Siapa dia?

Assalamualaikum….Aku Sasa. Terima kasih kepada admin sekiranya cerita ini disiarkan.Kisah ini adalah berdasarkan kisah benar yg terjadi dalam hidup aku dan kakak-kakak rumah sewa aku. Nak kata seram, bagi aku seram campur tertanya-tanya. Siapa beliau? Kau buat apa dalam rumah kiteorang?

Aku asal Selangor tapi bekerja dan menyewa di sebuah flat kat Pulau Pinang. Cerita ni bermula begini.

Hari sabtu.
Aku baru balik pagi sabtu dari bekerja shif malam. Dah balik pagi sabtu mestila mengantuk. Mandi apa semua. Kakak-kakak rumah aku, k.D dan k.W bersiap nak pergi kerja dan terus balik kampung. Beg balik kampung dorang pun dah kemas.

“Tinggal sorang la aku minggu ni. Dorang balik kampung”.

Aku pun masuk tido. Tak larat dah nak tahan mata. Bangun-bangun dah pukul 4. Perut lapar tapi malas nak masak. Aku main hp dulu. Tengok Youtube. Terbaring atas tilam dengan pintu bilik terbuka. Dalam tak sedar, Kat luar dah mula gelap. Aku bukak lampu apa semua masuk dalam bilik dan sambung semula bermain dengan hp. Perut aku dah nyanyi-nyanyi. Waktu tu pun dah pukul 12 malam. Aku mandi dan start masak nasi. Mana tak gemuk. Makan tengah-tengah malam.

Ok. Nak start dah cita seram. Harap bersabar.
Sebelum tu aku kena terangkan situasi ruang rumah sewa aku. Masuk je pintu rumah. Ruang tamu terus bersambung dengan dapur dan bilik air manakal belah kiri ruang tamu. Ada 3 pintu bilik. Rumah ni tak renovate lagi. Dapur tak berpisah dengan ruang tamu. Akan nampak luas. Hujung bilik air dan jamban adalah tempat sidai baju yg terbukak. Grill kat situ jadi penyidai baju kiteorg.

K.S pun dah balik dari kampung. Ermm.. Takde la aku sorang malam nie. Dia sampai je terus dia masuk bilik.

Nasi dah masak. Telur dah goreng. Aku cedok nasi duk depan tv. Ok. Korang bayangkan belakang aku adalah dapur, bilik air dah tempat sidai baju yang terbukak tu. Malam-malam memang seram la. Pasal kau boleh nampak permandangan gelap kat luar tu. Tengah sedap aku makan sambil gelaksendirian tengok cita korea.

“Plap..plap..”.Tegak badan aku nak memastikan bunyi apa yang aku dengar. Korang tau bunyi bila kaki korang basah berjalan atas tikar getah. Macam tu la bunyi dia. Satu rumah tu kiteorang hampar gan tikar getah. Aku pun kalih. Ingat K.S ke keluar bilik nak mandi. Ahh!takda sape!

Aku sambung tengok tv balik.Tapi sumpah aku rasa macam ada orang belakang aku. Kenapa aku cakap camtu? Bila ada orang belakang kau, Kau pulak tengah duduk bersila,bayang-bayang orang belakang kau akan menyelubungi kau. Kau akan rasa gelap dan kau tau ada orang belakang kau. Aku kalih untuk ke dua kali nya. Saja nak confirm. Betul ke tak ada orang. Takde! Kalih belah kanan takde kiri tak de. Ahh..lantak! Aku nak makan. Aku adalah seorang manusia yang jenis buat tak tau. Nak kata tak takut. Giler kau! Aku takut kot. Tapi aku buat tak tau. Tapi dalam hati, Amenda la belakang aku ni!

Aku sambung makan lagi.Tapi dalam hati dh Dup dap dup dap.

“Plap..”Adoiii..Bunyi lagi. Dia macam nak mai kat aku tapi die berhenti kat situ. Tapi aku still rasa benda tu ada Kat belakang aku. Aku habiskan nasi, basuh pinggan, biarkan tv terbukak lalu aku masuk bilik. Tapi aku tak tutup pintu bilik. Aku pandang je ruang tamu. Dari bilik aku boleh nampak separuh daripada dapur. Dia ada kat situ lagi ke? Dup..dup..Kecut perut aku. Sebab rasa tak sedap hati yang menebal telah membuatkan aku teringat 1 peristiwa sebelum ni pernah terjadi. Tapi aku dengan bongoknya melupakan dan buat tak tau.

kes seterusnya pula semasa K.W dan K.D ada kat rumah. Aku tengah mandi. Tengah duk busy sabun ni sambil air shower tengah turun. Badan aku membelakangkan hujung belakang pintu. Tiba².

“Ehemm!” Suara yang garau  tepi telinga aku. Suara jantan!

