Suratan atau kebetulan? 555

Hi Semua!!!

First sekali Aku nak ucap terima kasih bebanyak kat Admin sebab sudi menyiarkan cerita ni..(mintak² laaa lepasss wehh).. Ni cerita aku yg kedua dan yang first dulu bertajuk Hantu Gombek..

Sekali lagi aku perkenalkan diri aku dulu lah k? Aku Fazz yang berasal dari Bumi Kenyalang & Lagenda Bujang Senang,tak lain dan tak bukan iaitu Sarawak Tanah Air ku..

Bagi sesiapa yang dah baca cerita aku yang lepas sedikit sebanyak telah mengenali aku.maaf byk² wahai reader sekalian lau boring cerita yg first tu….. Kali ni aku nak share dengan reader sekalian tentang salah satu kisah yang lebih kepada misteri dan persoalan lebih dari seram yeee.(100% kisah sebenar)

Suratan atau Kebetulan? 555

Kisah ni terjadi pada 2009 dan aku berumur 19 tahun.

Aku ni dari kecik rapat jugak lah dengan keluarga sepupu aku nih,sampaikan aku panggil mak dia pun MAK NAH & Bapak dia Pak Din (bukan nama sebenar). Pak Din & Mak Nah merupakan sepasang suami isteri yang berumur lingkungan pertengahan 50an..Mereka di kurniakan 4 cahayamata yang mana 3 lelaki dan sorang perempuan yang bongsu. Aku rapat dengan anak² dia ni yang bernama Amin 21 tahun & Aman 17 tahun (bukan nama sebenar) sebab mereka ni tak jauh umur dari aku.

Nak dijadikan cerita. Pada suatu masa tuh,aku mendapat tahu yang Pak Din ni dapat sakit teruk dan peluang nak hidup memang tipis sangat dah..Sempat jugak la aku jengguk dia kat Hospital dengan family aku..Masa kat hospital tu,melihatkan keadaan seorang yang aku cukup kenal dalam keadaan yang cukup lemah membuat aku rasa seakan tak dapat nak percaya sebab kalau korang nak tau, Pak Din ni jenis seorang yang happy go lucky & suka bergurau dan aku tak pernah tengok lagi macam mana riaksi wajahnya ketika marah! Ok sambung..

Yang aku nampak di depan mata semasa melawat di Hospital tu bukanlah Pak Din yg aku kenal dek kerana Pak Din yang aku kenal seorang yang tegap dan bertubuh tinggi lampai,manakala yang ada didepan aku hanyalah sekujur tubuh yang kurus ibaratkan hanya kulit membaluti tulang.Walau dalam keadaan yang sedemikian, Pak Din masih lagi mampu tersenyum manis menatap aku yang turut hadir untuk melawatnya..
Sungguhpun aku lelaki yang dah mencecah lingkungan matang tapi sukar untuk aku menahan sebak dalam diri dan air mata ku mengalir tanpa aku sedar..

Malam tu, selepas je balik dari hospital.Aku menerima panggilan telefon dari Amin.. Aku di khabarkan Pak Din telah meninggal dunia di Hospital.. Aku masih ingat akan tarikh malam itu, iaitu 5/11/2009!!

Keesokkannya, selepas selesai mengebumikan jenazah Pak Din semuanya berjalan dengan lancar dan tanpa aku tahu yang itu hanyalah PERMULAAN!!

Mak Nah jatuh sakit selepas peninggalan arwah Pak Din.. Aku cuba memberikan Aman semanggat bagi memujuk Mak Nah untuk terus menjalani kehidupan seperti biasa.. Aku tahu Aman juga merasakan tamparan yang hebat kerana dia baru je lepas SPM dan bagi pelajar lepasan SPM adalah masa untuk berbakti pada kedua orang tua akan tapi Aman tak bernasib baik kerana Ayahnya telah kembali menghadap ilahi.. Aku pernah sesekali melawat Mak Nah,dan aku jugak pernah nampak kelibat seorang wanita tua yang aku yakin bukanlah kaum Adam & Hawa..Aku diamkan je lah sebab malas nak panjangkan ceritakan.

Tak ambil masa yang lama, Mak Nah pun meninggal dunia pada 5/12/2009.. Genap sebulan selepas Pak Din meninggal.. Mungkin suratan sepasang suami isteri hanya berbeza 1 bulan tarikhnya untuk menghadap yang maha Esa.. Allahuallam..

Peristiwa itu berlalu bagai angin dan aku yakin Aman,Amin dan adik beradik mampu menghadapi ujian dari Allah SWT dan meneruskan hidup dengan lebih baik dan semangat yang lebih kuat.. Ya, setiap Qada & Qadar kita tak mampu untuk merungakai dan meneka, siapa tahu pada 5/5/2010 masa aku tengah sambut birthday girlfriend aku,merupakan malam yang pahit bagi aku!

Aku mendapat panggilan dari Ibu ku yang teresak-esak menangis memberitahu aku tentang kepergian Aman! Aman meninggal dalam satu kemalangan yang penuh misteri..Kepalanya pecah akibat melanggar sebatang pokok yang besar! Aku mendapat khabar ini di malan yang aku baru sebentar tadi mampu untuk gelak ketawa dan merasa bahagia bersama seorang gadis yang aku cintai..Kemeriahan yang sebentar tadi berubah 100%,aku rasa seperti sunyi dalam keramaian..Aku masih ingat kenangan aku dengan Aman..Masa tu aku aku dan Aman balik ke rumah jam 3 pagi dan jarak untuk balik ke rumah dalam 5 km.. “kau cousin aku,aku janji takkan tinggalkan kau”.. Ungkapan dari mulut Aman itu masih jelas dan aku marah pada waktu itu kerana Aman telah pergi dahulu sebelum aku..

