SIHIR TANAH KUBUR

Assalamualaikum readers. Lately saya banyak baca kisah2 orang kena sihir dalam ruangan FS ni. Paling tak bole bla, saya sakit hati bace kisah sihir mertua #Ana. Rase nak jentik je muka mak mertua dia tu ngan siku ni. Bila baca tu, terkenang pulak kisah mak saya yang pernah kena sihir sewaktu saya kecik2 dulu.

Tengah baring2 bace FS time cuti ni, titibe jari jemari saya ni pun gatal sangat nak type jadikan satu cite untuk dikongsi bagi sume para pembaca di FS ni. Lalu saya pun tergerak lah hati nak wasap mak saya dan tanya mak pasal kejadian mak kena sihir tu.

Memandangkan sekarang ni saya duduk bedua je dengan ayah saya, sebab mak dan ayah saya dah lama bercerai, so saya pun pergi la jenguk mak kat rumah dia dan masa tu saya pun flashback semula kat mak suruh mak cite tentang kejadian sewaktu mak kena sihir dulu. Sebab saya dah ingat2 lupa.

Sambil mak tuangkan saya secawan kopi kat dapur dengan memandang riak wajah saya yang ingin nak tahu tu, mak pun mula bukak cerita. Kisahnya macam ni.

Masa tu usia saya baru je 7 tahun. Saya yang no 2 dri 4 bradik. Mak saya adalah isteri kedua ayah, sebelum tu ayah saya memang pernah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak dengan bekas isteri pertama. Yang sulung pompuan(kakak tiri) dan yang 2 lagi tu lelaki( abg2 tiri).

Bila dah becerai beberapa tahun, ayah saya pun berkahwin dengan mak saya. So, punca perceraian ayah saya dengan isteri pertama bukan disebabkan mak saya ok. Nak dijadikan cerita, masatu ayah saya ni bekeje sebagai orang atasan di industri oil and gas. Ayah ni kira kategori macam bos2 la masatu. Gaji pun takyah cakap la, zaman ayah saya dulu keje oil n gas ni memang gaji tiptop. gaji memang mahal kena bayar, tak la macam zaman sekarang ni.

So kami dibesarkan dengan mewah oleh ayah. Dengan kemewahan yang ada pada ayah, bole jadi ini punca mak disihir. Biasa la kan zaman dulu2 bila nafsu hasad dengki menguasai diri, sihir la yang akan jadi jalan penyelesaian bagi orang2 yang rasa diri dia bertuhan kan syaitan.

Masatu kami 4 beradik kecik lagi. Saya dan abang saya je yang baru bersekolah. Adik saya yang dua orang lagi baru nak mengenal dunia. Masatu, kakak tiri saya ikut tingal ngan kami. Kakak tiri saya jahat masatu, suka cari gado ngan mak. Tapi mak layan kakak tiri sama macam anak sendiri. Kakak tiri saya ni jenis depan ayah pandai belakon. Bila ayah pegi keje, dia lah yang berkuasa dalam rumah kami.

Mak tak pernah bagitau kat ayah perangai sebenar kakak tiri ni. Sebab mak taknak bekas isteri pertama fikir yang mak ni jahat kat anak2 dia. Masatu mak saya baru habis pantang lepas lahirkan adik bungsu saya. Jadi mak banyak diamkan je perangai kakak tiri saya ni.

Sebab mak tau, semua tu hasutan dari bekas isteri pertama ayah. Kakak tiri saya ni pernah warning kat mak saya, dia cakap dia akan pastikan yang ayah saya akan berbalik semula dengan mak dia suatu hari nanti dan nak buat sampai ayah saya bercerai dengan mak saya. Dengan ugutan tu, mak masatu mula rasa tak tenteram, tertekan, tambahan lagi masih dalam pantang.

