punya tertutup tu sumpah kuat, seolah2 macam ada seseorang yang tolak pintu tu dalam keadaan marah. And then bila nak tidur malam2, dengar macam ada orang baling bata atas bumbung, dari luar sampai lah ke dalam bilik bunyinya, lepas tu bila betul2 “bata” tu macam jatuh dekat bumbung bilik, then terus senyap. Suka main2. Time senja or malam2 pulak mesti kadang2 tu akan terdengar bunyi cakar2 dekat tingkap, untuk sedapkn hati, kitorang assume tu kucing je. Walaupun kitorang tahu tu bukan kucing. Kitorang mcm tak ambil port sangat sebab tanah tu memang dah berpenghuni. Tapi kitorang pelik jugak lah kadang2, sebab gangguan tu makin menjadi2.

Paling teruk, masa dekat ruangtamu tengah tengok TV, tetiba ada bebola api terbang2 dekat sekitar bumbung, dalam 3 hingga 4 minit jugak. Time tu Allah je tahu macam mana perasaan kitorang semua, masing2 terkumat kamit baca ayat2 suci yang terlintas dlm otak, then tak lama lepas tu hilang. Selain drpd tu, masa pukul 6 lebih petang, time tu family aku tengah lepak2 dekat luar rumah, and tetiba terdengar bunyi something, macam mengilai tapi dalam irama yg pendek2. And guess what? Thats langsuir! Macam mana kitorang tahu? Sebab mak aku dah pernah dengar bunyi tu. Time tu aku dengan adik2 aku bangang, sebab kitorang pergi sahut balik bunyi tu, terus mak aku suruh masuk rumah then lepas mak aku bagitahu tu sumpah rasa seram sejuk bai. Sebab bunyi dia nyaring macam burung, sebab tu kitorang pergi sahut2 bunyi tu balik.

Yang paling tak tahan, masa tengah makan dekat dapur, dengar macam ada something pijak2 bumbung, kuat, dari arah ruang tamu sampai lah ke dapur, elok2 dekat dapur terus stop bunyi tu, and then terdengar macam ada someone terjun dari bumbung ke dalam bilik air. Allahurobbi, time tu menggeletar lutut, mak aku ajak aku pergi check, alhamdulillah tak nampak apa2. Fuhh!

Okay klimaks cerita ni bila nenek aku (yg ad saka tu) bagitahu mak aku time malam2 kdg2 tu dia nampak ada kain kuning dekat kaki dia, bila dia nak ambik, kain tu hilang, and pernah jugak dia nampak ada kain berbalut warna putih macam pocong tu dekat tepi dia, tapi kecik je, macam patung2 barbie yg kecik2 tu, pun sama jugak, bila dia nak ambik je hilang terus. Lepas tu mak aku pun cerita la dekat tok aku, nak buat apa, then tok aku pun bagitahu la, sebenarnya masa malam dia temankan nenek aku tu, dia rasa something tak kena, tok aku jadi tak sedap hati, dia rasa macam ada something yang perhatikan dia, then tok aku pun bagitahu la mak aku, why not panggil ustaz datang tengok2 kan.

Then mak aku pun setuju, lps dah bincang dengan abah aku apa semua, ustaz yang abah aku cari tu pun datang, haa, masa first2 dia datang tu, dia pergi lah check nenek aku, tp nenek aku cam rileks je, so kitorang pun ingat tak ada apa2 la, lepas tu ustaz tu pun sembang2 dengan nenek aku, and kadang2 tu dia banyak berdiam je, kitorang nak menyampuk pun tak berani, lama jugak weh, huhu, lepas tu ustaz tu datang dekat kitorang and dia bagitahu sebenarnya nenek aku tu betul2 dah parah, sebab apa? Sebab dekat nenek aku ada 9 ekor yang tengah menumpang badan dia! 9 ekor weh! Bukannya sekor dua. Ustaz tu bagitahu, salah sekor tu saka keturunan, lepas tu yang lagi 8 ekor tu hantu raya yang tuan dia dah meninggal, lepas tu langsuir and apa lagi entah aku tak ingat. Semua tu sebab tuan ‘diorang’ dah tak ada, lepas tu ‘diorang’ menumpang dekat nenek aku sebabnya ustaz tu cakap nenek aku tak ada apa2 benteng untuk lindungi diri dia (solat, zikir, baca al Quran apa semua tu). Hmm. Then ustaz tu kata dia tak boleh buang hari ni sebab nya nak kena bawak barang2 untuk buang benda tu. Ustaz tu pun suruh la mak aku sediakan kain and ada lah lagi barang2 yang lain tu.

