#TAHI LALAT : RUMAH TOK HAJI

Assalamualaikum buat pembaca FS. Terima kasih admin kerana sudi publish cerita yang membuatkan saya trauma untuk menyewa rumah lagi.

Ceritanya bermula pada tahun 201* , saya bersama 3 orang rakan yang lain Yun, Alia dan Sha menyewa di sebuah rumah di parit k****. Sebelum tu, intro pasal rumah dulu. Rumah yang kami menyewa ni rumah jenis kampung, dikelilingi dengan pokok kelapa sawit, binatang macam ba** dan beruk memang hari-hari lah jumpa.

Masa deal dengan owner rumah (tok haji) katanya ada 2 bilik sahaja dan satu bilik air. Kami tak sempat nak tengok rumah sebab masing-masing dah sibuk nak balik rumah sempena cuti sem. Jadi deal dengan tok haji pun melalui panggilan telefon dan mesej sahaja. Kami dapat tau pasal rumah tu daripada kawan kami yang menyewa di sekitar situ.

Tibalah hari yang dinantikan apabila kami kembali daripada cuti sem, Yun merupakan orang pertama yang sampai di rumah tersebut setelah mendapatkan kunci daripada tok haji. Mula-mula masuk rumah tu, Yun terus hantar gambar keadaan rumah tersebut dalam group whatsapp kami. Dia cakap yang parents dia pon tak sedap hati kalau nak duduk situ sebab keadaan rumah tu macam dah lama kena tinggal. Disebabkan kami dah bayar deposit masa cuti kat tok haji , jadi Yun terpaksalah relakan diri masuk jugak dalam rumah tu. Bila dah masuk, barulah Yun perasan yang bilik rupanya ada 3 dan bila tanya tok haji, dia cakap bilik tu untuk simpan barang dan bilik tu berkunci.

Selepas beberapa hari di rumah tersebut, bermula lah kejadian yang tidak diingini. Ada satu masa bila kami sedang lepak berempat di dalam bilik, secara tiba-tiba kami terdengar bunyi pintu dihempas. Kadang-kadang setiap kali hendak ke dapur ataupun tandas kami akan terbau busuk yang hanyir, kepam (tak tau nak describe sebenarnya ). Bila dicari puncanya tak jumpa pulak. Mula-mula ingatkan bau daripada air sinki yang bocor, tapi rupanya bukan.

Ada satu malam bila kami nak keluar makan, kami ternampak satu bayang-bayang seperti sedang melihat kami di tingkap bilik yang dikunci . Pada mulanya, kami ingatkan kami tersalah pandang, tapi bayang-bayang tu bergerak pulak. Bayang-bayang tersebut menyerupai orang yang sedang bertelekung. Bukan itu sahaja, pernah satu hari tu ketika Sha berada di bilik air dia tiba-tiba berlari ke bilik sambil menjerit ketakutan. Apabila ditanya Rupanya Sha ternampak bayangan hitam yang menyeramkan.

Kami ambil keputusan untuk buat bacaan Yassin dan doa selamat. Ketika itu, tiba-tiba kami terdengar bunyi orang seperti sedang menumbuk. Bila kami dengar betul-betul bunyi tersebut seperti orang yang sedang menumbuk menggunakan lesung batu. Bila kami dah habis baca Yassin, bunyi tu pon hilang. Sejak kami buat bacaan Yassin tu, bunyi tu muncul hampir setiap malam.

Disebabkan bunyi tersebut, perasaan ingin tahu tentang bilik yang berkunci semakin membuak-buak. Dan kami nekad untuk tau apa yang ada dalam bilik tersebut. Mula-mula kami try nak tengok ikut tingkap luar tapi tingkap terkunci daripada dalam . Jadi kami pun decide nak cuba untuk cungkil pintu. Baru nak cungkil, tetiba ada orang datang bagi salam.
Stop cerita sampai sini dulu. Kalau ada yang berminat nak tahu baru kami sambung lagi sebab masa tengah taip ni pun, saya masih terasa lagi keadaan seram rumah tersebut. Nak tahu lagi detail cerita ni, tunggu next cerita.

Terima kasih sudi baca. Sorry kalau ayat and jalan cerita tak memenuhi cita rasa pembaca. Ayat pun tak menarik. Just nak share pengalaman.

.

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 1]

53 comments

  1. alaaaa… tengah fokus baca ni. tetibe bersambung. Sambung cepat2 plissss.. nak tau apa ade dlm bilik tu????

  2. Entah ape la cite main smbong2, kalau panjang td xpelah nk smbong, ni baru sikit cerita dh nk sambong.. Aduyai, admin tlg ambik tindakkannnn

  3. Takyah sambung lah dik. Malas nak baca. Ko ingat # ko satu level dgn #makhlukhalusbencisaya? Nak sambung2 bagai

  4. Ehhh…hanat ni mmg tak paham bahasa ka yg pembaca ta suka smbungan..
    Buat ak maki hang ja…dah la lma ta bkk fs…
    Ni baru 1 cerita dah spoil hanatttttt….

    1. hahahaha hg sabaq sat la kurap oiii.
      aku pon mau maki jgk…tp dalam hati ja laa..
      kah kah kah emo hg nohh
      .
      tp tu lah, tgh dok syok baca blh plk nk wat sambungan.
      cepat2 la sambung nya wehhh.
      aku pon x suka tunggu lelama.

  5. wei cerita x sampai berpeluh lagi baca dah habis. eii budak ni kene jugak kang. kot nak attract peminat bace pun, bg la panjang sikit.

  6. Orang nk post cerita, ko pun nak post cerita. adehh. Dah la cerita pendek, pastu nk sambung2 pulak.
    Xpayah acah2 sgt la kak oii.

