Sihir Tok batin dengan Ilmu Orang Kubu.

Watak : Guru Siti, Rahman(tuning Siti), Ahmad (pelaku sihir), Anak Siti
Assalamualaikum wbt kepada team fiksyen shasha dan pembaca setia .

Semoga semua sihat sejahtera. Terima kasih kepada FS kerana sudi menyiarkan kisah aku Penangan Sihir Siam. Semoga kita semua terhindar dari perbuatan jahat ,azab dan khianat jin,syaitan,iblis dan manusia serta sihir-sihirnya dan mudarat di langit,laut dan bumi dengan Izin Allah swt.

Baik, kali ini akan nak cerita kan pengalaman merawat seorang pesakit iaitu seorang guru dan anakny di Perak. Ini berkaitan dengan amalan ilmu orang kubu seperti yang pernah diceritakan dalam kisah cerita popular SBDJ karangan Tamar Jalis. Berimanlah kepada Allah swt percaya bahawa ada benda yang kita tak nampak tapi ia wujud sama seperti Sang Gusti Allah Azzawajalla.

Kisah ini terjadi pada tahun 2017, bermula al kisah seorang guru wanita yang sudah bercerai dengan suamminya dan guru ini cantik juga orangnya dan laku. Guru ni ada seorang anak gadis remaja dan seorang anak yang periang dan happy go lucky. Nak dijadikan ceritaguru ini menemui cinta baru pengganti utk suami terdahulu dan berhajat nak bernikah dengan pemuda ini.

Mereka mula menyulam kasih, tetapi dalam diam guru Siti (nama samaran) tidak tahu bahawa ada seorang guru lelaki lain yang bernama (Ahmad nama samaran) juga memendam kasih cinta pada Siti yang sudah bertunang dengan Rahman(nama samaran). Ahmad seorang yang pendiam dan berbadan kecil juga guru di sekolah sama dengan Siti. Sudah lama diperhatikan kelembutan,keramahan dan kecantikan Siti dari jauh oleh Ahmad.

Pada suatu hari Ahmad dengan berani meluahkan kata cinta dan kasih pada Siti walau sudah mengetahi nahawa Siti bakal berkahwin dengan Rahman tunangnya. Siti menolak dengan elok dan menyatakan dia dah nak kahwin tapi Ahmad tanpa segan silu selalu menyapa dan melontarkan kata2 romantis dan cinta pada Siti setiap kali dan hari bila ketemu di sekolah sehingga memberikan hadiah pada Siti. Hal ini lantas disampaikan oleh Siti pada Rahman, tunangnya.

Seperti lelaki yang lain biasanya yang penuh sifat angkuh, ego dan tercabar dengan tingkah laku Ahmad pada tunangnya. Lantas berdepan Rahman yang tinggi dan tegap depan-depan dengan Ahmad. Habis dimaki caci, hambur kata-kata kesat kerana terasa ego dan maruah tercabar akan tindakan Ahmad.. Tetapi Ahmad sedar dia tidak berupaya hendak melawan kata-kata mahupun kekuatan kerana bertubuh kecil dan tak berkeupayaan.

Ya, Ahmad terasa malu yang amat kerana dimalukan di hadapan rakan sekerja sekolah dan di depan murid-murid. Terasa harga diri dan kredibiliti sebagai guru dan manusia tergugat dan hilang.

Selepas beberapa hari dari kejadian itu, Ahmad mengambil cuti Panjang selama 3 minggu. Satu sekolah tertanya-tanya ke mana Ahmad menghilang dan Siti seperti biasa menjalani kehidupan yang aman tanpa gangguan Ahmad. Selepas 3 minggu, Ahmad melaporkan diri di seolah kembali tetapi kali ini raut,gaya langkah dan percakapannya makin berubah dan disedari oleh rakan sekerja. LAngkah makin segak, raut makin pebuh yakin dan jalan mendongak ke langit dengan megah,bukan seperti yang dulu pendiam. Semua anggap Ahmad dah tidak kecil hati dan murung akan kejadian lepas.

Bermulalah episod hitam keluarga Siti dan anaknya selepas itu. Anak Siti mula malas ke sekolah, hilang selera makan, dan payah hendak berjalan dan gerak serta diri lama-lama. Dalam masa sebulan anak Siti terus lumpuh dan lembam. Tidak boleh menguruskan diri sendiri dan bercakap atau ke tandas. Siti dan Rahman runsing dan resah kerana apa yang terjadi.