Ok lah, penat menaip, tiba lah hari untuk membuang benda2 yg tgh menumpang tok aku tu, and ustaz tu kata siang2 tak boleh, kena waktu malam, sebab apa pun aku dah lupa, ustaz tu ada bagitahu. Huhu, muda2 lagi dah pelupa. Then aku ingatkan masa nak buang ‘benda2’ tu cam dalam drama lah, menjerit2 Allahuakbar ke, tulis sesuatu dekat angin ke, ada angin macam ribut sampai tercabur bumbung ke apa semua sekali tak pun. Over je lebih drama tu semua, sedangkan realiti nya tak pun. Ustaz tu start dengan doa, dia suruh satu family aku duduk dekat situ and ikut dia berdoa sekali, serious panjang gila weh. Tapi dalam bahasa melayu lah, yang paling aku ingat masa berdoa tu “lindungi kluarga dan keturunan kami drpd bnd2 syirik, jauhkn saka ap smua tu dri kturunan aku, lps tu yg lain2 tu sumpah aku tak igt. Then ustaz tu teruskan doa dlm bahasa Arab tp time tu ustaz tu kata tak yah ikut dah. So kitrg perhati kan jelah.

Lepas habis berdoa dia ikat kain hitam dekat celah2 jari kaki nenek aku secara bersilang, lepas tu dia tarik pelan2 kain tu sambil baca ayat2 suci al Quran, nenek aku tak meronta teruk2 macam dalam filem, tapi nenek aku punya pandangan mata dia tak yah cakap lah, macam nak terkam ustaz tu. And nenek aku just macam pusing2kn kepala dia ke kiri ke kanan, lepas tu macam mendengus sikit. Then lepas dah habis tarik kain tu, dia masuk kan dalam buah, buah tu besar, macam buah betik sikit2, panjang, tapi lagi besar daripada buah betik tu, (buah tu dah d******g dekat bahagian atas), lepas tu ustaz tu tutup balik buah tu guna bahagian yang dah kena p****g tu dengan besi, besi tu macam jarum nak menjahit tu tapi besar2.

Lepas dah settle semua, tiba2 nenek aku terbaring atas tilam dia, tak bersuara tak apa, tapi mata dia terbeliak pandang bumbung, lepas tu tak semena2 ustaz tu istighfar, and yang buat kitorang semua terkejut tak terkata bila ustaz tu lafaz ‘innalillah’ (tp yang panjang2 punya tu, aku tak reti nk eja dalam bahasa melayu), hmm, then lepas tu macam2 terjadi dekat tubuh arwah nenek aku. Tapi aku tak mampu nak cerita lebih2. Rupa2nya selama ni arwah nenek aku memang dah tak ada, tapi disebabkan 8 ekor iblis yang menumpang badan dia tu, so nampak macam hidup lagi. No wonder lah arwah dulu mengesot je.

Kepada sesiapa yang rasa ragu2 dengan cerita aku ni, aku doakan salah sorang ahli keluarga atau saudara terdekat kau kena macam ni, time tu baru korang tahu langit tinggi rendah. Tak perlu tunggu sesuatu untuk jadi depan mata baru nak percaya, sebab syaitan dan iblis memang wujud, dan kaum2 ‘diorang’ akan terus menghancurkan cucu2 Nabi Adam sampai lah terjadinya hari Kiamat nanti.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit.

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 2]

128 comments

  1. Baru nak rasa kesian, tiba tiba jadi marah, dah kenapa kau NAK DOAKAN benda yang tak baik dekat orang?! Allah bagi ujian macam tu suruh beringat! Ish! Tak setuju betul aku! ?

    1. Hahahahah…
      Akk pon mcm tetibe kena karen psl die tetibe direct jer doa sumpahan lancang kuning camtu…
      Ilang terus berderau kecut perot akk dr mule tgk gmbr makhluk 5org kat atas tu sampai nenek pergi…

      Dik…
      Akk pecaye citer ko dik, xde yg mustahil pn citer ko ni…
      Akk sedih sgt bile mane terbyg seksanya nenek ditumpangi 8makhluk setan tu…
      Mmg perit pengalaman adik sekeluarga…
      Tp itu bukan penyebab utk kita doakan supaya org lain rasa apa yg kita dh rasa…
      Alangkan dulu masa arwah abah akk kena buatan org pon, kami sekeluarga sikit pn x simpan dendam pd pelaku…
      Malah kami tlg family dia yg susah tu…
      Allah ada… Allah sebaik2 perancang…

