Silat Harimau

Assalamualaikum wbt kepada team FS dan pembaca sekalian. Syukur diberi umur panjang untuk saya berkongsi lagi pengalaman yang sedikit tentang dunia persugihan ini. Kali ini kejadian berlaku di satu daerah terpencil di selangor pada tahun 2017.Maaf kisah kali ini agak pendek dan kurang seram.

Ketika itu saya telah bertemu dan berkenalan dengan satu kumpulan organisasi silat batin menggunakan semangat “macan”(harimau) dalam ilmu silatnya. Beberapa sesi juga saya ada menghadiri dan melihat dari jauh sesi sparring latihan mereka. Saya lihat mereka ini akan melakukan ritual memanggil semangat “macan” masuk ke dalam badan mereka. Mereka ini akan jadi separa sedar bila ber sparring dan mengeluarkan bunyi seperti rimau dan mencakar juga. Penumbuk dan tendangan semasa serangan juga agak padu. Bila sesi ini bermula, mereka tidak akan rasai kesakitan, selepas habis baru akan rasa penat dan sakit. Pada pandangan saya ini bertentangan dengan ajaran Islam kerana bergantung kepada makhluk lain selain Allah dalam mengerjakan sesuatu apa ntah lagi benda ghaib.

Pada suatu hari saya di pelawa mereka untuk dimasukkan semangat macan dan bersparring bersama mereka. Untuk makluman pembaca, saya ada kesan sampingan bila bergantung dengan benda-benda ghaib ini. Emosi akan selalu terganggu dan berubah seperti kita dikawal oleh makhlok berkenaan. Bila selalu memasukkan smengat, badan akan mula sebati dengan makhluk berkenaan dan badan kita akan di jadikan perumah mereka dan akhirnya kita akan jadi bukan kita akan seperti patung yang di kawal.

Saya menolak pelawaan mereka untuk sparring dan menggunakan harimau. Saya cuma tengok sahaja dari tepi gelanggang. Di dalam masa sama, saya mula membaca sebanyak 7x potongan ayat at-taubah 128-129, Al baqarah ayat 18 dan ayatul kursi memohon perlindungan dan bantuan Allah swt. Saya iringi dengan zikir la ilaha illallah tanpa henti.

Tiba-tiba saya tergerak untuk menerima pelawaan mereka tapi bukan masuk harimau, hanya bergantung dengan Allah melalui bacaan ayat-ayat suci Al Quran. Ayat tersebut saya bacakan dan hembuskan serta sapu pada tangan,lengan,kaki dan badan. Ayat kursi saya baca dan sapu pada kepala dan muka. Mereka yang dalam gelanggang memerhatikan saya dengan muka bengis dan suara kasar. Ketua mereka berubah air mukanya melihat saya yg masih diluar gelanggang.

Bila saya mula melangkah ke dalam gelanggang, yang lain seperti undurkan diri kebelakang. malah ketua mereka menghalang saya dari meneruskan niat nak sparring dengan anak muridnya. Untuk makluman pembaca saya tidak pernah belajar atau amal silat olahraga/batin. Ini cuma gerakan hati saya untuk menerima pelawaan mereka. Saya tidak menyeru atau bergantung kepada apa-apa kuasa selain Allah swt. Ketua mereka memberitahu saya untuk batalkan niat dan tidak di beritahu sebab apa dan kenapa. Dalam kepala otak saya cuma ada Dia dan berserah redha walau apa yang terjadi dalam gelanggang. Mereka semua berhenti berlawan dan saling memandang antara sendiri dalam keadaan binggung.

Saya keluar gelanggang dan hanya melihat dari tepi acara mereka sparring sesama sendiri. Saya perhatikan banyak aura yang negatif yang muncul dan seram sekelilingnya. Saya teruskan zikir pada Allah swt memohon perlindungan. Selepas habis sesi sparring saya pun balik seperti biasa cuma ada perasaan sesuatu memerhatikan saya dalam perjalanan balik dengan renungan yang tajam dan sifat amarah. Wallahua’alam

p/s : ayat yang sering saya baca untuk mohon pelindung dan pendinding diri At taubah 128-129, Al Baqarah 18, Ayat Nabi Sulaiman, Ayat kursi , Al Fatihah, Al Ankabut, zikir Nabi Yunus surah Al Anbiya ayat 87

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Syed As Siddiq

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 3]

8 thoughts on “Silat Harimau”

  1. salam.. mohon pencerahan.. pd tuan syed assiddiq.. apa ayat nabi sulaiman?? & surah al-‘ankabut tu ayat ke berapa??.. terima kasih..

    Reply
  2. SalaMun, ‘Ala Sulaiman, Fil ‘alamin jin sememangnya gerun dengan nabi sulaiman . binatang pula takut kepada nabi nuh Ala Nuhyi fil alaman . Waallahualam

    Reply
  3. Tak kira ayat apa kita baca atau amalkan, memang mula2 tauhid kita pada Allah swt, tapi lama2 hati manusia ini akan pegang tauhid pada ayat yang dicipta Allah swt atau makhluk sebagai asbab bantuan yang di hantar oleh Nya..itu yang boleh membezakan antara perlakuan syirik atau tidak kerana betapa halusnya garis yang memisahkan haq dan batil..Saya x kata semua silat itu syirik tapi kebanyakan kita tanpa sedar syirik kepada Allah swt walau itu syirik kecil. Siapa yang tahu?? hanya antara kita dan Allah swt yang tahu apa tauhid kita padaNya.. Ada yang pegang pada ayat, pada asbab bantuan, pada barang yang dipakai walu gunakan ayat Al Quran..kena inigat ye godaan syaitan dan iblis itu ada banyak.. Baik dalam jahat dan jahat dalam baik yang selalu berlapik2..jadi xpayah lah nak trigger kata saya ni dok condemn silant yang anda semua ikut..fahamkan dan hadamkan ayat dan cerita yang saya tulis.. jika dah seru semangat atau pendamping dan lain2 dengan guna mantera2 yang terang2 bukan dari ayat Al Quran, itu bukan syirik ke???

    tepuk dada tanya iman. Allah swt dah beri 4 hidayah jadi gunakan wahai pembaca2 sekalian

    Hidayah yang telah diberi:
    kelahiran Nabi saw
    Kedatangan Islam
    Turunnya Al Quran
    Iman/akal

    Xperlu nak tanya pada ahli2nya kalau nak tentukan syirik atau tak.. Back to basic Al Quran,sunnah dan hadis2 sohih dan pendapat ulama’ yang benar…Al Quran tu sepanjang zaman bukan untuk sesuatu kaum seperti yang sebelum ini..

    wallahua’lam

    Reply
  4. as salam tuan syed as siddiq. sy rsa, ilmu silat gayung yg sesuai dgn tuan. tuan cme perlu berdiri setempat, berserah pada Nya. klu lawan tuan serang, tuan tepis je. nk serang balik pn xpe, sbb lawan tuan mmg bniat mahu cederakan tuan.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.