Suara Humming di Hotel Sarawak

Assalam dan salam perpaduan. Terima kasih FS sekiranya menyiarkan kisah aku ini. Terima kasih juga kepada semua pembaca yang sudi meluangkan masa membaca kisah aku yang agak ringkas ini.

Kisah seram suam suam kuku ini berlaku kira kira 5 tahun yang lalu ketika aku menghadiri seminar di Sarawak. Telah menjadi lumrah bagi aku untuk travel, menghadiri seminar dan forum ke sana ke sini. Domestik dan ke luar negara. Aku seorang ahli akademik dan researcher.

Hampir setiap bulan aku akan menginap di hotel. Alkisah pada malam kejadian, aku menginap satu malam di salah satu hotel 5 bintang di Kuching. Ya, hotel 5 bintang pun berhantu. Segalanya kelihatan normal dan okay pada mulanya sehinggalah pada malam tersebut aku tidur melayari bahtera mimpi.

Ketika itu aku bermimpi aku berada di dalam bilik hotel yang sama. Cuma, dalam mimpi aku itu, biliknya kosong, tiada perabot lain kecuali katil aku sahaja. Aku bermimpi, sayup sayup aku terdengar percikan air shower dan kedengaran suara perempuan sayup sayup humming (bunyi hmmm hmm) dalam shower room, seolah olah ada orang sedang mandi.

Lalu aku terjaga. Mamai dan kebingungan. Mataku masih berat. Terasa pedih sedikit dan sukar membukakan mata sepenuhnya. Aku cuba menggapai telefon yang diletakkan di bedside table. Ketika itulah telinga aku menangkap sesuatu bunyi. Bunyi yang sama yang aku dengar dalam mimpi!. Kali ini bunyi tersebut lebih kuat dan jelas. Suara humming menyanyi nyanyi lagu melayu lama. Aku bingung memikirkan sama ada aku masih bermimpi atau tidak. Lalu aku menggigit ibu jari untuk memastikan keadaan diri aku. Sakit!. Tandanya aku memang sedang dalam keadaan sedar dan jaga.

Aku terkebil kebil memandang siling. Perasaan bercampur baur. Bingung dan perasaan cuak mulai datang menyelimuti aku. Bunyi air dan suara humming di bilik shower masih kedengaran. Makin lama makin jelas. Tiba-tiba bunyi shower tidak lagi kedengaran dan aku terdengar bunyi pintu kaca shower dibuka. Ah, sudah! Suara humming makin lama makin dekat dan diselang seli dengan hilaian pendek pendek. Cepat cepat aku tekup muka dengan bantal.

Walau dalam ketakutan tetapi perasaan ingin tahu terlalu kuat, lalu mencuri pandang disebalik tekupan bantal. Aku sempat melihat di hujung mata kelibat bayang bayang putih melayang layang bergerak menuju rapat ke arah katil. Aku menekup kuat bantal ke muka. Kedengaran suara humming sangat dekat di telinga. Seperti ibu menyanyikan lullaby song kepada anaknya. Ini tak lawak. Tak lawak. Aku menggeletar ketakutan amat dan hampir sahaja terkencing. Cuba mengingat kembali ayat kursi dan surah 3 Qul, namun gagal. Ditenggelami rasa takut dan panik. Suara itu cuba mendodoikan aku tidur selama 10 minit seterusnya. Itulah 10 minit terpanjang dalam hidup aku.

Tiba-tiba aku boleh mengingat kembali ayat kursi. Kuat-kuat aku mengalunkanya. Terus segera suara itu lenyap. Aku mengalihkan bantal dan memerhatikan sekeliling. Hilang. Senyap sunyi. Aku melepaskan nafas lega. Terasa peluh jantan membasahi dahi. Aku mengambil sedikit untuk bangun dari katil. Semangat ingin tahu aku membuak-buak menyebabkan aku memberanikan diri pergi ke shower room. Tatkala aku menguak pintu kaca tersebut, aku melihat tiada setitis air pun di lantai. Ianya Kering. Pelik bukan?

Aku bingkas menyarungkan baju dan seluar lalu turun ke ground floor untuk berjumpa receptionist. Aku menceritakan segalanya dengan sedikit gagap. Masih terkejut aku kira. Terlopong dan terpisat pisat gadis tersebut. Lalu, menghulurkan kunci bilik yang baru. Kemudian, dia mencatatkan sesuatu di buku log di atas kaunter. Aku segera mencapai kunci bilik baru tersebut lalu terus beredar.

Aku tak boleh tidur selepas itu dan seribu satu pertanyaan datang dalam benak fikiran.
Keesokan paginya aku demam dan aku terpaksa MC 3 hari.

Sekain dan terima kasih

hantar kisah anda di sini : fiksyenshasha.com/submit

Raihan Fathi

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 4]

6 thoughts on “Suara Humming di Hotel Sarawak”

  1. Let me guess, is it hotel H? Sebab ada orang lain pernah hantar cerita hantu, berlaku di hotel 5 bintang di Kuching. Tapi ceritanya lain.

    Reply
  2. Dia punya humming dlm bilik hotel.. kami punya humming dlm bilik hostel.. nasib baik kami ramai, bukan sorangĀ² yg kena…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.