      1. doa yang bukan2 dekat orang sebab TAK PERCAYA? sebab tu je? sampai bila2 doa tu tak makbul! Nampak sangat tak matang! ? #marahlagi

        1. Budak tak matang mmg slalu mcm tu.. Lngsung takbleh terima kritikan org lain.. Hbis disumpahnya org smua.. #jgnmrhnnttakhnsem

        2. uish lek bang el, nnti muka berkerut kalau selalu marah. Kalau muka berkerut nnti nak tangkap gambar dah kena pakai camera 360 ):

    2. Ya. Terkejut terus bila dia doakan orang lain macam tu. Saka ni kebanyakan orang tahu. tak ada keperluan pun nak doakan macam tu.

  2. bila nampak tajuk 9 saka ni, Raa mcm pernah tengok movie cerita ni, cerita org putih tapi raa lupa tajuk dia apa.

    Btw, rumah raa pun selalu jugak bunyi mcm berlari lari atas bumbung, tapi mak selalu cakap yg tu musang/tupai so jgn fikir benda bukan bukan, masalahnya pandai pulak musang/tupai tu menangis mcm org perempuan jilake betul :’)

    Taktahu la pulak kot musang/tupai tu tgh mengawan tu yg dia menangis, sakit gamaknya 1st time kah3

    Anyways, keep it up! Best πŸ™‚

    1. “Taktahu la pulak kot musang/tupai tu tgh mengawan tu yg dia menangis, sakit gamaknya 1st time kah3”

      Raa…
      Sensored banget nih komennya…
      Waduuhhh…
      Tutup mata, tutup mata…!!!
      Malu hakak dik…
      Hahahahhaha…

      1. hahahahahaha sorry ingatkan ni page kisah rumah tangga dkt pesbuk tadi. takpe hakak kan dah 18+ yg bwh 18 tu buat buat tak nampak comment ni udoh ler. Hahaha.

        1. Gilooorrr ekau umur dh 51 nk melayan FS tegar camni, ngamok anak cucu nnt…
          Hahhahhha…

          Xdelah…
          Akk mude remaja lagi aarrrr…
          Pertengahan 30an…
          HAHAHAHAAHAAA..!!!

          1. Oyekee…???
            Canggih maknye leh layan internet…
            Mak akk umur 60thn tp pandei gune tipon umh jer, terkandas nawaitu akk nk ajor mak layan FS…
            Pesan kat mak adik tu, tlg jgn pening ekk tgk komen2 akk bersepah sana sni…
            Ampuuunnn…

      1. YESSSSSS BENOOO LETTEWWWWWW! 10 bintang utk darkaz kerana menjadi jejata yg pandai.

        Jejata tu apa? Jejata tu jejaka/wanita sebab aku taktahu jantina kau apa! πŸ˜€

        Kau pun layan gak ehh citer tu heheh

  3. banyak2 cerita aku baca dlm FS ni first time writer doa benda tk elok pada readers. Even kalau ada yg tk percaya cerita ko ni mana boleh ko suka2 doa benda sama jd kat diorang mengarut sungguh la pemikiran ko ni. Istighfar banyak2 weh

      1. idok le kak yulie..aku suruh dia istighfar dulu bebanyak sebab aku nk persoalkan knp title semilan ekor tp dalam ceghita dia 8 ekor je? sekor lg tu dia kot ye? nt dia ckp aku tk pecaya ceghita dia pulak dijampi aku dr jauh pulak kang tak ke haru..

      2. Hahahahahah…
        Yg sentap tu akk…
        Akk kan gangster hati tisu…

        Yg 8ekor tu yg x bertuan dtg menumpang…
        Yg lg sekor tu mmg hak milik sementara nenek die punye, mmg ade cop mohor…
        Klu ko campor die tu dh jadik sepuloh plak kang…
        Lg panjang citor eeiii…

  4. Btul.akak tbaca jg.jgn doakan gtu..xbaik2.kadang2 pmikiran org xsama cm kita.diorg xcy xperla.jgn ckp yg buruk2.kita yg pcy ni j bjaga2…oke.peace

  5. Amende doh kalau orang yang baca citer kau ni tak percaya dan kau nak doakan orang yang baca ni menimpa benda yang sama berlaku dekat family kau. Okay, kalau aku tak percaya kau nak doakan sekarang jugak ke mcm mana? Ke kau nak paksa kitaorang yang baca ni untuk percaya walhal memang aku percaya benda ni wujud pun tapi xyah ah sampai nak doakan yang bukan bukan kot. Alamak stress pulak aku.

