Sisi gelap Ilmu Pecah Diri..

Assalamualaikum wbt dan terima kasih kepada team FS dan pembaca setia sekalian yang masih sudi membaca naskah penulisan saya yang tak seberapa ini. Syukur ke hadrat Ilahi diberi kesempatan berkongsi kisah benar dan seram sekali lagi. Semoga pembaca semua dalam perlindungan, kerahmatan Allah swt.Kali ini saya ingin berkongsi apa itu Ilmu Pecah Diri yang diakui oleh kebanyakan orang yang memilikinya.

Saya berikan sedikit sejarah tentang ilmuan ini.
Ilmu pecah diri asalnya menurut cerita orang lama adalah ilmu kelahiran dari amalan yang dilakukan oleh Sunan Kalijaga suatu ketika dulu di Tanah Jawa. Seperti sedia maklum beliau adalah seorang yang kuat ilmu agamanya dan giat berdakwah ada yang kata beliau adalah wali Allah wallahua’lam.

Ilmu pecah diri ini banyak dipraktikan sama ada menggunakan amalan ilmuan putih ataupun hitam sehingga kini. Mesti anda pernah dengar akan cerita dulu-dulu yang selalu nampak orang yang sama berada di 2 tempat yang berbeza sama ada dalam jarak dekat atau jauh tetapi dalam masa dan ketika yang sama. Ini adalah salah satu kelebihan ilmu pecah diri, namun anda semua kena berhati-hati kerana ada diantara manusia khususnya umat Islam membela hantu raya dan membuat perjanjian dalam hendak memiliki ilmu pecah diri ini. Ilmu ini biasanya digunakan untuk menjaga harta benda, kebun, anak, rumah dan lain-lain lagi.

Amalan putih mendapatkan ilmu pecah diri kenalah berguru dengan yang mursyid menggunakan Al Quran namun untuk yang mencari jalan singkat, mereka membela hantu raya dalam saduran ilmu ini. Sebab itu ada beberapa kes pesakit yang saya temui, isteri-isteri mereka didatangi susuk tubuh yang menyerupai suami mereka dan menjamahi tubuh mereka ketika suami tiada dirumah. Kes ini memang selalu sangat berlaku.

Jika amalan ilmu ini berpunca dari amalan ilmu hitam hantu raya, maknanya ia bukan lagi bersifat melindungi tapi bersifat menganaiya dan mensyirikkan Allah swt. Semoga kita semua dijauhi dari dosa amalan sedemikian. Proses nak membuang hantu raya ini bukan jalan yang mudah tetapi ianya melalui proses yang amat sukar dan banyak serta memakan masa yang panjang. Pelbagai cara yang digunakan untuk membuang ilmu ‘Pecah Diri’ ini. Antaranya, ada yang menggunakan tebu hitam, andang pinang, kayu kemuning hitam dan macam-macam lagi. Namun ada petua awal untuk mengetahui siapa pembela hantu raya yang saya selalu amalkan.

Berikut aadalah petua untuk mengetahui pengamal ilmu “Pecah Diri” menggunakan peliharaan “Hantu Raya”

Bacalah ayatul Kursi 7x, Al Fatihah 7x dan niatkan apa yang dihati. kemudian hembus ke arah orang yang anda syak ada membela apa-apa saja .Inshaa Allah nanti anda akan mendapat petunjuk atau alamat.

Biasanya orang yang ada membela hantu raya juga ada menyediakan perkhidmatan memagar kediaman atau harta benda dengan mantera yang tidak kita fahami. Ada yang mempunyai ilmu kebal dan penunduk atau penyeri muka. Golongan ini wajib dijauhi supaya kita tidak terjebak atau terkena kesan dari amalan mereka ini. Jika kita tidak menjauhi pengamal “hantu Raya” ini, dikhuatiri kita akan terpengaruh dan secara tidak langung turut sama mengamalkannya.

Ada yang memiliki kekuatan luar biasa dan mampu mengangkat benda yang berat yang diluar jangkauan manusia. Cara paling ampuh nak melawan amalan khurafat begini adalah dengan tawarkan ilmu si pemakai hantu raya dari jauh mengikut cara masing-masing.

Sekian sahaja untuk kali ini, lain kali saya akan kongsikan jenis-jenis santau dan amalan pengamalnya serta cara mengubatinya, inshaa Allah

Syed As Siddiq
FOLLOW FB KAMI.

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.