Secebis kisah -kisah seramku

Assalamualaikum,terima kasih ku ucapkan kepada admin kerana sudi menyiarkan ceritaku beberapa ketika dahulu. Aku Chibi ( aku gunakan nama Chibi ni sebab dulu aku minat sangat dengan kartun Chibi Maruko Chan). Ehehe. Kalau anda masih ingat lagi tentang ceritaku yang lalu ‘Jangan Kuatkan Radio itu’!.

Jangan kuatkan radio itu!

Kali ini aku ingin menceritakan pengalamanku dan juga beberapa pengalaman insan –insan disekelilingku yang ingin ku kongsikan. Maaf,kali ini ceritanya ada pendek, ada yg panjang, jadi ku himpunkan semua menjadi tajuk –tajuk kecil, ada enam kisah kesemuanya. Baiklah aku mulakan dengan kisah –kisahnya di bawah.

Kisah 1 ( Anakku Dirasuk )
Kisah ini berlaku dalam tujuh tahun yang lepas, ketika itu anakku berusia tiga tahun. Peristiwa ini terjadi ketika orang bergembira dimalam raya, anakku pulak tak pasal2 dirasuk. Adat di malam raya segala mak nenek mercun bergegak gempita di atas langit nan indah ditaburi bintang –bintang yang berkerlipan. Tak kurang juga di kampungku, walaupun ditegah, sudah dilarang, dinasihat oleh pihak-pihak berkuasa jangan bermain mercun, tapi tetap juga diendahkan termasuk anak buahku tak terkecuali juga laki aku merangkap pembekal mercun yang dibelinya dari kawannya.

Anakku ini ku namakan Awang saja (bukan nama sebenar) dan anak buahku aku namakan Idan (juga bukan nama sebenar). Dipendekkan cerita bermain-mainlah dua orang kanak-kanak riang ni dengan bunga api yang begitu banyak begitu mencairkan iman mereka berdua, Si Idan ni berumur 11 tahun. Si Awang ni dari cukup suka dengan Si Idan ni, ke mana sahaja Si Idan ni pergi, Si Awang ni ikut je.

Si Idan ni tetiba je berhasrat hendak bermain di laman jiranku, jiranku ini ke nama Pak Asan (bukan nama sebenar). Lamannya memang cantik penuh dengan bunga2, apabila malam 7 likur hingga ke malam raya Pak Asan ni rajin bebenau pasang pelita disekeliling rumah dia. Pelita yang banyak ni menarik budak Idan nak main kat situ.

Yela rumah nenek dia sebatang je pelitanya sebabnya malas sugguh aku nak pasang. So berjalan Idan ke situ sambil si Awang ni terkedek –kedek ikut. Di sisi laman Pak Asan ni ada sebatang pokok cempedak tua dan tepi tu semak-samun yang meliar. Mereka bermain hampir ke pukul 11 apalagi kelam kabut aku terjerit-jerit panggil budak berdua tu masuk rumah, laki aku boleh pulak menyembang dengan Pak Asan sampai terlupa nak suruh anak balik. Apalagi membebellah aku ni haa, yelah aku risau kan biasalah memalam ni banyak makhluk –makhluk yang mengintai.

Malam berlalu terbongkanglah si Awang ni tidur diruang tamu, bilik penuh dengan adik beradik jadi tidur jelah diruang tamu. Seketika terdetiknya jam 3 pagi, anakku si Awang menangis tak pasal2 dah tu tak mahu berhenti plak, puas dipujuk macam tu juga. Anakku yang kecik dah terbeliak bijik mata tengok abagnya melalak tak henti. Semua orang dalam rumah terbangun. Mak aku selaku orang tua yang ada dalam rumah tu bingkas bangun (ayahku dah lama meninggal) amik si Awang tu. Laki aku pun sama memujuk, tapi makin dipujuk makin kuat pulak melalak.

Bukan setakat melalak malah meronta-ronta jadinya” lepaskan aku..aku lepaskan aku..” Jerit si Awang.

Laki aku dan mak aku sekuat hati pegang si Awang ni, tenaganya punyalah kuat mengalah dua orang dewasa. Lengan laki dan mak aku dah lenguh2. Diorang pun pelik Awang ni baru 3 tahun tapi tenaga pergh

Mase tu aku dah rase lain dah. Aku dukung si adik. Kakakku sambut dibawanya lari ke dalam bilik. Aku pun cepat Tarik tangan si Awang ni terus aku interview dia.