Puluhan ustaz dan perawat tidak kira jauh dekat dan puluhan ribu ringgit habis untuk merawat. Duit nak kahwin kenduri pun habis digunakan , semua kuasa Allah swt kerana Dia yang mengizinkan dan mengkehendaki akan semua alam ini. Habis berpuluh perawat datang dan pergi tetapi dugaan Siti masih belum reda. Tidak silap Siti dan Rahman dah berhabis anggaran sebanyak RM45,000 untuk berubatkan anak Siti.

Aku mendapat panggilan dari Siti melalui rekemen kenalannya. Setelah berbincang dan dipersetujui akan kos minyak dan tol cukup untuk aku pergi dan balik naik myvi. Maka aku dan guru aku serta beberapa rakan seguruan bergerak ke rumah pesakit di Perak pada hari yang ditetapkan.

Sampai di rumah pesakit, seperti biasa kami semua akan solat kesyukuran,isthikarah dan solat hajat memohon Allah untuk petunjuk,berkat dan pertolongan dalam proses perawatan. Dalam proses rawatan kali ini kami bermalam di sana selama 4hari 3 malam kerana rintangan dan dugaan sangat kuat dan sukar.

Bila kami semua teliti dan siasat, bermacam-macam punca kami jumpa kenapa ia berlaku. Bermacam petunjuk dan kena tapis mana yang benar dan salah kerana takut salah nnt akan jadi fitnah. Antaranya ada yang dpt kena sampuk, terlanggar benda, saka dan macam-macam lagi.

Akhirnya Allah itu buka jalan dan beri petunjuk ianya adalah sihir tuju-tuju bunuh oleh orang asli di daerah dalam Perak. Sihir ini bukan tujuan nak pisahkan Siti dan Rahman tapi nak ragut nyawa.

Kami semua bersilih berganti merawat dari malam sampai subuh selama 3 malam itu. Akhirnya kami di beri petunjuk ilmu orang asli ini ialah ilmu dari orang kubu yang berada di Kalimantan. Ilmu ini dahsyat kerana boleh bunuh orang yg dikehendaki dengan hanya tikam tapak kaki lawan, tepuk gambar dan sebut nama mengikut tingkat-tingkat pengamalan ilmu ini.

Kami semua bertungkus lumus tanpa mengenal penat memohon pad Allah untuk pertolongan dengan bermacam-macam bacaan ayat Al Quran dan zikirullah. Syaitan-syaitan dan khadam jin yang dihantar oleh tok batin ini bukan sembarangan. Rupanya kategori hodoh 10x ganda dari apa yang anda tengok dalam telivisyen dan movie-movie.Akhirnya kami menangkap qorin tok batin itu dan bertarung dengannya, qorin itu kalah dngan bantuan dan izin Allah dan kami Berjaya peroleh pemati sihir ini.

Tetapi nama tok batin ni kami tak dapat perolehi dalam proses nak tawarkan ilmu dia. Qorinnya itu degil tak nak pecah rahsia nama penuh tok batin itu walau diseksa banyak kali. Melalui risikan kami tok batin ini diupah oleh Ahmad pada Siti kerana Rahman telah memalukan dia semalu malunya.

Tetapi dengan izin Allah ia kena pada anak Siti dan itu juga sebagai ujian untuk Siti sekeluarga. Siti bergolok bergadai untuk menyembuhkan ankanya. Dengan berkat Allah Taala semua selesai. Ahmad akhirnya berpindah sekolah sebulan selepas kejadian anak Siti sembuh. Anak Siti sakit selama 6 bulan dan diberi kesembuhan sepenuhnya dalam masa 3 bulan dan dah boleh menjadi seperti manusia normal kembali..

Sedikit info ilmu orang kubu
-Tahap perjanjian syaitan tahap tinggi- Perlukan pengorbanan darah setiap kali lakukan ritual hantar sihir
– Paling tinggi boleh bunuh mangsa dr bekas tapak kaki dan tepuk pada gambar
– Banyak pantang larang petua dalam amalan ilmu ini.