Tiap kali ayah pegi keje je, mesti ada saja kakak tiri buat hal cari gadoh ngan mak, dia buat rumah kami ni macam rumah dia. Pernah juga kakak tiri ni bawak kawan2 dia masuk rumah sukahati dan suruh mak masak buat air macam orang gaji dia. Siap bawak lelaki masuk bilik lagi. Bila mak marah dan tegur, kakak tiri berani sampai tangan nak pukul mak, sampai satu tahap tu dia berani maki hamun mak saya depan kawan2 dia.

Tapi mak tetap tak pernah bagitau kat ayah pun pasal tu. Motif kakak tiri jadi macam tu sebab dia sakit hati tengok life kami senang oleh ayah. Tiap kali ayah gaji je, ayah mesti akan bawak kami sekeluarga pegi shopping, kadang tu kerap jugak la ayah bawak kami pegi travel luar negara. Mana tak nya diorang sakit hati, mungkin masa life diorang dengan ayah dulu tak pernah rasa macam tu kot.

Tapi ayah tak pernah pun nak bahagi kan kasih sayang ngan anak2 dia dengan bekas isteri pertama. Apa yang kami dapat, kakak tiri ngan abang tiri pun dapat juga. Cuma kakak tiri ngan abang tiri saya ni sakit hati je sebab dulu mak diorang tak pernah rasa semua tu. Masatu bekas isteri pertama ni sebelum ayah berkahwin dengan mak saya, dia pernah la try pujuk ayah untuk berbalik dengan dia, tapi ayah tak nak. Dan dia ugut ayah yang dia akan pastikan hidup ayah tak bahagia.

Salah satunya lagi mak tak bagitau kat ayah perangai sebenar kakak tiri ni, sebab ayah ni seorang yang garang dan panas baran. Dulu2 kan watak ayah2 ni sume nya garang2 bukan setakat garang dimulut je, tapi siap dengan tangan, rotan dan tali pinggang akan turut hinggap. Pernah jugak abang2 tiri tingal ngan kami sebelum kakak tiri tingal ngan kami. Masatu, saya pernah tengok ayah mengamuk kat abang tiri saya ni sebab selalu balik lewat malam, bawak masuk pompuan dalam bilik la, ponteng sekolah la dan pastu ayah dapat tau yang abang tiri saya ni hisap gam dalam bilik.

Ayah mengamuk sakan masatu smpai halau abang tiri saya suruh keluar rumah malam tu jugak. Pastu esok paginya, sume benda baju2 barang2 dalam bilik abang tiri saya tu ayah keluarkan kat luar rumah dan bakar guna minyak petrol. Hah! Tu lagi tak garang, sampai kami ni pun takut ngan ayah masatu. Dengan kami 4 beradik pun ayah pernah marah jugak kalau nakal dan tak dengar cakap. Tapi tu dah berlalu, dan lepas tu timbul pulak lagi kisah kakak tiri saya ni yang ikut tingal ngan kami. Yang ni pasal sihir pulak, mak dia suruh kakak tiri saya hantar.

Masatu kakak tiri saya ni sekolah menengah. Tapi tiap jumaat dan ahad, dia akan balik kerumah mak dia. Ayah yang akan hantar amik dia. Cuma hari dia sekolah je dia akan tingal ngan kami, sebab masatu perbelanjaan skolah dia, ayah yang tanggung. Sepanjang kakak tiri tingal ngan kami tu, mak rasa macam ada sesuatu yang tak kena dalam rumah kami.

Tiap malam mak akan mimpi yang bukan2. Smpai ada satu malam tu, mak mimpi kena cekik sampai mak tersedar. Dah pagi tu tengok leher mak ada bekas lebam kena cekik. Mak jadi takut, dan mak cite smua ni kat ayah. Tapi ayah masatu fikir positif je dan cuba tenang kan mak. Keadaan mak masatu makin hari makin teruk terkena gangguan.

Mak perasan bila kakak tiri saya ni balik je kat rumah mak dia, malam tu mesti mak akan dapat mimpi kena bunuh la..mimpi kena cekik la..mimpi gantung diri la terjun banggunan la. Sampai la mak ajak ayah pegi berubat jumpa seorang ustaz.

