Siapa Dia?

Assalamualaikum para pembaca setia FS. Pertama sekali terima kasih kepada semua, terima kasih juga kepada admin sebab dah publish cerita kayong sebelum ni. Dan terima kasih juga tak lupa pada pembaca yang sudi baca cerita cerita dari kayong . kayong terima dengan hati yang terbuka pada siapa yang menilai penulisan ini.
Yang suka mahupun tak terima kasih semua !!

Mungkin cerita sebelum ni banyak meleret dan agak panjang jalan ceritanya, ada yang bosan membaca mungkin (memang yee!!!) hahaha pada siapa yang tak sudi baca tu, sila lah baca cerita lain (di alu alukan beb)..
Okay stop meleret marilah kayong mulakan ceritanya~

Cerita ni bukan dari cerita kayong tapi cerita ni di ceritakan oleh makcik kayong sendiri.
Sebelum makcik kayong cerita tu, memang ‘ada’ yang mengusik sikit lah.

Dan untuk pengetahuan kome kome sekalian, kayong balik perak haritu ade berubat, kan sebelum ni kayong ade mimpi kayong dapat baby dan susukan baby tu. Ustadz tu kabo memang saka!! Memang tengah berubat pun sekarang.. Tapi taktau lah, bunian ni tetap ade.. Selagi boleh iktiar cari ustadz yang betul betul pandai dalam bab buang membuang ni, selagi tu kayong akan iktiar buang benda alah ni (doakan kayong beb). Okayy stop meleret! Kang ade yang strain to busan -.-” Haa macam ni ceritanya…………

Malam tu sekitar pukul 11 lebih, kayong tak tidur lagi, kayong keluar bilik laa tengok pakcik kayong (pakcik Asil) dengan adik sepupu (Ifwat dan Ismat) dua orang ni main game bola sepak dekat ruang tamu yang ada tiang seri tu. Ifwat ni abang pada Ismat , dak Ismat ni kecik jee orang dia umur pun baru 8 tahun, manakala yang Ifwat ni budak pt3.

Masa Diorang tengah focus dengan game bola sepak ni, kayong duduk kat sofa dengar lagu, tak lama lepas tu Ismat datang dekat dengan kayong.

“Kakak yong teman bha pegi bilik mamaku” kata Ismat sambil meramas jari.

Kayong pun teman lah Ismat ni, agak jauh jugak lah nak pergi bilik mama dia , nak kene lalu ruang tamu kedua seterusnya dapur dan ruang tamu ketiga lepastu baru lah sampai bilik mama dia. Kayong perhati jee tingkah laku si Ismat ni, bukan main erat lagi dia pegang tangan kayong. “Knock knock knock”
Lepastu makcik kayong pun bukak pintu bilik

“Kenapa Yong?” Tanya makcik Mun (mama si Ismat)

“Ismat ni haa nak masuk bilik, ngantuk da kot” jawab kayong selamba. Lepastu makcik Mun pun tengok laa kiri kanan, muka makcik Mun agak pelik.

“Mana si Ismat? Kan dia dekat ruang tamu tu main game?” Kata makcik Mun sambil menuju ke katil berhadapan dengan pintu bilik. Kayong pun apa lagi, berpusing setempat lah cari kelibat si Ismat ni.
Lepastu kayong cuba panggil si Ismat.

“Ismat irsyatttt!! Oh chemattttt!!” Jerit kayong kebingungan.

“Yong, nanti atok dengan nenek bangun tu ko jerit macam tu” balas makcik Mun

“Cik Mun… Tadi si Ismat yang suruh kayong teman dia” kata kayong lagi, lepastu si Ismat muncul dekat pintu ruang tamu kedua tu panggil nama kayong. Ismat tanya nape panggil dia, kayong pun suruh lah dia masuk bilik mama dia.

Makcik Mun cuba tanya kayong, sebabnya makcik Mun nampak kayong diam jee.
Kayong pun cerita lah dari mula yang si Ismat suruh teman pergi bilik mama dia.
Makcik Mun terus duduk dari pembaringan.

“Bila masa Ismat suruh kakak yong teman? Tadi Ismat duduk jak sebelah abg Ifwat main game” kata Ismat dengan kening berkerut.
Kayong diam sejenak. (Habis kalau bukan ismat sape pulak kan yang mintak teman tu??) Makcik Mun pun terus bukak mulut cerita satu persatu cerita seram yang dia alamai, kayong duduk bersandar dekat dinding , cerita makcik Mun menarik perhatian kayong.


