Tapak pembinaan oil n gas

Hi assalamualaikum semua reader fiksyen shasha dan salam sejahtera untuk non muslim. Ni kali kedua aku share dengan fiksyen shasha. Tapi entry aku yang pertama dah lama aku hantar. Kiranya lepas tu aku jadi silent reader jela. Okay stop mukadimah. Aku start ye?

Aku pernah bekerja dekat satu tempat di area kota tinggi johor. Aku rasa tak perlu mention sebab aku tahu mesti ramai yang tahu tempat ni kan. Pembinaan oil n gas terbesar di johor. Aku baru je mintak transfer ke tempat baru. Masa aku kerja dekat sana. Aku duduk dekat camp yang disediakan. Cerita bermula masa first day aku kerja disana. Malam tu aku dengan kawan aku tengah angkat barang barang aku untuk masuk bilik dan aku terus berkemas kemas, lepas penat kemas barang aku semua. Aku ajak kawan aku pergi bersihkan diri sebab yela aku bukannya takut tapi lebih kepada tak selesa di tempat baru. Jadi kawan aku pun teman aku sampai selesai semuanya. Tandas terletak dihujung sekali. Bila nak ke tandas akan jumpa pintu masuk utama dulu. So lepas settle kitorang pun jalan nak masuk ke bilik lah. Tepat aku langkah keluar dari toilet tu telinga aku terdengar bunyi seperti anjing menyalak. Dalam hati ohh maybe kat kawasan ni ada anjing yang dilepaskan waktu malam kot. Aku husnuzon jela sebab malas nak fikir bukan bukan. Dah lah baru hari pertama. Tak kan kena kacau kot? Aku pun bersiap lah untuk masuk tidur. Baru je aku nak lelapkan mata telinga aku terdengar lagi macam satu bunyi cakaran kat dinding. Oh ye lupa nak bagitahu. Katil aku betul betul rapat ke sebelah dinding. Awalnya aku tak tahu pun bilik sebelah tu memang dah lama kosong. Aku pun fikir ohh tikus. Memang kerja aku malam tu husnuzon jela. Tiga kali aku dengar bunyi cakaran tu. Tiba tiba kawan aku kat katil atas julur kepala ke arah aku. Dah lah tidur. Biasalah semua orang first day kat sini dia bagi salam kenal. Nak bagitahu bukan engko sorang je yang nak duduk sini. Tergelak kecil jugak aku akhirnya. Kawan aku sambung lagi kau lambat tidur nanti dia tembus dari sebelah masuk sini pulak, for your information bilik sebelah kosong tau? Hahaha. Eh dia gelak pulak. Dia ingat kelakar sangat lah tu? Aku pun tak tunggu apa apa. Naik katil atas tidur sebelah dia. Nasib lah kalau esok pagi salah sorang jatuh kat bawah. Esok paginya barulah kawan aku bagitahu yang dia dah terbiasa dengar benda tu semua. Yang bagusnya dia cuma kacau dengan bunyi bunyi je. Takde sampai munculkan diri.

Lepas beberapa bulan aku kerja kat sana pun aku dah jadi lali dengan bunyi bunyi tu semua. Tiba pulak orang baru masuk ke bilik aku. First day dia bermalam kat bilik tu memang dia tak boleh tidur sebab katanya ditindih. Jadinya sampai ke pagi lah budak baru tu tak tidur sebab takut punya pasal. Selang seminggu ada lagi orang baru masuk. Dia pun alami benda yang sama jugak. Bilik aku ni boleh dikatakan panas jugak lah sebab ada tiga kipas je. Jadinya setiap malam aku akan tarik tilam dan tidur kat bawah lantai. Sejuk sikit lah daripada tidur atas katil. Nak dijadikan cerita malam tu aku dah selamat dulu lah. Budak baru ni pun rajin teman aku tidur kat bawah. Masa tu dia pulak syok main phone sampai ke tengah malam. Masa dia nak tidur kat sebelah aku tu kaki dia kat arah kepala aku dan kepala dia kat kaki aku. Baru berapa saat dia pejam mata dia dapat rasakan dia nak kena tindih terus dia duduk baca surah surah yang patut. Aku tak tahu macam mana dia boleh rasa nak kena tindih sebab aku takde pengalaman ditindih lagi. Selesai dia baca doa semua dia pun baring nak tidur. Sekali dia tertengok kat arah kepala aku ada satu lembaga besar tengah berdiri di atas kepala aku. Menghadap dia. Walaupun bilik gelap tapi cahaya daripada tingkap cukup untuk dia nampak apa yang berdiri atas kepala aku. Atas kepala aku tu korang jangan ingat dia pijak muka aku pulak. Atas kepala tu means dia berdiri betul betul kat bahagian kepala aku. Kawan aku tu pun terus selubung diri sampai tertidur sendiri. Lepas seminggu baru dia cerita dengan aku. Apa lah bahalol punya member. Dah seminggu baru nak bagitahu.

Aku ingatkan dah habis dah gangguan gangguan mahluk perosak tu semua. Kalini lagi extreme okay. Haritu aku dengan kawan kawan bilik aku ot sampai malam lebih kurang 8.30 malam. Jadinya lepas balik kerja tu perut semua kebulur. Kitorang pun keluar lah makan kat luar kawasan tapak projek tu. Perjalanan nak keluar amik masa dalam 15-20 minit jugak lah sebab kitorang lalu jalan jauh yang tembus terus ke tempat yang kitorang nak tuju tu. Perjalanan tu terpaksa lalu tapak tapak projek yang masih tengah dalam proses lagi. Masatu aku yang drive. Act jalan tu memang 100% aku ingat sebab jalan dia takde lah susah mana cumanya perjalanan tu terlalu sunyi dan jauh untuk sampai ke gate utama. Perjalanan untuk pergi sangat sangat dipermudahkan. 15 minit tu tak rasa sangat sebab ada je perbualan yang nak dibualkan. Ohh lupa lagi. Masa tu keluar makan bertiga je. So boleh bayangkan tak macam mana situasi lalu jalan yang gelap? Projek yang tanah masih merah? Dan masatu hanya kereta kitorang je yang lalu jalan tu! Jeng jeng jeng. Alhamdulilah masa pergi makan tu semua baik baik je. Sebab momok ni semua kesian kot tengok kitorang penat ot berkerah tenaga nak cari duit. Hahaha. Tiba lah masa nak balik pulak. Korang please imagine sikit lagu lagu yang suspen tapi seram. Hahaha. Sebab masa balik ni lah gangguan tu muncul. Mungkin kitorang dah kenyang. Mulut pun dah penat nak bercakap. So dalam kereta tu senyap je. Yang menghiburkan pun radio jela. Sampai kat satu simpang tu tiba tiba aku tak tahu kenapa kepala otak aku ni bijak sangat terfikir “kat area sini lah dulu kubur islam yang dipindahkan” aku pun macam curious gila nak pandang kiri kanan belakang semua. Depan tu tak payah tanya lah sebab aku drive memang kena pandang depan pun. Masatu jugak kepala hotak aku yang lagi bijaksana ni tetiba teringat orang mati terhempap apa benda tah. Aku pun tak sure sangat. Masatu tak fikir pun nak kena kacau dek kak ti. Masa naik bukit tu aku rasa dah habis tekan minyak tapi alamak slownya kereta ni jalan. Dah start meremang masatu. Aku pun bermonolog lah dalam hati. Dia nak tumpang ke macam mana ni? Tahu lah banyak seat kosong tapi jangan lah tumpang aku. Tunggu lah mana mana kereta jap lagi lalu kau tumpang diorang. Baru aku rasa kalini aku betul betul bijak. Suruh benda tu tumpang orang lain. Tapi aku rasa benda alah tu sejenis benda alah yang degil lah sebab kan bila kita tengok cermin tengah je. Eh eh elok je dia naik kereta dengan kita. Kita tak bagi masuk tapi dia dah duduk. Hmmm kita pun apa lagi. Terketo keto tangan matikan radio terus buka yassin kat phone. Masatu member sebelah dengan belakang dah pandang pandang. Aku bagi isyarat suruh ikut baca yassin tu sekali. Diorang pun faham faham sendiri jela. Pulak tu simpang yang patutnya aku belok kekiri aku macam dikawal dan terus belok ke kanan. Terus punya terus jalan mati dah. Aku berhentikan kereta cermin tengah aku pusingkan ke kiri. Aku diam dalam 5 saat untuk dapatkan kekuatan aku balik. Terus aku buat pusingan and jalan terus ikut jalan yang betul. Lepas buat pusingan tu baru aku rasa ringan sebab bila tekan minyak dia punya pergi macam f1. Bukan nak berlagak lah. Tu kalau terserempak dengan SPZ mahu aku kena CM. korang takya tahu lah SPZ, CM tu kejadah apa ye? Patut pun sampai aku salah masuk simpang. Dia nak tumpang sampai situ je. Punya lah pemalas. Jalan kaki pun sampai lah. Habis 15 minit perjalanan aku rasa macam 15 jam. Sampai kat bilik aku cerita kat diorang semua. Aku pelik jugak tak kan member aku yang duduk belakang boleh rilek je ada yang teman dia kat belakang. Tanya punya tanya rupanya aku je yang nampak. Patut lah. Rasanya kalau member belakang nampak dah lama dia terjun kereta.

