Senyuman Lily

Salam setahtera semua pembaca setia FS. Terima kasih atas komen-komen murni anda pada kisah-kisah hamba sebelum ni. Tak lupa terima kasih kepada admin kesayangan yang sudi terbitkan kisah-kisah hamba. Bila kita nak dating ye?

Seterusnya, kisah ni berlaku di ofis hamba. Kisah benar yang diolah supaya ringkas dan padat agar anda tak mengantuk. Namun, dari kisah-kisah yang lepas, ada yang complain kisah hamba tu lebih banyak lawak dari seram. Jutaan kemaafan hamba pohonkan. Takda niat nak buat cerita lawak…tapi asalkan jari ni berjalan akan jadi begitulah ia.

Kisah sebelum ini:

Apek Ah Sai
Pie
Langsiaq

Kali ni hamba cuba kurangkan sikit lawaknya. Entah jadi seram betul ke tak. So…enjoy the story ya.

PRAI, Penang – 2011

Jam dah tunjuk pukul 10.30 malam tapi aku masih melekat di kerusi ofis. Atas meja bersepah dengan dokumen shipping yang perlu disiapkan malam ni juga. Bos aku, Mr. Cheah dah pesan tadi..

“Malam ni kena siap Edi, esok juga kena submit ke kastam. You stayback bro”. Begitulah panggilannya kat aku. Kami memang kamceng walaupun dia boss dan aku hanya kuli.

Stayback di ofis sampai jam 3 pagi dah biasa bagi aku dan mereka-mereka yang berkerja dalam lapangan lojistik.

Tengah meregangkan urat pinggang yang semakin krem, Miss Lily menyapa aku dari belakang..

“Baby, nah duit duty you pegang siap-siap. Esok terus bayar ja. I got to go la. Dah lewat ni”

Ya…dia panggil aku ‘baby’ bhaiii. Sebab masa tu dia marka aku. Aku bercinta dengan amoi. Sila jeles.

Aku pun mengiyakan je dan memandang dia berjalan lenggang mak leha menuju ke pintu ofis. Dengan pinggangnya yang ramping, skirt hitam paras lutut, kemeja putih berlengan panjang, rambut diikat ponny tail…ehh comelnya dia. Gerrrram aku. Tapi tobat na aku bagitau hampa, amoi ni sopan dan tak mudah disentuh. Tu pasal aku sayang dia. Kalau datang kerja hari Jumaat siap pakai baju kurung.

Lepas bagi seketul flying kiss kat aku dari pintu ofis, Lily pun blah turun tangga meninggalkan aku yang baru nak on mode gersang…heh!

Ofis pun menjadi sunyi dan bening. Sesekali terdengar bunyi CPU komputer running memecah kesunyian. Aku pun menuju ke pantry dan bancuh air kopi untuk segarkan mata yang kian nak pejam ni.

Dah siap kopi, aku kembali ke ruang utama ofis dan berdiri tepi tingkap untuk melihat lihat keadaan di luar.

Ofis aku ni duduknya ditempat yang padat dengan manusia. Siap ada mall lagi kat depan sana. Jadi walaupun jam dah menginjak ke pukul 11 malam, suasana tak terlalu sepi di luar. Ada je kereta parking kat bawah tu. Tetapi malam ni lain…kenderaan tak banyak. Hanya ada 2 buah kat bawah. Satu motor kapcai ex5 aku, satu lagi kereta Lily….aik??? Tadi bukan dia dah balik ka?

Lamanya amoi ni panaskan enjin. Nak tunggu keluar asap ke baru nak jalan? Aku pun abaikan je lah. Perempuan ni kalau dengan kereta memang suka jadi pelik-pelik ye tak? Aku pun kembali ke meja dan sambung kerja-kerja tadi.

Sedang aku tekun mengisi form e-filling di layar komputer, tiba-tiba dengar bunyi tingkap ofis dilanggar sesuatu. Gedebuk bunyinya. Tak kuat tapi hang akan sentap sat. Sebab ofis aku di level 1. Tak akan ada bunyi begitu melainkan dilanggar sesuatu. No problem. Focus bro focus. Sambung lagi kerja.

Lepas setengah jam bunyi tu berulang lagi…’gedebuk’. Aku yang cuba nak buat pekak ni mula dah capangkan telinga dan focus beralih kepada keadaan di luar. Nak kata angin takkan bunyi macam tu? Nak kata burung…ya mungkin burung bertenggek di situ dan tengah berjimak gamaknya.

