Hello,
Aku nak cerita tentang macam mana suasa atau pengalaman aku sewaktu belajar di unisel . 2016 aku semester satu tapi waktu tu untuk pelajar yang baru masuk kena orentasi dekat bestari jaya kemudian pindah ke kampus shah alam .
So nak dijadikan cerita sepatutnya seminggu aku di bestari jaya untuk orentasi dah settle tapi disebabkan hal hal yang tak dapat dielakkan ,Intake aku ramai sebab zaman tu banyak ke swasta maka kena duduk di bestari jaya satu sem pendek. waktu tu aku ingat lepas sebulan untuk sem tu puasa. aku nak turun ke cafe beli makanan untuk sahur tapi aku tak sedap hati (aku boleh nampak dan cepat tangkap kalau dia ada sekitar aku) aku ajak kawan aku teman. dia teman untuk ke cafe. dalam perjalan ke cafe elok ada bebola api terbang atas kepala aku dengan kawan, dia terbang ke block perempuan. berlari kami cepat ke cafe lepastu cari jalan lain ke hostel .
ada tanya kawan kawan block sama tapi rumah lain diaorang kata diaorang nampak benda yang sama terbang dari arah hutan belakang. sem 2 sehingga sem 6 aku dekat shah alam dan dapat merasa 2 buah rumah sewa .
rumah sewa pertama aku duduk dikawasan section 7 shah alam, aku tinggal di rumah banglo tapi rahsia disebabkan hal tertentu. aku duduk disana lebih kurang 2 bulan setengah . Dijadikan cerita rumah tu dua tingkat dan dibawah ada basement manakala tingkat atas ada parking , dia macam tingkat bawah dekat bawah tanah dan tingkat atas macam biasa. rumah tu ada meja makan panjang kalau kerusi tu boleh berbelas orang duduk.
selalu aku dengar orang main tarik kerusi , dengar suara budak tapi aku tak endah sebab aku malas layan. Satu hari aku dah tidur dan terjaga pukul 3 pagi macam tu , terbuka je mata nampak kaki kanak kanak tengah mencangkung depan muka aku. sejak kejadian tu ada housemate aku parent dia pernah nampak budak kecik warna hitam berlari dari ruang atas turun dengan tangga ruangan bawah .
paling teruk dia kacau bunyi main ketuk pintu dengan alih kerusi dekat bawah . kemudian aku kena pindah kerana sebab sebab tertentu maka aku dengan housemate aku sorang ni cari rumah dan dapat kerana classmate kami dia cari penyewa. kami berpindah di rumah dua tingkat section 17 shah alam , rumah pun dah gerun tapi sebab duduk kejap department art kena berpindah ke bestari jaya kembali. Rumah tu ada yang kata keras tapi aku tak pernah nampak dan rasa , sampailah satu hari pukul 5 pagi rasanya kawan kawan aku ke padang jawa cari sarapan ,biasalah orang muda suka stay up malam malam.
aku malas dan tinggal di rumah, aku baring di sofa dan keadaan di ruang tamu memang gelap sebeb aku tak cuka banyak lampu rumah jadi panas. elok tengah main phone nampak kakak cantik naik dari bawah , naik rambut dulu kemudian kain putih yang dalam gelap boleh nampak kain dia. besar dia jangan cakap tiga kali aku kot (tinggi aku 165 dan berat badan dalam 55kg) apa lagi naik atas bilik terus tidur. Housemate aku yang lain pernah kena dengar bunyi orang bukak air malam malam kadang petang pun sama pergi ke bilik air tengok pipe air memang dah terbuka padahal dia sorang dalam rumah.
Dekat rumah tangga kayu , satu rumah dengar dia naik turun tangga , cakar pintu. Rupanya ada orang ceritakan dekat aku rumah sewa aku tu dulu kawasan pokok besar yang mana ada kakak cantik . dulu ada penyewa sebelum kami perempuan nampak kakak cantik terus kena histeria dalam 6 lebih nasib baik jiran dah bangun nak pergi kerja . Kemudian aku berpindah ke bestari jaya untuk 3 sem hujung dan alhamdulilah dalam rumah cuma ada bayang hitam yang biasa aku nampak je . sekian