Aku rasa macam dah panjang sangat tapi aku tetap nak habiskan jugak. Haaa siapa yang nak minum air tu tunggu jap. Bagi aku habiskan. Nanti ada je yang kecam cerita gantung lah itu lah ini lah. Okay sambung. Situasi yang sama jugak masa ni. Lepas kerja nak keluar makan. Masatu kitorang keluar makan steamboat kat seri alam. Haah memang jauh pun. Perjalanan nak ke steamboat dari tempat kerja pun dalam 1 jam 15 minit lebih kurang lah. Benda terjadi pun masa balik jugak. Tak tahu kenapa mesti kacau time balik. Nanti lah aku cari jawapan ye. Masa otw balik nak menuju ke gate. Ada lah satu simpang ni. Jauh nak kedalam. Masatu aku duduk sebelah, kawan aku yang drive. Lagi 3 kat belakang dah selamat dah membuta. Aku pun dah ngantuk tapi kesian kat member aku ni drive sorang pulak nanti. Dah lah jalan gelap. Nak kedalam pun lebih kurang 15 minit. So aku pun teman lah begurau senda dengan dia. Kitorang berhenti kat trafik light. Masatu jam menunjukkan 10.50 malam. Kereta pun tak banyak dah. Lampu pun hijau. Member pun pusing stereng masuk simpang. Masatu jalan tu takde lampu jalan. So terpaksa buka high beam. Tepat masuk ke simpang tu je lampu kereta betul betul tersuluh kat sesuatu susuk yang tengah berdiri sambil berkawad guys!!! Jadah apa berkawad tengah tengah malam ni!!!! And dia berkawad dekat tengah tengah pembahagi jalan. Hiburan apa pula tengah tengah jalan raya ni? Nak menghiburkan pun nanti nanti lah. Masa ternampak susuk tu aku terus istighfar lepas dah lalu sebelah susuk tu aku toleh belakang nak pastikan benda apa tu tapi malangnya aku tak nampak apa apa pun sebab terlalu gelap. Masa aku istighfar tu member yang tengah drive ni tersentak dia pun terpandang susuk tu jugak tapi dia diam dan tak berani nak pandang side mirror. Aku terdiam sepanjang perjalanan. Aku cuma mampu nasihatkan kawan aku drive hati hati. Bawak macam biasa. Sebab kat area tu selalu ada kemalangan yang ragut nyawa orang. Kalau tak ragut nyawa pun mesti excident yang teruk. Sampai bilik je aku terus cerita dengan member aku yang nampak benda tu jugak tapi apa yang aku dengan dia nampak tak sama. Dia nak pocong tengah berdiri. Muka hitam. Tapi aku nampak susuk yang tengah berkawad kat pembahagi jalan. Nak ikutkan logik. Siapa yg berani jalan kaki tengah tengah malam? Kalau betul pun jalan kaki area situ sangat jauh dengan rumah. Kalau dia berjalan dari site pun, perjalanan naik kereta nak ke site pun amik masa 10-15 minit. Jadi siapa pulak yang nak berjalan sambil kawad ni? Persoalan yang aku sendiri tertanya pun aku dah dapat jawapan. Jawapannya jangan keluar sampai balik lewat malam. Kita tak tahu apa yang ada kat tempat yang kita nak lalu tu. Tak kisah lah laki ke perempuan ke. Kalau dia nak kacau. Dia kacau jugak. Bukan tak boleh keluar. Kalau keluar biarlah balik sebelum maghrib.

Sampai sini jela cerita aku. Ada pape lagi nanti aku share lagi tau? Okay tak tahu lah seram korang tahap apa. Aku yang lalui sendiri memang sangat terkesan. Okay kecam lah nak kecam. Bye.

 .

Limaukasturi
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

25 comments

  1. Jauh gile dri kota tinggi nak ke SERI ALAM , aq dri kota masai nak ke seri alam pun da jauh giler aq rase … org johor gak ke? pape pun memang terbaikk 👍 best story ..

  2. ‘Tu kalau terserempak dengan SPZ mahu aku kena CM. korang takya tahu lah SPZ, CM tu kejadah apa ye?’

    Aku geram je baca ayat ni. kalu xnak bgtau, xpayah masukkan dlm cerita..hmm..

  3. Dalam seram ada lawak hahaha sempoi bakhang best cerita hang bro nnti klau ada story rare² share lah bro aku sentiasa menunggu untuk membaca.btw story hang yang first tu apa tajuk dia?

  4. yang pasai benda tu nk tumpang tu aku rasa dia tak larat nak terbang or nak jalan kaki kot hahahahahaha ada jugak erti tak larat ngan penat dalam diri dia hahahaha klau dh x larat tu x payah lahh dok kacau hahahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.