Saka Tok Wan

Saka Tok Wan

INTRO
Harini tiba-tiba rajin pulak nak menulis cerita hantu original dari kisah puaka AKU sendiri. Dah lama dh layan Fiksyen Shasha ni sampai husband tegur la asal gian sgt bace bende ni,haha.So nama aku Dina(bukan nama sebenar).Aku dah kahwin.Skrg alhamdulilah tengah mengandung.Kisah seram ni bermula pada aku bila aq start jumpe nenek laki aku.Seriously aku cakap lepas kejadian ni buat aku dilanda fobia yang teruk.

Mei 2015
Time ni aku baru jer berkahwin dengan laki aku.Laki aku orang Negeri Sembilan.Habis jer reception sebelah suami aku.Family sebelah suami aku kata nak buat makan-makan pulak kat rumah Tok Wan a.k.a nnek suami aku.Nak dijadikan cerita aku pun menggedikla nak tidur sana dgn suami sbb ramai sedara sebelah dia tidur sana jugak.Suami aku ni dia cucu manja tok wan dia so agak rapat la jugak.First time aku jejakkan kaki kat rumah tok wan ni.

Deria rasa keenam aku dah mula ‘TINGG!’ macam bunyi loceng tu.Aku dah mula tak sedap hati.Kalau sekali tengok rumah tok wan ni.Dia ala-ala rumah kayu klasik tapi dah dimodenkan sikit.Sumpah cantik!.Sampai jer di rumah tok wan.Kami teruslah pergi salam tok wan.Tok wan ni dia pakai wheel chair sbb kaki dia dh tak larat.Time aku salam ni lah,tok wan die dh pandang semacam kat aku.Dia sempat bisik kat telinga aku
“Jangan berani-rani dekat dengan cucu aku.Dia hak aku!” aku pandang dia dengan wajah pelik.Dalam hati aku.Aku bini dia apahal pulak tak boleh dekat.Melampau pulak orang tua ni.

Tapi aku cool.Aku think positive maybe dia dah nyanyok so aku anggukkan jela kepala.Malam tu bermula lah sesi kacau mengacau.Time tu maghrib,aku dah selesai solat lepastu aku bace alquran.Suami aku pulak dok leka siapkan keje sbb suami aku dh start drill minyak kat pelantar minggu dpan.

Nak dijadikan cerita,bilik aku ni selang 2 bilik dengan tok wan punya bilik.Tengah sedap aku taranum ala-ala hafizah.Tiba-tiba pintu bilik kami diketuk dengan kuat.Bertalu-talu.Kuat pulak tu.
“You pergi la tengok diorang nak apa tu?”aku suruh suami aku tengok.Sebaik sahaja suami aku buka pintu.Aku ditengking oleh tok wan.
“Aku dah kata jangan buat hal dalam rumah aku.Yang ko sibuk buat bising tu kenapa.Kau tak faham bahasa ker?”dia menuju kearahku lalu menjegilkan matanya.

Aku bingung.Aku takut.Aku buat bising ker tadi?.Tension jadinya.Aku terus melutut ingin minta maaf dekat tok wan tapi dihalang oleh suami ku.Suami aku tegurla tok wan dia.Kenapa tengking aku macam tu.Trus jer nnek die meraung pastu sorong dia punya wheel chair masuk bilik dia.Lepas je suami aku ttup pintu,aku pulak yang menangis.

Geram je aku tengok orang tua ni.Kang carut dalam hati bertalu-talu kang.Kakak-kakak suami pun masuk blik aku pastu pi pujuk aku.Almaklumlah aku ni anak bongsu.Malam tu,sedang semua orang diulit mimpi.Aku terjaga dari tidur lepas aku dengar tok wan ketuk pintu bilik aku sebab nak suruh tolong dia buang air kecil dalam bilik air.Mula-mula aku kejut suami mintak teman tapi dia tidur koma time tu so aku pergi sorang jer.Aku tengok tok wan senyum lain macam kat aku.Menyeringai.Tapi aku buat ‘derk jer’.

Time aku tolak wheel chair ‘tok wan’ nak ke bilik air dapur.Entah macam mane mata aku tenampak yang tok wan tengah sedap tidur kat katil dia sbb pintu bilik dia terbuka sikit.Aku dah shaking.Aku tutup mata aku.

“Dah tahu ker?”ade bunyi suara singgah di telinga aku.Meremang bulu roma aku.Aku terduduk.Ada bau busuk sgt.Entah macam mane aku terbuka pulak mata time tu.