Masatu berubat dirumah ustaz, mak cite kan pasal gangguan mimpi tu kat ustaz ni. Lepas je ustaz tu tengok2 kan mak ni, dia cakap yang mak ni kena sihir. Tapi cuma kena sihir dari jarak jauh. Masih dapat dielak kan lagi kata ustaz. Dia pun bagi air bacaan kat mak untuk diminum. Lepas je berubat tu, keadaan mak pulih macam biasa. Dah tak ada mimpi pelik2 lagi.

Tapi ianya tak terhenti disitu, selang beberapa bulan lepas kejadian tu, mak terkena lagi, dan asyik ternampak kelibat pocong kat tingap dapur. Dan pernah satu malam tu adik no 3 saya demam panas dan meragam tengah malam, mak pegi dapur ambik ubat ngan air suam, mak nampak hantu berambut panjang paras lutut tengah selongkar peti ais sambil lidah terjelir menelan telur ayam sebiji demi sebiji.

Sampai mak pengsan tak sedarkan diri. Keadaan mak seolah2 hijab dia terbukak nampak benda pelik2. Kadang tu mak meracau cakap sensorang tiap kali bulan penuh sambil duduk kat veranda rumah tengok bulan dan gelak sensorang. Keadaan mak jdi mcm ni bila lepas maghrib smpai la azan subuh je. Dah pagi smpai jam 5 ptg mak ok normal mcm biasa.

Ayah dah banyak bawak ustaz datang rumah untuk tolong tengok kan keadaan mak. Tapi banyak yang tak bejaya nak sembuh kan mak. Cuma ustaz cakap yang mak ni kena sihir je. Ustaz cakap ada benda yang mak dah duduki. Kata ustaz, bnda tu jenis yang memang di tujukan untuk mak saya, kalau mak saya dah duduki mak akan terkena sihir tu. Cuma ustaz tu ilmu dia tak sedalam sampai bole tengok dmana benda tu kena letak atau tanam.

Ustaz hanya pesan kat ayah, bila sekiranya ayah dah jumpa benda sihir tu, dia suruh ayah amik wudhu, baca surah yassin ayat 1 smpai 7 dan penutup nya dengan ayat kursi. Lalu buka bungkusan dan bakar la benda tu. Tapi masatu puas ayah cuba cari dan tak jumpa2. Ada dalam sebulan jugak la mak meracau, bila tiba je waktu malam mak akan mengamuk, pecahkn benda, menjerit kat kami 4 beradik dan macam2 lagi la.

Ada satu malam tu, saya dan abang saya pernah tengok mak saya duduk bersila main pisau sambil pusing2 goyang2 kan kepala dia depan adik bungsu saya yang masih baby kat atas katil. Masatu ayah saya outstation keje malam. Saya ngan abang saya menangis tengok keadaan mak yang menakutkan macam tu. Sampai abang bawak saya ngan adik no 3 lari dekat rumah jiran mintak bantuan.

Masatu jiran pun call ayah saya sampai ayah saya balik emergency uruskan keadaan mak. Hingga la ayah tak tahan tiap malam mak asyik meracau, dan ayah pun panggil nenek saya(belah mak) untuk tido kat rumah kami untuk tolong tengok2 kan mak. Nenek ni bukan la sorang yang pandai mengubat atau meramal. Cuma dia bole mereda kan orang yang tengah meracau, kerasukan dan pulih kan semangat orang je dengan bacaan ayat2 suci.

Hari demi hari keadaan mak makin menjadi2. Smpai ayah dah lali masatu. Tak tau nak bawak mak berubat dekat mana, sebab dah banyak tmpat dah pegi tapi keadaan masih sama. Hingga la suatu hari tu ayah tengah bersih kan kereta, tengah dia vacume dalam kete tu, titibe dia ramas2 bawah seat passenger tu ada bungkusan seperti bunjut berkain putih.