“ ni mama nak tanya, nak minta lepas ni nak pegi mana”? ..”

“ Nak pegi bilik air ,” balas si Awang dengan suara yang agak deras. Aku pun bawalah dia ke bilik air.

” Nak cing “,…” haa gilah kencing mama teman” balasku balik. Sesudah kencing dia tak mahu pulak keluar, macamana nak buat. Si Awang ni buat keras plak.

”Tak mahu..uka dok dalam ni”,..Hish susah hati pulak aku dibuatnya.

Akhirnya aku gagahkan juga Tarik anakku sekuat ati, nasib Berjaya. Tiba kat dapur je mak aku baca sesuatu, si Awang ni pun menjerit2

“panas, panas..nak uang baju, nak uang baju!!!.

Aku ikutkan aje.Habislah berbogel si Awang ni, aku tenung Si Awang lalu seraya bertanya

“ Aku tahu kau ni bukan anak aku kan? Asal ko ganggu anak aku? Keluar sekarang!!!,”

Awang ni dh pandang aku lain macam. Tiba2 …

”Mama tolong aku…mama ,tolong aku.” Yang keluar tu bukan suara si Awang tapi suara garau bak orang dewasa. Meremang bulu roma, dah tu aku rase nak mengis bila melihat keadaan anakku macam tu. Dalam 5 minit kemudian datanglah heroin penyelamat iaitu adikku, dia dah geram agaknya tengok xabis lagi.

Di ambilnya Al-Quran dari Mekah, diletaknya Al-Quran tu atas kepala Si Awang dan menyebut allahuakbar. Tak semena-semena badan si Awang terus lembik terus peluk aku.

“mama.. Mama” sambil mengis2.

Kesian dia lap2 badan dia terus dia tidur, bangkit raya pun lambat letih bertarung dengan makhluk tu. Mak aku ni pun terus tnya si Idan kat mana main bunga api tadi. Si Idan ni penakut sikit, dia lari masuk bilik tengok anak aku tadi tu. Si idan cakap taman Atok Asan yang ada pokok cempedak tu.

”Dah ko jangan main dah kat situ tempat tu keras tau tak…”,!!……”Eh….Idan pokok cempedak tua tu ada penunggu tau tak ! Main kat situ lagi! Sampuk adikku yang garang tu. Sejak tu xdelah diorg tu main kat situ lagi.
#Jangansukamain2sampaimalam#

Kisah 2 ( Diganggu ditempat kerja)
Kisah ini merupakan pengalaman suamiku, peristiwa ni berlaku dalam 10 tahun yang lepas. Suami aku ni bertugas sebagai anggota tentera, biasalah askar ni diorang selalu ada shift 24 jam yang dipanggil duti. Aritu giliran laki aku ni kena duti, jadilah tinggallah dia dikem selama 24 jam. Masa ni kami anak sorang lagi.

Dalam kem tu memang disediakan tempat penginapan untuk sesiapa yang bertugas malam. Sebuah bilik lengkap dengan tandas, bilik air semualah termasuklah set televisyen. Dijadikan cerita tibalah masanya untuk tidur sekejap. Tengah sedap2 tidur, suami aku ni terdengar bunyi krekkk seolah-olah pintu bilik dibuka. Dia pun toleh apa yg dia nampak seorang perempuan berambut panjang mengurai, berjubah putih sambal mendukung anak perlahan-lahan. Apalagi mengeletarlah suami aku ni berpeluh-peluh.

Dengan keberanian dia ada dia melompat terus dari katil, tak tahulah dia rempuh ke hapa prmpuan tu, tup-tup aku dengar pintu rumah diketuk dengan kuat.

“bukak.. Bukak cepat!!! Aku pun bangkit dengan longlai. Aku buka je terus dia meluru masuk selimut satu badan, esoknya demam. Barulah dia bercerita kat aku.

Kem dia ni terletak di utara tanah air,kat sini banyak tinggalan kuarters2 lama yang tak digunakan lagi, ada atas bumbung kuarters tu dah jdi tempt membiaknya pokok2 dan akar yang subur. Sekali tengok memang seram, selain kak ti, pernah diorang tertangkap gambar gula-gula bungkus anak beranak. Aku pernah lah beberapa kali ke situ, klu pergi malam2 cepat2 rasa nak balik.
#hati2kalaukerjamalam#

Kisah 3 ( ditegur )
Ini adalah cerita dari makcik aku. Dulu makcik aku ni kerja kilang. Kalau kerja kilang ni msti ada shif siang dan malam tak pun saja ambil OT untuk tambahan elaun. Makcik malam tu, dia balik lewat yelah sebab buat overtime sampai pukul 1. Makcik aku ni balik van kilang yang hantar sampai depan rumah, lepas dah hantar, van kilang ni pun blah ler nk hantar org lain pulak. Jadi makcik turunlah perlahan –perlahan dari atas tambak. Keadaan malam tu sangat sunyi sepi. Tepi kiri kanan rumah makcik aku banyak pokok mutan (rambutan).

Tengah2 dia jalan tu nak ke pintu rumah, tetiba dia terdengar ada suara menegur “ Hai, baru balik kerja ke,”. Makcik aku ni tercengang dia pun tercari-carilah dari mana datangnya suara tu. Sekali dari atas daa.. Dia bertenggek atas pokok makhluk tu. Waa…..demam makcik aku lepas tu dan yang paling penting dia tak mahu dah buat OT lgi.
#kalaubalikmlm2tengok2lahdiatas#

Kisah 4 ( Jalan Bukit –Putus )
Seperti yang dikisah pada kisah 3, suamiku ni tentera dia ni duduk di bahagian bawa2 kenderaan ni. Pada satu hari ni, dia dan sahabatnya dikerah ke Kuala Lumpur membawa barang2 ke sana. Jadi pergilah dua sahabat ni bergilir-gilir membawa trak 3 tan.

Usai melaksanakan tugas ,kawannya ku namakan disini Zam. Zam ni nak ambil adik perempuan (atas permintaan org tua dia ) yang ketika itu dalam tingktan 3 duduk diasrama penuh di situ. Terus nak dibawa pulang ke kampungnya di Pering atau kuala Pilah (aku xberapa ingat), N9.

Nak pergi ke kg Si Zam ni, kenalah lalu di Bukit Putus yang terkenal banyak kemalangan maut berlaku disitu. Hari dah semakin malam. Masa melalui jalan dibukit putus tu, giliran suami aku pulak yang memandu. Tengah2 memandu trak tu dia terperasan ada cahaya turun dari atas Bukit Putus tu, klu xsilap atas tu ada Tokong Cina, betul ke? Aku xpasti.

Cahaya tu turun laju seolah-olah menuju ke arah trak yang dipandu oleh suami aku ni. Ketika itu menurutnya tiada kenderaan pun disitu selain trak mereka. Dengan tiba2 terkejut beruk dibuatnya, cahaya ada disebelah pemandu, suamiku melihat melalui tingkap cahaya ( dalam keadaan samar2) itu rupa-rupanya orang-orang yang membawa keranda, kalau suami aku bawa laju, keranda tu pun laju jugak, kalau laki aku bawa, dia pun ikut perlahan, terkumat-kamitlah aku membaca ayat2 suci yang dia ingat, berpeluh2.

Akhirnya apabila nk keluar dari jalan bukit putus tu, benda tu pun hilang dari pandangan. Suami aku pun tanya si Zam ni .

“Zam hang nampak tak,apa yg aku nampak“.

Zam ni mengangguk-angguk dia pun nampak orang2 yang membawa keranda tu tapi dia kelu tak terkata. Nasib baik adiknya tidur nyenyak, kalau tak, tahulah kalau dia nampak.
#kalaupandumlm2pandangkirikanan#

Kisah 5 (Jin Tok Sami )
Ini pengalaman sebenar yang diceritakan oleh emakku. Emak aku ni malam2 suka sembahyang tahajjud. Asal mata tercelik dalam pukul 3-4 pagi, mesti emakku bangkit sembahyang. Satu malam ni mak aku bangkitlah sembahyang tahajjud yang dah niatkan sebelum tidur. Dah sudah sembahyang emak aku pun berzikir.

Tatkala sedang berzikir emak aku terperasan sesuatu yang sedang memerhatikannya. Emak aku memandang ke belakang dari ekor matanya, alangkah terkejutnya dia ternampak seorang wanita tua dengan rambut kerinting yang agak panjang memakai jubah oren. Dilehernya tergantung tasbih yang besar seperti tasbih tok sami siam yang pernah kita lihat. Matanya merah, jin itu cuba memasuki bilik ibuku tetapi tak boleh, seolah-olah ada sesuatu yg menghalangnya.

