Tingkat Atas

TINGKAT ATAS

Assalammualaikum dan terima kasih sekiranya cerita saya ini disiarkan. Saya perkenalkan diri saya sebagai Arian dan sekarang berusia 18 tahun. Cerita yang saya ingin kongsikan ini benar benar terjadi pada diri saya namun sesetengah kisah ini saya kurang pasti tentang kesahihan nya.

Kisah 1 – Gangguan Serentak

Ketika ini saya berusia 12 tahun. Pada masa ini saya menetap di rumah sepupu saya (saya namakan dia sebagai Faz) sebab senang untuk pulang alik ke sekolah kerana kami bersekolah di sekolah yang sama. Seperti biasa kami tidur di tingkat atas. 3 bilik kesemuanya. Malam itu, saya dan Faz tidur di bilik kakaknya, Nini, sebab malam sebelumnya Faz telah diganggu tepat jam 5 pagi. Dikhabarkan, tombol pintu bilik nya seperti dipulas dengan laju. Alahh yang macam dalam cerita hantu kat tv tu. Tapi, si Faz ni memang seorang yang berani. Nak tahu apa dia pergi buat masa tombol tu masih dipusing? Dia pergi tilik dari bawah pintu tu. And…. there’s nothing. Dia tak nampak kaki orang but tombol pintu tu masih rancak dipulas. Apa yang berlaku lepas tu saya tak ingat dah.

Berbalik pada cerita asal, ketika tidur kami membiasakan diri memainkan lagu. Selalunya playlist lagu fav kami dan diselitkan sekali dengan surah yaasiin. Nak dijadikan cerita, masa lagu pertama dimainkan, kami memang dah terus tidur m**i. Tak sedar lagi dah. Tup tup tepat jam 3 pagi (masa sedar tu saya sempat tengok jam dekat phone) dan lagu yang tengah dimain ialah surah yaasiin. Lepas je tengok phone, saya terpandang lah di hadapan saya (what i mean is my leg sebab masa tu saya dan Faz tidur kat lantai) sumpah masa tu saya dah tak tahu nak buat apa. I was frozen. Mulut nak baca doa pun tak dapat. Dalam hati pun takdapat and no, saya bukan ditindih. Apa yang membuatkan saya terpaku adalah budak kecik yang sedang duduk mencangkung di kaki saya dan budak tu memandang tepat mata saya. After I got my sense back, baru nak baca doa, terus saya ditindih. Saya sedar semula apabila Faz kejut kan saya. And we went back to sleep.

The next morning, kita orang bangun nak turun bawah pergi mandi apa smua. Tapi weirdly, Faz nampak gelisah. Dah sampai tingkat bawah tu saya beranikan diri untuk bertanya dengan dia “Weh, kau ada kena apa apa tak semalam?” Dia angguk. Katanya, dia tersedar bila dia rasa saya meronta ronta (saya sering ditindih sebab saya ni jenis yang lemah semangat & penakut) dia tengok mata saya terbuka tapi mulut tercunggap cunggap. Tahu lah dia ada benda yang menindih saya masa tu. Tapi, sebelum dia mengejutkan saya, mata dia terpandang perempuan berbaju hitam dan rambut mengurai berdiri di tepi kipas angin yang berada betul betul di hadapan dia. Dia ignore je “kakak” tu dan kejutkan saya.

Kisah 2 – Dia Nak Jugak Pamper Time

Lokasi yang sama dengan kisah 1, iaitu bilik Nini. Masa tu saya dan Faz berusia 12 tahun. Seingat saya masa tu kita orang masih dalam dunia Barbie. Beli pewarna kuku macam macam warna. Masa tu jugak, kita orang dah start tidur kat bilik Nini sebab takut tidur kat bilik Faz. Tengah kita dua orang pamper time tu (masa ni Faz tengah mewarna kuku saya dan pintu bilik terbuka besar) ada la bunyi sorang ‘kakak’ ni berbisik tapi kuat dan jelas. Dia boleh bisik “Zarith” kat kami. Zarith tu anak saudara saya. Anak abang Faz. Punya lah tergamam kami berdua. Sebab Zarith lama dah tiada dirumah itu kerana tinggal dengan nenek sebelah ibunya.

Selepas buat bodoh tu, saya dah panik. Kan dah cakap saya ni penakut. Saya acah saja lah cakap kat Faz, “Jum, mak panggil ajak tengok Mr Bean kat bawah.” Kami pun berlari turun bawah macam orang gila. Lepas tu, Faz pergi tanya ibunya, ada tak sesiapa naik di atas. Tapi ibunya cakap tak da sebab yang di rumah masa tu cuma saya, Faz, ibunya dan bapa Zarith yang tidur. So, until now we don’t know “kakak” mana yang dok sibuk cari Zarith.

Kisah 3 – Siapa Yang Duduk Di Meja Komputer?

Untuk kisah ini, bukan terjadi pada saya tetapi kepada Faz dan seorang lagi sepupu kami. Saya namakan dia, Ida. Kisah ini berlaku pada tengah malam tapi saya tak pasti jam berapa. Nak dijadikan cerita, Faz ingin menunaikan hajat di tandas dan dia minta teman Ida. Lepas tu, si Faz ni turun lah kat bawah tapi Ida tunggu dari atas je. Masa tengah tunggu tu Ida memang dah rasa something dah tapi tak nak lah dia nak freak out sebab Faz masih sorang sorang kat bawah. Dia pergi lah cakap kat Faz “Cepat sikit oi.” Beberapa minit kemudian, Faz keluar dari tandas dan beberapa langkah nak ke bilik Faz semula, Faz stop dan tengok bilik kakak sulung nya luas terbuka. “Eh, Nini, kau masih bangun lagi? Kau buat apa kat dalam bilik Fifi?” Faz tegur. Tapi Nini masih kusyuk menghadap PC. Ida pulak dah pucat dan tarik tangan Faz masuk bilik dia.

Sebenarnya, bilik Fifi tu kami tak berani nak suka hati masuk sebab dia ni garang. Nini pulak masa tu menetap di uitm mana pulak datang dia kat dalam bilik Fifi. Tu yang Ida pucat semacam tu.

Setakat ni, ini sahaja lah kisah yang saya ingin kongsikan. Gangguan lain adalah seperti bunyi orang berjalan dan berlari dekat tingkat atas tu setiap jam 3 pagi dan akan berhenti selepas azan Subuh. Saya ada cerita lain yang akan dikongsikan nanti sebab saya ni pernah terkena histeria so banyak lah cerita yang nak dikongsikan. Maaf kalau penulisan kurang baik. Saya penulis fictional Inggeris online jadi agak janggal rasanya menulis dalam bahasa ni. Hehe. Sampai ketemu di cerita seterusnya. Terima kasih.

Kongsi kisah anda: https://fiksyenshasha.com/submit

Ariann

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 4.3]

13 thoughts on “Tingkat Atas”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.