Ayah mula syak yang benda tu ada orang yang letak. Masa ayah bukak bungkusan tu, dalam tu ada gambar mak, ayat wafak ditulis dengan kertas kuning, serpihan kayu nisan, kain kafan mayat dan tanah kubur. Ayah terus bakar benda tu guna petrol. Masatu ayah dah tau sape yang letak.

Ayah tunggu kakak tiri balik dari sekolah, bila kakak tiri dah balik tu mula la ayah mengamuk tahap 7 petala langit kat rumah bersaksikan saya ngan abang saya dan juga mak. Tapi mak cuba halang kakak tiri dari dipukul oleh ayah. Memang takde orang lain lagi yang letak benda tu, sebab pagi2 ayah memang hantar kakak tiri pegi sekolah dan dia akan duduk kat passenger.

Tak kan saya ngan abang saya pulak yang letak. Kami mana lah tau benda tu lagi pun time tu kami kecik lagi (#doneclaim). Last2 kakak tiri mengaku yang benda tu dia yang letak sebab mak dia yang suruh. Tanpa banyak fikir, ayah pun halau kakak tiri saya keluar rumah haritu jugak dan sama lah juga cite dia, esoknya ayah keluarkn sume barang2 kakak tiri termasuk almari baju tilam katil dan ayah bakar kat luar rumah guna minyak petrol. Huhu, lepas tu alhamdullilah, mak pun ok la takde lagi kena ganggu atau meracau malam2.

Tapi korang rasa, setakat tu je ke mak saya kena sihir🤔?? Ohhhh tidak.. korang silap~ 😌sebenarnya ada lagi lepas tu..macam yang saya cakap tadi, kakak tiri saya pernah warning mak saya kan, dia akan buat sampai ayah saya berbalik semula dengan bekas isteri pertama atau buat sampai ayah bercerai dengan mak saya. Dan kali ni sihir👹👿😈yang lebih teruk lagi mak saya kena dari yang sebelumnya..heh!😏(ketawa sinis)

Maaf, terlalu ringkas cite ni, akan saya ceritakan lagi di next entry.

Yus Fx
SIHIR TANAH KUBUR
9 (90%) 2 votes

30 comments

  1. Best penghayatan yang bagus. Sng difahami. Smbung cerita ke dua pula nk thu sihir ap yg ex wife ayah awk hantar kt mak awk shnga bleh brlaku pnceraian.

    1. Berdasarkn pengalaman mistik aku, sah sihir yg dihantar itu bernama ‘aki de loi’. Tujuannya ialah apabila pak dia cuba doggy atau 69 maka dengan segeranya sihir ni akan ambil alih dan menukar pepek mak dio kepada mulut binatang yg buas dan mempunyai gigi yg tajam. Jd secara otomatik pak dia akan takut dan secara langsung mak dio diceraikan oleh pak dio. Faham???

  2. Kepala empunya Fiksyen Shasha (FS) ini orangnya sangat sensitif kepada komen-komen di ruang komentar.

    Tidak silap aku sekitar tahun 2017 kepala empunya FS ni ada menyedia ruang pemberian hadiah kepada kaki komen yang rajin komen sehingga 250 kali komen akan mendapat piala.

    Tetapi kepala empunya FS ni macam cacing kepanasan pabila ada makhluk komen yang menulis ayat-ayat menggoda/lucah.

    Tup tup tup disebabkan makhluk komen ayat-ayat lucah ini teramat erotik ayat-ayatnya — kepala empunya FS block email mereka (makhluk komen ayat-ayat lucah/erotik).

    Pada hemat aku, tindakan kepala empunya FS ini teramat silap kerana komen ayat-ayat lucah/erotik dalam ruang komentar FS tidak selucah Instagram (IG).

    Dalam IG — aku sendiri melihat gambar-gambar selebriti dan awek tayang bentuk body yang sungguh memberahikan.

