Satu Malam di Wi*** Be***

Hi aku Sarah. Bab nak bercerita ni aku tak pandai sangat dan aku tak tahu la cerita yang aku nak share ni boleh dikategorikan seram ke tidak. Sebab kan aku suka sangat layan Fiksyen Shasha ni, so aku ter-inspired nak share jugak dengan korang. Kisah ni dah bertahun lama dah. Masa aku dan kawan sekelas join trip sekolah ke Melaka dan KL. Satu malam di Melaka, dan satu malam lagi di KL

Kisah bermula masa aku bukak mata dari tidur lepas penat seharian berjalan kat Melaka. Dalam mamai tidur, aku tersedar bising bising suara kawan satu bas berebut-rebut nak turun dari bas. Rupanya dah sampai destinasi untuk kami bermalam di KL pada malam tu. First time aku tengok bangunan tu, perghh terus jantung berdegup laju. Entah apa pasal aku pon tak tahu. Turun dari bas, aku pandang bangunan tu dari luar, dari tingkat paling atas sampai lah ke lobi dan jugak kedai makan depan tu.

Mak oi, rasa macam nak bermalam kat rumah hantu (memang rasa nak tampar mulut sendiri sebab celupar sangat). Tapi tak tahu kenapa lepas tengok keadaan sekeliling aku jadi seram, sampai terdiam langsung tak dengar suara aku. Mungkin jugak letih seharian berpusing kat Melaka tu. Dapat ja kunci bilik, terus je aku dan dua lagi kawan, Lala dan Dada (bukan nama sebenar), menuju mencari lif nak ke bilik. Masing masing pandang antara satu sama lain. Aku pon rasa dorang tengah rasa apa aku rasa sekarang ni. Serammm..

Jeng3, detik misteri bermula. Mak ai, lif dia bapak scary. Aku terfikir ada lagi bangunan camni kat tengah-tengah kotaraya ni ha. Hmmm. Lif kat hujung bangunan. Tak tahu nak describe macam mana kawasan tu. Tapi ibarat macam kau kat rumah flat kat hujung sekali. Yang kat tempat kau boleh lepak hujung flat tengok ke bawah. Gitu lah keadaan dia. Lif menghadap lif. Pintu lif terbukak dan kalau keluar dan pandang kanan, memang gelap gelita tak nampak apa, tapi kalau ada ja benda bertenggek tepi tu, memang boleh mati mengejut depan pintu lif. Dari dalam lif Dada & Lala dah genggam erat tangan aku. Bukak je pintu lif, tengok lorong ke bilik suram, lampu pon malap.

Keluar dari lif. Tap tap tap kami melangkah sampai ke bilik. Lala bukak kunci bilik, tapi macam tersangkut. Aku dah start ternampak benda hijau zap masuk melalui celah pintu dari bawah. Lagi berdegup laju jantung, tapi aku diam. Pap, tombol pintu dah boleh bukak. Assalamualaikum. Kami masuk letak beg. Dari tadi menahan nak buang air. Bila dah masuk bilik, berebut nak masuk toilet. Aku serbu dulu. Pintu toilet aku bukak, mak ai.. Luas dan panjang toilet dia. Dengan lampu malap. Hmm. Aku keluar balik panggil Dada temankan (tak pernah2 orang temankan buang air oi, memalukan betoi haha). Lepas tu aku duduk kt sofa, dok terfikir benda hijau tadi. Si Lala dan Dada dah kat atas katil.

Aku diam dari tadi sambil termenung. Dada terus sapa aku. Kenapa diam dari tadi tanya nya. Aku diam lagi, sambil dada berdegup kencang. Dan Dada pon mula bersuara. Wey, aku tengok bilik ni lain macam. Tengok la almari dia, katil dia, toilet dia, color bilik ni, lampu ni. Takuttttt. Aku terus pandang Dada. Lari ke katil sebelah dia. Terus aku bukak mulut cerita pasal benda hijau yang aku nampak tadi. Kami bertiga diam sambil pegang tangan sama sama. Nak bukak TV, tapi siaran tersekat-sekat. Buat hal dah, baru nk buang rasa takut, TV buat hal. Lala capai handphone terus pasang ayat2 quran, lagi jantung aku degup laju. Ishhhh dah kenapa.

