Tasnim Anak Sulungku

Assalamualaikum salam sejahtera semua.. terima kasih admin sudi approve cerita aku Rumah Sewa Di Perak tu. terima kasih atas komen yang membina, saya terharu (huhuhu). Macam yang aku janjikan, aku nak cerita pasal anak sulung aku yang ada sixthsense kan. Sebenarnya kami tak perasan perkara ni sampailah kami pindah ke KL balik pada tengah tahun 2018 haritu. Ada beberapa peristiwa yang aku akan ceritakan disini yang pada korang mungkin tak seram tapi pada aku agak menakutkanlah sebab aku yang alami kan.
Ada banyak sebenarnya tapi aku cerita mana yang aku ingat ajelah ye

Peristiwa 1
Masa ni kami masih di rumah sewa perak tu lagi. Suami aku rajin ikut kawannya kelaut kalau cuti sabtu ahad mencari rezeki lebih. Untung untung ada lauk untuk seminggu. Satu malam tu kami tiga beranak tidur di depan. Sebab aku nak layan Fox Movies filem Guardian Galaxy tak salah aku. Masa tu anak anak aku dah tidur sampailah anak sulung aku ni, Tasnim terjaga dan pandang ke dapur (aku tak tutup lampu dapur saja nak biar cerah)

Dia bangun, duduk atas tilam kejap sambil pandang dapur dan kemudian dia tepuk paha aku sambil cakap “ibu. Ibu.. apa tu?” Tunjuk ke tingkap atas sinki dapur. Aku masa tu tak fikir apa apa jadi aku cuma jawab “apa dia? Tak ada apalah! Tidur tidur..” tapi tasnim masih tenung ke dapur. Lepas tu dia panggil “nenek!” Aku dah mula rasa tak best sebenarnya tapi aku cuma acah tak ada apa apa dan aku cuba husnuzon yang Tasnim rindukan nenek dia. Dia memang rapat dengan dua dua belah nenek dia. Jadi aku anggap dia panggil tu sebab rindu kot. Aku jawab yang nenek mana ada. Dan aku janji esok bawa dia jumpa nenek, baru dia lena balik. Tapi hati aku tetap rasa tak sedap sebenarnya.

Esoknya dia bangun, aku tanya dia “Tasnim rindu nenek ke? Mimpi nenek ke semalam?” Dia jawab selamba sangat sambil belek doraemon dia, “taklah, Yong nampak nenek kat dapur..” (Yong panggilan anak sulung untuk orang perak) aku terus telan air liur, sumpah taknak tanya dah huhu..

Peristiwa 2
Macam aku cakap Tasnim rapat dengan kedua dua nenek kan, jadi mak aku dan mak suami memang rajin dok angkut dia balik kampung. Mujur kampung kami masa tu tak jauh sebab kami dua dua asal perak. Ada satu malam tu mak aku ambil dia ajak bermalam 2 malam. Malam tu mak aku kata, Tasnim baring sambil pandang tingkap dan terus cakap “maktok peluk yong laa.. yong takut ni” mak aku pun tak fikir apa apa terus peluk cucu kesayangan dia.

Esoknya Tasnim cakap dengan mak, “maktok malam ni tidur jangan tengok tingkap ler.. yong takut, kita tengok dinding” mak aku tanya lah kenapa? Dia jawab “yong nampak kat tingkap hantu merangkak macam cicak tu. rambut panjang mata bulat besarrrrr mulut hitam lidah panjang, kuku panjang! Eee yong takut” katanya bersungguh. Mak aku meremang terus, esoknya masa hantar anak aku (mak aku boleh drive) mak aku cerita kat aku, lepas tu dia cakap “menyesal aku tanya.. kalau abah hang outstation tinggal aku sekoq dirumah aku nak lena depan pintu rumah” hahaha, sapa suruh tanya! (Mak aku asal utaqa)

Peristiwa 3
Masa ni kami dah pindah ke kl, sementara nak dapat rumah dan kumpul deposit yang macam yahudi tel aviv harga tu, kami duduk bilik sewa. Bilik ni dalam 1 rumah yang lengkap tapi kami sewa bilik. Rumah tu ada 3bilik masing masing yang sewa dah kawen dan tak ada anak lagi. Kami ja yang ada anak. Kira macam bilik sewa makcik PipahPetpot filem p ramlee masam masam manis tu la! Dua bulan lebih juga menumpang di situ demi segenggam deposit. Masa tu malam, kami serumah decide nak makan di luar sebab malam minggu.

