Seruan tanpa diduga

[1/22, 7:22 PM] ?ADA?: Assalamualaikum para pembaca dan admin FS. Okay sebelum aku start better korang pergi amik ape2 jajan dulu sebab citer aku panjang sangat2 dah sebab korang taknak sambung2 kan, so aku buat sekali gus je. Maaflah yer kalau ade typo ke faham2 laa. Nama aku Biey , umur 20. Lepasan STPM, tengah tunggu result. Sebelum tu aku nak tanya pembaca sekalian, ape pekerjaan yang sesuai untuk budak lepasan STPM selain kerja kat Mall??? Harap korang jawab lah yee. Hehe.

Cerita aku ni dah lama, 13 tahun lepas lagi tapi sampai sekarang aku ingat dan simpan kemas dalam kamus hidup aku. Cerita ni bermula selepas arwah ayah aku meninggal dunia (al-fatihah) waktu tu aku baru berumur 7 tahun. Yes, berumur 7 tahun tapi dah hilang kasih sayang seorang ayah (sobsobsob). Arwah ayah aku meninggal 2 bulan sebelum sesi persekolah dibuka, sebelum aku masuk darjah 1. Masa tu aku tak faham apa2 lagi, budak2 kan. Jadi, tak lama lepas arwah ayah aku meninggal mak aku memang sunyi sebab tinggal aku dengan mak aku kat rumah tu, kakak aku yang no.1 dan 2 duk jauh, yang no.3 sambung study kat Pahang.

Aku bongsu pertama laa kira sebab ayah aku sempat kawin lagi sorang dan ada anak sorang dengan mak tiri aku. Serius mak tiri aku baik, tapi sayang lepas arwah ayah aku meninggal aku pun tak tahu mana dia dan adik aku pergi, orang cakap balik alik Siam sebab kampung dia kat sana. Okay cukup, sorry panjang pengenalan sebab nak bagi korang faham. Maka bermulalah sesi persekolah darjah satu aku…sweet pulak ingat time tu. Haha. Seriously aku bukan budak pandai dulu haha. Aku tak ingat berapa lama kehidupan aku ceria dalam alam persekolahan, yang aku ingat gangguan demi gangguan mula bertamu dalam mimpi aku.

Aku mimpi yang pelik2 , macam arwah ayah aku datang hanya pakai kain pelekat, telaga dalam rumah ada busut dengan kepala orang (tak tahannya kepala mak saudara aku a.k.a kembar mak aku, haha mak aku memang ada kembar pun) dan macam2 lagi. Tak lama lepaa tu aku start buat hal taknak pergi sekolah, tidur lewat, cakap sorang2. Lama2 mak aku perasan perubahan dalam diri aku, kuat makan sampai gemuk haha. Mak aku tanya cakap dengan sapa, aku pun tunjuk laa tu dengan kawan, heran mak aku ingat anak dia ni dah sewel ke apa haha.

Start dari situ darjah 1 sampai 4 aku kejap pergi kejap tak pergi ke sekolah. Nak tau kenapa?? Haahh meh nak bagitau…..tiap2 malam start pukul 12 mlm aku tak boleh tidur sampai subuh. Aku buat apa? Hehehe….kawan aku ajak main…main cikgu2, doktor, kejar2 dalam rumah, make up apa semua. Haaa faham kan. Lepas tu tengah duk ralit main aku menjerit tiba2 sampai terkejut mak aku tengah tidur, pasalnya aku nampak ular hitam dan besar.

Sebenarnya selepas arwah ayah aku meninggal mak aku langsung tak keluar bilik waktu malam, rela angkat baldi air dengan aku letak dalam bilik (rumah kayu) sebab takut nak pergi tandas. Aku tanya kenapa, mak aku cakap setiap kali nak turun ke dapur ade bayang2 hitam melintas kat tangga. Tepi tangga tu pulak ade satu bilik kakak aku punya , tapi sebab dia dah kawin dan tinggal rumah lain so bilik tu kosong laa, aku dengan mak aku tidur bilik atas. Hari demi hari aku makin teruk, jadi dengan bantuan jiran maka bermulalah sesi berubat untuk aku. Mak aku tak reti bawah kereta , kereta pun takde huhu, so tumpang orang just bayar duit minyak je. Sejak dari aku sakit tu macam2 aku boleh nampak dan tu salah sebab aku tak boleh tidur sebab takut benda tu cekik aku. Huhhh.

Berubat punya berubat sampai berpuluh orang tok bomoh ( yang betul okay bukan tipu) dan ustaz mak bawa pergi berubat , rata2 cakap tinggalan arwah ayah aku dan jugak ketidiaan pangkal nama pada nama aku. Ehh, dah kenapa pulak?? Ustaz dan tokmoh cakap arwah ayah aku banyak memakai, saka ape semua ( sorry bukan nak bukak aib si mati) jadi bila arwah ayah aku meninggal tak de sapa nak jaga so benda tu cari tuan baru (aku) yang masa tu masih dan tak tau apa2.