Tak sampai 5minit pasang alunan tu. Lala tutup. Lala capai handphone dan call Ibu. Konon2 nak menenangkan hati. Kami video call dengan Ibu kejap. Sempat la lupakan ketakutan tu. Lepas tu sunyi balik kat bilik. Lagi dipasang kuat alunan ayat quran, lagi rasa seram. Terus tukar baju, tak mandi kitorang malam tu sebab takut bilik air tu seram. Terus rapatkan dua katil, sambil sembang2 kosong nak hilangkan takut. Tak boleh jadi, makin takut. Terus call cikgu mintak datang lepak bilik kami. Cikgu N datang kejap sambil luah sikit apa yang aku nampak tadi. Tenang sikit hati. Cikgu N pon balik ke bilik.

Setengah jam lepas tu, cikgu A pulak call ajak datang lepak bilik. Kitorg punya la takut nak keluar bilik. Gigih jugak menapak ke lif dan turun ke tingkat bawah sambil pejam mata haha. Ketuk pintu tak berbukak. Ketuk lagi. Zapp pintu terbukak, gelap. Mak ai dorang ni tengah game kitorang ni. Dah la tengah takut. Lepastu dengar suara cikgu panggil masuk, tapi gelap tak nampak sapa2. Aku Lala Dada terus masuk, tiba2 sekor manusia berbungkus putih melompat keluar dari belakang pintu. Kurang ajar, main2 malam ni. Boleh pulak cikgu kenakan kitorang semua malam ni. Rupanya semua dah terkena, dan kami orang yang terakhir kena prank.

Setengah jam sembang kosong, kami balik kebilik. Bukak pintu, terus automatic rasa takut. Duduk diam atas katil. Lala pulak jenis tak reti duduk diam. Dia bangun pergi ke tingkap tepi toilet nak bukak tirai. Aku marah. Malam2 buta buat hal. Aku panggil dia ajak tidur. Dan kami pon tidur dalam ketakutan malam tu. Yang paling takut si Dada la sebab aku tidur dulu, lepas tu Lala. Sedap2 aku tidur, dia tengah main handphone. Boleh pulak aku mamai mintak cendol tengah malam2 buta (Dada cerita balik keesokan pagi) Dia terus tarik selimut dan terus paksa pejam mata.

Esok pagi kami bangun. Bilik masih suram. Aku bangun pandang almari besar sebelah katil. Rasa ringan tangan macam nak bukak. Sebab bila tengok almari tu rasa semacam. Hmm. Tapi pagi2 lagi Dada dah cepat2 mintak kami bersiap sebab dah nak gerak balik Penang. (Kami tak mandi lagi pagi tu) Busuk takyah cakap, tapi cover pakai perfume. Bukak pintu bilik, pappp ada batang penyapu dengan sarung tangan tersangkut hujung batang tu. Terkejut aku. Cepat2 kami lari tak sabar nak check out dari kepulauan misteri ni.

Kami singgah breakfast. Tengah sedap2 makan,tiba2 salah seorang kawan aku bukak mulut pasal W**** BE*** yang kami duduk malam tadi. Dia tanya malam tadi korang tidur lena tak? Semua ok? Kami diam. Dia cakap, bilik aku semalam pukul4 pagi tengah sedap tidur dengar orang main tarik2 kerusi. Dah tu kejap dengar bunyi paip air terbukak. Mak aii, terbeliak biji mata aku dan Dada. Datang pulak si Nad tanya aku ada datang bilik dia tak semalam. Aku cakap tak. Dia kata semalam dengar ada orang ketuk pintu sambil nyanyi2 depan pintu, suara aku.

Dia ingat aku, sebab aku memang suka kacau orang. Tapi bukan aku. Sapa orang tu??? Perghh. Tak lama lepas tu cikgu N datang bisik kat aku. Semalam masuk bilik ada bukak tirai belakang tak. Aku cakap tak, tapi dah sipi2 nak terbukak dah. Cikgu N senyum. Dia kata nasib baik kamu tak bukak semalam, kalau tak mesti kamu semua datang tidur bilik saya semalam. Dia senyum lagi. Sebenarnya ada kubur belakang bangunan tu…..

Begitulah cerita misteri yang tak berapa nak misteri. Sorry kalau boring. Thanks Fiksyen Shasha kalau cerita aku ni terpilih untuk disiarkan kan. Kalau ada permintaan lagi, nanti aku share lagi.

-Sarah si kaki mamai-

Loading...

8 comments

  1. Pernah tdo wisma b**** dua hari. Memang seram bilik yang disediakan.
    Sangat sangat suram.
    Tapi nasib baik tak de pape yang berlaku.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *