Tersepak Anak Iblis

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Terima kasih kepada FS kerana sudi menyiarkan kisah ku ini. Aku ingin berkongsi kisah yang berlaku ketika aku menuntut ilmu di UiTM Kampus Lendu. Kisah ini berlaku 12 tahun yang lepas. Nama-nama tertera bukan nama sebenar.

Tahun pertama aku ditempatkan di Blok L tingkat 3 betul-betul berhadapan dengan sebuah tasik yang memisahkan hostel dengan blok akademik.Tasik itu siang harinya mendamaikan mata yang memandang. Namun pada malam hari, ramai pelajar cuba mengelak untuk melalui tasik tersebut. Menurut senior ku, pelbagai kisah mistik dan misteri telah berlaku akibat gangguan penunggu tasik tersebut.

Aku pada mulanya hanya mengambil ringan cerita-cerita tersebut. Pada satu malam selepas Isyak, kami diarahkan ke dewan kuliah untuk mengisi borang PTPTN (ketika itu borang PTPTN diisi secara manual). Selesai mengisi dan menyerahkan borang itu kepada penyelia course, aku, Farah dan Yana berjalan pulang ke hostel kami, sebab kebetulan kami sama blok.

Kami terpaksa melalui tasik untuk sampai cepat ke hostel. Dalam setengah perjalanan, tiba-tiba Yana mengadu kakinya sakit seperti tersepak sesuatu yang keras. Farah menghidupkan torchligt telefonnya. Aku cepat-cepat mendekati kaki Yana untuk memberi bantuan sekiranya ada luka. Peliknya, sekitar tempat yang Yana kata dia tersepak sesuatu yang keras,tiada apa-apa disana. Hanyalah pasir biasa.

Ku lihat Yana jalan terenjut-enjut. Kerana berasa kasihan, aku dan Farah memapahnya sehingga ke biliknya. Sampai di bilik, aku, Farah dan 3 orang rakan biliknya memeriksa kaki Yana sekali lagi. “Mungkin terseliuh” kata Zira. Zira mengambil minyak panas dan mengurut kaki Yana. Aku dan Farah meninggalkan Yana bersama rakan biliknya memandangkan jam hampir 11 malam.

Selangkah dua ku melangkah keluar, tiba-tiba aku merasakan seperti ada bayang lalu di tepiku masuk ke bilik mereka. Aku memegang bahu Farah. Namun ku tidak memberitahu apa yang ku terlihat tadi. Kami meneruskan perjalanan ke bilik masing-masing.

Jam 11.30 malam satu mesej masuk ke telefonku. ” Sha, kau perasan tak tadi macam ada benda lintas kat tepi kita?” mesej itu dari Farah. Sangkaan ku meleset,a ku fikir aku seorang sahaja yang terlihat bayang tersebut. “Ya. Farah, kita takyah fikirlah benda tu. Dah malam ni,esok ada kelas,ok Good Night” aku membalas mesejnya. Lalu mematikan telefon dan aku berselimut untuk tidur. Keesokan harinya, kami ke dewan kuliah seperti biasa. Ku terlihat Yana menyepi seorang diri kerusi belakang sekali.

Wajahnya kelihatan pucat seperti orang tidak sihat. Aku pergi kea rahnya ingin bertanya keadaannya. “Yana, ok?” ku mulakan perbualan. Dia hanya mengangguk. Aku mengajaknya duduk di sebelahku memandangkan kerusi sebelahku masih kosong. ” Takpa, aku duduk sini ja, Sha.Lebih selesa” dia menolak perlawaanku. Aku tersenyum, lalu meninggalkan Yana. “Shaa!” Yana tiba-tiba memanggilku. aku menoleh semula padanya. Dia melambaiku. Aku mendekatinya semula.