Masa kawan aku bilik 1 dah siap, dia tutup lampu bilik dia dan bersedia untuk keluar, Tasnim menerjah masuk bilik dia dan tiba tiba Tasnim tegur sesuatu di atas katil, “hai awakkkk.. buat apa tu? Tidur ke” kawan aku kelam kabut ajak anak aku keluar, sebab atas katil mana ada apa apa.

Tah apa yang dia nampak aku dan lain lain tak berani nak tanya. Buatnya dia bagitau pocong ke polong ke tengah landing tak ke mampus nak balik umah malam tu. Tobat tak balik dah la kalau Tasnim bagitau detail macam kat maktok dia.

Peristiwa 4
Masa ni kami dah dapat rumah. Rumah apartment. Di rumah aku ada satu bilik khas untuk main. Bilik tu penuh mainan sebab aku babysitter. Jadi kalau todlers main dalam playroom taklah ganggu baby kecil dengan bunyi bising. Tasnim ni anak bertuah sangat sebab walau umur dia baru nak masuk 4tahun, dia sangat pandai layan budak. Sampai kalau mak aku/mertua ambil dia seminggu bawa balik perak, budak lain macam tak ada mood nak datang sebab kakak takda.

Satu hari anak kedua aku demam, jadi memang kurang main. Jadi Tasnim akan main sorang dalam playroom waktu malam lepas anak asuhan aku balik. Ada satu hari tu Tasnim asyik cerita pada aku dia main dengan kak Lia.. aku tanya dia sapa kak Lia? Dia cakap “tu ada kat situ” sambil tunjuk penjuru bilik. Aku marah dia sebab cakap bukan bukan.

Beberapa hari lepas tu malam juga, Tasnim menangis datang kat aku kata kak Lia pukul dia. Aku tengok lengan dia merah macam lebam. Aku diam lagi sebab aku tak tahu sahih ke tidak benda ni. Boleh jadi dia jatuh sebab tu lebam, boleh jadi dia berimaginasi sebab siang hari dia tak pernah sebut pun pasal Lia ni. Mungkin sebab ada kawan kawan ramai kan untuk bermain pada waktu siang jadi si Lia ni tak muncul. Malam tu aku tanya Tasnim kenapa dia pukul? Tasnim jawab “dia nak mainan yong!” Aku tak tahu nak cakap apa selain, “tak adalah! Jangan kawan dengan dia”

Esok malam, Tasnim datang pada aku masa tengah lipat kain baju. Dia cakap “ibu lipat baju ke? Ibu bagi baju kat kak Lia sikit, kesian kak Lia baju dia kotor koyak koyak dah” so aku mula cantumkan satu per satu maklumat yang tasnim bagi, aku agak ‘Lia’ ni mungkin berusia dalam 6/7tahun, berbaju compang camping.. sebab tu Tasnim tegur camtu. Aku ada bagitau suami aku tapi dia sikit tak percaya. Dia kata tu imaginasi anak aje. Masa ni aku baru sedar yang anak aku ni, ada deria ke 6. Dia ada keistimewaan yg tak ada pada orang lain dan hanya ada pada orang ‘bertuah’ sahaja.

Last sekali yang buatkan aku hilang sabar, bila aku tengok kaki anak aku lebam dua titik mcm kena gigit dengan ular tu. Aku tanya Tasnim sapa buat dia kata KakLia buat! Kak Lia gigit katanya, Aku geram mulai haritu setiap maghrib lepas solat aku akan baca yaasin kuat kuat dalam rumah! Aku selalu solat dalam bilik sebelah bilik playroom. Mulai dari haritu anak aku dah tak cakap pasal Lia tu lagi. Aku agak budak Lia ni sesat tah dari mana mana kot. Terbekenan kat Tasnim sebab Tasnim ni boleh nampak dan jenis pandai melayan.

Sekarang, waktu aku menaip ni dah beberapa bulan dah si ‘Lia’ tu tak ada. Aku harap dia akan terus TAK ADA! Korang yang ada anak, jangan ambil enteng bila anak anak tu cakap bukan bukan. Bawa anak tu berubat takut gangguan makin teruk atau cuba ikhtiarkan sendiri. Macam kes aku, mujur sebab benda tu singgah aje. Sebab pernah tanya ustaz berubat, katanya benda Lia ni sesat terikut balik. Pasal sixthsense dia, kami dalam usaha nak ubatkan dan tutup. Tapi tulah, kadang tu tengok Tasnim selamba jer beramah tamah dengan benda tu. Aku yg seram hisy!

