Rumah Cikgu

Salam Pembaca

Kisah yang akan anda baca ini merupakan pengalaman pertama kali aku merasai atau berada dalam keadaan yang mistik. Ini belaku ketika aku masih bersekolah rendah lagi.

Aku membesar dan bersekolah di kampung ketika di sekolah rendah. Kebanyakkan masa aku akan dihabiskan di sekolah. Oleh itu, cikgu-cikgu merupakan individu yang sangat rapat ketika itu. Pada ketika itu, aktivitu tidur di rumah cikgu bukan sesuatu yang asing lagi bagi murid-murid kampung.

Ketika kejadian ini belaku ketika aku masih 8 tahun. Seorang cikgu wanita mengajak aku dan beberapa rakan sekelas untuk menginap bersamanya ketika hujung minggu. Pada hari itu, aku balik dan meminta kebenaran daripada nenek untuk menginap di rumah cikgu. Nenek pun benarkan dan menolong aku mengemas pakaian yang perlu dibawa.

Tepat pukul 6 petang, aku pun berangkat dari rumah bersama dengan beg pakaian ku. Sesampainya di sekolah aku dan rakan-rakan singgah di rumah cikgu untuk meletakkan beg pakaian kami dan terus ke sekolah untuk kelas tambahan malam. Kelas habis pukul 8 malam dan kami pun balik ke rumah cikgu. Rumah cikgu mempunyai satu bilik, cikgu tidur di dalam bilik dan kami tidur di ruang tamu. Aku dan rakan-rakan pun baring setelah habis berbual bersama cikgu.

Posisi tempat aku baring merupakan yang paling dekat dengan pintu dan ada tingkap di sebelah nya. Jujur aku sangat takut ketika itu dan menyebabkan aku sukar untuk tidur. Ketika rakan-rakan nyenyak dibuai mimpi, siap berdengkur lagi. Aku masih lagi cuba melelapkan mata dengan memutar badan ku ke kiri & kanan berulang kali.

Entah bila aku dapat melelap kan mata dan tiba-tiba aku dikejutkan dengan ketukan yang sangat kuat daripada pintu belakang rumah cikgu. Ketukan tersebut sangat laju dan berulang beberapa kali. Aku melihat rakan yang lain dan mereka masih lagi tidur dengan nyenyak. Aku pun cuba untuk tidak mengedahkan. Akhir nya, ketukan tersebut berhenti.

Aku berasa sangat lega, tapi mustahil bagi aku untuk tidur semula. Selimut aku tarik hingga menutupi kepala ku. Setelah beberapa ketika keadaan sunyi, aku mendengar bunyi seperi sesorang berjalan di bawah rumah. Setiap langkah akan terdengar bunyi ranting-ranting patah dan rumput-rumput kering hancur. Ketika itu aku hanya berharap matahari pagi cepatlah muncul. Bunyi orang berjalan itu berenti setelah beberapa minit.

Keadaan kembali sunyi kembali dan memang mustahil bagi aku untuk tidur. Aku dapat rasa dingin pagi, ketika itu budak umur aku belum ada telefon. Jam di dinding pun tiada, aku cuma dapat agak yang itu awal pagi. Setelah beberapa ketika, tiba-tiba aku terdengar bunyi loceng seperti penjual aiskrim. Rumah cikgu merupakan tempat laluan untuk ke sekolah. Bunyi tersebut seperti melintasi dan terus kabur begitu sahaja.

Aku yang masih ditutupi dengan selimut terkejut dengan ajakan seorang rakan untuk temani dia ke tandas. Setelah melalui situasi seram sepanjang malam, aku tidak mahu menemaninya. Akhirnya, kami berdua memutuskan untuk membangunkan cikgu untuk ke tandas. Nasib baik cikgu sudi dan akhirnya kami pun bangun semua kerana hari sudah pagi. Ketika itu aku memberitahu cikgu tidak mahu lagi menginap di rumahnya untuk malam kedua dengan alasan sakit. Aku menceritakan gangguan tersebut kepada cikgu, tetapi dia hanya memberikan alasan. Seperti, bunyi ketukan dan tapak kaki tersebut hanya anjing liar (bunyi ketukan tersebut bunyi ekor anjing).

Setelah itu, aku tidak pernah lagi menginap di rumah cikgu sehingga akhirnya aku pindah sekolah.

Liha
Rating Pembaca
[Total: 30 Average: 2.2]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.