Takbir Raya Di Tengah Malam

Hai. Nama aku Erika. Kisah yang bakal aku ceritakan ini berlaku pada tahun 2008. Aku masih ingat lagi, jam baru menunjukkan 7 pagi, tetapi mak dan ayahku sudah bersiap siap untuk pulang ke kampung halaman yang terletak di Taiping, Perak atas sebab nenek ku yang sedang sakit. Nenek sudah berumur 70 tahun tetapi seingat ku nenek masih mampu bercucuk tanam dan melakukan pekerjaan rumah. Boleh dikatakan nenek masih aktif dan mampu bergerak seperti orang muda jadi kami agak terkejut apabila dimaklumkan oleh jiran bahawa nenek tiba-tiba jatuh sakit.

Perjalanan kami sekeluarga lebih kurang 4 jam dan akhirnya tiba di depan rumah nenek. Rumah nenek kelihatan sangat usang dan malap padahal jam baru menunjukkan 1 petang. Kami sekeluarga bergegas masuk ke dalam rumah dan mencari nenek dengan segera. Aku mencari nenek di dalam bilik tetapi tiada. Rupa-rupanya nenek berada di dapur tengah memasak sambil menyanyi kecil. Aku terus berlari dan peluk nenek dengan seerat-eratnya. Nenek hanya pandang aku sambil meneruskan memasak tanpa bercakap sepatah pun dengan aku. Aku mula menjarakkan diri dan terus berlari keluar mencari ibu dan ayahku.

Aku terus terdiam apabila melihat nenek aku sedang terbaring di ruang tamu sambil ditemani kedua orang tuaku. Siapa yang berada di dapur tadi? Hati aku mula tak sedap. Mungkin itu hanya khayalan aku jadinya aku hanya mendiamkan diri dan terus mendekati nenek. Nenek hanya tersenyum memandang aku dan nenek menyuruh aku berehat di bilik. Aku pun tanpa sepatah kata terus berlalu ke bilik sambil memikirkan kejadian yang berlaku sebentar tadi. Setibanya di bilik, aku pandang sekeliling bilik dan terlihat anak patung kesayangan aku. Masih ada lagi rupanya ingatkan nenek dah buang. Aku terus ambil anak patung tu dan letakkan di bawah katil lalu terus rebahkan diri untuk berehat sebentar.

Masa terus berlalu dan aku pun tertidur. Sedang enak tidur, bumm!!! bunyi kaca pecah. Aku terus terbangun dan melihat sekeliling. Kaca bertaburan di atas lantai, tompokan d***h dapat dilihat dengan jelas dan yang membuatkan bulu roma ku meremang, anak patung yang tadi aku letakkan dibawah katil, kini di depan mataku. Penuh d***h merah yang pekat kehitaman di badan patung tersebut. Aku dah tak keruan dan tetiba pintu bilikku dibuka oleh seseorang. Terdengar suara berkata-kata “ Nak….keluarlah nak…nenek lapar ni…nak makan…hihihi” Ha sudah. Waktu macam ni juga nenek nak lapar. Ni mesti nenek yang dekat dapur tadi ni.

Aku pun tak tunggu lama, terus berlari keluar dari bilik tersebut. Keadaan rumah sangatlah gelap gelita dan aku terus mencari orang tuaku. Ibu! Ayah! Tiada yang menyahut panggilanku. Tetiba terdengar satu suara, “Cari apa tu….hihihhi”. Aku berdiri kaku disitu dan tiba-tiba, pup!!! ada orang menepuk kuat bahuku. Aku menoleh hampir saja terjerit dan aku melihat nenek berdiri di belakangku “Hah, kenapa muka tu macam nampak hantu, dah pergi mandi dah nak waktu maghrib ni, ibu dan ayah kamu keluar. Tengah malam nanti baru balik ke rumah”. Aku pun terus memeluk nenek dan memberitahu nenek kejadian yang berlaku di bilik sebentar tadi. Aku bergegas ke bilik dengan nenek dan setibanya tiba di bilik, semua seperti sediakala umpama tiada apa-apa yang berlaku. Aku terdiam dan melihat ke arah nenek. Nenek hanya tersenyum dan menyuruhku mandi.

Aku segera berlalu untuk mandi. Aku lihat sekeliling bilik mandi tersebut. Aku cuba mencari kekuatan untuk mandi secepat mungkin. Namun sangkaan ku meleset. Belum sempat mandi, ada sesuatu muncul di sebalik dinding bilik air. Mukanya yang hodoh, hanya mata putih kelihatan, dia hanya menunjukkan kepala yang berdarah sambil tersenyum melihatkku. Aku terus berlari keluar dan menjerit memanggil nenek. Nenek tidak menyahut makanya aku cuba mencari telefon bimbitku untuk hubungi orang tuaku, malangnya tidak berjaya dijumpai. Ha sudah, waktu macam ni juga la semua benda dicari hilang. Aku tarik nafas dalam-dalam dan aku cuba mencari nenek. Rupa-rupanya nenek berada di luar rumah. Aku pun terus menuju ke nenek dan berkata kepada nenek “ buat apa kat luar ni nek, dah malam ni, bahaya” . Nenek hanya tersenyum dan terus berlalu ke dalam rumah. Ha sudah, ni nenek dapur ke nenek aku yang sebetulnya ni.

Aku pun turut masuk ke dalam rumah semula mengikuti nenek aku. Nenek terus berlalu ke dapur dan cuba masak sesuatu. Aku cuba menghalang nenek dan menyuruh nenek rehat sahaja di dalam bilik. Nenek cuma cakap “ nenek masih kuat, ada tenaga, boleh masak lagi ni, dah2 pergi ke depan, rehat” Aku pun hanya terdiam sambil mataku melihat nenek masak di dapur. Selepas makan, nenek masuk ke dalam bilik untuk berehat dan aku terus ke ruang tamu. Tak sanggup lagi nak ke bilik yang menyeramkan tu. Jam menunjukkan 12 malam, orang tuaku masih tidak sampai ke rumah nenek. Tetiba ku terdengar suara orang bergelak ketawa di dalam bilik nenek. Makin lama makin kuat dan nyaring. Pintu bilik terbuka dan aku lihat nenek jalan terbongkok-bongkok dengan rambut putihnya yang merebang seperti tidak terurus dan mula melaungkan takbir raya. Makin lama makin kuat dan menyeramkan. Aku cuba berlari keluar tetapi pintu utama tidak dapat dibuka.

Terdengar suara berkata-kata “nak pergi mana tu…hihihi”. Aku terus pengsan di situ juga. Sebaik aku sedar, aku lihat ramai orang di sekelilingku. Ibu terus datang memelukku dan mengatakan semua sudah selamat. Ibu memberitahu bahawa nenek sudah meninggal. Ibu cuma beritahu anggap ini semua mimpi dan jangan sesekali cuba mengingati kisah ini. Semenjak kejadian malam tu, sehingga kini pada tahun 2020, ibu tidak pernah menceritakan apa yang sebenarnya terjadi pada malam tersebut.

Apa yang terjadi biarlah menjadi satu kenangan pahit dan manis… Asslamualaikum….

Sekian, terima kasih.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Erika

2 thoughts on “Takbir Raya Di Tengah Malam”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.