Akhir sekali saya ingin berpesan janganlah menyekutukan Allah swt. Tiada yang berkuasa selain Dia. Walau teranaiya mana pun jangan mengalah dengan syaitan dan jangan kita memalukan,menganaiya dan menjatuhkan maruah seseorang manusia walau berlainan agama sekalipun. Kerana dalam dunia ini ada Balasan, Ujian, Hikmah dan Istidraj. Bersangka baik sesame manusia dan sengan Allah swt.

Nantikan kisah dari utara pesakit nak test ilmu dengan berpura nak berubat dan kisah rawatan di Felda Seroja Jengka 18 akibat perebutan harta dan suami, inshaa Allah..wassalamualaikum.

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Syed As Siddiq
Sihir Tok batin dengan Ilmu Orang Kubu.
9.4 (93.75%) 16 votes

21 comments

  1. assalamualaikum.en. syed, boleh kongsi bagaimana untuk mengelak kita rasa takut dengan makhluk halus ni.walaupun saya cuba mengamalkan ayat2 pendinding..membaca dan mendalami maksud quran, kadang2 masih ada perasaan ragu dalam diri.apa nasihat en.syed yang boleh saya perbaiki diri.

    1. waalaikumussalam cik ara. Rasa seram dan takut itu berbeza. Seram saya pun ada tp inshaa Allah rasa takut tu kita cuba kurangkan hingga tiada lagi. Pada pendapat saya untuk hilangkan rasa takut tu cik cuba kaedah uji nyali seorang diri tp kena berteman dengan orang yang arif boleh handle apa2 jika sebarang kerasukan/kekacauan berlaku. mulakan dengan uji nyali sorang2 di dalam bilik sendiri pun boleh dalam keadaan gelap gelita. Mulakan dengan zikir dan apa sahaja gangguan dan halangan yang berlaku, cik kena berani dan tabah. Sergah sebelum di sergah, dan carilah guru seeloknya dalam ilmuan begini. Pelukan bimbingan takut nnt akan makan diri jika sifat takbur, ujub dan riak itu muncul jika kita terlampau berani nnt. Nak berguru cari yang mursyid berlandaskan syariah dan syarak,Quran, sunnah dan hadis. Banyak yang temberang mengaku guru tapi guna jin dan syaitan. . sekian

      1. alhamdulillah.terima kasih banyak-banyak atas nasihat.mungkin saya belum layak untuk cabaran begini.kadangkala bila saya fikirkan cabaran kehidupan dunia ghaib ni lebih mencabar, dan itu yang paling perlu dijaga berbanding cabaran kehidupan dunia nyata.sekurang2nya dunia nyata kita nampak dengan mata kasar.yang tak nampak ni payah.apa pun terima kasih atas jawapannya.doakan saya dan keluarga akan ditetapkan iman dan sentiasa dilindung oleh Allah SWT.
        Terima kasih.

  2. Assalamualaikum Encik Syed, boleh saya dapatkan contact number? dah hampir berbelas tahun emak saya terkena buatan orang, dan pelbagai ikhtiar kami sekeluarga cuba. alhamdulillah sekarang makin sembuh, tapi still ada sisa sisa sakit. sekarang ayah saya pula terkena 😞

  3. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh En. Syed As Siddiq. Semoga Allah merahmati dan melimpahkan ganjaran yg tinggi pada anda, guru dan sahabat yang membantu manusia lain kerana Allah Taala.
    Saya amat berbesar hati sekiranya En Syed As Siddiq dapat memberi contact di email saya [email protected]

    Jazakallahu khairan. Wassalam

    -Faezah-

  4. Assalamualaikum En. Syed. Saya nak tanya. Encik boleh tafsir mimpi? Sebab dari saya umur 19 tahun sampai 22 tahun pada tahun lepas. Saya selalu mimpi pelik2. Dia macam berkait pun ye.

    1. wassalamualaikum cik aisyah, maaf saya tak boleh tafsir mimpi. hanya ahlilnya sahaja yang boleh tafsir. jika tidak akan jadi tilikan dan itu syirik. mungkin cik kena cik jika kerap mimpi yang pelik2.wallahua’lam

  5. Assalamualaikum En. Syed, saya nak bertanyakan perihal ayah saya, dah lama sakit lbh kurang 10 tahun lalu, macam2 dah kami buat tapi xde yang berhasil sampai kami dah redho je, boleh tak syed email saya [email protected]
    mungkin dapat membantu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.