    Tup tup tup dalam IG bermacam-macam komen lucah/erotik yang terhambur, pabila aku membaca komen-komen dalam IG — adoi mampus larr macam ni IG sudah menjadi laman sosial erotik.

    Wajib diketahui, dalam ruang komentar FS, ianya tidak memaparkan gambar erotik selebriti/awek tayang body — kalau degil juga copy and paste link gambar erotik dalam ruang komentar FS — ianya tetap tidak memaparkan gambar erotik selebriti/awek menayang keghairahan bentuk badan — apa yang terpapar cuma tulis link panjang berjela-jela sahaja.

    Justeru, apabila kepala empunya FS ni macam cacing kepanasan pabila wujud komen-komen menggoda/lucah — empunya FS meledakkan satu bom nuklear (menghentikan pemberian hadiah/piala kepada 250 komen).

    Lebih teruk lagi, empunya FS gila babi buang bermacam-macam komen (sekadar komen atau ayat-ayat komen, tidak wujud gambar erotik/lucah seperti IG).

    Pada perspektif aku, empunya FS ni melakukan kesilapan besar — seakan-akan cuba mengawal jari-jemari kaki komen supaya tidak menulis ayat-ayat tidak senonoh atau empunya FS ini ingin semua kaki komen menjadi seperti Imam Muda atau Ustazah Dara — ini memang betul-betul kesilapan besar.

    1. KEPADA ADMIN,

      TOLONG “BLOCK” EMAIL DIA NI SEKALI.
      MEMBENARKAN APA YANG ISLAM LARANG. LUPA KEPADA DOSA PAHALA. INILAH ISLAM LIBERAL. MEROSAKKAN MINDA UMAT ISLAM. NAUZUBILLAH.

      1. Minta maaf. Sy xpernah lg baca dlm quran yg umat islam tidak dibenarkan kongkek. Malah diberi kebenaran utk kongkek hamba. Mohon pencerahan wahai si ‘dara’.

  3. Untuk pengetahuan penulis.Yang dikatakan ,Abang and Kakak tiri tu sebenarnya salah.Jika lahir dari ayah yang sama even berlainan ibu hukumnya Adik beradikTiada istilah tiri.

    1. Ya..setuju. Boleh Kawin kalo tiri..kalo kes atas ni mana leh kawin.adik beradik sebapa..selalu org keliru isu tiri ni…selalunya adik beradik tiri ni bila ayah atau mak kita kawin dengan janda or duda yg dah da anak dengan suami atau isteri perkahwinan terdahulu..

      1. Adik beradik tiri mana boleh kawin. adoiii..satu ibu tu adik beradik tiri. saya ayah adik beradik kandung. dgn adik beradik tiri tetap x batal air sembahyang. cuma nak walikan saudara perempuan je tak boleh.

    2. Maaf. Sy ada 1 persoalan yg bermain di kepala sy.
      1. Jika penulis dan abg tiri kongkek, adakah bermaksud incest??? ( alah mcm dlm drama bangbros). Ataupun bukan incest???

  4. apelaaaa komen camtu…..yg ckp empunya FS nii x patut tu dh knp pulak…aduhhh…nk tergelak aq….hahahah…bia laa empunya nak buat ape pun…..bagus ape elakkan ayat2 lucah…..kalau nak sgt lucah2 xyah laaa baca ruangan ni…pegi baca blog2 lucah sana…..takpun pegi tgk ig2 yg duk kata terbiasa ngan mnde2 lucah2 tuuu…hihiiii…..yg aq tertanya2 ape kaitan lucah ngan mistik niii….ntah pape je….aq tetap sokong empunya FS nii….

  5. yang suka cakap lucah dan meraban tak tentu hala ni mesti dah tersampuk jin gatal. nak kena tekan punai dia dgn lada hitam

    p/s: tuan rumah, terbaik. tolong sambung lagi cerita ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.