Emakku teruskan berzikir, peluh mula membasahinya. Tak khusyuk jadinya. Dalam keadaan berpeluh-peluh tu ibuku cuba menoleh lagi. Kali ini jin itu pergi pula ke pintu bilik abangku. Di hadapan bilik abangku aku dan adikku sedang nyenyak tido. Nasib baiklah kami tak terjaga waktu tu.

Selepas beberapa minit berhenti di hadapan pintu bilik abangku, jin tu patah balik ke pintu bilik emakku. Dia cuba untuk melangkah masuk tetap tak boleh. Keadaan itu berlaku berulangkali, agaknya jin tu dah letih tak dapat juga masuk, akhirnya dia menghilangkan diri emak aku merasa bersyukur dan lega.

Namun itu tak mematahkan semangatnya untuk terus melakukan ibadat walaupun diganggu. Untuk pengetahuan korang bilik emakku ni berhadapan dengan dapur. Emak aku pernah nampak jin anak beranak memakai cawat cuba nak masuk ke ruang tengah tapi tak boleh. Jadi bila nak tidor selalu dibukanya lampu dapur kalau digelapkan nak gi kencing pun takut.
#cekalkanhatiallahkanada

Kisah 6 (Jiranku dirasuk)
Aku mulakan ceritaku tadi dengan anakku dirasuk. Kali aku akhiri dengan cerita kerasukan juga. Jiran aku ni ku gelarkan dia Fandi. Fandi kawan baik abang sejak kecil lagi tapi dia ni agak nakal sedkit dari abang aku. Biasalah budak-budak kampung ni hobinya suka merayap sampailah ke waktu senja. Kalau tak tegur atau kerah balik ke rumah tak baliklah.

Nak dijadikan cerita si Fandi pergilah merayau2. Yang abang aku ni awal2 dah balik. Lambat balik kang kena membebel dengan mak aku lak. Fandi dia merayaulah suka hati dia sampai ke kubur wakaf yang tak jauh dari rumah kami. Masa tu hari dah nak senja, Fandi ni pun balik cepat2. Ketika balik tu dia ternampak abang aku lalu diaorang pun bersembang2.

Fandi:  “ Naz (abang aku dan juga bukan nama sebenar), tadi masa aku merayap lalu kat kubur ada orang botak bagi aku coklat. Orang botak tu kata rumah dia kat kawasan ni (perkuburan) juga. Kalau senang di ajak datang, ni haa coklatnya,kau nak tak,” ditunjukkan coklat tu.

Abang aku ni menolaklah. Dia tak berani nak makan. Malam tu sewaktu kami adik beradik tidur, kami tiba2 terjaga kerana terdengar suara orang terpekik2 dan terjerit2 tengah malam. Abangku cepat bangun. Mak dan arwah ayah masa tu kelihatan begitu sibuk dan kelam – kabut ke rumah Fandi.

Abangku juga turut serta. Aku pun tanya abgku apakah yang terjadi. Abangku kata Fandi kena rasuk. Dah pggil orang datang rawat. Esoknya hebohlah rupa-rupanya Fandi dirasuk kerana makan coklat yang diberi oleh orang botak. Jadi dalam erti kata sebenar orang botak tu bukan manusia, siap ajak Fandi dtg rumah dia lagi. Pengajarannya janganlah merayap tak tentu pasal di waktu senja.

#buanghobimerayapwaktusenja#

Sekian , kisah-kisah seramku yang suam2 kuku kali ini,maaf andai coretan ini membosankan anda, akan ku cuba tulis cerita dan pengalaman seram, mistik, misteri yang lain pula. Ikhlas Chibi

 

 

 

4 thoughts on “Secebis kisah -kisah seramku”

  1. bagus cerita kau…aku suka baca. cuma part, “Keadaan malam tu sangat sunyi sepi. Tepi kiri kanan rumah makcik aku banyak pokok mutan (rambutan)….” lain kali tak payah tulis pokok mutan, tulis je pokok rambutan…. dah alang2 kan tulis je la penuh. lagi pun apa ke sebabnya kau nak tulis pokok mutan sedangkan lepas tu kau buat juga kurungan tu? dah jadi 2 kerja…betul tak?

    Reply

Leave a Comment