” Sha, malam tadi aku tak dapat tidur, seperti ada sesuatu menggangguku. Bila kututup mata, bayangan lembaga menyerupai orang tua hodoh menyeringai dengan rambut kusut, mata terbeliak memerhatiku. Sekali sekala kakiku yang sakit tu seperti ditarik-tarik” cerita Yana dengan nada takut dan sedih. Aku teringat pada bayangan malam sebelum tu. Namun untuk tidak menambahkan ketakutan Yana, aku mententeramkannya.

Malam itu malam Jumaat, kebiasaan senior yang beragama muslim akan mengadakan bacaan Yassin siap ada makan-makan lagi. Minggu tu giliran bilik Farah mengetuai bacaan Yassin. Selepas Isyak, kami berkumpul dan memulakan bacaan Yassin. Ketika berada di pertengahan ayat pada surah, kedengaran suara menjerit “aaaaaaaarghh,aaaaaaghh!! Aku panas, aku panas!” suara itu sangat kuat dan parau. Aku yang ketika itu berada di dalam barisan dalam sedikit berdiri dan berjalan ke hadapan untuk melihat siapa yang menjerit dari luar. Kedengaran situasi kecoh di luar,sambil ada suara “kejar dia,kejar dia!”.

Keluar sahaja, aku nampak Yana berlari laju di hadapan sambil berusaha menaiki koridor, siswi lain mengejarnya. “Sudahhh, dah kenapa si Yana ni?”getus hatiku. Aku mengekori dari belakang. “Aku panas! Aku panas!” jeritnya lagi. Kulihat senior menarik dan menghalang Yana dari menaiki koridor. Kalau Yana berjaya terjun ketika itu samada maut atau patah kaki tangan. Boleh tahan tinggi bangunan blok ini. Beberapa minit berusaha, Yana di angkat masuk ke biliknya. Disana dia menjerit-jerit serta mengekek-ngekek. “Hahahaha, hahahaha, kihkihkihkih” wajahnya berubah serta merta.

Pucat,kebiruan dan mata terbuntang.Tudungnya habis terbuka dan ikatan rambutnya terlepas. Dah macam puntianak dalam imaginasi novel seram ku lihat. Kak Razilah memanggil penghulu blok membincangkan hal Yana. Ku lihat penghulu menelefon seseorang. Tidak lama kemudian, penghulu mengarahkan supaya Yana di bawak ke dewan bawah aras blok M bersebelahan dengan blok kami. Sambil itu, Yana masih dalam keadaan yang sekejap menyeringai dan sekejap lagi menangis.

Berusahalah senior-senior tu membawa Yana turun dalam keadaan Yana melentang. Siswi yang lain ada yang sama seperti ku mengekori, dan ada yang masuk kebilik masing-masing. Mungkin tidak mahu mencampuri atau ketakutan. Farah antaranya. Sampai sahaja di tingkat paling bawah, Yana meronta-ronta ingin dilepaskan. Genggaman tangan senior berlima terlepas dan Yana sekali lagi berlari ke arah tasik. Larian Yana begitu pantas. Aku lihat beberapa orang siswa yang sudah menunggu di bawah (mereka adalah siswa yang mempunyai kebolehan mengubat penyakit akibat gangguan dan rasukan) berlari mengejar Yana. Aku pun tidak semana-mana berlari mengejar Yana menuruni bukit mengarah ke tasik. Yana hampir terjun ke tasik,tapi selamat ditarik oleh ku dan siswa-siswa tersebut.

Aku sempat bersuara, “Yana! Kau dah hilang akal nak terjun tasik ni?”. Dia bersuara “Kau penyibuk! Puihh, aku bukan Yana,aku Melati!” dia meludah wajahku. Perasaanku ada geram ada kebingungan. Untuk pengetahuan pembaca itulah pertama kali aku sendiri menyaksikan kerasukan di hadapan mataku sendiri. Jadi memang terkial-kial lah aku. Yana dibawa naik ke atas dan dimasukkan kedalam dewan tersebut. Di sana dia dirawat,Yana bertempik dan adakala menyeringai. Aku memerhati dari sudut jauh sedikit. Seram juga. Bila ditanya, makhluk yang menumpang ditubuh Yana tu memberitahu,Yana telah tersepak anak iblisnya ketika melalui tasik pada malam kami mengisi borang PTPTN itu.