Aku ternmpak seorang perempuan pakai baju putih.Rambut menutup muke menjilat kaki aku.Apa lagi aku menjerit sekuat hati sampai semua orang terbangun.Bergegas suami aku keluar blik tgk aku.

Sedara maranya yang lain pun bergegas mendapatkanku.Aku pulak tak henti-henti menangis menggigil badanku.Suami aku terus dukung bawak masuk bilik sbb aku mmg x berdaya nak berdiri.Aku peluk suami aku bila tok wan dtg tgk aku dengan senyuman yang sinis.Aku trus pesan kat suami.

Aku kata selagi aku tak tidur so die pun jangan tdur.Tidur pun kena peluk aku.Ayah(ayah laki aku) menjeguk aku.Dia tawarkan air kasi pulih semangat tu sikit.Esoknya,badan aku sepanas-panasnya.Badan still shaking.Laki aku terus decide balik pagi tu jugak.Keadaan aku jadi parah sbb aku asyik teringatkan bnde alah tu.

Smpaikan mandi pun suami yang tolong mandikan pagi tu.Suami aku angkat aku masuk dalam kereta.Aku tak salam-salam orang pun.Laki aku terus pecut balik Selangor.Dalam kete aku cerita kat dia pasal kes semalam.Nasib baik laki aku caring.Dia kata nnti kita pegi darul shifa pegi pulihkan semangat.

Sampai je umah mama terkejut beruk mama aku bila tengok aku berkoyok pastu pakai sweater.Apalagi dia soal siasat la aku.Aku pun cerita dari A to Z.Mengucap panjang mak aku.X pasal-pasal dilabel bodoh sebab acah-acah berani pergi teman tok wan sorang2.Aku bertambah parah bila setiap hari aku nampak kelibat ok wan aku menari-nari dalam bilik aku pada waktu malam.

Kadang-kadang ternampak wanita pakai baju putih berambut panjang menerpa kearah ku beserta dengan mata nya yang merah menyala.Aku meracau.Hampir setiap hari aku menangis ketakutan.Nak harapkan laki aku.Die dah pegi pelantar so tinggallah aku kat umah mama ayah.Aku yang bertugas sebagai doctor tak boleh focus dgn keje.Satu malam tu aku pulang ke rumah pada pukul 11.30 malam sbb patient aku problems so aku drive balik rumah.

Dah hampir separuh jalan nak sampai rumah mama.Aku dengar ade orng menyanyi kat belakang.Aku x toleh belakang langsung wey terus aku pecut.Yang paling seram sekali die bleh ejek cara ckp manja-manja aku dengan suami aku dengan hilaian tawa yang seram.

Ko bayangkan aku menggigil bwak kete smbil x lekang mulut aku bace surah ruqyah.Sampai jer di rumah mama aku terus lari masuk dalam rumah tapi yang aku nampak bila buka pintu ialah Muka Tua tok wan tengah tersembul kat pintu.Akhirnya pandangan aku kabur.Weekend tu,laki aku terus off 2 minggu.

Dia dari Dungun terus shoot balik dapatkan aku untuk pergi berubat.Muke aku dh mcm zombie pucat jer xde d***h.Sepanjang berubat,aku tak sedarkan diri.Laki aku cerita,hantu yang selalu kacau aku tu saka tok wan dia.Dia tak suke aku sebab aku selalu mengaji so saka yang tok wan nak bagi kat laki tu x mudah nak dekat ngan suami aku.Haaa pdan muker ko.Aku beransur pulih dari sedia kala.Sejak dari tu aku jarang balik umah tok wan.

7 oktober 2015
Aku time ni tengah mengandung 3 bulan.Dalam masa yang same rumah tok wan buat family gathering.Diorang bakar kambing,ayam n byk lagila.Mula-mula aku m**i hidup balik tak nak pergi sbb terkenang peristiwa seram tu.Laki aku pujuk punya pujuk akhirnya aku tewas.Aku kata klu jadi apa-apa lagi kat aku.Aku tk nk ckp ngn die seminggu.Bak kata orang mulut bini ni memang masin.

Haa kejap lagi korang tahu la apa yang jdi kat aku.So aku pergi tanpa kerelaan.Mama dh siap-siap pesan mcm surah untuk pendinding diri.Sampai je sane aku buat muke bodoh jela salam semua orang mcm biase termasuk tok wan.Time aku salam tu dia pegang tangan aku lama beb.Seram siot!.

