sebab taknak berdamping
hai assalammualaikum , ni first time la aku tulis untuk fiksyen syasya ni. cuba je la , kalau disiarkan pun okay sebagai pengajaran dan suka2 .
aku nak kenalkan nama aku as Nurul lah. sekarang berumur 20-an . kisah ni jadi dalam 3-6 tahun lepas .
biasa la kisah ni mesti jadi kat asrama kan , but aku tak nafikan , benda ni memang boleh terjadi dekat semua orang , even sekali seumur hidup.
waktu tu aku masih bersekolah di SMK biasa tapi asrama harian . aku dulu seorang yg tak berapa ramai kawan , ramai orang tak suka . so aku lebih rapat dengan kawan silat je. kawan dorm pun ada la 2/3 orang.
since silat lah , aku ni macam terjebak dengan benda mistik , even aku takde mengamalkan apa2 pun.
tahap taksub aku dengan silat ni , petang malam , petang malam , hari2 berulang aktiviti aku kat asrama tu dengan kawan2 .
but one day first aku kene histeria .
aku jalan dekat koridor la kan , waktu tu dalam kul bape tak ingat tapi belum light off , aku selamber dek je lah jalan dari tingkat bawah dengan lampu koridor tak bukak ke bilik sendiri dari dorm kawan.
sebelum masuk aku jumpa dengan akak senior yang aku ngam , borak sambil menghadap koridor tu and pandang ke depan , which is pandang ke blok kelas2 sebab asrama ni belakang sekolah , selamber je perati semua sudut pokok kelapa , dinding kelas jauh tu , tingkap . takde rasa apa .
suddenly , aku nampak someone berdiri bawah bangunan bebetul menghadap aku , pakai baju silat , bengkung hijau .
aku perati je lah , macam tak fikir itu siapa or apa . tapi baru aku perasan , dia pandang aku balik !
muka dia tak nampak , tapi mata dia putih bercahaya . aku ni tak berapa penakut sangat actually , tapi sebab terkejut and taktau kenapa aku menggeletar habis satu badan . aku goncang kakak senior aku tu aku jerit .
” kak masuk dalam dorm ada orang dekat depan tu !!” aku goncang dia sampai dia pegang aku balik sebab goncang kuat sangat , lama2 aku nak pitam . taktau kenapa .
pastu aku tak sedar apa jadi . bangun esok pagi , aku dalam bilik rehat bawah asrama , ada 3 orang lagi terbaring atas katil dalam bilik ni . katil ada 2 , so satu katil 2 orang .
aku pelik pahal baju aku basah lencun ni , sampai rambut . aku mandi ke apa ?? aku pandang lagi 3 orang , sorang senior dua lagi junior bawah aku , pun sama basah lencun .
kawan2 aku menerpa kat aku .
” weh nurul kau ok tak ?”
” kau ni nak mati ke gi panjat balkoni dorm ?”
aku punya pelik tu tahap dewa dah , apasal la budak2 ni merapu.
berdasarkan kawan2 aku cerita , rupanya aku kene histeria which is , aku kene berjangkit dengan lagi 3 orang tu yang padahal , bukan sama dorm dengan aku langsung .
histeria tu terjadi dari aku pitam and bangun balik , kawan aku kata aku merangkak dengan kepala tegak macam nak patah , masuk dorm takutkan semua orang jelir2 lidah , lepas tu muka aku berurat dari leher kanan naik ke muka belah kanan , kanan je , berurat menjalar macam akar pokok . biru2 .
mata aku terbelalak , cam nak tersembul , sometimes aku menangis , kadang aku gelak , lagi aku gelak bila orang bacakan yassin dekat aku . ” HAHAHAH BACA LAH , INGAT SETAN CAM AKU NI NAK LARI ? BUDAK NI YANG NAK AKU, AKU DATANG LAH ” kawan aku kata aku jerit camtu , lepastu makin lost control , member aku berlari panggil ustaz warden .
