Siapa perempuan tua itu? : proses rawatan

Assalamualaikum semua. Hampir 3 tahun saya tak update apa apa cerita tentang sakit yang saya alami. Kalau awk semua masih ingat saya lagi la. Saya pernah menulis di FS tajuk ni “Siapa Nenek Tua Itu?” Saya harap admin sudi approve cerita saya kali ini.

Siapa belum baca elok la baca dulu cerita yang pertama tu. Terima kasih kepada yang mendoakan kesihatan saya dan ada jugak kecam saya kenapa cerita berkaitan mimpi nak confess kat sini. Mimpi tu bukan sekadar mimpi ye saudara saudari mungkin awak tak pernah lalui. Mimpi tu seolah di alam nyata susah untuk saya jelaskan hanya yang pernah lalui akan faham perasaan tu. Bila awak dah nampak kelibat yang dalam mimpi tu di alam nyata ternyata ia bukan lagi mimpi. Tapi tak mengapa saya maafkan. Terima kasih mendoakan semoga Allah balas dengan kebaikan buat kalian.

Ye sepanjang saya sakit saya memang nampak lelaki berjubah hitam pakai tarbus. Saya tak rasa takut bila nampak dia sebab dah biasa barang kali. Gangguan bukan itu saja saya di uji dengan sakit yang teruk. Pernah ada suatu hari saya sedang mengaji pada tengah malam tetiba saya rasa ada susuk tubuh di belakang saya. Saya terus kan niat saya, alangkah terkejut nye saya ayat yang saya baca sepatut nya ikut turutan tapi berganjak ke muka surat lain. Contoh nye saya baca ayat 5 kemudian 6 tapi langkah jadi ayat ke 20. Saya menangis keseorangan masa tu mak saya dah tidur. Dan saya tak boleh langsung bangun untuk kejut mak saya. Saya teruskan berzikir dan mengaji baru hilang kelibat di belakang saya. Bukan itu sahaja pernah saya keluar dari bilik air kaki saya tak boleh bergerak dan saya menangis tersedu sedan. Saya pon tak tahu kenapa. Mak saya cepat laungkan azan dan baca ayat kursi baru saya boleh berjalan.

Untuk pengetahuan semua pada kisah sebelum ni saya ada menyatakan saya suka melawan mak saya kan? Apabila saya sudah mula bekerja saya menjadi seorang yang panas baran pantang staff bawahan buat salah cepat saya melenting. Keadaan tu jadi berlarutan sampai satu masa jiran saya bawak saya pergi berubat katanye terlalu kesian kan saya kerap sakit setiap bulan admitted. Saya berjumpa dengan seorang pakcik dia banyak membantu saya dengan izin Allah.

Sebelum mulakan rawatan pakcik tu melakukan solat sunat hajat dan baca beberapa ayat al quran dan menyebut nama saya. Masa tu saya gelisah dan asyik buang air kecil sahaja. Saya pon tak faham kenapa. Selesai solat pakcik tu picit ibu jari kaki saya dan saya meraung kesakitan menangis mintak tolong. Badan saya semua sakit sakit. Dan tetiba perut saya seolah ada sesuatu menendang nendang dengan kuat. Allahu kuat betul dugaan. Semasa rawatan saya dengar pakcik tu sebut nama saya dan berdoa pada Allah jauhkan la saya dari gangguan sihir dan fitnah manusia. Masa tu air mata saya bercucuran laju.

Selepas rawatan mak bertanya pakcik tu kenapa dan betul ke ada gangguan saka seperti sebelum ni saya berubat dengan seorang ustaz. Pakcik tersebut hanya diam dia tidak berani berkata takut jatuh fitnah. Dia cuma berpesan pada saya amalkan bacaan Al Quran dan jangan tinggal solat kerana itu ada la sebaik baik pelindung. Alhamdulilah selepas berubat saya nampak perubahan pada diri saya. Saya bukan seorang yang panas baran lagi. Cuma kadang kadang emosi tu emm biasa la perempuan kan. Heee.

Selepas kerap berubat dengan pakcik tu saya ada mimpi perempuan tua itu dan itu kali terakhir saya mimpi dia. Mimpi nya begini. Dia berjumpa saya dan melihat saya sekali imbas dengan senyuman sinis dan berlalu pergi ke tanah perkuburan. Saya tersedar dan menangis sejak dari itu tiada lagi mimpi nenek tua itu. Sakit saya? On off tapi dah takde admit wad lagi. Alhamdulilah. Next month saya ada follow up di pakar OnG kalian doakan saya cepat sembuh ye. Maafkan saya mungkin cara penulisan saya ada menyentuh hati kalian. Dan maaf sekiranya cerita saya tidak seram.

Assalamualaikum

-A-

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

-A-
Siapa perempuan tua itu? : proses rawatan
3.4 (33.7%) 73 votes

10 comments

  1. Org mcm u nie sepatutnye mati jew. Panas baran konon. Dh lh anak derhaka. Mmg patut u kena sihir. Kecik2 xnk mampus.

    1. Baca komen kau pun org dh blh kenal kau. Ternyata kau ni setiap kali bg komen, xde komen yg baik2. Kalau x melucah, maki hamun, mencarut, meroyan. Dasar iblis yg bertopengkan manusia.

        1. Bukan sekali dua tengok komen buruk ko ni. Tak bahagia ke hidup? Panas hati sangat dengan orang? Pathetic. Kesian roh kau dipinjam jasad useless.

  2. Maaf nk tegur skit saudari penulis. Tanda koma dan tanda dash tu penting dlm penyusunan bahasa kita dik. Jgn diabaikan. Penggunaan tanda yg betul akan lebih menyerlahkan lg penceritaan dan akan jd lebih senang utk difahami oleh pembaca. Teruskan menulis. Semoga saudari akan bertambah sukses dr sehari ke sehari, aamiin…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.