Selepas selesai rawatan, Yana keletihan dan tertidur. Kami memapahnya kembali ke bilik. Kami baringkannya di tilam. Aku sempat merenung Yana. Kasihan dia. Keadaan tidak sengaja tersepak. Bukannya kita nampak anak iblis tu bermain di tepi tasik! Namun, sejak hari tu Yana masih belum sembuh. Dia tidak lalu makan dan minum. Badannya bertambah kurus. Kadang-kadang, bila kami membicarakan hal Yana di bilik lain yang agak jauh dari biliknya, Yana tiba-tiba muncul depan kami dan mengamuk. “Kau apasal cerita pasal aku! Jangan sibuklah!”. Bukan sekali dua tapi banyak kali. Bila suruh solat, Yana akan solat bertentang kiblat dan hanya bergelak ketawa dalam bacaan solatnya.

Menurut kawan-kawan sebilik Yana, pernah beberapa kali bila Yana balik ke rumah pakciknya di Alor Gajah, mereka akan nampak kelibatnya di katil atau di dalam bilik air. Penunggu tu kononnya sudah menyerupai Yana. Kegemaran Yana yang lain dia suka berbaring sambil kepalanya terjuntai melentang dan rambut dibiar mencecah kelantai.

Matanya akan meliar dan menyeringai. Ada kawan-kawan bilik yang tidak sanggup lagi sebilik dengan Yana serta ada juga yang menjauhi diri darinya. Tidak mahu bertegur sapa dan mengecop Yana sebagai gila dan “kawan iblis”. Hatiku sedih. Kerana Melati si penunggu, kawanku menderita sakit. Yana dibawa berubat oleh keluarganya. Lama juga proses pemulihannya, sehingga dia diberi cuti beberapa bulan.

Selain kisah Yana, ada kisah seram lain berlegar-legar sekitar UiTM kampus tersebut.Antaranya pensyarah terserempak puntianak di rumah bersebelahan blok J. Adik junior ternampak pocong di blok M dan macam-macam lagi.Blok J, ya satu blok yang dari kejauhan memang nampak keseramannya. Aku ada pengalaman juga di blok tersebut. Sekiranya ada kesempatan dan kerajinan aku akan bercerita lagi. Dan selepas aku berkahwin, anak jiran sebelah rumah kebetulan dapat tawaran ke UiTM kampus sama denganku .Dia juga berpengalaman dirasuk penunggu tasik dan menceritakan kampus tersebut masih berhantu. Siapa yang pernah menimba ilmu disana,tahulah mereka kisah-kisah seram UiTM Kampus Lendu,Melaka.

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 5 Average: 4.2]

13 thoughts on “Tersepak Anak Iblis”

  1. Haaa saper saper yang pernah study/stay kat UiTM Lendu, meh sini share kisah korang. Keme google kisah Lendu ni, ceritanya agak terbatas. Meh meh, share! Psstt pssttt sambung ler lagi kalo ada cerita lain masa kat Lendu.

    Reply
  2. sy pon bekas pelajar UITM Lendu…3 tahun di sana since 2006 – 2008 alhamdulillah xde apa2 gangguan…tasik mna2 pon mmg ade gangguan…yg peliknye ramai je yg siap deting tepi tasik tu malam2..konon group study…huhu

    Reply
  3. Siannye,. Bukan sengaja pn nak sepak. Budak tu pn main kt tgh jalan buat ape. Pegi la bawak anak dia tu main dlm Tasek ke,.. Apa da~

    Reply
  4. owh melati rupenye….so far pernah study kat uitm lendu ok lagi…walaupon balik mlm jalan kat jambatan kat tasik tu..alhamdulillah xde ape

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.