Aku pun bingkas bangun ke tingkap dan selak tirai untuk penerajang burung tersebut. Tapi tak jadi sebab mata aku terganggu dengan sesuatu…Lily masih di bawah, berdiri di luar kereta CRVnya dan memandang kosong ke dalam keretanya sendiri. Kedudukan dia macam ni. Dia berdiri di depan kereta dan menghadap ke windscreen, membelakangkan aku.

Aku tengok jam di tangan. 12.50am Dah 2jam dia turun tapi tak balik lagi. Rindu aku ka apa?? Tapi pasaipa dok tepacak macam tokong lagu tu??? Tingkap aku ni pula jenis tak boleh buka. Ia cuma cermin yang menjadi dinding ofis. Aku pun cepat-cepat melangkah turun ke bawah nak tanya apa yang berlaku.

Sebaik tiba di bawah….she’s gone. Terpinga-pinga aku di koridor bawah ofis tu. Aku toleh kiri kanan kot nampak kereta dia baru blah. Haram tak nampak bayang. Motor aku ja ada kat block tu. Di block hujung kanan ada lagi 2 3 biji kereta yang parking tapi jauh dari ofis aku. Block kiri kosong. Sunyi…

Aku pun menapak naik balik ke opis, masuk ke dalam dan kunci pintu. Terus langsung duduk di meja dan berfikir sejenak guna otak yang makin nak jem dah ni.

Tadi dia turun dekat jam 11. Hampir jam 1 baru cabut balik? Kalau ada problem kenapa tak habaq kat aku? Bukankah aku ni kekasih kesayangan?

Aku capai telefon dan call…

Trutt truuuttt…tak berjawab. 2 kali tak jawab.

Tak apalah. Datang bulan gamaknya. Aku sambung tugas tadi yang dah tak banyak. Lagi sejam boleh siap.

Keyboard ditekan prup prap prup prap macam bertih jagung. Selang beberapa minit, aku dengar bunyi ni kat pantry..

‘keting keting keting keting…’

Bunyi sudu berlaga dengan cawan. Lagi sekali telinga aku jadi capang macam arnab. Bunyi tu sayup-sayup tetapi memang jelas menerobos ke anak telinga. Elok aku hentikan hentakan jari ke keyboard bunyi tu hilang.

Aku teruskan lagi kerja sambil kepala bana dah fikir bukan-bukan. Sedaya upaya aku cuba focus supaya tak terganggu dengan kisah-kisah seram di ofis yang seringkali terpampang di laman sesawang.

Setelah beberapa minit keyboard aku rancak berbunyi…

‘Keting keting keting keting…’

Dia datang lagi, kali ni bunyinya dekat dan jelas….dari pantry ofis. Tapi aku tak hentikan jari aku dari menekan keyboard, cuma mata aku ja menghala ke pantry. Entah apa yang aku taip taktau lah…asalkan bunyi keyboard tak berhenti. Harapan aku waktu itu, kalau benarlah ada ‘makcik kantin’ tengah bancuh air dalam pantry ofis…dia tak perasan yang aku dah tahu kehadiran dia. Tektik yang selalu aku guna pakai bila berhadapan detik seram. Buat tak tahu, buat bodo, buat-buat tidur atau buat-buat pengsan.

Ofis aku ni kecil je. Kedudukan meja aku dengan pantry tidak jauh. Dalam 20 langkah dah sampai ke meja makan. Time aku baloq(malas), sambil atas kerusi je aku slide ke pantry. Cumanya kalau hang dok kat meja aku ni tak boleh nampak ke dalam pantry. Letak pantry tu di sebelah toilet. Kena lalu reception dulu, toilet, baru jumpa pantry. Di sebelah pantry pula ada meeting room yang cerminnya gelap bertinted. Walaupun aku tak nampak apa yang ada dalam pantry, tetapi sedikit biasan sudut pantry akan terlihat di cermin meeting room.

Jadinya, disebabkan aku taknak hentikan bunyi keybord dan dalam masa yang sama aku nak tau apa ada dalam pantry, aku terpaksa bangun sedikit dari kerusi dan menghendap ke cermin meeting room. Kosong. Tak nampak kelibat apa-apa. Tapi bunyi sudu berlaga cawan masih nyata kedengaran macam nak melawan bunyi keyboard aku.