“Erm?” Aku kalih belakang sepantas yg boleh. Bongok. Mestila tak da sapa. Aku berdiri dah paling hujung belakang pintu. Sumpah dia berdehem kat aku! Memang macam dia bernyawa. Dia ada!

Hari ahad.
K.W balik dulu. Aku pun cerita kat dia. Dia pun dah meremang. Aku tunggu K.D balik. Dia je boleh relate dengan aku. Sebab apa-apa benda seram pasti aku gan dia je kena. Bila K.D dah balik. Aku excited cita apa jadi kat aku. Korang tau. Dia buat muka tak heran kat aku.

“Akak dah selalu kena la sasa. Sama la macam hang kena. Sebijik. Akak kan selalu balik lewat keluaq gan member. Hampa semua dah tidoq akak dok duduk kat ruang tamu. Macam hang kena la. Dia nak mai kat kita tapi tak boleh. Bunyi plap dia dok jalan atas tikaq. Akak mandi lewat tiap-tiap malam. Korang masuk bilik dah. Bunyi berdehem la dalam bilik ayaq tu. Tepi telinga aku.”. K.D menerangkan.

Aku telan air liur. Meremang. Ahh. Bala apa ni. Tapi lepas kiteorg bincang-bincang pasal benda nie, lepas-lepas tu takdak pulak. Mana dia pi. Pelik ni. Tapi aku dok rase die ada tapi macam samar-samar. K.D kata die takdak dah aihh..Tapi aku tak sedap hati. Tapi dah tak ada gangguan dah dari beliau. Sampai la dah masuk tahun baru.

Yang ni latest.Hari Jumaat.
Aku balik kerja shif malam.K.D tanya aku.
“Sasa, hang ada nampak penutup botol akak?”

“Entah. Mane la orang nak tau”.Pagi-pagi dah kecoh.

“Akak letak sini semalam. Akak cari tak dak. Akak guna la botol lain. Entah-entah k.F yang amik Kot dia buat apa ka”

“Akak dah cari betul-betul ke. Jatuh bawah kot”

“Dah.. Akak cari dah. Malam tadi aku tidoq pukul dua dok cari penutup tu.”

“Haaa..gi la masuk bilik dia carik. Dia kunci pintu ke akak? Die ada ke” Aku tanya K.W.

“Ha ah berkunci. Dia ada. Dia pi keja.” K.W cakap.

Aku pon nak cari gunting la nak umpil pintu bilik K.F ni. Aku pergi kat tempat pinggan. Ehh.. ni bukan penutup botol tu ke?

“Ehh akak, ni bukan?” K.D,K.W kalih tengok aku.

“Haa..dia la..Ehh dari semalam aku dok cari benda ni takdak. Camna hang boleh jumpa kat tempat yg memang akk letak kat sini?.” K.D tanya aku.

“Weh..aku baru kot ambik cawan dari situ.Tak kan aku tak nampak kot. Sasa hang ekk nak prank kami”. K.W serkap jarang plak kat aku.

“Kepala hotak akak. Orang baru nampak kot penutup ni ada kat sini tu org tanya.” Lepas-lepas aku cakap camtu, aku pula yang meremang.

Mustahil K.D dari malam tadi dok cari. Benda tu takdak. Macam mana tetiba ada. K.D cakap. Die amek botol tu. Penutup dia ada tepi botol tu je. Dia bancuh oat dalam tu. Pastu die pi tandas. Dia mai-mai je nak tutup botol tu. Hilang? Aik.. tadi ada. Dia misplace ke. Tak pasal-pasal die tido kul dua duk cari penutup botol tu.

Aku pon pelik. Macam mana dia boleh tak nampak penutup tu yang terang-terang depan hidung dia je kot. Kat tempat sama yang dia letak sebelum die bancuh oat tu. K.W pulak baru je amek cawan dari situ. Tak kan tak nampak.

“Dia start main sorok-sorok la pulak”. Aku pandang je K.D gan K.W.

“Akk la cakap. Dia dah takde!”Aku marah K.D.

Ahhh.. sudah. Beliau dah kembali ke, Nak main sorok-sorok pulak ke. Berdetak detak jantung aku. Kecut perut aku nak masuk bilik air tu nak mandi. Adoiiii.

Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri macam kiteorang. Sejujurnya aku tak tau benda setan tu mai dari mana. Adakah ni satu gangguan. Kiteorg nak kena panggil ustad ke suruh halau.

Apa² pun,Terima kasih kerana membaca. Mintak maaf kalau tak seram. Pertama kali aku menulis sepanjang ni selain dari kertas periksa karangan SPM tu. Anything happen lagi. Nanti aku update.

Sasa

Hantar kisah anda di sini : fiksyenshasha.com/submit

Sasa

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.