lepastu berlaku la jangkitan histeria kami 4 orang , yang kene 4 orang je , kecoh sampai ke aspura gamaknya malam tu. yang sorang nak lari keluar asrama la , yang sorang terbalikkan katil lah , aku ni dorang kata, berlari ke balkoni belakang dorm , panjat . ko bayangkan , balkoni tu jauh dari kita boleh berdiri sebab ada tali ampaian baju dalam 4 baris , nak jenguh kepala ke bawah cari tupperware jatuh pun tersekat , lagi nak panjat .
tapi ya , aku panjat . tapi aku berdiri dengan kepala senget.
kawan aku kata semua dah menangis , tiba2 sorang kawan aku jerkah tarik kaki aku pastu aku terjatuh atas dia sambil peluk aku . memandangkan dia player hoki , badan ala2 lelaki sikit sado , memang kuat ah dia kunci aku even dia luka kene terkam kat bahu kiri . luka dia dalam sampai berparut.
kalau dia tak buat gitu , innalillah , takde dah aku tulis story ni bahahah.
since then , lagi orang tak suka aku . sebab creepy muka aku berurat biru selama seminggu , then hilang . bawak gi berubat , ustaz kata tu bekas ‘ dia ‘ masuk . nanti hilang sendiri.
( oh ya , tengah menulis ni tadi aku dengar bunyi orang berjalan kat dapur huhu )
sorang abang silat aku suddenly tanya , ” ayah adik ada peneman ke dulu time silat ??” . aku buat muka pelik , peneman silat ? woi ayah aku sendiri kot aku pun taktau dia silat jugak , aku just geleng . sebab memang taktau .
” hm , kau ada yang nak ‘damping ‘ dik , sebab semangat kau lebih dekat harimau putih , yang datang cari kau malam time kau kene histeria tu , dia la datang . sebelum ni aku dapat petanda dah kau akan di datangi benda tu tapi abang tak sangka pulak lah jadi macam ni ”
aku diam , sebab terkejut beruk . aku tanya la kenapa dia nak dengan aku . abang aku jawab ” sebab kau ada semangat lain , nampak kau macam biasa tapi jiwa kau banyak ‘ benda lain ‘ perhati . kau turun gelanggang pun selalu sangat , diorang pun tertarik dengan kau . lagi2 kau budak kecik , lagi dia nak datang ” dia jawab gitu . waduh gawat gue .
aku cakap la aku taknak ada dia . aku nak kurangkan silat . aku tak turun selalu sangat berlatih , terpaksa cuti selang2 hari. tapi yang peliknya , aku gian kalau tak turun , rasa macam nak sangat bersilat . abang angkat aku tolong aku bagitau ‘ benda ‘ tu , aku taknak berdamping .
guess what ?? aku kene masuk benda tu dengan mata aku bertukar bentuk biji mata harimau , hitam galak tapi berkuning runcing .
tangan aku berurat macam nak terkeluar dari kulit . dia marah, aku ingat lagi suara garau keluar dari mulut aku ” kalau aku tak dapat dia , aku pastikan dia dapat rasa kehadiran kami dengan dia ”
pastu aku jatuh , pitam kejap.
since then jugak , aku dapat sense kehadiran ‘ diorang ‘ . budak asrama kene histeria , aku time tu kesian , aku tolong la bacakan ayat kursi apa semua , dengan izin Dia , benda tu lari dari badan budak tu , dah pulak sejak tu , aku je kene panggil untuk tolong ubat budak2 ni kalau terkena.
sampai ada orang tuduh aku ni macam dukun , padahal bukan permintaan aku untuk kene panggil tolong diorang .
but since aku pindah sekolah , aku tak silat dah , sikit2 sense aku dekat benda tu pun makin hilang . aku pun aman balik .
kadang aku tak percaya benda ni jadi , tapi aku alami , aku belajar untuk kawal nafsu dekat benda camni .
wallahualam , apa yang dah lepas biar la lepas .
sekian , kalau cerita ni keluar dekat ig fiksyen syasya , aku cerita kan pengalaman lain ok ??
Ko dukun, akak ni org panggil Nek Moh…
Hahahahahahah…
bestttttttttttttttttttttttttttttt ayat sempoi ja cam borak depan depan