  7. tgh syok baca boleh pulak ade sambungan..kalo cite standard #tujuhpintu tu xpa la jugak..ceroii betoi..

  8. macam mana cerita seciput camni boleh publish. abeskan je lah. kan admin ada bagitau, cite sambung2 ni tak boleh. ape ni. tak payah sambung pun takpa rasa. hmm

  9. Cerita ko suspen. Tapi sebabkan ko nak sambung2 if pembaca request ala2 ko ni penulis hebat la kekononnya, maka aku nak ckp ni better ko jgn sambung dah. Tak tahu la ko ni tak paham bahasa atau apa yg story bersambung2 ni tak diterima oleh masyarakat FS. Ini lagi ko nak tengok request2 dari pembaca lak? Ko ingat level ko kat mana dik sampai org nk request, story sampai klimaks pun belum tapi dh mintak org request stort ko? Wth..

    1. betul tu.. ni yg buat aku nk maki hamun org ni dh berkali2 kteorg ckp x suka cerita ber sambung ni lagi sorang gatal tangan hantar cerita bersambung.. owh.. mungkin writer baru kot dia xtahu.. camni la adik tahi lalat kalau adik nk hantar cerita pastikan habis dulu cerita jangan sambung2 sbab kteorg anti cerita sambung, lepas tu kalau cerita terlalu panjang hantar je janji x bersambung, kalau nk buat siri pastikan setiap siri tu cerita nya panjang dan tak bersambung, dan pastikan jalan cerita tak tergantung lepas tu acah2 hantar story lain kononya sambungan cerita sebelum tu.. (maaf andai kata2 ku ini mengguris hati mana2 writer lain tp tolong la faham satu perkara je, kami tak suka cerita tergantung @ bersambung)

  10. bila baca memula rasa menarik…sampai ke pesanan penaja kalo ada yg minta sambung citer…krikk krikk…simpan je la dik ehh citer tu utk bacaan anak cucu sok…sekian…

  11. Habes kan lah 1 cerita dlu, klu nak sambg pun. Mendatangkan marah jer.
    Next time xyah nak antar kat fs cerita tgantung gini, simpan dlu. Then ble dah brani bru sambg tulis n antar kat fs. Xder lah org nak marah.

  12. assalamualaikum dik

    pernah tak tengah makan nasi tiba2 kena pksa berenti? atau tgh berak tb2 kena tahan???

    marah x??

  13. cerita kau ni macam penyakit ejakulasi pramatang kau tau tak? simpan jela cerita kau tu.. meluat pulak aku nak request2..

  14. hanat betul baru nak seram tetiba tak sampai…! ingat sinetron main sambung sambung time scene cemas? ?

  15. Wei kima nak citer ke taknak? Aku baru baca senafas dah nak sambung. Acah² writer betul la kau ni o0o

  16. kepada admin.. tolong la jangan publish cerita sambung mcm ni, rsenye admin sndri dh kata cerita smbung x akan dipublish tp kenapa masih lagi nk publish kn?? mungkin admin silap xpe sy faham tp klau boleh tolong la check betul2 sbab kteorg dh muak ngan cerita sambung2 camni padahal pendek je kot nk sambung bagai kononya bajet nk jd writer trsohor tp sungguh kami x suka cerita camni dan mana2 pembaca fs yg ada cita2 nk hantar cerita TOLONG JANGAN BUAT CERITA TERGANTUNG MACAM NI LAGI!!!!!! FAHAM!!!!!!

  17. x pnjg mne pon cita nya..ttiba smbung.baca napas pon x smpat nk hbs…nyampah plak penulis cm ni.btol la poyo je

  18. Ek eleeeeee..br je nk feel seram pastu suh request sambung.. sori dekkk…tq la..cite pendek je kot.tak yah sambung..meluat pulak rasa..

    1. Tak boleh sabar fizi…mmg layn cerita dia…tp tergantung…mcm nk bersin tiba2 tak jdi..mcm 2 la rasa bca cerita ni

  19. dah xpayah nk sambung2. mengada2 jek nak soh org request sambung. bajet hotstuff plak. ko lom smp level tu lg dik

  20. Kak oii..ko ingt ko femes sngt ke nk suh org rewuets bebagaii???

    ADMIN pun, tk payh la approve citer smbung2 mcm ni. Meluat tahap gaban dah aku nih…

  21. ish³ .. urg kinek ari nang camya .. pantang nangga nak salah sikit .. alu laju la tangan nak ngomen .. kimen ktk org ya.. sikpa bro .. aku ad k support ko. . sambung jak crita kauu .. jangan dilayan manusia hanat tukk .molah sakit ati jak oii ..

  22. Pada yg sokong budak ni ak rasa dia suka buat keja tergantung..apa salah nya hbis kan ja cerita ni..mmg suspen..tp tu la tergantung…

    1. hahahahaa
      kann? seram lagi komen2 ni haa dari citer tu.
      kah kah kah.
      .
      .
      kak yulie mana ek.
      kak, cer komen sikit kak yulie oi. haha

  23. Ape nihh?? Bru nk syok bca.. Tetiba ad smbungan kejadah apakah?? Fed up doh.. Baik x pyh crita pun x pa.. N admin x pyh publish cerita mcm nih x pa kot.. Buang msa je.. Sakit plak hti..

  24. TOLONG BACA!!!

    ADMIN TIDAK AKAN POST CERITA BERSAMBUNG ALA ALA MENAGIH POPULARITI MCM CERITA DI ATAS YE..

    SILA POST CERITA SAMPAI HABIS.
    CUBA KAU MAKAN LEPAS TU TERSEDAK XDE AIR APE KO RASR HANAT!

  25. Cantik la gambar background cerita ni…..teringat kampung dan rumah atok aku dulu….
    Tq admin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.