    1. Xpelah…
      Die tau langit tu tinggi sbb die dh penah tgk depan mata…
      Tp die xtau ade pengalaman org lain yg langit tggi tahap petala 7 lapis lg hardcore punye…

  6. well said, yea betul benda ni wujud but jgn la kite doakn org cmtu.. di sebalik kejadian y menimpa tu ada hikmah di sebaliknya and kite patut bsyukur atas pe y berlaku sesungguhnya Allah maha mengetahui.

  7. Cerita ni mmg best.

    Tapi aku nk komen skit.

    Tk pnah plak komen citer org lain. Tapi sbb ko minta aku komen, meh nk komen.

    “Kepada sesiapa yang rasa ragu2 dengan cerita aku ni, aku doakan salah sorang ahli keluarga atau saudara terdekat kau kena macam ni, time tu baru korang tahu langit tinggi rendah.”

    Ko baca balik ayat ko neh? Ko rasa?

    -sekian-

  8. kuang ajaq mulut hang..hang nak kena cabai berapi ka….aku doakan hang jkkhkhkhkhkjh… kena tapis ni geram aku…

    ketuk tgn tu biasa sgt dok taip bukan2 ….sakai sunggh,,marah ni..kalu aku x pecaya cita hanga awatnya..suka aku la…readers is right ok..

    see….semua kecam hang…btw….cau..

  9. malas pulaaak haku nak baca sebab bila scroll down haku jumpa part ‘doa’ tu. eh eh eh kau nak doakan macamtu? cantek ke kau? kalau kau tak secantek sajat jangan mimpi doa kau nak dimakbulkan. kau tak tahu kat sini kita ada Yang Mulia Tengku Dato’ Sri Paduka Kak Yulie??? Kalau kau nak kena penampar 7 keturunan dengan kak yulie kau doalah macam tu!

    1. “kau tak tahu kat sini kita ada Yang Mulia Tengku Dato’ Sri Paduka Kak Yulie???”

      Akukaaahhh…????
      Hahahahahahha…
      Besor benor title…
      Kena bersongket jelah akk camni dik…
      Berpeloh tiak masheemmm…

    2. Aduhaii.. sabau jer aku ngn komen2 kau ni..
      Berjaya membuat aku ketawa trbahak.. ahahahahah…
      Btw kak yulie mang pengkritik terbhoekkk…..

      Love you kak yull..

        1. Jd bodyguard dh penoh sbb Geng Sajat konker kaannn…
          Klu nk tukang masak ke, driver ke, tukang kebun ke masih terbuka luaaaasssss…
          Hahhaahahah…

  10. aku akan doakan cerita kau lepas ni tak akan dipublish dalam fiksyen shasha buat selama-lamanya. Amin!

    haaa rasakan!

    padan muka kau! Baru kau tahu langit tu tinggi rendah!

  11. Cerita dah okay dah. Time baca tak ada pun rasa yang cerita ni tipu ke rekaan ke apa. Tiba perenggan last tu boleh dia nak doakan orang macam tu.

    Nama pun cerita dik oii…. terpulang pada pembaca nak percaya atau tak. Tak perlu nak tunjuk perasaan sampai macam tu sekali.

    1. Betul2…hmm.. mngkn dye ni seblum ni bace komen2 kot…kan trend skrg org kecam.. lgi2 cerita dr kakak sado.. hahahah.. dye takut kena kecam la tuh..tu sbb men sodap jari jemari dok doa2 kan.. ketuk ngn senduk baqu taww…
      Men sodap doa2 kan org cmtu.. mane bulihhh.. tarak bulihhhh… aisshhhh.. stresss omakkkk..

        1. Apesal.. tak leh ekk.. alahaiiii..
          Sentap la cmnii.. xpyah la blah kalau dh xleh blah.. nyampahh ar..
          Aku nak mogok la…boikot citer kau stengah abad… ngex πŸ˜€

          Xpe.. nnty haku tukar nick jadi (pengintip setia duli yang maha mulia lagi comel kak yulie blink2)

          Weeee…. sintinggg..

