Terima kasih Admin FS.
Terima kasih semua yang sudi membaca, dan memberi komen.
Cerita ini rentetan daripada cerita “Pengalaman menjaga ayah di hospital”
https://fiksyenshasha.com/pengalaman-menjaga-ayah-di-hospital/
“demam..ada jangkitan kuman kt otak … memang pt delirium.. tu biasa…harap ayah cpt sembuh”
Aku suka komen di atas yang diambil daripada Fb.
Aku juga ingin berterima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan ayah aku. Selepas kejadian tersebut, ayah sihat sepenuhnya daripada jangkitan kuman, tetapi impak daripada sakitnya ialah ayah mengalami masalah mengawal pergerakan dan pertuturan. Malah, pemikirannya juga berbeza.
Sejujurnya aku tersepit di antara dua pemikiran: moden dan tradisional.
Aku dan adik-adik percaya kepada dua dunia ini. Namun, di dalam kes melibatkan kesihatan, penyakit dan seumpamanya, kami akan meletakkan keutamaan kepada rawatan moden. Tetapi, tidak semua saudara mara bersetuju. Jadinya, kami juga bersedia dengan kemungkinan semua ini mainan sihir.
Kenapa?
Entah. Mungkin disebabkan beberapa siri kejadian si hasad dengki menghantar sihir buat ayah sebelum-sebelum ini yang berjaya dipatahkan akhirnya.
Ada yang ingin mengetahui mengenai rawatan alternatif yang dijalani ayah?
Tidak terkira jumlah rawatan alternatif yang dijalankan. Bukan kami mencari, tetapi rakan taulan dan saudara mara tidak henti-henti membawa bomoh / perawat untuk merawat.
Di antaranya, beberapa bomoh berlainan dibawa untuk melihat samada ada sebarang mainan sihir dihantar buat ayahku.
Kesimpulan yang dapat kami buat daripada kedatangan mereka, terdapat 4 atau 5 orang yang penuh hasad dengki di dada bergabung modal untuk mengupah seorang bomoh daripada pedalaman Sarawak. Setiap hari, ada satu tengkorak akan diperasap dan dipuja berserta lain-lain ritual dijalankan dengan niat yang satu sahaja, iaitu ayah kami mati. Kebetulan ayah jatuh sakit, sihir jahat mereka berjaya menyerang, namun tidak cukup kuat untuk mematikan. Ayah punya pendinding sendiri. Kata merekalah, perawat dan bomoh.
Tetapi, tidaklah mustahil. Ayahku juga menurut ceritanya yang entah aku boleh percaya atau tidak, juga ada mengamalkan sedikit ilmu daripada ayahnya dan pernah beberapa kali bertapa. Tidak sukar untuk dia melakukannya kerana kerjanya memang keluar masuk hutan ketika itu.
Bertambah menarik, ayahku juga mewarisi barang peninggalan nenek moyang seperti keris yang sentiasa perlu dilumur limau dan diperasap. Namun, kesibukan ayah menyebabkan aktiviti itu tidak dilakukan secara tetap.
Malah, bapa saudaraku sendiri pernah menurunkan satu ayat untuk menyenangkan hidup aku katanya. Aku ni pelupa, cuma aku ingat ada seruan begini “Wahai Malaikat… (nama-nama malaikat), dengan izin Allah, lindungilah…” Gitu ajelah yang aku ingat. Benda yang aku tak yakin kesahihannya, aku tak amal.
Ada juga yang menilik, mengatakan yang menyihir bukan orang jauh. Tuan kedai makan berdekatan sahaja. Ayah pelanggan tetap. Besarlah peluangnya untuk memberi makan apa yang telah disihirkan. Entah betul, entah tidak. Susah untuk aku percaya. Kenapa dia menyihir ayahku? Menurut si bomoh, ayah suka bercakap besar. Ayah suka menceritakan kejayaan perniagaannya, politiknya, anak-anaknya, rakan-rakannya dan pelbagai lagi. Sedangkan, dia tiada semua itu. Keburukkannya mengetahui siapa dan siapa menyihir ini, kami menjadi takut dan mengelak daripada menyinggah kedai makan itu lagi sehingga kini. Entah. Adakah ini mainan syaitan semata?
Pernah juga seorang rakan ayah pergi sehingga negara Siam mencari sami yang kononnya mampu memberikan rawatan dan melihat empunya sihir. Entah, aku malas ambil tahu. Terasa seperti banyak menyimpang.
Kemudian, kiai daripada negara seberang juga dibawa untuk rawatan oleh seorang rakan yang lain. Yang ini, mahal benar bayarannya. Kami tak tanggung bayarannya. Diagnosisnya sama. Disihir.
Selepas satu demi satu dibawa, terasa bersalah agaknya mempercayai kata-kata bomoh dan perawat bukan berlandaskan Islam, maka perawat Islam pula dipanggil. Berbondong-bondong kumpulan mereka datang. Langkah pertama, membersihkan rumah daripada segala kemungkinan. Sebarang barang peninggalan nenek moyang dicari pengganti. Ada yang sanggup ganti kerana sayang harta nenek moyang. Semua gambar manusia diturunkan. Semua patung mainan dibuang. Rumah disembur air bacaan al-quran. Setiap inci dinding mesti disembur. Basah-basah rumah kami.
Proses rawatan dimulakan bagi membuang segala makhluk yang tidak diundang, yang menumpang, yang dihantar, dan termasuklah yang telah lama menginap di dalam dan luar rumah. Yang berada luar daripada kawasan rumah kami, tidak diganggu, termasuklah penjaga tanah belakang dibiarkan tetap di situ (aku ada cerita di dalam cerita Rumah Baru Ayah: https://fiksyenshasha.com/rumah-baru-ayah/)
Sekian.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Buruknya perangai ayah kau wani..Suka cakap basar..kan dah mendapat..
Bodoh kau
Cerita je la smpi hbs
Kadang aku x faham dengan orang melayu kita ni. Dah tau kena santau kena sihir benda syirik boleh p berubat lagi bomoh siam la bomoh hindu la bomoh orang asli la. Atas alasan sama kuat. Ambil benda yg syirik untuk lawan syirik… Baliklah pada islam susah sangat ka? Kes ni alhamdulillah last sekali sedar jugak tapi ada yg saya baca cerita lain alahai…. Syirik nak lawan dengan syirik last sekali makan diri balik.