KAK NURUL: Apa jadi dengan dia

Mula-mula sekali aku nak minta maaf sebab cerita awal tentang Kak Nurul nampak macam tergantung, penuh kecaman nie, hahaha. Bawa bersabar, aku dengan Iera pun tunggu 2 semester tau untuk tahu kebenaran dan cerita sebenar.

Masuk semester kedua, kelibat Kak Nurul memang kami dah tak nampak. Hati nie lagi la memberontak nak tahu misteri di sebalik Kak Nurul. Kami memang tak tanya warden, gila ke nanti tak pasal-pasal kami yang kena balik. Kebenaran tentang Kak Nurul nie In shaa Allah sahih dan daripada sumber yang boleh dipercayai.

Bagi yang belum baca , boleh baca cerita sebelum ini:

Kak Nurul


Kak Nurul sebenarnya tengah berperang dengan diri sendiri dan berada dalam tekanan daripada keluarga dia sama. Tok Kak Nurul mengamalkan ilmu yang tak baik dan dia memang nak turunkan pada Kak Nurul tapi Kak Nurul taknak. Ayah Kak Nurul dah meninggal sebab sakit, dengarnya sebab menentang ajaran tok Kak Nurul (wallahu’alam) tapi lain pula dengan mak Kak Nurul yang sediada menyokong kehendak tok Kak Nurul. Memang Kak Nurul dipaksa dan macam-macam mak dia buat supaya Kak Nurul terima sampai Kak Nurul rasa tertekan sangat-sangat.

Bila Kak Nurul dapat tawaran sambung belajar, Kak Nurul ingat dia akan terlepas tapi sebenarnya tak! ‘Benda’ tu akan sentiasa mengganggu Kak Nurul selagi Kak Nurul tak terima. Kak Nurul tak bergaul dengan orang sebab Kak Nurul takut “benda” milik tok Kak Nurul akan mengganggu orang-orang sekeliling dia juga. Kak Nurul pernah merayu untuk duduk bilik seorang tapi warden tak benarkan, takut Kak Nurul akan bertindak di luar kawalan dan menerima benda tu. Bila berkongsi bilik, sekurang-kurangnya ada yang boleh tengokkan Kak Nurul.

Pernah sekali Kak Nurul nampak ‘benda’ tu cuba mengganggu roomates dia (sebelum sebilik dengan Iera dan Fiqah) dan masa tu la yang membuatkan Kak Nurul marah sangat-sangat dan Kak Nurul terima juga ‘benda’ tu tanpa rela. Kak Nurul taknak sebab dia, orang lain diganggu.

Tentang pakaian yang Kak Nurul selalu pakai, warna kuning dan bersanggul,memang tu antara syarat untuk ajaran tok Kak Nurul. Setiap malam Kak Nurul memang kena bagi makan dekat ‘benda’ tu. Patut la Kak Nurul selalu mandi tengah-tengah malam dan plastik yang selalu dibawa tu rupa-rupanya berisi sisa, isi-isi & lemak ayam (tak pasti Kak Nurul ambil kat mana).Personaliti Kak Nurul memang berubah disebabkan ‘benda’ tu.

Tapi dalam diam, Kak Nurul sebenarnya ada minta pertolongan ustaz. Dia nak buang tapi tak tahu macam mana. Dengar cerita, makan masa juga la nak buang benda tu sebab ustaz tu pun selalu diganggu dan sakit. ‘Benda’ tu pun bukan biasa-biasa. Dah bersama berapa keturunan Kak Nurul dah.

Masa kali terakhir kami nampak Kak Nurul tu sebenarnya bukan Kak Nurul, benda tu ada dalam badan Kak Nurul sebab tu ‘dia’ senyum sinis ja kat kami. Warden tu tengah teman Kak Nurul sambil tunggu beberapa orang ustaz untuk lawan dan buang benda tu terus. Alhamdulillah, benda tu dah takda dengan Kak Nurul. Tak lama lepas tu, tok Kak Nurul pun meninggal. Mak Kak Nurul sakit teruk, tu yang Kak Nurul balik menetap dengan mak dia.

Kak Nurul sebenarnya memang sengaja ‘melarikan diri’ nak jauh dari keluarga dia, sebab tu dia selalu bagi gagal dalam exam supaya dapat repeat paper. Mungkin beberapa orang pensyarah dan ustaz faham keadaan Kak Nurul, sebab tu dia boleh stay lama kat asrama tu dan dalam masa yang sama, Kak Nurul memang tengah berubat juga dengan ustaz.

Kak Nurul juga bukan sengaja taknak bercakap atau bergaul dengan orang, tapi dia sebenarnya dia nak ‘menyelamatkan’ orang dari diganggu. Benda tu macam cemburu juga la sebab dia nak dia ja yang berdamping dengan Kak Nurul.Dia akan ganggu sesiapa ja yang rapat dengan Kak Nurul.

Tentang baju kurung kuning, mandi tengah malam, beg plastik misteri, kertas-kertas jampi dekat dinding tu semua memang ajaran dan syarat dia la. (Kalau tak salah ilmu tok Kak Nurul nie selain menjaga keturunan dia, boleh mengubat orang dan ilmu untuk kekal cantik dan muda – lebih kurang macam tu la).

Alhamdulillah, Kak Nurul dah bebas dari benda tu dan ilmu-ilmu yang tak baik. Kami berdoa semoga Kak Nurul berada dalam keadaan yang baik-baik ja sekarang. In shaa Allah.

** Perkara nie diceritakan sendiri oleh Kak Has (*bukan nama sebenar -ketua blok asrama masa tu), dia ada sekali dengan warden masa sesi ‘rawatan’ Kak Nurul.

missIB
KAK NURUL: Apa jadi dengan dia
8 (80%) 1 vote

21 comments

  1. Nasib baik aku tak kecam and sabar menanti kesudahan kak Nurul. Hahaha.

    Kesian kak Nurul. Sampaikan salam kalau jumpa dia lagi ya. And tahniah sebab engkorang gigih nak mendapatkan jawapan. Hahahaha.

  2. hmm.. tapi.. kata taknak terima, tapi kenapa dok ikut juga ajaran tu, ikut kena pakai apa, dok tampal jampi2 segala, dok bagi makan benda tu semua?

    1. Penulis kata Kak Nurul akhirnya terpaksa terima tanpa rela lps nmpk “benda” tu cuba ganggu roommates dia.. dia terima pun sbb xnak “benda” tu ganggu org lain.. dh terima terpaksalah ikut kan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.