Penangan Sihir siam

Asssalamualaikum wbt kepada admin serta pembaca setia fiskyen shasha. Aku nak cerita 1 pengalaman seram yang aku selalu alami. Untuk makluman aku seorang pengamal perubatan alternatif islam dan banyak kejadian seram yg ditempuhi sebelum,semamsa dan selepas merawat pesakit dengan memohon pertolongan Allh s.w.t.

Untuk peringatan pembaca semua, janganlah kita takut akan iblis, jin dan syaitan kerana tiada apa yang berkuasa selain Allah dan dengan izinNya. Bergantung pada Allah swt dan bukan pada makhlok lain seperti apa yg dah biasa kita masyarakat melayu khususnya yang terlalu takut dan percaya akan hantu-hantu ni.

Salah satu kejadian yang aku tidak boleh lupa ketika seorang pesakit dr pantai timur menghubungi aku dan memberitahu akan masalah gangguan yang dihadapinya. Ibarat menuruti akan cakap seseorang dan rumahnya tidak selesa diduduki oleh dia dan keluarganya. Kejadian ini sudah berlanjutan bertahun dan sudah berpuluh tempat pergi berubat cuma belum diizinkan Allah swt utk sembuh.

Untuk makluman pembaca,aku tidak buat rawatan jauh kerana ia tiada adab dan banyak khilaf serta rawatan aku percuma fardhu kifayah.
Sebagai langkah permulaan aku minta gambar dan nama pesakit serta ibunya sekali (sihir dan santau boleh hantar guna nama dan gambar,jangan bagi sesuka hati). Aku buat solat isthikaroh dan solat hajat untuk meminta petunjuk dan pertolongan Allah swt. kemudian aku susuli dengan bacaan yaasiin dengan dibacakan pada gambar pesakit. Bacaan dari cara 7 mubin(boleh dipraktikkan untuk apa jua jenis kes).

Malam itu selepas selesai bacaan, aku melabuhkan punggung sambil zikir kepada Gusti Allah. Tiba aku terdengar suara seakan bacaan zikir dalam bahasa siam. Dan suara itu dalam jumlah yang ramai dan makin kuat. Rakan serumah aku xada yang dengar, hanya aku seorang saja. Aku buat x tahu sebab aku anggap ini hanya gangguan dan cubaan nak melemahkan dan menghasut anak adam dari membuat jalan kebaikan. Rasa seram memang ada dan berpeluh2 aku meneruskan zikir. Tapi rasa takut tiada kerana Allah azzawajalla itu lagi Maha berkuasa terhadap semua makhluk dengan kuasanya dan izinNya.

Suara zikir siam makin kuat dan lantang sehingga kawan serumah aku mula terdengar dan jadi takut. Mereka menggigil dan resah sebab dengar suara yang bukan biasa-biasa. Aku suruh mereka zikir bersama dari terpengaruh dengan gangguan jin syaitan.

Macam-macam yang aku nampak kelibat didalam rumah. Ada yang besar,kecil,taring dan bertanduk tajam.Lidah menjelir dalam usaha nak menakutkan anak adam. Itu semua hanya mainan syaitan dan ilusi. Aku tidak takut dan terus menerus membaca ayat suci Al Quran. Jangalah kita takut akan makhlok lain.

Gangguan itu berlaku selama sejam lebih dan memenatkan dengan permainan batin nafas. Beberapa hari kemudian aku pergi ke rumah pesakit di pantai timur dan meneruskan rawatan dan akhirnya dengan izin Allah swt semua urusan dimudahkan dan gangguan sihir siam yang di kenakan berjaya dipatahkan. Si penyihir membayar sejumlah wang pada sami buddha siam untuk sihirkan pesakit kerana nak harta dan duit. Pesakit juga telah kehabisan emas sekitar 2kg yg telah diberikan secara paksa rela oleh penyihir dan ribuan ringgit lagi duit habis. Ambil iktibar kita sebagai manusia jangan mensyirikkan Allah kerana nanti x bau syurga. Berhentilah dari amalan khurafat dan takut kepada jin syaitan dan iblis.sekian

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

syed as siddiq
Penangan Sihir siam
5.7 (57%) 20 votes

65 comments

  1. boleh saya thu penulis ni tinggal di mana ? atau mngkin penulis bole email saya [email protected] ni berkaitan dgn mak saya .. sdah sminggu lebih sakit kaki .. mule2x sakit dekat betis lepas berurut trun ke tapak kaki .. ade mntak tolong org tngokkan .. katenye kena buatan orang .. saya cuma nak pastikan btol atau tidak .. tolong saya. ksian mak saya pergerakan nya terbatas.