Malam menjelma,kami buat majlis tahlil pastu baru makan-makan.Lepastu tengah aku makan.Tok wan pegi kat aku n husband.Muka aku dh berkerut.Tok wan tanya berapa bulan kandungan aku.Tok wan siap usap-usap perut aku.Lama wey.Macam bidan kampung tu check2 perut aku.Mulut dia terkumat kamit.Bace mende tah tok wan ni.Aku siku perut laki aku.Laki aku tengok aku dah tak selesa.Terus kami mohon nak masuk dalam bilik kata letih nak tidur.Malam tu aku suruh laki aku dodoikn aku dulu pastu jangan tidur dulu.Lampu meja sebelah aku jangan tutup.Aku terlelap.

Aku mimpi yang aku berada dalam sebuah bilik yang dipenuhi hantu setan jembalang.Aku cuba bangun tapi dua orang cik ponti pegang dua-dua tangan aku.Aku cuba menjerit tapi suara plk tak keluar.Tiba-tiba aku nampak tok wan muncul entah dari mana.Dia mengasap keris pastu dia kangkang kan kaki aku.Aku sedaya upaya melawan tapi ternyata aku lemah.Aku perasan yang ada tangan bergerak dalam perut aku dalam masa yang sama tok wan menolak kuat perut ku.Aku menjerit.Sakit perit.Aku menangis.

D***h panas mengalir dari kemaluanku.Aku terdengar suara laki aku kejutkan aku dengan nada yang cemas.Aku tersedar.Barulah aku tahu yang mimpi aku jadi kenyataan.Habis sekatil penuh dengan d***h.Aku pandang laki aku sesaat pastu pengsan.Sedar-sedar aku kat hospital.Masa tu keluarga aku n husband dah sampai.

Laki aku genggam tangan aku pastu dia kata yang anak kami dh tiada.Aku keguguran.Apalagi aku meraung semahu-mahunya.Aku halau laki aku keluar dari bilik tu.Aku kata ni semua salah dia.Menyampah.Geram.Benci.Semua ada.Aku nak bersendirian.Sebenarnya aku benci tahap gaban ngn tok wan.Apa salah aku?.Aku yakin ni semua kerja dia.Laki aku peluk aku.Kami nangis sama-sama.Ya allah bantulah aku.Esoknya aku keluar wad.Aku tinggal rumah mak mertua sbb kat sana ade private nurse.Ayah mertua aku berduit sikit sebab ade title Dato’.Menumpang la sikit.hehe.

Petang tu laki aku suapkan aku bubur.Dia tanyala mcm mane bleh tumpah d***h malam tu.Aku bisukan mulut aku.Dia mcm faham aku taknak layan dia.Dia diam.Malam tu entah kenapa tok wan datang melawat aku.Nanti kau! Geram aku.Dia usap-usap kepala aku.’Acah jer tok wan ni’ dalam hati aku.Aku bangun dari posisi aku.

“Tok wan ni sebenarnya nak apa dari Dina.Kalau tok wan tak suke Dina pun Dina tak kesah tapi jangan libatkan baby dalam kandungan Dina yang tak bersalah tu.Tok wan suka la bila Dina gugurkan?”tok wan pandang aku sinis.

“Aku memang tak suka ko dari awal.Ko tu perosak kebahagiaan cucu aku.Aku nak jodohkan dia dengan orang lain tapi disebabkan cucu aku dah ada ko terus ditolaknya orang tu.Aku memang tak suka cucu aku ada zuriat dengan ko.Aku pasti musnahkannya!” tok wan gelak macam orang gila.Dia terus menerpa kearah aku nk cekik aku.Pantas suami aku tarik aku.Tergamam ahli keluarga laki aku dengar.Tula bila aku cakap.Diorang tak nak percaya.Seminggu lepas tu,barulah aku bercakap ngn laki aku.
“Mmg tepati janji btul”laki aku perli aku.Masa tu baru aku buka mulut.Cerita pasal keseluruhan yang terjadi pada aku malam tu.Terbeliak mata laki aku.Nasib baik tak tersembul keluar mata dia.Aku mula pulih.Tapi tipu la kalau aku kata x sedih.Mak mana yang xsedih bila hilang anak.