By the way, kebetulan hari aku menaip ni (6/7) hari jadi Tasnim ke 4.. selamat hari jadi sayang.. anak bertuah. Cinta pertama ibu abah..

Sekian, Assalamualaikum

Anis
Tasnim Anak Sulungku
9.6 (95.64%) 78 vote[s]

FOLLOW FB KAMI.

17 comments

  1. best… ank pertama aku dulu pun mcm tu, ada kawan yg kita tak boleh nmpk….tiada nama.. just dia gelarkan kawan dia tu ‘diaorg’…. bila dia bermain dan macam bersembang, aku akn tya, adam sembang dgn sape?… dia akan balas dengan diaorg… sehinggalah satu mlm…. aku tengah tepuk2 dia utk tido… tergerak hati nak baca ayatul kursi di tepi telinga dia…. dlm keadaan yg berbisik dan dengar x dengar… tiba2 anak tegur aku…. “hish, jangan baca tu, diaorg marah”…. pergh… dia punya meremang mmg tak boleh bincang…sejak hari tu, aku sentiasa bcakan ayat2 quran dkt anak aku…. dan ‘diaorang’ terus hilang, sehingga sekrg….

  2. Alhamdulillah, kelebihan yang Allah kurniakan pada Tasnim. Sesetengah ustaz akan marah sebab macam x bersyukur dengan keistimewaan yang Allah berikan. Terpulang lah pada ibu dan ayah Tasnim nak tentukan 😊, pendapat saya saja. Happy birthday Tasnim, uncle 7/7. Semoga jadi anak yang solehah ya 🎂🎂🎂🎂🎂

  3. hepi besday Tasnim n ni cuma pandangan ambo dan xpenting bloh mano pun so cadangan ambo jgn ditutup deria ke-6 Tasnim sekiranya Tasnim sudah dapat sesuaikan diri dgn deria berkenaan sebab setiap kejadian ada sbb musabab n hanya dimiliki oleh d chosen one berbanding jutaan atau trilliuan umat manusia di muka bumi ini…gitu

  4. Hepi bufday Tasnim…

    Mmg seram bile berdepan anak jenis blh nampak2 ni…
    Lg seram bile die naif lurus detailkan benda yg die nmpk tu cmne…
    Lg xleh hadam bile die boleh lukis 3ekor natang tu secara detail sdgkan mse tu umur die br 2thn lebih…
    Huwaaa…

  5. sama cm anak lelaki ak umr nk masuk 4 tahun jgk.. dia selalu sebut nama aafiya.. bila tnya sapa xtau.. bila ak tnya “ibu nk kwn ngan aafiya blh” ank ak jwb “xblh, nnt ibu mati” ak terperanjat jgk sbb xpernah ajar dia ttg mati.. ni ak selalu bca yassin kat umah.. tp ak xpernh nmpak dia ckp @ ketawa sesorg ke ap.. ntah la..

  6. Alamak, anak saya baru 3 tahun. Hari tu gi rumah sedare, nak masuk toilet dia x jadi masuk terus lari. Dia kata ada hantu dalam bilik air. Semua orang tak percaya cakap dia fikir dia main-main.
    Lepas baca cerita ni baru terfikir maybe dia nampak sesuatu yang orang lain xnampak

  7. HB Tasnim, semoga menjadi anak yang solehah, dilimpahi rahmat dan sentisa menjadi penyeri kehidupan ibu dan abah Tasnim. In shaa Allah.

  8. Happy belated birthday Tasnim..Semoga di panjang kan umur, jadi penyejuk mata mak ayah & selalu dalam lindungan Allah swt.

  9. Anak buah aku pulak 3 thn…masa tu saje jelah aku bawak dia ronda naik basikal keliling rumah atuknya (blkg kelapa sawit). Tiba2 dia pandang kat gelap terus ckp “taknak situu ada syaitan”. Aku punya la panik, da ready dah nak bacakan dia pape yg patut sambil aku uturn kan basikal, aku tanye la dia “nampak apa? Ada nampak apa2 ke?” …sekali dgn selambanya dia jawab “takde..nampak itik beyak je”. Kebetulan itik peliharaan atuk dia lalu. Hm. Bertuah budak tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.