          1. “Xpe.. nnty haku tukar nick jadi (pengintip setia duli yang maha mulia lagi comel kak yulie blink2)”

            Haaa mari mari mari…!!!
            Keahlian masih dibuka…
            Hahahahahah…!!!

  12. Laa da nape Dik,
    Ko mendoakan pembca2 FS mcm tu
    X baik tau,spatut yer doa yg baik2 saja…
    Akak paham perasaan ko Dik,
    sbb sdara akak,Arwah 2pupu akak mninggal akibat santau…
    bendalah nie…
    nmpk cam ko marah nau,
    kawal kmarahan tu,marah ksukaan syaitan nirrajim

  13. awal2 aku dah nak cakap cute betol nama ko uchiha…ujung2 ko doakan untuk pembaca plak…aduhai makin kene kecam lah ko wat ayat mcm tu dik….

  14. Tak baik doakan orang macam tu.. Sy mmg percaya sebab semua gangguan, dan cara nak ubatkan tu pun standard.. lebih kurang macam yang sy biasa dengar.. Adik sy pernah masuk icu sebab lumpuh satu badan yg tiba2.. macam kena strok dan tak boleh bercakap sampai doktor x tahu apa punca.. rupa2nya ada 3 ekor jin menumpang.. salah seekornye hantu raya.. tapi kami tak pernah doakan yg buruk2 kat tuan benda tu.. kami tolong lagi.. sampaikan tuan dan isteri dia meninggal pun mak ayah saya yg banyak tolong diorang.. awak ni pulak boleh doakan yang buruk2 just sebab tak percaya cerita awak? *sigh*

  15. Budi bahasa betui.
    Dik tatau tulis innalillah panjang dalam BM ka sebab tatau sebut macamna. Haha
    Nextime x payah hantar cerita.

    1. Kenapa akk pn mse bace tu dok pikir benda yg same dlm kotak pikiran ko dik…

      Xpeerr…kita pozitip jer kaayyy…
      Heheheheheh…

        1. Hahahaha sebelum2 ni pun sama kan. Nak marah xjadi rasa kelakor lak bunga ni. nama bunga dah sedap sekali ayat dia keluarkan meremang hahahaha

        1. Bunga kau lelaki ke perempuan!! Hahahaha. Jawabler woi curious gila ni! Kalau lelaki kau dah kenapa pakai nama bunga. Ingat comel ke???

  16. Dik…masa sekolah dulu mesti cikgu ko ada ajar lagu ni… kerrr atau ko ponteng skolah dik?

    Ibu bapa dan kaum keluarga
    Saudara terdekat jiran tetangga
    Sayang menyayangi bertegur sapa
    Ketulusan ikatan sepanjang usia

    Para guru rakan sekolah
    Turut warnai kehidupan kita
    Ilmu ditimba pengalaman bertambah
    Pergaulan sihat peribadi ceria

    Bangsa Malaysia berhemah tinggi
    Ramah dan mesra elok pekerti
    Yang tiada dibantu, yang lemah dilindungi
    Bertimbang rasa hormat menghormati

    Kita berkhidmat jujur dan ikhlas
    Mencurah bakti tak minta dibalas
    Harapan rakyat satu amanah
    BUDI BAHASA BUDAYA KITA

    Gigih aku cari lirik tau…

    1. hahahaha, teringat siti nyanyi lagu ni woii. nnt nk karoke lagu nilah..

      to author. weh bengap, cite dah elok tp otak cegampang pulak nk sumpah2 orang. otak ko sesat kt lutut ke ape. suka2 nk sumpah orang.

  17. Kau tak payah hantar lagi cerita kisah hidup mistik kau kat sini ye..
    Siap doakan yang tak elok bagai.
    Memang patutlah kena macam tu diknon.
    Nampak dah hati kau tu macam mana.
    Hurmm

  18. bekas apa yang dibuat perangkap saka tu? labu sayung ke?
    Elok-elok dah cerita, last2 nak mendoakan yang bukan-bukan pulak kat orang lain. Patutnya doakan la yang baik2 ke minta pembaca dokan keluarga penulis ke. Tak mustahil akan datang saka tu kalau keluarga ada yang mempunyai saka, tapi tak elok la doakan kat orang lain benda yang bukan-bukan. Semoga dipermudahkan segala urusan.

  19. Woi mangkuk ko ingat doa ko tu allah nak makbulkan ke?doa yg xbaik pd org mmg x la..ko solat 5 waktu x?.innalillah hi wa inna ilaihirajiun pn xblh sebut kot bkn ko xpndai eja

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.