Aku tersentak dari lamunanku, dan hari ni adalah 5/5/2010!! 5 bulan dari tarikh pemergian Ibunya Iaitu 5/12/2009!!
(pelik bukan? Tapi itulah kenyataan!)

Pada malam ketiga kematian Aman.. Aku,Amin dan beberapa sahabat yang lain tengah duduk di luar rumah sementara menunggu untuk hidangkan makanan untuk para tamu yang datang solat pada malam berkenaan.(di sarawak,kiteorang akam buat makan tahlil 7hari dari tarikh kematian).. Tanpa aku sedar,sedang sibuk aku melayan para tamu,mata aku tertangkap sesusuk tubuh yang sangat aku kenal! Aman!!! Lantas Aku mendekatinya..

Air mataku seakan menitis.. Aku ingat cuma aku yang mampu melihat Aman,tapi Aku silap!! Amin juga ada bersamaku melihat kedatangan Adiknya!! Amin terus memarahi Aman! Aku hanya mampu terdiam.. “kau balik!! Apa yg kitaorang makan bukan makanan kau!! Tempat kau bukan di sini dah Man!! Kau balik ke Alam kau Man” aku tahu nada Amin yang sebak itu menandakan rindu yang teramat sangat pada arwah adiknya.. Aman hanya menunduk dan matanya seakan menangis dan pergi meninggalkan kami..

Tapi sebelum Aman pergi, Aman sempat berjumpa dengan adiknya yang bongsu iaitu Lisa ( bukan nama sebenar) Lisa ketika itu baru 6 tahun..Aman berpesan kepada adiknya agar kuatkan hati,jaga diri dan rajin belajar dan Lisa sempat bertanya kenapa Aman tak balik beberapa hari dah..Ini kerana Lisa masih belum mengerti akan kehidupan dan masih terlalu muda untuk menerima ketiadaan kedua orang tua nya dan kini Abang nya pula yang pergi meninggalkannya..

Oh ya! Semasa Amin tengah bercakap dengan ”Aman” tadi, beberapa sahabat yang ada kat situ melopong je..

Selepas kematian Aman,banyak kisah misteri yang terjadi disekitar kawasan rumah Aman.. Ada yang menjumpai sekeluarga berbaju serba putih..Wajah yg cukup asing bagi penduduk setempat..”Mereka” lalu di lorong kawasan rumah Aman dan menghilang tanpa di kesan..

Dah 9 tahun Aman pergi dan aku takkan pernah lupakan kenangan saat bersama kau Aman..Tenanglah disana.. Al-fatihah

Terima Kasih FS & Reader.. Maaf sekiranya kisah ini bukan seperti yang korang harapkan tapi ini adalah kisah yang benar 100%.. Aku terpaksa merahsiakan lokasi kerana hormat akan keluarga yang masih hidup..

Allah maha berkuasa.. Kun Faya Kun

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Faz6747
Suratan atau kebetulan? 555
9 (90.29%) 35 votes

15 comments

  1. Takziah utk ktk sefamily faz.kazen rpt gia bila dh ninggal mmg terasa glak la.tarikh daknya 3 beranak pergi ya sama.dh takdir Allah tentukn.moga tenang di cnun..aamiin..

  2. Saya juga ada pengalaman pelik 3 ahli keluarga meninggal berturut turut. Si ayah meninggal tahun 2017 ,tak pasti penyakit si ayah.Si ibu pula meninggal 2018 kerana angin ahmar terakhir si anak meninggal tahun 2019 kerana barah hati. Si anak adalah adik ipar kepada adik perempuan saya. Dia adalah seorang yang baik dan suka tersenyum. Ramai rakan sedih atas kehilangannya.

  3. Mcm kisah kuarga saya plak..atok meninggal 22.2.2011..
    Nenek pada 18.6.2011 harijadi saya ni..
    Dan mak jang 31.8.2012..

    😭😭😭😭..3 insan yg aku paling syg dlm hdup slain mak ayah aku.ya allah rndunya..

  4. Mesti sedih yg sesangat bile kita terpaksa suruh orang yg kita sgt rindui pegi berlalu dr situ…

    Teringat borak dgn mak dlu lps abah meninggalkan kami…
    “Mak sebut2 nama abah, kang abah dtg baru tau…”
    “Kalau abah dtg, biarlah teruk dan busuk reput cemane pn mak akan tetap jaga… Mak xkan bg dah abah pegi lg tinggalkan mak…”

    Allahuakbar…
    Betapa rupanya saratnya rasa rindu mak pada abah…
    Sbb seumur hidup, mereka tak pernah berjauhan…
    Sedihnya rasa hati bila akhirnya tau apa yg terbuku di hati mak…

  5. Fazz. Cerita kau ni mcm ku kenal..sbb ni mcm pernah berlaku dkt tmpat aku ni. Yang part aman excident tu berlanggar pokok besar. Sorry fazz. Aku pun org sarawak wak.

  6. sama mcm aku ,
    nenek aku meninggal pd tarikh lahir adik aku 27.10.2016
    atok aku meninggal pd tarikh lahir makteh aku 15.12.2016
    mak aku meninggal pd tarikh lahir makcik aku 18.3.2019

    suratan @ kebetulan , semua rahsia Allah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.