•Cerita pertama dari makcik Mun

Yong… masa kau di perak, banyak kali cik Mun kena tapi jarang jarang .
Malam tu cik Mun kemas dapur, pacik Asil,si Ismat dengan si Ifwat main game.
Lepas cik Mun kemas dapur tu, cik Mun tutup tingkap, ko tau apa cik Mun nampak?
Pontianak berdiri dekat belakang tangki air rumah belakang kita ni. Putih-putih kebiruan bajunya, muka tak nampak tapi rambut dia panjangnyaaaa yaa Allah.. Cik Mun terus pergi ruang tamu, Rafifa (anak no2) tiada, ikut si papa (suami cik Mun) pergi kunak. Takut cik Mun sorang sorang dalam bilik..

•Cerita kedua dari makcik Mun

Cik Mun bangun tengah malam, si Ismat kencing atas tilam, habis baju cik Mun basah. Cik Mun pergi bilik air bersihkan badan sekejap. Lepas dah settle tu cik Mun melangkah je keluar dari bilik air, cik Mun dengar orang melompat dekat jambatan. Kuat betul bunyi dia, cik mun tak fikir apa apa lagi tapi perasaan takut tu memang da ada. Cik Mun masuk bilik. Lepastu cik mun intai kat tingkap, lepas dah intai cik Mun melompat atas katil kejut si papa .

“Apa yang cik Mun nampak?” Tanya kayong

Cik Mun nampak pocong!! Jelas memang jelas cik Mun nampak.. Malam tu cik Mun paksa papa berjaga dan biarkan cik Mun tidur dulu hahahahaha…

•cerita ketiga dari makcik Mun

Dulu masa arwah cik Farida (sepupu makcik mun) belum meninggal, dia kan sakit. Memang rapat betul dengan cik Enang (kakak makcik mun) masa dia kat hospital tengah nazak, cik Enang kau sorang sorang kat rumah. Dia tidur awal malam tu, lepastu cik Enang cerita dekat cik Mun. Malam yang arwah nazak kat hospital , cik Enang mimpi di datangi arwah . Arwah tu duduk kat birai katil dan cakap sesuatu kat cik Enang.
Arwah cakap “nang.. Aku tiada nanti kau tolong jaga anak anak aku.. Aku tak boleh lama ni.. Aku kena balik.. Aku balik dulu laa nang”.. Terus cik Enang kau sedar dari tidur. Atok nenek pun balik dan bagitau yang arwah da takde.. Cik Enang kau nangis laa, terngiang ngiang mimpi tadi memang jelas sangat suara arwah cik nang kau dengar.. Macam bukan mimpi katanya.

Lepas kenduri 20hari hari tu pulak , cik Ema (sepupu makcik Mun) balik dari kerja tengah malam tu, dia jalan slow slow jee, tapi cik Ema rasa macam ada yang ikut..
Terus cik Ema jalan laju laju , sampai simpang masuk rumah kita ni , cik Ema perlahankan lagi hayunan kaki. Cik Ema kau terpandang kat atas pokok ketapang, perempuan bertenggek , terus cik Ema jalan laju macam berlari jugak laa dia kata..hati hati cik Ema kau berzikir.

Sampai depan rumah, dia baca ayat pendinding . Lepastu cik Ema mandi , dia dengar orang panggil nama dia “Emaaaa~” lepastu cik Ema cakap “Dang (panggilan arwah cik Farida) balik laa. Sini bukan tempat kau. Aku akan tengok tengokkan anak kau. Balik laa..” Lepas jee cik Ema kau cakap cam tu, dia da takde rasa apa apa lagi..
Kalau cik Mun laa Yong, entah laa apa jadi..

Lepas makcik mun cerita tu, kayong tengok si Ismat pun da tidur . Kayong pun mengantuk dah.. Masa kayong nak keluar bilik sempat makcik Mun tahan, dia ajak kayong tidur dalam bilik dia hahahahahaha.

“Eh tu laa, cerita seram lagi malam malam” kata kayong

“Setakat cerita tu cik Mun tak takut mana, tapi kau tu…. Sape yang bawak kau pergi sini kalau bukan si Ismat?”.. siapa dia?…

Itu saje cerita untuk hari ni.. Sekarang da pukul 2.39 tengah malam. Kayong pun da nak lelap..
Once again!! Thanks guys sudi baca sampai habis cerita ni walaupun tak seram mana..
Macam biasa, sekadar ingin berkongsi..
Selamat malam dan tata~~

#peacenowar

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

kakakniewa

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.