Suasana dingin aircond ofis bertukar jadi suam. Aku duduk kembali ke kerusi dan cuba tumpukan perhatian pada skrin komputer. Bila aku angkat je jari dari keyboard…bunyi tu menyusul hilang. Aku angkat keyboard dan belek-belek depan belakang. Bunyi tu datang dari keyboard ni ka apa? Pelik aku.

Lagi sekali aku tekan keyboard, baru 5 6 abjad bunyi tu menyusul lagi. Aku stop dia pun stop. Dalam hati aku tak tau nak berzikir ke nak mencarut. Konpius dah ni.

Lantas aku sambung lagi kerja yang tinggal lagi 1 form untuk diisi. Macam tadi juga, keyboard berbunyi yang di pantry pun berbunyi. Hampir setengah jam situasi tu berlaku.

Finally, kerja aku siap dan ketukan keyboard terhenti. Masalahnya bunyi keting keting tu tak berhenti kali ni. Malah makin rancak macam minta aku terus sambung berkerja. Dajey sungguh haih…

Segala liang roma ditubuh aku mula mengembang merembeskan sel-sel seram ke otak. Aku urut dahi dan leher sambil membebel..

“Ya Allah…natang lahanat apa plak ni…”

Terus aku off komputer, dan bangun dari kerusi. Objektif aku satu je, keluar dari ofis ni dan blah balik serta merta. Yang lain tu punya pasai kat hang lah. Nak bancuh kopi ka milo ka nak bakaq ofis pun lantak pi kat hang lah. Aku nak balik. Aku nak baliiiikkk!!!!

Meja aku masih bersepah masa aku bangun capai kunci motor. Bunyi makcik kantin bancuh milo kian galak di pantry. Makin kuat macam nak pecah cawan. Masa aku berjalan nak ke pintu ofis, mata aku secara tak sengaja terlihat ke cermin meeting room…dan ini yang aku nampak..

Lily sedang bancuh air kat dalam pantry. Baju kemeja putihnya, dengan rambut ponny tail comel, skirt hitam paras lutut…nampak jelas refleksi tubuh Lily. Aku kenal awek aku tu. 2 tahun dah bercinta bro. Itu memang Lily.

Langkah kakiku terus terhenti saat ternampak bayangan Lily dalam pantry. Masa bila dia masuk? Apa jadah patah balik semata nak bancuh kopi jantan kat aku di tengah malam buta ni? Kita belum kawin la sayang!

Mata aku tak berkedip tengok bayangan Lily menerusi cermin tu, tapi hati aku berkata lain…macam kena game je ni! Dan Lily bagai mendengar bisikan cinta dari hati kekasihnya ini. Terus dia berpaling melihat aku, kepalanya berpusing 180 darjah tanpa berpusing badan…straight forward melihat aku menerusi biasan cermin meeting room. Sebaik bayang wajah Lily menghadap aku, tangannya berhenti membancuh air. Keluarlah senyuman paling seram yang pernah aku lihat seumur hidup aku..

Di wajah Lily hanya ada mulut berbibir hitam, tanpa mata dan hidung. Senyumannya luas membawa ke telinga bagai dikoyak-koyak.

Tau apa jadi kat aku masa tu? Badan aku bergegar dari ubun-ubun sampai ke kaki. Terasa sifat kejantanan aku selama ni dah hilang. Orang penang kata ‘ghuyup’. Getaran di badan buat kaki aku terkunci. Nak lari tak boleh nak jalan tak boleh nak panggil mak pun tak boleh. Aku pejamkan mata rapat-rapat. Memang kejung dah aku masa tu. Terasa segala urat darah timbul menembusi kulit. Aku cuba menarik kembali keberanian dalam diri agar dapat melawan perasaan takut. Siap la hang setan. Sat lagi aku bertukar jadi kapten amarika mendapat la hang. Selalu kalau berlaku keadaan macam ni, perasaan takut aku akan automatis bertukar jadi berani yakmat.

Tangan aku mula digenggam keras. Penumbuk padu dah bersedia nak hentak setan pailang yang masih tersengeh dari dalam pantry. Jinbet punya perangai. Asal ada chance tau nak cari pasai ja ni…babi betoi! Boleh pecah muka la satgi. Waktu ni barulah aku teringat akan Tuhan. Lalu mulut aku kumat kamit membacakan..

“SUBHANALLAZI SAKHAROLANA HAZA WAMAKUNNA LAHU MUKRININ……”

Lalu…. ‘bummm…gedegaanngg!!’
Aku langgar pintu ofis dan berlari turun tangga tak jejak lantai. 5 anak tangga sekali aku langkah. Sempat la tergolek satu round kat bawah. Harapan aku nak bertukar jadi berani tidak menjadi. Sialan betul. Mau takmau terpaksa lari keluar dari ofis puaka tu.

Sampai di motor terus aku start enjin dan vroooommm…trotle dipulas sehabis mungkin. Tadi kan dah baca doa naik kenderaan siap-siap. Jadi takda la nak kalut baca kat motor. Terus blah je.

Sampai di trafic light, jantung aku masih bergerak kencang walaupun tidak sekencang tadi. Namun perjalanan nak balik rumah masih jauh. Aku terus berdoa tak henti-henti. Ya Tuhan…jauhilah aku dari mara bahaya dan gangguan syaitan. Permudahkanlah perjalanan aku pulang ke rumah. Kepala dan badanku terasa dingin. Boleh demam macam ni.

Lampu pun bertukar hijau dan trotle terus dipulas rapat. Memang merempit dah aku malam ni. Sampai di selekoh depan mall, maka aku pun pasrah yang doa aku tidak dimakbulkan kali ni. Depan ada roadblock JPJ. Tapi dalam hati ada sedikit kelegaan sebab dah jumpa orang. Lagipun lesen, roadtax semua cukup sifat nak takut apa ye tak?? Sebaik sampai depan brader-brader JPJ tu aku pun hentikan motor. Seorang pegawai datang ke motor dan soal aku macam ni..

“Helmet mana helmet???”

Aku garu kepala. Patut la berasa sejuk. Helmet tertinggal kat ofis. Dasar setan punya setaaaaann!!! Hang punya punca la nih.

Sekian

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Edi
Senyuman Lily
9.3 (93.22%) 177 votes

40 comments

    1. Terima kasih. Tak apa saya terima kritikan. Tapi gaya saya dah tak boleh diubah. InsyaAllah akan cuba diperbaiki. Kepada yang lain, terima kasih atas sokongan

      1. Okey je bro. Biasalah lain org lain cita rasa. Ramai lagi yg suka. Si zul tu sape nk suruh admin hentikan karya awak. Sedangkan ramai lagi.yg suka. Kalau dia tak suka di blh skip baca. Byk lagi cerita lain. Saya suka dan ramai suka cerita bro edi genre seramedi. Teruskan

      2. Best…jgn layan komen org gila yg x gheti baca karya seni klakar seramm…gila best baq hang..aku sukaa aku sukaaa…

  1. Kahkahkah… Berdekah berdekah berdekah… Aq x cuak kalau ko bertukar jd Capt Amerika dpn hantu tu. Tapi JPJ akn cuak kalau ko tetiba bertukar jd Capt Amerika dpn diorang. Nk sgt tgk ko pakai helmet, skli helmet Capt Amerika daaa… πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

  2. Ya Allah weh! HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!! Aku terhibur! Sumpah aku rasa macam nak mati dah ni gelak kat hang. Teruskan berkarya lagi. Abaikan comment2 manusia lahanet tu.

  3. Kurang lawak daripada biasa, tapi tetap lawak. Mohon lepasni buat yang lebih lawak lagi macam cerita Pie & Apek Ah Sai please πŸ˜‚

    1. Lily kat bawah tu bukan lily. Lily sihat sekarang tapi kami tak ada jodoh haha. Maklum pak dia tauke kilang. Aku ni cuma mat despatch

  4. Claim saman bro…ni semua puaka rupa lily dlm opis smpai lupa amik helmet…hahaha
    Trbaik..citer lg kisah seram anda…
    Think positif dgn org yg suka komen negetif…

  5. Hang kan…..kata tak lawak, aku baca dalam kelas sambil dok jaga budak periksa. Sekali nak tergelak aku macam nak masuk dok bawah meja. Tutup mulut dengan tangan pun tak guna, muka dah merah, mata jadi kecik…mujuq depa dok tunduk menulih. Tu pun ada yang dok kerling, takut cikgu sawan kot. Jangan ubah stail kau menulis. Thank you for sharing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.