Siapa Puteri Itu

Assalamualaikum. Hai. Aku ni boleh dikatakan peminat benda benda paranormal/mistik/misteri ni sejak arwah mak aku meninggal 4 tahun lepas. Cerita ni terpulang pada korang nak percaya atau tak, tapi ini lah yang aku lalui lepas aku buka tangkal mak aku. Puncanya mak aku meninggal ni ada yang kata kena sihir. Ada yang kata saka. Apa pun benda tu, dia dah berjaya buat mak aku tersiksa sampai m**i. Sepanjang berubat, macam macam tangkal mak aku dapat.

Okay nak pendekkan cerita, lepas je graduate, aku duduk rumah lama arwah mak aku ni sorang sorang. Adik aku duduk dengan ayah sebab adik kecik lagi. Kami dua beradik je. Lagipun rumah ni kosong sebab ayah aku kawin lain duduk rumah lain dah. Tengah elok aku kemas kemas rumah, aku jumpa satu bungkusan kecik warna kuning. Aku ingat lagi itu tangkal masa arwah mak aku berubat dulu dengan sorang atuk dari Puchong.

Aku pun tak tahu entah dapat keberanian dari mana terus tangan aku buka bungkusan tu dan aku jumpa satu kapas hitam macam digumpal. Hitam memang hitam betul. Kapas hitam dibungkus dalam kain kuning macam sup bunjut tu. Automatik aku meremang bulu roma rasa macam ada ‘something’ perhatikan aku waktu tu. Aku sorang kat rumah lalu aku ambik keputusan nak buang, esok petangnya masa nak masak makan malam, aku nampak tangkal kuning yg aku buang tu ada kat atas kabinet dapur aku. Aku dah mula rasa lain macam. Selalu nampak dalam movie je kalau benda benda beralih tempat ni. Tengkuk aku rasa sejuk je macam ada orang tiup. Nak nangis dah waktu tu tapi aku tak nak panik nanti lain jadi nya.

Elok je aku tengah pegang tangkal kuning tu nak masukkan dalam tong sampah balik, tiba tiba radio yg aku buka cd mengaji yang aku beli dari budak tahfiz tu m**i sendiri! Aku cuba untuk tak panik, aku sedapkan hati aku dengan fikir tu kan radio lama mesti problem. Aku buang terus tangkal tu dalam tong sampah. Malam tu aku tidur, aku mimpi jatuh dari gunung dan ada perempuan berkebaya kuning macam zaman dulu dulu rambut bersanggul menari macam lenggok ulek mayang tunggu aku. Aku terjaga, tengok jam 2:45am. Aku baca ayat qursi dan sambung tidur dalam keadaan jantung aku macam nak gugur.

Malam esoknye aku kena ganggu lagi. Aku dengar macam ada bunyi air paip tak tutup dari bilik air bawah. Rumah aku ni 2 tingkat. Bilik aku tingkat atas. Aku tak berani bangun dan aku nekad untuk sambung tidur. Esok je matikan air tu. Biarlah bil air mahal sekalipun takpe! Malam tu aku mimpi puteri kebaya kuning tu datang lagi dan dia cakap kat aku, “tak lama lagi aku datang jumpa kau macam mak kau”. Aku terjaga pukul 2:20am. Aku bangun buat solat hajat minta petunjuk sebab aku rasa terancam sangat.

Lepas solat aku sambung tidur. Dan puteri tu datang sekali lagi dengan kebaya kuning tapi kali ni muka dia macam baru kena toreh toreh. Aku terjaga lagi baru pukul 3:50am. Aku rasa macam aku baru je pejam mata tapi dah terjaga balik. Aku istighfar dalam keadaan jantung aku laju . Tiba tiba aku dengar macam ada orang lari lari atas bumbung. Memang meremang habis bulu roma aku. Dah lah sorang. Aku tak boleh tidur dah, aku buka cd mengaji tu dalam bilik aku. Aku pejam mata tutup muka dengan selimut sampai azan subuh berkumandang.

Siangnya, aku pergi berubat dengan ayah kawan aku, dia kata ‘benda’ tu nak dekat aku sebab aku aku dah tahu pasal dia. Ustaz tu mintak aku jangan lemah semangat. Benda tu tahu aku hati kering sebab tu benda tu dia datang lalu mimpi mimpi aku. Dia nak aku tak cukup tidur, aku sakit, aku gila and last sekali dia nak aku m**i. Tapi memang betul, aku bila tak cukup tidur aku terus kena migraine teruk.

Lepas berubat tu, dalam 2 minggu la alhamdulillah tidur aku lena tak kena ganggu, masuk je entah minggu ketiga lepas berubat, kali ni benda tu datang dalam rupa mak aku . Dia cakap, “jom ikut mak, dia tunggu kita”. Seingat aku, ustaz pernah bagitahu kalau mimpi orang meninggal tapi bercakap tu syaitan. Aku cakap taknak. Lagi sekali terjaga. Pukul 3am tepat. Tiba tiba aku bau macam kapur barus. Sampai aku rasa macam seseorang dalam bilik aku. Aku tak fikir panjang, pukul 3 pagi tu jugak aku panik habis dah, aku ambil kunci kereta, aku start enjin terus balik rumah ayah aku yg dalam setengah jam dari rumah aku.

Sampai sekarang ‘puteri’ tu masih menghantui mimpi aku sampai aku rasa dah lali kena ganggu. Ini bukan kes riak takbur dengan benda paranormal tau. Walau apa pun sampai sekarang aku belum tahu macam mana pengakhiran aku ni nanti. Sama ada m**i macam mak aku atau aku kuat untuk teruskan. Korang doakan aku kuat semangat okay.

Ikhlas perkongsian cerita diri aku, ciknasya

.

Ciknasya
Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

6 comments

  1. Gilor berani dok umh sensorg dgn gangguan semua tu weeiii…
    Mksd MCM MAK KAU tu mknanye gangguan tu masih dr org yg same yg sihir mak ke…????

  2. Yg penting dekat kan diri dgn Allah. Jaga solat, Quran. Insyaa Allah pendinding dari makhluk jahat. Moga Allah pelihara & tolong awak insya Allah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.