    1. Assalamualaikum wbt tuan/puan. Maaf jika pemahaman dari ayat saya perubatan jarak jauk tu x beradab. Cuma dari pandangan dan pendapat saya jika merawat dari jarak jauh akan senang dan banyak muncul bidaah,fitnah dan khilaf pada pesakit,perawat dan buruk sangka pada Allah swt itu sendiri. Sbg contoh jika seseorang pesakit patah kaki dan hanya duduk dirumah tidak berjumpa doktor di hospital mendapatkan rawatan. Tapi hanya dengan gunakan medium lain seperti socmed, telefon, whatsapp dan lain2. Persoalannya jika dengan cara begini adakah pesakit itu akan sembuh atau tidak, itu memang kuasa Allah. Tapi jika tanpa usaha mana mungkin kita nak sembuh mengikut tertib dan adab yg sebetulnya kan? Ini hanya pendapat dan pandangan saya yang banyak khilaf ni. Saya tidak memaksa untuk menerima. Kerana bertemu depan2 lagi senang untuk explain,siasat dan mencari jalan kepada segala dugaan dan rintangan dan ujian yang melanda pada pesakit dan ujian untuk perawat juga.

    1. Ada sikit darah jawa tetapi x pernah belajar agama di indonesia Saya lulusan sekolah kerajaan Malaysia. Hanya insan berdosa yag ingin ke syurga sahaja tuan.

  2. Betul ke sihir siam memang ada kaitan dengan sami buddha? Bukan ke penganut ajaran buddha ni selalunya tenang sebab tak banyak terikat dengan duniawi? Kenapa dia boleh buat kerja macam ni?

    1. Assalamualaikum wbt tuan. Dalam bab sihir ni saya cuba tidak berada dalam pemikiran hanya tertumpu pada satu titik sahaja. Jika orang nak buat khurafat, x dikira apa cara sekalipun. Ada saya pernah berjumpa orang islam guna ayat sanskrit kuno dalm jamppi dan sembah patung buddha, ada yang tulis ayat Quran guna najis. Ada bomoh agama lain yang guna ayat wafaq bercampur Quran dan bahasa ibunda mereka serta sanskrit kuno Islam juga agama suci dan nyaman tetapi ada juga pihak2 yang ekstrimis mendakwa islam dan membuat kerosakan dan kekhurafatan x begitu tuan? Cuma pada hemat pandangan saya jengan kita mudah terpedaya dengan rupa paras di permukaan tp selidik sedalam2nya seperti dalma cara kita hendak berguru. Maaf atas segala khilaf saya.

  3. Nama je Syed…. tapi macam “Sperma Anjing”. Buat malu golongan syed je. Hu3. bodo, bodo, bodo..minum je sperma ko

  4. makin mengarut melampau2 komen2 kat FS ni skrg. rasanya lebih baik kalau admin disable je terus komen. biar semua tak dpt komen. nak block, filter pun they will always come back somehow. mengganggu pembacaan bila ada komen2 lucah, maki hamun, racist dan lain2.

  5. Eh kau ni cerita dia biarlah dia, nak membongak ke berlagak ke belakang cerita. Orang kata biar rupa takde asalkan beradab, ni kau dua dua pun takde pftt. Smh

  6. sejak munculnya org yg teradab tuu dlm komen Fs aq jdi naik muak tgk…dah kemana perginya sopan santun tu….dalam ni leh r tnjuk hebat dgn komen2 tak beradab dan lucah tuu….mereng agaknya…

  7. Assalamualaikum penulis,

    Saya perlu tanyakan sesuatu berkenaan sakit ganjil ini. Sakit ini datang berulang-ulang setiap tahun. Saya betul-betul perlukan pertolongan. Harap si penulis bisa emel saya di [email protected]

    Terima kasih. Semoga Allah terus merahmati kalian semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.