April 2016

Kring kring…bunyi Hp laki aku berbunyi.Aku tenyeh-tenyeh mata aku.Aku tengok kat Hp baru pukul 2.45 pagi.Pelik jugak sapa yang telefon.Lepas dia dah off talian.Dia pegang tangan aku
“Ayah telefon sebab nak inform yang tok wan tengah tenat.Dia meracau sebut nama I sebab nak serahkan belaan dia.Ayah pesan jangan balik selagi blum selesai proses buang bnde tu”
“I tak nak ikut.I trauma.Kalau u pegi pun pegi sorang-sorang”
“Jomla ikut.kejap jer then I hantar you rumah mumy”dia separuh memujuk.
“I tak nak ikut.Tok wan you tu BERHANTU”suara aku naik sikit.Tiba-tiba,Pap! Bekalan elektrik terputus.Aku dah mula tak sedap hati.
“Biar I pergi tengok”suami aku bangun dari katil.Tiba-tiba elektrik datang balik.Terkejut berok kami bila ternampak jelmaan tok wan sedang menari di tengah-tengah bilik kami.Aku terus pergi kebelakang laki aku.
“Imran…tolong tok wan.Ambil saka-saka ni.Tok wan takkan aman kalau Imran tak ambil mereka.Balik ye.Teman tok wan.” Tok wan makin lama makin dekat dengan kami.Laki aku terus melaungkan ALLAHUAKBAR!.Lesap bagai asap jelmaan itu.Aku tarik nafas lega.
Keesokannya……
Tepat pukul 10.05 pagi.Tok wan telah kembali padanya.Mengikut cerita Ayah saka- saka tok wan telah dibuang semua oleh imam dan ustaz-ustaz yang tiba disana semalam.Menitis juga air mata laki aku.Yela dia kan cucu tersayang.

JANUARI 2017
Kandunganku telah 8 bulan.Alhamdulilah cahaya mata pertama.Kali ni pasti aku berjaga-jaga dengan sebarang kemungkinan.Pasal arwah tok wan.Ada orang kampung kata ada teernampak jelmaannya di rumah itu.Lagipun rumah arwah tok wan kadang-kadang baru kami datang sedara mara datang menjenguk.Seram komperm ada.Tu sebab jarang datang sana.Anak aku pun dah besar so doakan kebahagiaan kami sekeluarga.

Kongsi kisah anda: http://fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]
#Siskepochi

24 thoughts on “Saka Tok Wan”

  1. Best. Penulisan pon bagus. Tiba-tiba mata masuk habuk plak bca part baby ni. Rsa nak menitik air mta. Nsib sempat than dri kluar. 9/10

    Reply
  2. seram bl bc part ‘dah tau ke’ tue..aku dok opis sorg plak..terus menjerit bl tiba2 nmpk kepala org..bl ntah mamat ni masuk..khusyuk nau aku bc..tp cite serius seram..terbaik

    Reply
  3. Seram! Fuh boleh jadi pengajaran nanti bila mengandung jangan senang2 bagi orang pegang perut. Haritu pon viral di IIUM confession rasanya pasal dia keguguran akibat perbuatan khianat rakan dia dan rakan dia tu pon usap2 perut untuk menyihir.

    Reply
  4. Nampak sangat kisah ni rekaan. Mei 2015 adalah kemuncak oil price drop, time tu plak suami die nak menggali ye? byk lg bende ngarut, sampai aku tak larat nak membodohkan diri baca.

    Reply
  5. dia bgtahu dia doctor pon sampai situ da tinggg deria ke enam aku dapat rasa cite ni reka-reka syok sendiri.. semak otak aku baca gedik2 acah drama kul 7..

    Reply
  6. Die nak citer yang laki die keje offshore, die keje doktor, ayah die keje doktor n pak mertua die dato…tu je dia nak crite hehehehehe

    Reply
  7. org lelaki ni mmg menyakitkan hati.. bila ckp x nk pegi, tetap dipujuknya ckp takde ape la, semua ok la etc… mcm drama ptg2 tu. kite org perempuan kalau x ikut, akan dipandang serong. last2 kehilangan baby sendiri..

    cter penulis ni sgt menyentuh hati. sb berkisar kpd perkara yg realiti dlm alam rumahtangga.

    Reply
  8. Xyah komen kalau niat xbaik nak kutuk penulis… Perangai sama mcm hantu tokwan je ak tgk… Tuhan suruh buat baik niat baik…xyah komen kalau niat je dah xbaik. Anyway story best dibaca..

    Pergi fiksyen shasha nak baca cerita hantu,
    Tengok ruangan komen rupanya banyak manusia berperangai hantu.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.