Memang betul, sebab kat sekolah pun aku tak aman pergi mana2 mesti nampak budak kecik kepala botak ikut aku , dan dia kawan aku waktu malam. Kat sekolah memang tak de orang nak kawan dengan aku, nak kata aku ni pendiam memang tak laa, so aku kawan je dengan budak2 laki kat rumah, takde kawan perempuan. Huhu. Okay yang pasal pangkal nama tu, sorang ustaz ni cakap tak sepatutnya arwah Atok aku buang ‘Wan/Tengku’ kat nama anak cucu dia. Nah kenalah dekat aku, sejak tu ustaz suruh mak aku dan orang sekeliling panggil ‘Ku’ depan nama aku. Pergi mana2 pun takleh buang nama tu sebab itu keturunan. Tapi sakit aku tak hilang macam tu je. Masuk darjah 2 , aku baru nak happy, dah kena buatan orang. Orang tu marah kat mak saudara aku , dia pergi tabur pasir kat tangga rumah aku , tapi yang kenanya aku. Lepas kena tu, tiap kali nak tidur, ada satu lembaga ni datang dengan muka hodoh tiap2 malam nak cekik aku, jadi setiap aku nak tidur mesti bungkus satu badan.

Tak henti kat situ, bila mak aku panggil ustaz datang rumah nak rawat aku, uih mengamuk sakan aku sampai berkurung dalam bilik, habis barang aku baling, last2 ustaz tu tinggal air tawar dan balik haha kesian. Penyakit ni berlarutan sampai aku darjah empat dan aku berhenti sekolah sebab tak tahan sangat. Sepanjang aku tak sekolah tu, memang tak henti mak aku usaha untuk pulihkan aku. Dengar je mana tempat bagus terus heret aku pergi. Lepastu darjah 5 aku beriya nak sekolah alih2 dua hari je masuk pastu berhenti balik, terus berubat lagi sampaikan sanak saudara semua pandang rendah kat aku, siap cakap aku ni tak de mase depan, bodoh laa ape laa, masa tu aku tengah sakit kan so aku pun menyumpah-nyumpah depan dorang baru senyap hahaha dorang ingat aku tak faham gamaknye dorang cakap apa.

Then, hujung2 tahun nk cuti sekolah darjah 5 , terjumpa la dengan sorang akak ni memang handal berubat , mula2 aku taknak masuk dalam rumah dia, ape lagi sesi kejar mengejar laa ( time ni kakak aku dah kawin dan tinggal sekali , so suami dia laa driver ke sana ke sini), last berjaya gak pujuk, dia tengok ape semua dia pun bagi senarai barang yang dia nak, bahan2 mandian apa semua lah. Banyak sesi lah sampai aku betul2 sembuh sekarang ni. Specialnya siap lapik kain kuning, pulut kuning sebab dia cakap “puteri ni kena layan baik2 , comel puteri ni” , haha aku la puteri tu ceh perasan.

Alhamdulillah , awal tahun darjah 6 aku masuk sekolah dan sekolahlah aku sampai habis tingkatan 6. Masa arwah bapak saudara di kampung meninggal ( al-fatihah) aku ikut mak aku balik. Rata2 sepupu sepapat, mak2 sedara tanya kerja mana , kerja mana, ceh ingat ape aku tak pandai terus kerja cilok je ke. Aku apa lagi dengan bangganya cakap, “dah nak habis tingkatan 6 dah” ( tahun lepas) hahh masing2 muka kelat kauuu , tu laa hina lagi dekat orang macam tu , tau terkejut dengar aku cakap macam tu siap sorang tu cakap “tinggi dia belajar, nati kerja senang laa” haha aku pun senyum je laa.

Oh yaa, dugaan aku tak henti kat situ, ada satu ujian kekal yang Allah bagi dekat aku. Atas tadi aku tanya pasal kerja kan, Allah bagi ujian penglihat yang istimewa pada aku iaitu cacat sebelah mata, orang nampak aku normal, tapi hakikatnya sebelah je mata aku boleh guna untuk melihat. Walaupun pakai spek, itu cuma untuk terang benda kabur je, dan aku langsung tak boleh keluar waktu malam sebab silau yang agak teruk, boleh mati accident aku kalau buat2 berani haha. Doktor cakap ni cacat asli, kalau operations pun tetap sama.

Tapi aku percaya , ada caranya untuk pulihkan mata aku, setiap penyakit ada ubatkan. Sebab tu aku pilih kerja office yang boleh balik ikut office hour dan tak kerja sampai malam. Orang cakap aku mengada tapi dorang tak faham. Ah, lantak laa. Sekian itu saja. Bye2 , doakan aku dapat kerja yang sesuai ye.

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Loading...

6 comments

    1. sye pun rasa mcm penah baca…mcm sama cerita dengan iium confession..tapi bab penglihatan tu rsenye die tak mention kat iium confession..sye cam tang ayt die kata die ada nama pangkal wan/tengku…try la kak baca kat iium confession…tak ingat tajuk..tak sama dengan tajuk nie..

  1. Bole cuba kerja sbgai customer service. Gaji basic dalam rm1800-2500. Cari la mana yg dekat. Buka jobstreet malaysia. Berlambak kerja dalam tu. Kerani / admin pun bole juga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *