Sumpahan Tingkap

Assalamualaikum, dah aku taknak intro panjang-panjang..anda dijemput untuk baca kisah ini..
Amaran: kisah ini panjang jadi baca dengan sabar.

Kisah ni terjadi masa aku tingkatan 4, hujung tahun 90an, rumah kampung dulu-dulu ni jenis tinggi dan tingkap tu jenis nak bukak kena tolak keluar.. kalau kena tolak dengan angin, memang boleh tercabut jantung sebab bunyi ‘bedepo’ dia kuat..Kalau kau nak terjun dari tingkap tu pun boleh sebab besar..

Satu malam tu aku rasa bahang dia tak boleh bawak bincang, jadi aku bukak tingkap nak bagi angin masuk. Dulu dulu aku tak pakai fesbuk, so aku baring baca majalah 3 dara pingitan dengan ujang tu.
Sebelum tu aku explain dulu, rumah abah aku tu rumah kayu dua tingkat, so kalau tengah duduk atau baring kau akan nampak pemandangan dari atap rumah depan sampai ke langit..Maknanya kau tak nampak pemandangan di bawah, tapi kalau berdiri kat tepi tingkap, baru kau akan nampak semua..okay clear?? Teruskan.. Tengah syok baca, aku dengar bunyi bersiul. Orang tengah seronok membaca ade pulak orang main siulan malam malam. Aku ingat abang aku tengah repair motor cabuk kat rumah bawah sambil bersiul, sebab dia suka jadi pomen tak bergaji repair moto abah kalau dia cuti sem.. baru nak cakap suruh diam, tapi aku terdiam dulu.. Aku jengul je kepala dekat tingkap, aku nampak ada burung yang buat bunyi tu..jap jap, bukan aku fokuskan kat burung, tapi aku fokuskan atas “apa” yang burung tu bertenggek..

Sekali pandang, macam satu tiang putih..dua kali pandang, eh kenapa ada macam tande hitam dekat tiang, tiga kali pandang, ni bukan ke… dan akhirnyaa aku pandang betul betul, tu pocong wey…tengah menghadap ke rumah aku. Tande hitam aku nampak tadi tu muka dia. Masa tu aku baru perasan burung yang bersiul tu besar bukan macam burung biasa kita nampak tu.

Aku pun dengan tanpa segan silu terus tutup tingkap ‘bedepo!!’.. aku terus kunci tingkap dan baring dengan niat nak tidur.. dalam takut takut tu alhamdulillah, aku tertidur. Tapi tak lama lepas tu aku dengar bunyi macam ada ketukan dekat luar tingkap. Ketukan dye bukan bertalu-talu tapi ‘tuk…tuk…tuk..’ ketukan tu berselang-selang selama beberapa saat.. masa ni aku dah lupa kes aku nampak ‘tiang’ tadi..aku pun jerit ‘wey bang, jangan la repair moto malam2, aku nak tidur’.. punya mamai aku masa tu, cakap sekali lafaz je, tanpa soal selidik tuduh abang aku. Diam..takde sahutan atau respon dari abang aku.

Lepastu berbunyi lagi, ‘tuk…tuk…tuk..’ aku pun,
“hehhh, bang aku nak tidur la, esok jelah kau ketuk motor tu..”
kemudian aku baru perasan sesuatu, abang aku dah balik asrama tempat dia belajar dari semalam, siang tadi pn aku tak dengar sebarang bunyi dan aku tak nampak pun kelibat abang aku..maknanya, yang ketuk mengetuk ni bukan abang aku..
’tuk…tuk…tuk…’
ahh sudahh, keras dah aku ni memikirkan siapa main ketuk-ketuk ni..tiba2 dengar makin rancak pulak dye ketuk, ‘tukk..tukk..tukkk’ adoii jenuh aku tahan debor ni.
Tiba-tiba ‘krekkkk…’ tingkap aku terbukak sebelah!!

Weyyyy aku da kunci tadi, macam mana terbukak, dah la terbukak sebelah je, sebelah lagi elok bertutup.. aku steady lagi, tiba tiba bau kapur barus, mula-mula aku ingat bau bunga kat depan laman tu, tapi bau nye kali ni kuat sangat sampai pedih hidung aku..pastu aku nampak ada satu bunjut kain putih tengah gerak macam melompat lompat dekat tapi tingkap aku..kan aku cakap tadi, kalau tengah baring, kau tak nampak pemandangan bawah? Okay so mase tu aku tengah baring, aku tak nampak ape yang kat bawah..aku nampak ada bunjutan je tengah bergerak2 macam lompat-lompat tu.

Aku perhati betul betul, kejap, ni bukan simpulan atas kepala cik cong ke? Arghh sudah hilang separuh nyawa aku dah, tak boleh gerak..kemudian dengar lagi ‘tukk..tuk…tukk..’ okay aku dapat jawapan dah bunyi apa dari tadi, dan aku mula perasan bunjutan yang atas kepala cik cong tu, dari aku nampak sikit, sekarang makin jelas dan macam makin tinggi..waktu tu tak payah cakap, aku da keras dulu tak boleh buat ape..
‘tukkk..tukkk..tukkk’
aku dah nampak area dahi dia..
‘tukk..tukkk..tukkk’
Masa ni aku dah nampak kawasan mata dia..matanya takda, cuma lompong, bebola mata takde..aku dah rasa lembik sangat, tiba tiba..
“nang…buka pintu ni!”

Yess! Nenek aku datang selamatkan aku. Aku tengok dekat tingkap, yang berbunjut tu dah berhenti..
Jap, korang jangan salah faham berhenti tu dia hilang, dia berhenti melompat tapi duk tengok aku dengan takde bebola, mulut ternganga, bau busuk…air mata aku dah menjejeh jejeh turun sambil mulut cakap ‘tolong’..aku nak tutup mata tapi tak mampu, entah kuasa apa yang suruh aku pandang jugak cik cong tu..
“kau jangan kacau cucu aku! Pergi!”
zasss…nenek aku baling ape entah dekat tingkap, serta merta aku dengar burung berbunyi nyaring (aku tak tau lah nak cakap burung tu jerit ke siul)..pastu ada bau terbakar..rupanya abah aku tolong tolak pintu bilik aku sampai engsel tu tercabut.
“kau kacau cucu aku lagi siap, aku bakar rumah kau nanti. Tak puas puas lagi ke nak kejar orang kampung sampai kacau ke rumah?!”
Uishh first time aku tengok orang tua ni membebel sambil jerkah jerkah. lepastu aku pulak la kena bebel.

“Lepas ni gatai lagi jengui jengui kepala dekat tingkap, tegur-tegur benda pelik. Lain kali jangan kacau urusan rumah tangga orang tu”
“bila masa orang duk sibuk tok..dia kawen dengan sapa mana orang tau” jawab sambil nangis nangis (aku panggil nenek aku tu tok). Lalu abah aku pun menyampuk,
“dah pi ambik wuduk, kebas kebas tilam tu, ambik bantal selimut tido dalam bilik tok”
Aku dengan menurut perintah buat semua apa abah aku cakap.
Esok pagi tu, aku tolong mak aku buat sarapan.. tiba-tiba nenek aku ajak bergurau.
“ zah, kau tau tak anak kau diintai semalam:
“intai? Dengan sape mak?”
“ade la, tanye anak kau sendiri..hensem orang nye”
Eh eh nenek aku ni, benda ni buat gurau..aku nak ingat balik benda semalam pun takut, dia buat gurau.Kemudian, abah aku masuk dari luar, balik dari kedai bagitau kecoh satu kampung, ada satu kubur ni berlubang, macam digali kuburnya, tapi mayat ada, cuma ada bekas kemenyan dibakar, colok dengan tahi burung sekitar kubur tu. Kubur tu kepunyaan seorang lelaki, katanya bekas ahli kongsi gelap. Wallahualam betul ke tidak.

Terus aku teringat kejadian malam tadi aku kena kacau.
Ada kaitan atau tak dengan kubur dikorek, aku tak pasti. Alhamdulillah walaupun kena intai tapi aku tak demam cuma aku jadi mudah terkejut. Tingkap tu pun aku tak bukak dah waktu malam.. Beberapa tahun lepas kejadian tu, abah aku renovate rumah tu jadi rumah bawah dan tukar tingkap macam rumah rumah yang lain tu. Alaa tingkap kaca yang boleh masuk tangan je tu. Kalau tangan aku tak muat lah sebab tangan aku ni tembam. Tapi lain pulak kisah dengan tingkap baru. Entah ape la kesumpahan aku dengan tingkap. Cerita bermula..

Pada satu petang, cuaca senja masa tu lain, berwarna oren kekuningan, fenomenan ni kadang-kadang je,bukan macam senja hari biasa. orang-orang dulu kata kalau senja bewarna oren macam tu, kena cepat masuk rumah.
Petang tu tengah aku sapu halaman rumah, tengah acah-acah ayu nak jadi calon menantu yang terbaik, tiba tiba nenek aku jerit dari pintu,
“nang!!! Masuk cepat, tak nampak ke langit oren tu? Waktu ni setan cari mangsa anak dara bawak ke alam deme!”
Aku dengar terus campak penyapu lari lintang pukang masuk rumah.
“tutup tingkap pintu semua, pastu terus pegi mandi, ambik wudu’ siap-siap, jangan tanye apa-apa”
Tudiaaa bagi arahan selafaz macam komander. Aku pun sebagai cucu yang baik, pergi la buat apa yang patut seperti disuruh..masuk waktu maghrib, aku solat macam biasa dekat bilik, menghadap tingkap. Tiba-tiba aku nampak ada bayang-bayang putih..

Mula-mula aku abaikan jugak sebab ingatkan pantulan aku yang bertelekung ni. Tapi lepas aku bangun dari sujud masuk rakaat kedua, ak perasan bayang bayang tu bergerak ke kiri ke kanan, bangun dari ruku’ makin laju bayang bayang tu bergerak, masa tahiyat awal makin pantas bayang-bayang tu bergerak.
Nasib baik tiga rakaat je, kalau tak mau pengsan aku tengah solat. Habis je ak bagi salam, aku tengok dekat tingkap bayang-bayang dah takde. So aku simpulkan yang aku nampak dari ekor mata tadi cuma pantulan aku sendiri.

Malam tu dah siap-siap nak jadi puteri beradu, aku pulak tidur menghadap tingkap sebab situ arah kiblat, jadinye dah khayal nak masuk alam mimpi,
‘srettt…sret…sret..’
Bunyi kain meleret atas tanah berlanggar dengan daun kering. Bunyi datang dari sebelah dinding ak baring, dan berhenti dekat tingkap bilik aku. Automatik aku pandang tingkap, dan nampak bayang-bayang putih, macam aku nampak maghrib tadi.
Ah sudah..ape pulak kali ni.
‘hmmm..hmmmm..hmmm’
Aduhh ‘dia’ nak jadi guru muzik malam-malam..menyanyi depan tingkap aku..makin lama suara tu makin jauh tapi cukup jelas. Tak boleh tahan, aku bangun nak buka lampu, tiba-tiba ada benda tajam cakar cermin. Alaa macam mata pisau, kau lalukan dekat kaca sambil tekan sikit.. ngilu kan? Macam tu lah aku dengar. Keras aku dekat depan katil takut punya pasal.

“Nang, buka pintu ni, abaikan kau dengar tu!”
Berlari aku buka pintu, tengok-tengok nenek pandang aku sambil jegilkan mata. Tapi aku perasan nenek bukan pandang aku tapi belakang aku.
“kau ni tak habis-habis kacau orang, pergi, ni bukan tempat kau!”
Habis je nenek aku cakap, aku denga suara perempuan menangis..mendayu-dayu tapi boleh buat aku meremang sampai esok paginya. Nenek bagitau benda yang menangis tu konon nya kena buang, tak bertuan. Entah betul entah tidak aku tak tau. Sejak tu aku tidur je mesti buka lampu, kalau dekat asrama. Aku buka lampu meja belajar tempat aku je untuk terang. Dah kahwin ni baru berani tutup lampu tu pun aku tak bagi laki aku tidur dulu, biar aku tidur dulu baru dia tidur.
Macam biasa, lepas kejadian nenek aku membebel dekat aku dan dia suruh aku tukar kedudukan katil serta perabot yang lain. Walaupun nenek aku garang, tapi aku tetap sayang dia, aku paling manja dengan dia di antara cucu yang lain. Tiba-tiba rindu arwah nenek. Huhu.

Okay, sekian, terima kasih FIKSYEN SHASHA.. maaf kalau ada salah cara penyampaian, dan maaf kalau tak seram..
Adios..! #gemokitucomel…

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

NANANG
Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

7 thoughts on “Sumpahan Tingkap”

  1. teringat rumah atok aku.
    ada satu tingkap kat dapur tu
    dia larang tutup. kalau tutup malam malam dalam pukul 2/3 pagi akan ada orang ketuk bagi salam

    kalau terbuka dia bagi salam. sampai orang menyahut. kalau nak berborak teruskan. kalau lepas menjawab salam tu. kalau lepas tu diam je. dia pun akan diam.

    Reply
  2. Saya agak suka cara penyampaian dan perkongsian macam ni. Straight forward tak belok belok and part tangan tembam tu kelakar 🤣 until next time .

    Reply
  3. Ni jenis tingkap nako kaca bercorak tu kn… x pasang langsir pn xpe sebab x nmpk imej dlm rumah, cuma pantulan imej dr luar Boleh d lihat k dlm bilik, nak2 klu Ada yg lalu tepi tingkap tu huhuhuhu

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.