Tangga Menara Ambank Yap Kwan Seng

Menara Ambank Yap Kwan Seng:

Kisah ini berlaku pada pertengahan tahun lepas. Masa ni aku bekerja sebagai contact centre tingkat 22. Aku kerja office hours. Sayangnye aku staff contract jee.. Tak kisahla bukan itu yang aku nak ceritakan, cerita die macam ni.

Masa aku start keje aku memang tengah pregnant usia kandungan aku dah masuk 5 bulan macam tu,seblum ni aku dekat Menara Dion, jadi disebabkan aku tengah mengandung dan yap kwan seng ni dekat dengan office laki aku akak yang incharge aku tu suruhla aku keje dekat sini katanya senang kalau ape-ape hal laki aku boleh bedesup je lari dekat aku.

Aku dekat sini memang keje happy je tak stress langsung dengan keje sebab datang ontime balik pun ontime. Boleh di katakan nak buat air pun akak tea lady tu dah siapkan, cuma kalau time rehat kadang-kadang aku keluar sorang diri je sebab aku diberi rehat awal dan selalunya mereka yang time rehat dengan aku tu memang on diet or memang dah bawa, beli makanan siap-siap dari pagi.jadi aku ni jenis lapar je..biasala yg dalam perut pun nk makan jugak.huhu..

Tapi kisah ni berlaku lepas dah beberapa bulan aku keje masa ni usia kandungan pun dah nak masuk 7 bulan, pagi tu aku pergi kerja macam biasa laki aku hantar masa naik lif ramai-ramai aku tekanla tingkat 22, sampai je dekat tingkat 22 memang terang-terang aku nampak terpapar dekat luar lif tingkat 22 aku pun keluar jelah dari lif tu sekali aku tengok tempat tu lain sangat!

Asal macam jauh ke dalam office aku ni?? Lain sangat! tapi aku nampak akak yang satu tingkat dengan aku tu, die siap tanya aku lagi, nak pergi mana?? Aku hanya diam dan senyum jee masa tu. Lepastu tu aku tak tahula macam mana aku boleh pergi dekat tangga dan boleh turun guna tangga pulak masa dekat sini yang serammya,aku rasa bulu roma macam tegak semacam tapi aku tak delah nak fikir ape-ape lagi sebab pagi lagi kot.

Kejadian tu dalam jam 8pagi macamtu. Masa aku tengah dok turun naik tangga tu aku sebenarnya nak pergi tingkat 21 sebab tingkat ni ade makcik tu niaga tapi bila aku turun keluar dari pintu tangga tu makcik tu tak de wehh. Aku punya pikiran dh lain macam dah masa tu tapi aku masih lg fikir silap tingkat kot..Lepastu aku turun lagi tangga pergi tingkat 19 pintu pulak tak boleh bukak!!

Masa ni aku cemas sikit aku naik balik tangga pergi tingkat 23 kot!! dahla dengan bawak perut lagi masa ni. Letih gila aku rasa. Dalam hati aku , aku hanya doa je minta-minta lah aku boleh keluar, keluar je tingkat 23 tu aku terus pergi dekat lif. Aku turun balik pergi dekat ground floor.Takut gila masa ni sebab masa dah turun lif tu aku dah dekat lif belah lain dah sebab kalau nak pegi dekat tingkat atas-atas memang kene naik lif belah kanan je tetiba aku turun lif aku ada dekat lif belah kiri.

Memang sah aku sesat la kan. Jadi untuk elakkan pekara ni terjadi lagi aku naik lif tapi aku tak pergi tingkat 22 aku pergi tingkat 21 masa aku keluar je dari lif ni aku terkejut plus lega sebab aku nampak makcik tu meniaga.sebab tadi tak de pun dia. Lepastu aku beranikan jela diri pergi naik tangga keluar tingkat 22 nasib jumpa office aku.

Nampak macam tak berapa nak seram tapi bila fikirkn balik macam mana la aku ni boleh nak pergi turun naik tangga tu sedangkan aku boleh je turun terus gunakan lif,mmm…Macam ade sesuatu gerakkan aku supaya aku guna tangga tu. Lepas dah kene tu memang aku keluar rehat mesti ada orang temankan aku.

Aku cerita dekat officemate aku akak tu cakap memang dekat tangga memang ada benda orang cakap.Nasib je dia tak munculkan diri dan tak kurung aku kat tangga tu.hehe..seram…ehhh.. Kalau nak tahu lepas beberapa minggu kejadian ganguan ni berlaku aku pun bersalin tapi tak cukup bulan la. Apepun pun aku syukur semua selamat. Alhamdulillah.

.

anna
Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

12 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.